Sunday, 11 October 2015

Honeymoon : Langkawi Part 5

October 11, 2015
Akhirnyaa jejak jugak ke part akhir tuk honeymoon Langkawi punya entry :)

Setelah berhempas pulas merajinkan diri tuk taip entry nih
hahaa berhempas pulas tau!

Kalau ikutkan memang malas nak taip semua ni. Tapi suka nak kongsikan disini tuk tatapan dan refer balik nanti

Hari akhir di Langkawi, pilu rasa hati. 
Rasa tak puas lagi duk sini
and banyak tempat kami tak sempat nak pergi. 

3 hari 2 malam tak cukup masa nak explore tempat yang indah di Langkawi.
must repeat again here.

Pagi akhir kami jalan-jalan di Pantai Cenang.
Just take time 15 minit gitulah dari tempat kami Makam Mahsuri
Lepas breakfast je terus keluar

apalagi kan, hari last. Kumpul bebanyak selfiee! 
Nahhh collections gambar hari akhir kami. haha jangan muntah hijauu yee :p
Indahnyaa cenang 


Abaikan kualiti gambar yang tak berapa nak cun tu. Maklum laa not using iphone. Just cikai phone :P

me and you alwayss together~ 

jangan pernah bosan melayan karenahkuu ya suamiku~ (;

Selepas balikk tuu jalan nak ke Makam Mahsuri, kawasan hotel kami
Akan lalui bendang cantik. Haa lupa nak cakap mesti pelikk kan nape tak gi Makam Mahsuri :D

Kami rasa macam pergh mahal pulak dikenakan bayaran RM10 se pax
sekadar nak tengok sejarah disitu.  Tu yang tak masuk, siap dah pergi kat kaunter tau!
takde lah baik spend duit tuk shopping atau makan kan :p

takpe lain kali pergi sana mesti masuk makam mahsuri tu, hee

apalagi teruslahh snapp kan jumpa bendang cantik ni.
Dah kuning nak masak dah tuu padi ni kata suami :)

cantik kan. terpukauu!

Masuk bilik hotel, terus kemas semua barang. Check out pukul 11
and sebelum check out selfie lagii kami di pool villa tuh ;p

dah nama nyaa jalan jalan kan, haruslah selfie bebanyakk~
buat kenangan :)

seketul manusia di tepi pool 

Selepas dah setel checkout semua.
Tunggu akak and staff blue sapphire tours tu datang,
 akak tu nak pick up terus kereta sewa dia di hotel.
so kami ke Jetty Point dgn staff dia lahh. hihi 
seronoknyaaa like a boss kami dilayan balik
 and masa datang pun org pickup kan kami :)

Sementara tuh, awal lagi kan nak tunggu malam
 naik bas di Stesen Bas Kuala Perlis.
So kami pun 
jalan jalan dulu area kat Dataran Lang tu. 
Bergambar sakan lagi lah kami ;p

ni kat jambatan apa tahh, tapi yang comelnya sini 
mcm oversea je kan viewnya~
haruslah jiwang sikit~

ha, kami jalan jalan area sini la. 

Dah puas jalan jalan, siap solat, dah siap shopping dalam jetty point.
Then makan di food court jetty tu
Dalam pukul 3petang,
 kami pun berlepas naik ferry balik ke Kuala Perlis
Sebelum balik tu, jangan lupa beli dulu ticket ferry tauu! Beli on the spot je masa nak balik tu.
Dalam sejam lebih je naik ferry. Ya Allah ferry kami naik masa balik,
sejukk sangat! aircond diaa pergh bekuu. Terpaksa pakai sweater :p

Then, tiba di jetty Kuala Perlis jalan jalan area situ kejap.

Kami pun menapak ke Stesen Bas Kuala Perlis. 
Dekat je, 5 minit berjalan dari jetty 
 duduklah lepak di stesen bas situ

bestnyaa kalau dapat travel kuala perlis sekali kan?

 tapi apakan daya, lainkali lah yerr :]

Dalam pukul 6 petang tu, kami pun rasa nak makan dulu sebelum bertolak ke KT.
Intai punya intai kedai makan area situ.
ada lahh warung buka seberang jalan dari stesen bas tu.

Makan kat situ, aku try lah merasa Laksa Perlis.
Suami pesan nasi goreng kampung je.

perghh sedapp jugakk rasa laksa tak muak pun. Secukup rasa!

 Nah, belanja gambar ajelahh ye. hihi 

Sudah makan tu, kebetulan dah dekat maghrib.
terus siap siap nak solat maghrib.
Bas kami ke Kuala Terengganu pukul 8 pm.

Dah siap solat maghrib, tengok bas dah datang awal 7.30pm dah ada. 
terus naik bas la kami.

Dengan itu tamatlahh cerita ke Langkawi 2015,
first time kami suami isteri ke Langkawi.
Seronokla jugak travel selagi berdua ni kan. 

Alhamdulilah rezeki, berdua :))


Next destination ? (^_^)



Saturday, 10 October 2015

Honeymoon : Langkawi Part 4

October 10, 2015
Bersambunglah ke part baru.
pasai part 3 tuh dah panjang bebenor kan

After balik dari island hopping,
nasiblah baju dah kering sikit terus pergi cari makan tengahari

-throwback when island hopping -


Alang alang dah kat luar, terus je pergi makan tengahari di area Kuah, 
perut pun dah berkeroncong mintak nasi :p

kami makan tengahari di kedai Kak Tie makanan tengahari banyak lauk kat situ. Kedai dia tepi jalan je belah kiri kalau dari arah Chenang - Kuah. 
Hari pertama, kami makan di kedai sebelah dia. Kedai Kak Ani.

Alhamdulilah dua dua sedap.
harga pun berpatutan sini.

Balik hotel, mandi dan solat.
Kami keluar pukul 2pm lebih gituu,

"Ada cerita kelakar masa sampai di hotel, lepas makan tengahari tu,
Suami. Masa island hopping kemain lagi jaga phone letak dalam beg. Sekali bila dah sampai hotel, sebelum masuk bilik kami dia pergi terjun pool dengan eksited nya tanpa check dulu poket seluar. 
Yang nak tergelaknyaa, masa nak mandi kat bilik barulahh dia perasan yang phone dia dalam poket rupanya masa terjun pool tu ! ;D 
Nasiblaa phone murah. Nasib jugak la tak tumpangkan phone sis dalam poket seluar dia. Hahaha sabor jelah" 

Okay dah sambung cerita lepas rehat tenghari tu, bergegas keluar lagi jalan jalan.

First ;
Pergi ke Nusantara Maju 
tengok proses minyak gamat.


replika minyak gamat nusantara!

Pelbagai jenis ubat ada

 Selain tu product herba dan kesihatan pun banyakk. kami beli sikit aje kat sini :D

Sambung journey cari Beras Terbakar,
boleh tahan lah nak cari asyik terlajak je. huhu 
maklumlah kali pertama ke situ
Terletaknya di Padang Matsirat


rumah ni takleh masuk. hanya kaum keluarga je

this is info about Beras Terbakar

cebisan beras terbakar yang menjadi sejarah~


Di kawasan situ banyak juga kedai nak shopping.
dekat situ kami beli baju tshirt Langkawi, beli seluar batik, fridge magnet, topi.
murah murah jugakla sini. Recommended. Boleh tawar menawar

Setelah puas meronda di Beras Terbakar,
cecepat kami bergegas ke Oriental Village.
ya! lagi sekali pergi. huhu sebab nak jugak merasa naik sky cab kan.
Bukan senang nak merasa datang sini lagi kan. hee

syiok pula tengok air pancuran ni~


Masa kami sampai, dah petang.
So tak ramai mana orang.
And tak beratur panjang langsung.
Nak masuk sini masa nak beli ticket sky cab tu tunjukla Mykad anda ye!
nanti ada less. Harga tuk dewasa plus less untuk warganegara Malaysia yang pegang kad pengenalan - RM 20. Kalau foreigner mahal sikit. Jadi jangan lupa bawa ic ye

Sebelum beratur nak masuk laluan ke SkyCab
 kena masuk tengok Sky Dome 
dulu, heee
kasi peningg kepala sikit, HAHA ;P


masa menanti giliran naik gondola ni

tinggi wehh, dah la gayat

Rilekk je muka dia, Haha


ni tak tahu hentian berapa lah, memang main berhenti and turun je :p

even suami first time naik, Dia okay je, I pulak yang nervous
sebab dikatakan lebih tinggi dari yang Genting punya

fuhh! berpeluh wehh kaki tangan masa menaik tuu curam gilaa.
gila tak gigil. TINGGI kot gunung :/
Dalam hati asyik istighfar aje, memang fikir nih kalau jatuh macam mana? hahaa


Haaa, masa setiap hentian ni bila kalian keluar akan ada sesi bergambar lah apelahh
kat sini memang mencekik juga. Bayanglah kalau beli semua gambar yang ditangkap tuu,
mahu habis kat situ aje dekat RM 100 ;\

Tu, kalau lah

Nasib we ols cuma beli nih je masa kat atas tu


RM 15, fridge magnet. huhu

Nasiblah fridge magnet. kalau gambar and keychain biasa,
Memang tak mahu lah. Macam membazir pulak kan. huhu 
Lain lahh kalau memang spend duit banyak :p

Okay tu aje yang kami buat di Oriental Village hari kedua.
Ingatnya nak jugak pergi ke Air Terjun Telaga Tujuh, tapi dah lewat petang dah

kami singgah melilau jalan jalan tengok suasana di Pantai Cenang aje lah


meriah gila petang petang disini. Best tengok gelagat orang
tengok mereka yang duk main banana boat tu, bestnyaa!

Masa di Pantai Cenang pun dah dekat pukul 7 dah,
so aktiviti kami hanya santai jalan jalan cuci mata jelah kejap

seronok juga tengok mereka duk main main Banana Boat lah,
ada yang duk main Jet ski lah. Duk mandi manda.
Meriah

Malam tu after solat maghrib, siap mandi semua
Kami pun siap siap pergi ke Kuah. Haa ambik baju yang kami hantar dobi siang tu

Then barulahh kami jalan2 shopping di Rams.
Memang harga meletupp murah murah barangan set pinggan mangkuk,
gelas, mangkuk tingkat lah semua murah. Dan nampak menarik design,
mewah gitu. Namun duit kami dah tak mewah mana :( 
hahaaha 




Macam macam jenis coklat ada sini :')

perfume murah you olss.  
Dahlah wangi. 
Tengoklaa harga dia. I was grab

haa, pening tengok lawa semua!

Sesudah cuci mata, shopping coklat coklat, grab perfume.
we ols pun lapar dah, 

and cari makan di Padang Matsirat.

Sesaja jalan jauh sikit.
Sebab malam last kan :(
Lagipun bagi kami area Kuah
 macam tak banyak sgt kedai makan malam yg berkenan dihati, huhu

The menu, Alhamdulilah :)
I think stop here for this part. too much dah ni, pening dah. 
Nampak gaya kena sambung part 5 pulak ni :D

Friday, 9 October 2015

Honeymoon: Langkawi Part 3

October 09, 2015

Morning view di Dewani Villa
cantikk kan bunga heliconia nih.
Sukaa tengok :)

Harap dapat habiskan cecepat 
Entry pasai honeymoon Langkawi nih,
Takut nanti makin hari makin lupa point nak add on dalam nih :p

DAY 2 part 3 dah ni :

Bangun pagi dgn semangat. 
Siap siap awal. Breakfast di hotel.

Berbaloi murah + view tenang area sini.

Nasiblah makan nasi lemak.
Sebabnya pagi tuh memang banyak gunakan tenaga. Hahaa
Mujur sangat tak terasa lapar masa island hopping :)

Alhamdulilah..
Bergegaslah kami ke Pantai Cenang,
And berkumpul di Amzar Motel utk pegi Island hopping.
 Kenapa pegi ke Amzar? Sebabnya kami beli pakej island hopping di Amzar Motel.
RM35 1 pax. Masa pagi tu, terus ke berkumpul di Amzar Motel tu.
Bayar pagi tu jugak.

Nanti akan ada van pickup, kutip kalian untuk ke Jeti.
Tak jauh pun dari Pantai Chenang tu ;)

sebelum island hopping tu, kami breakfast dulu di dewani villa

The breakfast. Heavy breakfast :p

Haaa best moment ever tauu. Geram tgk kaler air laut nih!

1st destination island hopping
 kami dibawa ke :


 1. Pulau Beras Basah

Dekat sini diberi masa 1jam,
Ikutlah nak buat apa.
Nak selfie ke, nak tidur kat tempat duduk disediakan ke.
Nak mandi manda ke.
Semua boleh. Hehe.

Tapi pastikan jaga kebersihan tempat ni.
Jangan buang sampah merata. 

Nice view at Beras Basah Island
Simple but rareeee kan~



teduhh kan. angin sepoi sini, ngantuk weh duk berteduh sini~
Suami in action. Seliparr memang omey angat tu! :p

Sebenarnya masa hari kedua kami disini, baru mula jerebu. kalau perasan ada 
'asap' jerebu tu kat dalam gambar. tapi tak kuat sangatla, 
hari ke 3 baru tinggi ipu jerebu sini.


haa, nampak takk berkabus tuu. jerebu la tuu :(

Duk sini takde buat ape sangat, nak mandi boleh aje.
Tapi kami tak mandi lah kat sini. Sebab masa ni panass sangat.
Huhu

Destinasi kedua island hopping, 

2. Pulau Singa Besar

Di sini kita hanya tengok driver boat bagi Helang helang kat situ makan.

Ramai jugak helang datang.
Driver boat tu akan campak kan ayam mentah dan kita pun tengok lah Lang tu makan.
Bolehla rakam, amik gambar.

Tengok tuu, ramai kan helang

Lang ambik makanan mereka tuu

Disini kejap aje masa. Lebih kurang 15minit macam tuu aje.
Then last, barulahh kami dibawa ke


3. Tasik Dayang Bunting

Sini memang ramai kera ni, jangan bawak makanan di tanganNanti kera comel ni ambikk kang! Hehehe

View dari luar tasik. Masa ni masih lagi dlm bot 

Dikatakan spt perempuan yang pregnant sedang berbaring

Masa diberi tuk mandi manda disini 1 jam sahaja,
then berjalan lah kami memanjat sedikit demi sedikit tangga disitu. Huhu

Semput jugaklahh, tapi nasib kejap aje kena panjat memanjat.


Dah penat naik turun tangga, selfie dulu lah :p

Dan tak lama pun kena jalan, 
Nampak lah dari atas view tasik tu

Cantikk kan. Sejuk je mata tengok hijau.

pool tuk kanak kanak pun ada ;) 

Nak mandi disini kena berhati hati, 
and pakai lah safety jacket yang ada disitu.
Rasanya RM 5 sewa. Huhu
Nak jimat, pakai aje jacket yang dari boat. 

Sebabnya air tasik kan air tawar.
Mudah hilang daya apungan badan.
Huhu. Ye ye je aku cakap gitu
Yang penting dia tak sama macam mandi air laut masin :)

Memang hakak pun tak mandi kat kawasan tasik dalam tu,
Cuma nak jugak merasa mandi, 
Last minit baru masuk pool, tu pun kat budak budak je. Huhu tak dalam lahh kan
Sebab ada lantai.
Alhamdulilah capai jgk hajat nak mandi situ ;D

Ramai jugakla harituu yang datang.

Sini ada sikit information pasai tasik ni : 

Jemputlah membaca. 
Rajinkan diri tambahkan ilmu and info :p

Sila zoom sikit tuk tumbesaran 

the information about the lake~

Rasanyaa itu aje yang mampu taip utk part 3 nih, penat dah rasaaa :(
Macam berlari marathon dah ni
Penat jugak memerah idea teringat nak menulis.
 Lagi pun melalui phone je.


Kbai. Thanks for reading~

Update ;  part4
Previous ; part2

Honeymoon : Langkawi Part 2

October 09, 2015
Alhamdulilah, datang juga mood nak up part ni. 
Haritu dah on, sekali tulis tajukk je. 
Idea takde nak menulis. 

:P

Okay, tuk day 1 di Langkawi,
Tak banyak sangat kami explore lelama tempat, sebabnya masa suntuk kan.
Yelah, even check in awal dalam 10.30am mcm tu..
Tengahari lepas zohor baru lah kami start explore Langkawi ni


First place kami pergi :
Dataran Lang!
Alah tak jauh pun kalau korang dari jetty point tu,


Sebelah aje. Kalau jalan kaki berapa minit je. Hehee ;)
Tapi disebabkan kami dah check in dan kereta dihantar ke hotel.
So baru lah dapat perginya. Rugi jugaklah masa kan,
patut sampai je terus dpt pegi situ. Hmm


Never mind lah, nak uat camner kan. Hihi

So,
 inilah dia lokasi wajib korang datang tau!

Kalau dtg Langkawi mmg wajib selfie sini.

REMINDER: Sebelum keluar berjemur di tengah panas mcm ni, please pakai sunblock. Sebab kat dataran Lang ni boleh tahan juga panas. Masa ni hakak lupa nak pakai sunblock! Balik hotel. Merah hidung macam udang kena bakar je, hm


:(


Cuaca pulak takde lah panas mana tapi dekat ngan laut kan. Haba dia semacam je.
Betterlah pakai sunblock.
Sebab kalau kulit sensitip mmg cepat effect kena matahari


Inilah dia simbolik Langkawi ! ;D
Acah acah pegang burung Lang ni ;p


Even cuaca macam gelap dibelakang kami,
percayalah sgt panas k. See mata kami sepet menahan panas :D

Selfie selagi rasa mcm comel je view kan, hahaha!

Then setelah ke Dataran Lang kami terus jalan jalan tak tahu nak tuju pada awalnya.
Last last ikut je signboard yang ada. 
Sampai lahh kami ke 

Pantai tepi jalan laluan sebelum ke Gunung Machincang. hihi 

Pantai Kok rasanya. Nampak ada org berhenti disitu.
Teduh juga and air laut dia pun landai boleh mandi manda. 


Berhenti lah kami disitu selfie. Hahaha :p


Ini jelah yang lawo sikitnya. Hahaha


Then kami teruskan journey kami ke Oriental Village, tak jauh pun dari Pantai tu. 

Berapa minit je, dalam 10minutes gitu


cantik pantai ni, ombak slow jee

Ingat masa ni nak naik cable car terus,
Tapi tak jadi lah esoknya tu day 2 kami datang lagi.
Ingatkan tak sempat dah hari 1st tuu.
Hahaha padahal sempat je pukul 5pm lebih kalau nak naik cable car.
Rugii kann masa kami :'(

Ini lah pintu masuk and pintu keluar dia. Hihi

Ini view dalam Oriental Village ni :

cantik kan gunung belakangg tu

Lawa kan dah macam kat korea ke jepun gitu

Tuh boleh main golek golek dalam tuu.
Comel je tgk diaorg main dlm bounce ball tu. Boinkk boinkk! Hihi

His candid :



Dahh itu sajee

nah klik sini part 3 pula.
Previous part. Part1

SNAP WIDGET

Booking.com