Wednesday, 23 September 2015

Happy Birthday Suamiku♥

September 23, 2015 0 Comments
Ditemani sepi larut malam,
Aku terasa ingin mencoret disini.

Ya, sebelum terlupa.
Happy birthday buat suamiku,
 yang tercinta!
Yang ke DuaPuluh Enam. Ya, dah 26. 
Selalunya orang ingat kami sama umur Hahaha :D

Abang selalu cakap macam ni : 
"Abang nampok muda sebab kahwin dengan orang muda" Hamboii kan :P

Doa sayang utk abang :-


"Semoga Allah jaga abang selalu. Semoga panjang umur. Murah rezeki. Dikurniakan kesihatan yang baik, semoga dengan bertambah umur,maka bertambah amalan ibadat abang. Semoga kita direzekikan zuriat yang baik baik. Sayang abang sangat kerana Allah =)"




Wajah yg sentiasa ceria   ;)


Wajah yg sentiasa ceria.   ;)


Semoga segala yang dihajati abang, Allah akan kabulkan.
 Sungguh, malam ni syg tak dapat lelap. Terkenangkan kenangan kita.
 Kenangan manis mulanya percintaan halal ini.
Terkenangkan saat saat kita diuji bermacam dugaan.
Sungguh, penyayangnya Allah. Allah bantu kita.
Allah tak pernah tinggalkan kita bila kita diuji. 


Dimalam yang kelam ini samar kelihatan wajah abang,
syg merintih dalam hati.
Menitis juga airmata walaupun bermonolog dlm hati. 

Alangkah sayu lihat wajah abang sedang tidur dlm penat setelah seharian bekerja



:'(



Andainya kita punya 'permata indah' saat ni pastinya
penat seharian tak terasa kan. 

Sungguh. Syg minta maaf..
Kerana masih belum menyempurnakan keluarga kita. 
Namun biar kita tak sempurna dimata manusia,
cukuplah kita yang tahu betapa rasa sempurnanya kita
 mencintai dan membahagiakan antara satu sama lain =') 

Kan abang?
Bahagia bagi kita. Bahagia yang tak punyai apa apa syarat.
Takde anak tak semestinya tak berbahagia. Hati kita cukup rasa bahagia.
Syukur alhamdulilah, kita direzeki kan dengan rasa bahagia.
Cukuplah sementara ini kan


Tentang anak. Biarlah Allah yang menentukan bila tiba waktu yang tepat nanti.
I love you abang, semoga kita sama sama kuat untuk jalani takdir kita.
Semoga cinta ini semakin mekar hendaknyaa..







:)

Saturday, 19 September 2015

Purchase @Lelong.my

September 19, 2015
Assalamualaikum

Malam buta dah,
 baru lah nak rajin kan.

Haa kalini just nak cerita
 Shopping kat lelong.my :)

Just nak sharing the information
utk save sini kot kot nanti dah lupa kan?

:')

Saya ni nak beli waterproof case
phone kat kedai, tapi rasa malas nak jalan jalan, lagi pun suami busy.
Malam je dia free.
 and taknak la buang masa cari kehulu ke hilir kan.
Lagi pun sini susah
 nak jumpa yang jual ni.

So dah try survey online byk yang jual. 
Nak beli kat Lazada pada mulanya,
tapi shipping byk from oversea.
Untuk waterproof tu jela yang banyak shipping from oversea punya.
Hmm jenuh la nak tunggu weh.
Dah la nak guna awal October nanti. Huhu
Lama pulak tu jangka tarikh akan sampai within 3weeks+

Atau mungkin 1 month kot?  -___-"

Huhu


Ni lah waterproof case ni utk bawa phone dgn selamat 
if nak bawa snorkeling ke diving ke.
 Mandi pool ke. Hihi :D


Tiba tiba terjumpa web Lelong.my 
Wahh!
Baru lah ku tahu lelong.my sama jugak boleh shopping on9 macam
Lazada, and Mudah.My
 plus lelong.my trusted seller
more than mudah kot ;)

Sebab seller kat dlm web lelong.my ni semua kena berbayar tuk register.
Plus procedure nya kena letak salinan ic bagai la maybe tuk security in case
Bersedia utk apa apa jadi kot
 Kalau buyer nak shopping situ,
free je register :D

So I get my new knowledge.. 

Lepas berkenan je tengok product tu,
terus click register dulu kat bawah sekali.
Then dah siap semua tu,
must bukak email and activate and confirmed the account. 
Barulah login balik lelong.my tu
Then, pilih balik barang tu.

Click proceed to cart.
Nanti dia akan keluar details nak diisi 
Untuk postage. Macam alamat, nama, no phone gitu lah kan. Macam biasa lah.

Hee

;)

Then barulah keluar nak buat bayaran.
Masa bahagian payment ni i just direct try maybank2u aje. 
Senang.

 Bank bank lain pun ada tersusun kat bawah tuu boleh pilih yang mana ada.



Then automatic nya nanti seller dapat info tentang payment kita and
details product yang kita beli tu.



Ni dia akan keluar mcm ni la,
mcm form bill details belian kita.





Then tiap details atau pemberitahuan info lelong ni pun dia akan email kat kita.
Siap phone number seller and email seller dia akan PM kat email. Hoho
Kejap aje. Beberapa jam aje dah tukar status tu.

Dah shipped completed status dia.
 Means barang dah dipacking

Macam bawah ni contoh nya ;)


Ginilah contoh nak tgk status brg tuu.
 Sebelum 'shipped complete'
Dia tulis situ buyer dah bayar gitu la kot. Haha lupa nak screenshot! :D



Haa, selain tu ada email yg akan seller tu bagi tracking pos number. 
And all the details belian. 
Giteww la


:)

Nak yakin mcm mane seller dalam tu okay?
Biasa tengok kat situ review dia. And kita boleh ask seller direct kat bawah tu
(komen tuk tanya2 apa yang berkaitan)..

 Dan boleh jugak tgk berapa dah terjual barang seller tu..
 Lagi pun kebanyakan seller dlm web tu dari dalam Malaysia aje.
So barang akan lagi cepat smpai!
 Yeayy, 1-2hari je by pos. 

Senang aje kan sebenarnya?

Ni untuk sesiapa yang busy takde masa nak keluar boleh cuba beli online aje.
Then utk kemudahan kita if nak beli barang yang jauh dimata susah nak gapai tu. Hihi

Dan susah nak cari kalau dekat kita mungkin barang tu takde ke kan.
Gitu lahh

 :D

Alhamdulilahh.
Rasa ni aje lah sharing kalini, nanti tak paham boleh la try godek and tanya yang pro.
Saya ni budak baru belajar aje. Huhu kbaii~ 

Thanks.

Sunday, 6 September 2015

Syawal 1436H Part II♥

September 06, 2015 0 Comments
Seperti yang dijanjikan, lepas beberapa hari baru nak update part II pulak
Malasnyaa nak menaip and
nak cari idea kan.

Hari raya ke 3 tahun ni 
Agak bosan sebab tak jalan jalan mana and mereput je di umah.
Esoknya tuu, raya ke 4 dah last beraya di Kemaman.
Sebab lama nya beraya tu, pasal raya ke4 kwn rapat den kawen. 



Takkan tak pergi kot, alang alang balik beraya. Ke kendurilah haritu.
Sebelum ke kenduri. 
Pergilah beraya umah bff aku sorg ni,umah tak jauh pun satu kg je.
Tapii lama gilaa dah tak jumpa since masing2 ada life sndiri. Dia pun sibuk belajar skrg.
Aku pun dah bersuami.
Soo berbulan lama tak jumpa , raya jelah baru ada masa :D

Telah lama tak sua muka kan, nasiblaa suami layankan aje niat aku nk jumpa bff aku ni. Alhamdulilah. 
Soo, apa lagi selfie lahh kan lama tak jumpa! :P

So, inilah bff den dr zaman asrama, Mida :)


       Lepas tu baru lahh ke kenduri bff aku, aya di Binjai Kemaman je. Aya ni lahh yang satunya kawan yg offer nak tlg aku masa aku nak kawen.. Dia pun dtg bantu.. Bantu aku packing makanan, packing tu ni. Pakaikan inai tuk aku. Mlm last tu tido sama sama. Hahaha aku tak ajak pun dia. Sebab jenis akuu tak suka nak suruh2 org.. Tp dia yg beria. Hehee tp alhamdulilah. So appreciate with her!

 ;)
Inilah pengantin nyaa, santekkkkkk kan!


 Masa dtg ni pihak laki belum sampai. So bergambarlahh duluu kita. Hihihi

Dah selamat jadi isteri dah dia. Happy with her
Hope always bahagia hingga ke Jannah~


Habislah ceritaa hari raya ke 4


--------------------------next story--------------------


It is hari raya ke 2 minggu tak silap,
We ols decide pergi KL again
Meraikan majlis kahwin pun kwn rpat jugak
Rapat di Politeknik
since 1st sem lagik tau!

Lagi pun aku kahwin tahun lepas
Dia dtg jauh jauh drive kann,
So aku bagitaulah suami,
"wajib pergi ni abang. Sebab maya pun sanggup susah payah dtg majlis kita".
Lagipun suami aku ni sgt pahami aku

Aku takpaksa pun, tapi dia sendiri boleh nilaikan. Dan dia decide nak juga kenal kwn2 aku yg mana rapat kan. Tak salah pun kannn. 

Sambil2 jalan. 
We ols pergi balik hari je
Malam bertolak 31/7.
 esoknya majlis kahwin.
 Drp pagi tu berjalan aje.
Mmg naik public transport je smpai sana.
Jimat and tak bersesak kat jalanraya kan :)

Alhamdulilah. Mandi pun mandi je kat TBS.
Siap siap cantik cantik pun sekali situ.
Tapi rasa lainkali must stay kt bilik rehat jugak kot. Hihihi 


Then pagi tu konon nak cari sarapan dulu area bandar KL tu. Tak jadi uols.
Sambil sambil jalan rupenya tgk dh dekat dh ngn tempat majlis kahwin Maya.


So teruskan jelah masuk. 
Dia buat wedding di Bangunan Menara Yayasan Tun razak. Kat dalam tulah.
Sampai je, tgk baru sudah bernikah dan tgh bergmbar. Masa tu around 10am 

Terus jelahh rilek2 lepak situ sementara tunggu maya bersanding tengahari tuu..
Hehee

 picture of the day:


Beli token duluu. Mahu naik LRT ~

Haa ye Bukit Bintang.  Takkan tak kenal kan. Cokoh pavilion tuu :p

wajibb kot selfiee to me hahaaaa

Si manis pengapit aka classmate,
 ex housemate study dulu~ hmm rinduu

Dann pengantin pun tiba masuk, 
Dalam kol 1 tenghari macam tuu.
First alunan selawat.

Masa berjalan ke singahsana touching sgt.
Dgn alunan biola lagu thousand years pulak! 
:')
So sweet moment kan!


MayaSafuan day 1/8/2015

The Poli mates. 

Bersandinglah dia di atas singah sana nan indahh~

After that, 
Memang sehari sebelum pegi tu
My other bff ada jemput dtg umah dia di Keramat. So ke keramatlah lepas tuu,

Dalam 1/2jam naik LRT jugak drp stesen Bukit Bintang tu, Hihi
Tu pun pening jgk masa nak tukar stesen!
Hahahaa nasiblaa laki aku paham sistem dia.
Agaknya, 
kalau sorg memang idokla aku paham mana :P

Penat jugakla berjalan kaki ni u ols
Berpeluh2 tapi sonok kes aku ngn suami asyik nyembang. So tak rasa penat sgt.
Malah seronok pulak. Tapi cuaca panas mmg menguji jugakla. Asyik pening + cepat nak pitam. Gelap mata je :(

Sampai je umah Elyn. 
Haaa manyak u ols Mak dia hidang makanan @_@'
Mmg lama jgk kat umah dia. Beberapa jam.
Ingatkan nk singgah kejap je. 
Dari pukul 4 petang lebih-lepas Maghrib.

Tu pun ingt nk balik cepatlah. Sbb nk jalan kaki lg menuju ke LRT yg kt TBS hehe

Tapii alhamdulilah. Syukur sgt.
Ayah elyn yang offerkan nak hantar ke TBS teruss. Padahal jauh jugak ke umah dia tu.
Within 20minutes la. Tapi decide lepas maghrib nak pegi dah TBS,
Walaupun tiket kol 10.30pm
Sebabnya bolehla lepak2 kt TBS tu dulu
Sambil kehulu kehilir cuci mata kang? Hihi :P

Seronokk tahuu haritu,
dahlah makan full perut.
Kenyang smpai nk bergerak pun malas.hihi
Dah tuan umah hidangkan byk depan mata.
Berkali suruh tmbah2. Wuuu mana tak kenyang.hihi xdapat nak elak.
Kan elak. Tak baik terasa hati mereka. Dah rezeki kan jadi tetamu ni.
Emangnya haritu rezeki makanan banyak kot.
MasyaAllah =)

Seronok ber ukhuwah haritu dgn family elyn. Full of happiness.
 Suami aku pun xkekok nk sembang2 ngn ayh elyn.
Sebab so friendly. 

Di sini aku kepilkan gambar kami, Huhu :D

Senyummmm je manjangg hihi
Thank you elyn sayang!

Rasa mcm tak cukup je masa spend kejap je.
Rindu dulu dulu sama sama study.
Duk menggila kalau time bosan. Hihi ;)

Dahh itu aje kot tuk detik manis nak record kt sini. Hihi 
Nanti ape ape hal update lagii 
Tataa you ols.


Kbai. Assalamualaikum ~ 

Syawal 1436H part I ♥

September 06, 2015 0 Comments
Bismillahirahmanirahim,

Alhamdulilah syawal telah pun berlalu, 
tak lama lagi dah nak raya korban pulak. hihi
baru dapat masa sesuai dan Rajin baru datangg :p

Tahun ni, raya kami masih berdua.
Takpela, Kami masih lagi kuat dan sabar.
Alahh, chillex la baru 1 tahun lebih
Allah lebih tahu kan?

so berbalik cerita raya tahun ni,
aku dgn suami beraya di Kemaman,
Malam raya dah ada disana.
Berbuka puasa last haritu di umah mak.
malam tuu lepas berbuka pergi berjemaah and
bertakbir di surau sama sama.

Balik je dari surau dalam pukul 9lebih malam tu, 
kami start lah persiapan nak sambut raya esokk! 
heheee

awal awal lagi dah bagitau kat mak, 
"kita bakar satee neh tahun ni"

yang bestnya bakar je, siap masukk mulut! :p


then ni lahh project malam raya
haaa, lupa nak cite raya tahun ni ada lah 4 jenis kuih je aku buat.
sikit je kan. boleh la nak merasa tuu buat syarat bagi mak ayah & Mil rasa
biskut red velvet,bangkit cheese,popia nestum and cornflakes madu ;)
tuu ajee yang mampu, Alhamdulilah dah tuu.

So raya pertama kami mcm biasa, 
sebelum pegi beraya turun solat sunat aidilfitri dulu.
then pegi ke kubur arwah tok tokki belah mak.
Haa raya tahun ni menu mak masak, nasi arab with gulai kambingg,
sedappp pulakk kambingg tu. berkali repeat makan. 

gambar lupaa nak ambik, hahaa

so ini lah riang ria pagi raya lepas dah balik kubur.
tahun ni mak decide tak berjalan mana umah org.


haaa ni sebelum pegi solat hari raya, bergambar dulu seround. hihi :')


part II balik dari solat raya tuu, baru beriaa sikit.



zauj | zaujah 

the siblingss


tetamu datang menyerangg, huhu

kat dapur haa duk makan makan.


macam biasa mmg tiap tiap tahun big family sebelah ayah,
 memang akan sama2 raikan 
family kami di Setiu. 

Raya kedua rombongan cik kiah ke Setiu lah. hihi



big family



Sedara mara, sepupu sepupu ni pun ramai lagi tak cukup korum.
ada yang jauh jauh tak balik. 


so itu jelahh ceghitaa raya 1st day. 
nanti kita sambung part 2, 
kann juling mataa nengok panjang entri ni~ hihi






SNAP WIDGET

Booking.com