Seorang Muallaf Berdedikasi :D

by - 10:53 pm

Baru sebentar tadi saya mendengar ceramah dari ustaz ini, sungguh menyentuh di jiwa.. Beliau baru sahaja 8 tahun memeluk islam tetapi ilmu agamanya cukup mengagumkan mengalahkan orang yang beragama islam selama 20,30 tahun.. Terdetik dihati saya mencari maklumat dirinya di tenet.. Ini yang saya jumpakan, 
jom kita  share sama2.. =)



Mungkin ramai yang telah mengetahui Ustaz Muhammad Rashidi Abdullah. Mendengar sendiri beliau menceritakan pengalaman beliau memang amat menginsafi. Sekali kita mendengar beliau berbicara, kita akan mengatakan beliau orang Terengganu kerana slang Terengganu yang begitu tebal. Sebenarnya beliau dilahirkan di Kuching Sarawak pada tahun 1980. Berasal dari keluarga yang menganuti Kriatian Katolik. Memulakan alam persekolahan di SRK Kg Selampit,Lundu dan seterusnya ke SMK Lundu dalam bahagian Kuching. Zaman mudanya beliau begitu bebas dan bergaul dengan pemuda-pemuda yang runtuh ahlak sehinggalah beliau dipenjarakan di penjara Sungai Buluh kerana terlibat menikam seorang pemuda Cina dalam satu pergaduhan. Di penjara beliau terbuka untuk mendekati Islam. Dengan berpegang kata-kata seorang kenalan yang mensarankan agar beliau ke Kelantan jika ingin mendalamai ajaran islam. Mendaftar secara rasmi sebagai muslim pada tahun 2003 dan mula mengikuti pengajian awal dalam bidang agama di Inst.Dakwah Islamiah PERKIM,Kelantan. Seterusnya ke Madrasah Al-Irsyad, Penang, Kuliyyah Pondok Darul Nai’m,Kelantan dan Madrasah Al-Hidayah,Terengganu.


Ibu dan 2 orang abang beliau merupakan penganut yang taat dan mempunyai jawatan dalam Gereja. Beliau sendiri pernah menjadi Paderi selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Terlalu banyak onak duri yang di lalui dan tempuhi. Beliau terpaksa berhadapan dengan pelbagai halangan dan dugaan di awal keIslaman. Disisihkan keluarga, saudara mara, kawan-kawan bahkan orang tersayang, merupakan saat yang amat sukar bagi nya.


Beliau telah pun beristerikan seorang graduan dari Mesir, anak seorang imam besar di Terengganu. Kini beliau aktif menyampaikan ceramah dan kuliah di seluruh Negara.

Kita patut bersyukur, kerana lahir-lahir saja sudah diazan dan diiqamatkan sebagai muslim dan muslimah. Berapa ramai di kalangan saudara baru kita yang susah payah mencari sinar keIslaman. Bergelut dengan cemuhan meninggalkan agama lama. Malah disisihkan oleh keluarga. Itu cabaran saudara baru. Tetapi berkat ketabahan itulah membina kekuatan sebagai seorang Muslim dan Muslimah. Mereka hilang saudara, tetapi Allah bersama mereka. Hanya kepada Allah dicurahkan rasa sedih dan pengharapan.Semoga keIslaman serta keimanan kita lebih kuat dari hari ke hari bukan makin pudar.. :-

Seorang yang berpegang kepada islam
lebih dari kita seorang muslim sejak lahir dulu..




Ceramahnya yang sungguh bersemangat.. :)

You May Also Like

0 comments

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^