Posts

Showing posts from December, 2015

Crunchy Egg Sandwich ッ

Image
salam semua yang membaca, 
kejap aje pejam celik dah nak habis 2015 okay harini rasa nak share resepi la, terbelek galeri picture kat phone ada yang memang niat nak sharing kat sini. Dah lama terbiar gambar tu baru lah nak rajinkan diri tuk taip.. ;p
okay proceed to the subject 


Egg Sandwich ;
Bahan - bahan : roti , telur 2 biji(direbus selama 20 minit) salad, mayonnaise, majerin, cheese,sos cili.
Cara - cara ;  1. Pastikan telur direbus dahulu. dah siap, penyetkan telur dalam mangkuk dan masukkan Mayo, black pepper sikit, perasa sedikit. Gaul rata. 

2. Roti disapu majerin dan dibakar sekejap di atas pan. Tengok dah bertukar warna sikit dah boleh angkat. heee ;)
3. Roti dah siap bakar tadi, letak lah inti telur yg dah digaul rata tu..haa tips  tambahan sikit, kalau nak cheese tu mencair. cheese tu buh atas roti yang sedang dibakar sekali. Buh cheese masa dah siap bakar satu muka(muka pun boleh)! hehe
Boleh jugak nak tambah sos cili ke kalau suka pedas :D


SIAP! must try buat sandwich gaya mac…

Ketam Berlada♥

Image
Salam, and Hai semua.  Moga sihat, happy selalu!
Okay harini sis masak ketam berlada,  Terus rasa nak share sini sebab takut lupa niat nak sharing resepi sama sama kalian ni, hehe 
Ketam Berlada ;

Bahan bahan ; 
- ketam (5-6 ekor) √ - lada kering (rebus & blend) √ - bawang merah 3 biji, bawang putih 3, seinci belacan, seinci halia (tumbuk lagi sedapp) ;DD √ -bahan tambahan tadi : bunga kantan. sedap bau wangi masakan. Boleh juga nak ketuk serai. Pun sedapp! √
Cara - cara ;  1.Bersih ketam, buka cengkerangnya basuh bersih. potong macam mana kalian suka. (Sis tak potong pun sebab ketam tak besar mana dah) hehe
2. Dah siap sedia bahan semua. Tumis bahan ditumbuk. Biar garing sikit, dan naik bau.
3. Masuk sos tiram dlm 1sudu gitu dan sedikit kicap.  4. Tumis cili blend tu, kering sikit masuk air dan ketam. 
5. Kacau rata, perasakan dgn garam, gula.  6. Tunggu kering sikit kuahnya, rasa sikit dah okay belumm, dan siapp! Hehe 


Tak lama pun tempoh masak ni,
dalam 20 minit je. 

Okay dahh tu…

Pizza Homemade ✿

Image
Bismillahirahmanirahim ~
Kali ni sis nak share resepi pizza pulak, Sebenarnya resepi ni asalnya sis nak buat Donut. Tetibaa dah siap semua baru perasan, takde sarang dia. Haha 
Okay, jangan kecam sis. Tapi still sis cuba jugak tuk tak membazir, dan teruskan dengan resepi ni buat dough pizza! :D
Cuma ni sis dah edit balik resepi
Listkan yg mana patut je tuk buat dough pizza

Bahan-bahan tuk dough;
-400g tepung gandum -1 paket yis yang mauripan tu -50g planta -2sb gula pasir -sedikit garam
Bahan-bahan tuk topping pizza;
- Sosej - Daging burger potong kecil - Bawang besar slice  - Capsicum  - Pes tomato  - Cheddar cheese  - sos cili 
(Lain lain boleh tambah kalau suka banyak bahan) 

Cara-cara ;
1. Masukkan yis, gula, air suam ke dalam mangkuk. Kacau rata. Dan biarkan ia dlm 10 minit.
2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, Masukkan garam. Kacau rata dgn senduk. Then, masukkan air yis yang dah berbuih. 
3. Kacau rata tepung. Bila dah sebati, uli dgn tangan. Dan rehatkan sekejap. Dalam 15…