Honeymoon : Langkawi Part 4

by - 11:37 pm

Bersambunglah ke part baru.
pasai part 3 tuh dah panjang bebenor kan

After balik dari island hopping,
nasiblah baju dah kering sikit terus pergi cari makan tengahari

-throwback when island hopping -


Alang alang dah kat luar, terus je pergi makan tengahari di area Kuah, 
perut pun dah berkeroncong mintak nasi :p

kami makan tengahari di kedai Kak Tie makanan tengahari banyak lauk kat situ. Kedai dia tepi jalan je belah kiri kalau dari arah Chenang - Kuah. 
Hari pertama, kami makan di kedai sebelah dia. Kedai Kak Ani.

Alhamdulilah dua dua sedap.
harga pun berpatutan sini.

Balik hotel, mandi dan solat.
Kami keluar pukul 2pm lebih gituu,

"Ada cerita kelakar masa sampai di hotel, lepas makan tengahari tu,
Suami. Masa island hopping kemain lagi jaga phone letak dalam beg. Sekali bila dah sampai hotel, sebelum masuk bilik kami dia pergi terjun pool dengan eksited nya tanpa check dulu poket seluar. 
Yang nak tergelaknyaa, masa nak mandi kat bilik barulahh dia perasan yang phone dia dalam poket rupanya masa terjun pool tu ! ;D 
Nasiblaa phone murah. Nasib jugak la tak tumpangkan phone sis dalam poket seluar dia. Hahaha sabor jelah" 

Okay dah sambung cerita lepas rehat tenghari tu, bergegas keluar lagi jalan jalan.

First ;
Pergi ke Nusantara Maju 
tengok proses minyak gamat.


replika minyak gamat nusantara!

Pelbagai jenis ubat ada

 Selain tu product herba dan kesihatan pun banyakk. kami beli sikit aje kat sini :D

Sambung journey cari Beras Terbakar,
boleh tahan lah nak cari asyik terlajak je. huhu 
maklumlah kali pertama ke situ
Terletaknya di Padang Matsirat


rumah ni takleh masuk. hanya kaum keluarga je

this is info about Beras Terbakar

cebisan beras terbakar yang menjadi sejarah~


Di kawasan situ banyak juga kedai nak shopping.
dekat situ kami beli baju tshirt Langkawi, beli seluar batik, fridge magnet, topi.
murah murah jugakla sini. Recommended. Boleh tawar menawar

Setelah puas meronda di Beras Terbakar,
cecepat kami bergegas ke Oriental Village.
ya! lagi sekali pergi. huhu sebab nak jugak merasa naik sky cab kan.
Bukan senang nak merasa datang sini lagi kan. hee

syiok pula tengok air pancuran ni~


Masa kami sampai, dah petang.
So tak ramai mana orang.
And tak beratur panjang langsung.
Nak masuk sini masa nak beli ticket sky cab tu tunjukla Mykad anda ye!
nanti ada less. Harga tuk dewasa plus less untuk warganegara Malaysia yang pegang kad pengenalan - RM 20. Kalau foreigner mahal sikit. Jadi jangan lupa bawa ic ye

Sebelum beratur nak masuk laluan ke SkyCab
 kena masuk tengok Sky Dome 
dulu, heee
kasi peningg kepala sikit, HAHA ;P


masa menanti giliran naik gondola ni

tinggi wehh, dah la gayat

Rilekk je muka dia, Haha


ni tak tahu hentian berapa lah, memang main berhenti and turun je :p

even suami first time naik, Dia okay je, I pulak yang nervous
sebab dikatakan lebih tinggi dari yang Genting punya

fuhh! berpeluh wehh kaki tangan masa menaik tuu curam gilaa.
gila tak gigil. TINGGI kot gunung :/
Dalam hati asyik istighfar aje, memang fikir nih kalau jatuh macam mana? hahaa


Haaa, masa setiap hentian ni bila kalian keluar akan ada sesi bergambar lah apelahh
kat sini memang mencekik juga. Bayanglah kalau beli semua gambar yang ditangkap tuu,
mahu habis kat situ aje dekat RM 100 ;\

Tu, kalau lah

Nasib we ols cuma beli nih je masa kat atas tu


RM 15, fridge magnet. huhu

Nasiblah fridge magnet. kalau gambar and keychain biasa,
Memang tak mahu lah. Macam membazir pulak kan. huhu 
Lain lahh kalau memang spend duit banyak :p

Okay tu aje yang kami buat di Oriental Village hari kedua.
Ingatnya nak jugak pergi ke Air Terjun Telaga Tujuh, tapi dah lewat petang dah

kami singgah melilau jalan jalan tengok suasana di Pantai Cenang aje lah


meriah gila petang petang disini. Best tengok gelagat orang
tengok mereka yang duk main banana boat tu, bestnyaa!

Masa di Pantai Cenang pun dah dekat pukul 7 dah,
so aktiviti kami hanya santai jalan jalan cuci mata jelah kejap

seronok juga tengok mereka duk main main Banana Boat lah,
ada yang duk main Jet ski lah. Duk mandi manda.
Meriah

Malam tu after solat maghrib, siap mandi semua
Kami pun siap siap pergi ke Kuah. Haa ambik baju yang kami hantar dobi siang tu

Then barulahh kami jalan2 shopping di Rams.
Memang harga meletupp murah murah barangan set pinggan mangkuk,
gelas, mangkuk tingkat lah semua murah. Dan nampak menarik design,
mewah gitu. Namun duit kami dah tak mewah mana :( 
hahaaha 




Macam macam jenis coklat ada sini :')

perfume murah you olss.  
Dahlah wangi. 
Tengoklaa harga dia. I was grab

haa, pening tengok lawa semua!

Sesudah cuci mata, shopping coklat coklat, grab perfume.
we ols pun lapar dah, 

and cari makan di Padang Matsirat.

Sesaja jalan jauh sikit.
Sebab malam last kan :(
Lagipun bagi kami area Kuah
 macam tak banyak sgt kedai makan malam yg berkenan dihati, huhu

The menu, Alhamdulilah :)
I think stop here for this part. too much dah ni, pening dah. 
Nampak gaya kena sambung part 5 pulak ni :D

You May Also Like

0 comments