Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Monday, 30 November 2015

Sup Ayam 2S :)

November 30, 2015 0 Comments

Salam and Hai semua,
Morning. Nah mesti tercari cari kan 
Resepi Sup ayam sedap tapi simple untuk di sediakan.

Ini dia cara sis masak paling simple.
Tapi percayalah, dua kali tambah pun tak cukup nasi tau. Tak payah nak sedia bahan banyak sangat. Hehe. Incase, kalau takde daun sup pun masih sedap tau sup ni. :D

Makan nasi dengan sup ayam simple macam ni pun dah sedap. Tambah lagi pula kalau dgn sambal belacan. Perghh!


Bahan bahan ;

 *Bawang merah 2 biji, 
*bawang Putih 2 ulas, halia 1cm,
*belacan sikit. *Lada (optional if nak spicy!). Sup bunjut adabi. Lada hitam sikit


Cara masak ;

1. Tumbuk semua bahan kecuali sup bunjut lahh jangan. Hehe
2. Tumis bahan2 tu. Naik bau bawang, dan nampak tukar warna  dah bahan tu masuk sos tiram sikit. Then masuk sup bunjut.
3. Masukkan ayam. Then air kalau nak kuah pekat sikit pun memadai. Dalam 2 cawan air(kalau makan tak ramai) hehe
4.Perasakan la dgn garam/perasa/gula sikit last sekalii. Nak sedap sikit perah air limau nipis sikit dalam sup tu. 

Simple but sedapp okay! 


Nak resepi sambal belacan 2S pulak?
Nantikan sis share lagi k. Hehe 
2S = Simple Sedap.

;)

Itu saja dari saya, nanti saya share lagi banyak resepi 2S menyusul. 
Maaf baru ada mood berjinak jinak update sini. InsyaAllah selagi manfaat nak sharing tuk kalian! Kbaii jumpa lagi. 

Haa before this, resepi churros boleh jenguk.

Sunday, 29 November 2015

Resepi Churros

November 29, 2015 0 Comments
Salam and Haii semua!

Haa mesti tercari resepi kuih kan, musim hujan macam ni mesti rasa cepat lapar dan terasa nak makan macam-macam kan. 

Ini dia resepi sis nak kongsi dgn kalian 

Churros 



Bahan-bahan yang diperlukan-; 

√ 1 cawan air *
√ 1 sb butter *
√ 1sb gula *
√ 1 1/2 cawan tepung gandum
√ secubit garam *
√ 1 biji telur


1. Masak bahan bertanda * , sampai sebati dan mendidih. 

2. Masukkan tepung ke dalam bancuhan yang dimasak tu. Gaul rata dan sebati. 

3. Tutup api..dan masukkan telur..

4. Kacau hingga rata dan siap adunan. 

-Untuk menggoreng pula, kita gunakan acuan kuih semperit kalau takde, bolehla cari tudung botol yang tak guna, and tebuk comel buat shape bintang ke kan.. Takpe. Asal ada seni, ye tak. Hehe ;D


Then masukkan adunan tadi ke dalam acuan semperit, dan gorengkan. 
Kalau nak aturkan dalam dulang dulu pun boleh kemudian baru goreng. Boleh jugak macam tu :)


Sis buat pun susun dulu jugak, lepas tu baru goreng (:

Sediaa tuk ditelan, hehe

Nahh tuu diaa kecurr takk airliurr ! :D


 Siapp!


Bolehla cicah dengan chocolate sauce ataupun tabur saja dengan gula halus. Sedapp sangat. 

Okay terima kasih ! Itu saja dari saya kali ni ~

Sunday, 15 November 2015

SNAP WIDGET

Booking.com