Thursday, 16 April 2015

Jauh Sudut Hati.

Pejam celik, pejam celik.
April dah tak lama nak menutup tirai,

Masuk je Mei 2015.
Tak lama lagi,
 cukuplah perkahwinan kami 1tahun.

Tapi kami diuji,
Belum rezeki mendapatkan zuriat..
Aku diuji 2x kehilangan.
Yang 1st masa tu
 baby tak sihat/kandungan xmenjadi.
Masuk kali kedua perkara ni terjadi,
Aku xsedar aku pregnant..
2hari sebelum tau tu,
Kebetulan aku dan suami 
duk mengangkat peti ais. 

Walaupun masa tu kalau ikutkan,
Baru lg 4weeks+ tapi aku mmg sedih gilaa.
Kalaulah aku berjaga jaga.
Masa aku tau pregnant tu 
Aku ade buat UPT test.
Dann masa tu baru delay 2 hari period,
But 2line boleh nmpak.
Dan laju je naik.
So mase tu decide taknak check lagi.
Cuma nak berjaga. Tapi apakan daya.
Before that baru je angkat berat2.

T_T

Dah cukup menampakkan 2line :(


Yang jadi sedihnyaa,
Sebab masa bleeding tu,
Pegi check doctor..
Dia just scan, 
dan memang xdpt sahkan lagi on the spot, sbb 4week+ baru.
Xnampak lagi doctor ckp..

Pastu doctor sedapkan hati aku,
Ckp kita tunggu 2minggu lagi nak tgk ade pertumbuhan x. 
Kalau xde, consider as keguguran.
Sebab test 2line memang pregnant dah tu..

Lepas tu, aku jadi positifkan balik diri aku.
Buang kesedihan, kerumitan.
Ketulan dan darah ape yg turun 
Rupanya, memang betul baby dah takde 

Allah.. Sedih sangat rasa,
Sebab dlm masa menanti tu,
Siap si suami ni,
Selalu dah duk usap perut..

Allah, bersabar jela. 
Aku ni lagilah masa tu,
Siap dah bahasakan diri ibu,

T_T

Sedih sebab rasa mcm xjaga ia 
Dgn baik. Maafkan ibu ye nak.
Terima kasih Syg,
 krn membahagiakan kami walaupun sekejap..

Sejak sejak ni, 
Makin ramai yg kahwin,
Dan pregnant berjemaah..

Aku gembira utk dyeorang..
Dan mendoakan mereka dipermudahkan urusan hingga melahirkan.. 


Salu je sedapkan hati, nak bangkitkan semangat balik. Percaya.
Ada hikmah menanti.

Cuma kadang-kadang aku rasa gini ;

Ini aku rasa . . . 

Aku percaya..
Allah tu uji,
Bukan saja saja.
Ada hikmah besar yang mungkin
Akan dilihat nanti..

InsyaAllah segala usaha kami,
Akan dipandang Allah..
mungkin juga Allah nak gantikan dengan bentuk rezeki lain :)


ujian tambah sabar ;)




Aku takdelah berharap mana,
Tapi..
niatku cuma nak membahagiakan
Orang tuaku..
Memberi kebahagiaan kpd mereka..
Dgn punyai cucu cucu..

Dahla, tak larat nak berceloteh lagi
Penat sebenarnya.
Tolonglaa, jangan banyak tanya sgt 
Cukuplah aku dan suami 
je yg tahu hal sebenar..


Doakan jelah yang baik baik,
Semoga aku sihat sihat.
Tak sakit sakit
Semoga aku pun dipermudahkan utk punyai zuriat spt kalian..
Tabah dalam dugaan.

Takecare. Wassalam. 

No comments:

Post a Comment

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak

SNAP WIDGET

Booking.com