Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Saturday, 16 January 2016

Review : Bajrangi Bhaijaan✿

January 16, 2016
Salam and Hi semua. 

Tak mahu cakap panjang entry kali ni, nak review filem ni,
Sebenarnya saya ni bukan jenis cepat nak tengok filem baru yang direkemen orang.

 Ramai yang kata filem ni lagi best dari Dilwale. 
Serius ramai kata macam tuuu, saya pun masih belum tengok lagi dilwale, 
jadi tak tahu nak cakap apa, hahaa. 
:P
Tapi yang ni, terus rasa nak tengok
 Yes betul sekali, filem ni sangat menyentuh hati. 
Bukan cerita kisah cinta cintun. 
Tapi kisah kejujuran sesama manusia, 
kisah pengorbanan dan ada selit juga komedi! :D


Sedikit sinopsis tentang filem ni : 


 Bajrangi Bhaijaan menceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan Pakistan yang bisu. Dia ketinggalan kereta api saat berada di India bersama ibunya dan dia tidak dapat kembali kerumahnya di Pakistan. Lalu, dia terjumpa seorang lelaki India yang bernama Pawan dikenali sebagai Bajrangi, Pawan banyak membantunya dan dengan rela hati juga dia menghantarkan sendiri kanak-kanak itu pulang kembali ke Pakistan, tanpa mempunyai passport atau visa. Dari situlah pelbagai cabaran yang dilaluinya :)

Yang paling suka tengok scene bila Pawan tu cuba nak tahu budak ini beragama apa, pada mulanya tu Pawan ingat dia beragama hindu dan tinggal di India, 
Tapi tak lama lepas tu, Pawan dapat jawapan yang budak ni orang Islam bila budak ni masuk ke rumah jirannya yang Islam dan dia makan daging serta lihat budak ni masuk masjid, dan pakai selendang serta berdoa :)

haaa malas cerita panjang sini pasal filem ni, 
nanti tak suprise pulak kalau kalian yang belum tengok, 
tapi serius jalan cerita filem ni sangat unik! 
Kalau ada 10 bintang, 
saya bagi full 10 bintang tu, hehe. 
Best ada scene culture Hindu
 dan juga Islam. 

Tak pernah saya seminat ini pada sesuatu movie, haha
Tangis, gelak tawa semua ada dalam filem ni. 
Dengar kata rating filem ni lagi tinggi di India berbanding Dilwale, 
tak tahu la sejauh mana kebenarannya tu, mungkin kalian boleh google ;D 

Pawan yang baik hati dan orangnya sangatt jujur !!
 Nanti kalian tengoklah kejujurannya sampai tahap macam mana ;D
Budak ni diberi nama India masa dijumpai Pawan iaitu Munni.
Satu lagi nama Islam dia dalam filem ni, Shahida :)


Suka tengok keletah budak ni, comel sungguh!

Okay dah tak nak merepek lagi
Nah link tuk kalian tengok filem ni. 
jangan lupa sedia tisu banyak ye :P


Tuesday, 12 January 2016

Penang Part 3 ♥♥

January 12, 2016
Salam and Hai semua ッ

InsyaAllah part last dah ni, nanti akhir entry ni, 
akan saya selitkan tips and bajet untuk kalian. Bagi memudahkan kalian buat perancangan jika berniat untuk ke Penang. Oh ya, kalau nak baca part 1 dan part 2 boleh klik SINI dan SINI :')

Ada jugak tempat yang kami pergi kalian boleh skip, dan boleh juga add ons aktiviti lain. Nanti insyaAllah saya selit juga. hahaa banyak benda nak selit ni. Takut terlupa je :P

6 JAN 2016

Kami keluar lewat sikit, plus check out lambat sikit, memandangkan phone saya berpenyakit pagi tu. Sangkakan dah masuk charge malam tuu, sekalii charge tak masuk(bahagian cas phone tu dah rosak sikit, macam tak tersentuh sangat) GERAM SANGAT pagi tuu. Bangun awal pagi tuu, terus setelkan phone tu dulu. Ni buatkan makin tak sabar nak beli kamera, lepas ni tak payah dah berharap kat phone sangat bila pergi bercuti ke mana mana, Dan akan lebih jimat bateri phone bila tak guna sangat kan. Tapi memang trip kali ni, memang tak on sangat data internet, sebabnya nak pastikan bateri jimat. Yelah, nak snap picture lagi. Nak on tenet lagi. Memang lajuu la bateri akan habis nanti. Biar lah dah bawak power bank pun. Tetap sayang bateri phone tuu. hahahaa. Nasib la dia baik baik sahaja hari last tuu. Fuh, syukur sangat.. Even pagi pagi dah rasa spoil mood je. hahaa :P

Menapak la kami ke Komtar, untuk dapatkan bas CAT berjalan kaki lebih kurang 5 minit lebih je. Sebelum tuu, suami dah cakap, "yangg, esok abang nak gambor kat transformers ehh. huhu  layankan jelahh dia minat benda benda macamni 

Transformers with husband ~
Depan Times Square tuu belakang tu nampak tak M. Haa tulah, M mall :)

Check out pukul 12 tengahari, Alhamdulilah, everything goes well sepanjang menginap. 
Tak ada apa apa isu perkauman ke. Kekadang syiok juga kenalan dgn berlainan agama, kita lebih mengenali kaum tu sendiri. Selain mengambil yang positif drp sikap mereka, hehe
 Misal contohnya masa kami menginap di homestay ni, Mr Kai ni bagitau rumah dia sepatutnya nombor 34 belakang, tapi dia tukar jadi 3A, oleh kerana kepercayaan chinese nombor 4 tu takde ong. First time dengar chinese bercerita perihal ong dia ni. Kami pun macam wow, uniknyaa. Sebabnya sebelum ni tahu macam tu je, tak detail sangat. 

3A jadinya
Sambung balik cerita kami, naik bas CAT turun di Padang Kota, bersebelahan je bas stop dengan hot baloon warna warni tuu.


Turun makan di medan selera semalam yang kami makan mee sotong tuu. sini macam okay sikit(bersih). Dan banyak pilihan. Banyak makanan melayu dan makanan culture pun banyak, pendek katanya senang semua ada disini. So bagi yang malas nak gi makan jauh, boleh berhenti di sini je.  Tapi bagi kami sini ada yang murah, ada yang mahal sikit. Jadi sebelum makan tu tanya dulu harga, risau kena 'ketuk' je. Sebabnya kami terkena jugak tengahari tuu, sebelum makan tu mak cik tu dah cakap yang nasi saya Rm 6.50, nasi dan lauk suami RM 4, dia suruh kita ingat gitu je. 

Memang kami ingat, tapi bila nak bayar tu kami cakap balik ambik lauk apa, sekali dia cakap yang suami tu RM 6 pulak, kami cakap macam ni je : "RM 4 yang ni, lauk ayam dan sambal ikan bilis petai". Sekalii baru tadi cakap RM 4, jadi naik pulak. Sepatutnya dia bagilah kertas bertulis sbg bukti yg dia dah kira kalau takut ditipu, ayooo nasib la kami ni jenis redha jela kan, tapi kalau kena kat orang yang nak jimat cermat kesian jugakla. Takpela, cerita ni pun sebabnya nak kalian berhati-hati aje. 

Medan selera padang kota ~

Nasi suami tu ayam dan sambal petai, RM 6 jadi nya,
sebelum tu mak cik tu cakap RM 4. bila nak bayar,  fuhh kena ketuk!
hahaa
Makan tengahari di sini, Nasi berlauk RM 12.50,coconut shake kami repeat lagi. Sebab takleh nak move on teringat ingat je nak minum lagii, hahaa. Coconut shake RM 4 seorang, dua jadi nya RM 8. Total RM 20.50, kalau kalian nak jimat minum air biasa jelahh. Memang rasa mahal tapi sodap sangatt!  Dah kenyang makan tengahari tuu kami pun pergi Museum 3D lagi, tapi kalini museum ni memang lagi awesome! Historical museum, modern trick art semua ada kat sini. Sebelum saya lupa lagi, kami naik bas CAT kat bas stop Padang Kota tu, then berhenti di bas stop sebelah kiri Pengkalan Weld. 

Lokasi Made in Penang Interactive Museum, alamat No 3 Pengkalan Weld, Penang. 
Kalau kalian baru turun dari feri belok ke kanan, lebih kurang  beberapa meter akan nampak bangunan ni di sebelah kiri. Kalau dari padang kota tadi, ke atas sikit je lagi. Kena alert bangunan belah kanan. Warna putih. InsyaAllah, akan nampak sebabnya signboard besar.  

Bayaran masuk ; RM 15 dewasa. Kanak-kanak ; RM10 
Bagi pelajar jangan lupa bawa kad siswa tuu, ada less. Kalau tak silap pelajar hanya RM 10 dikenakan :)

Bahagian depan museum~

Laluan ni free untuk snap picture, hehee yang berbayar di dalam ~

wall painting ~

Nahh waktu operasi, dan bayaran ~

Boleh tinggalkan beg kat sini, kami tinggalkan beg kat sini. Bawa masuk yang penting je k~
Ini antara yang dapat dilihat semasa mula masuk :)

Uncle handsome gunting rambut ~

Mak cik comel jual nasi lemak ~

Duriannn duriann ~
Adik adik duk main batu seremban. Rindu pula zaman kecil tanpa gadget~

ni sejarah dulu dulu kat area Pengkalan Weld ni~

Lalu kami naik ke tingkat atas pulak, yang ada trick art dan macam macam jenis lagi art :D 

ikut je sign kat tangga ni ~ hee
Terimalah caption merepek dari saya :)

kutip kutipp, nanti boleh buat sambal telur, haahahaa :P

Aummmm~ saya rasa akan bocor je puting botol susu ni, tengoklah gigi rimau ni! :P

semalam lari daripada dinasour, harini boleh pulak berani duk depan dia kan~  hahaa
teh tarikkkk satu anneyy, kasii belit sikit tarik tuu~ 
Monkey tu pelikk dah, sejak bila aku ada kawan dgn manusia ni :p

Pancit dah aunty ni naik, ke bocor terus dah tayar tuu. haaa ayokkk tak tahuu !

al kisah tomyam terbakor, lalu saya cuba menjadi penyelamat
Awak ni merepek sungguh bang! Dah kahwin kannnn  -_-

ibarat tukul dan pemahat eh?
apa tu perumpamaan tuu. hadui tak reti dah nak falsafah sangat.
beku dah otak lama tak pergi sekolah :P
HAA, sudahh ni takde sape nak siapkan makeup dia~

part ni best, ada lagu P Ramlee disni

laju betui adik ni tarikkk. mengimbau kenangan zaman legend dulu~

Ya. Janji. Harini tak nakal lagi. Harini jer janji esok buat perangai lagii, haahaa :p
Baru nak bergambar sini, sekali aunty ni curahh susu pulak. Nasib tak basah :D
kait buah pala tu, nak buat jeruk ke bang?
nak satuuu roti canai, yang ada cheese ada tak anneyy? ahahahaaha
yeayy dah pandai menyelamm~ 
Fuh, setel duk tengok lukisan 3D dalam museum tuu. Banyak lagi sebenarnya gambar, tapi penat dah nak masukkan :D maaf ya. Tulah sebabnya saya cakap museum ni lagi best dan menarik berbanding trick art yang di Lebuh Penang tuu, heee. Okay after habiskan masa disini. Hampir pukul 4pm jugak, dari pukul 2pm masuk, kami pun keluar dan jalan kaki ke Jeti. Dekat saja. Beberapa meter, tapi panas yang tak tahan tuu. Haha berlari lari nak dapatkan tempat teduh. Jalan sikit, minum air. Habis air mineral, beli lagii air. Kami naik bas CAT lagi untuk ke Komtar, haa dan kali ni baru kami masuk ke dalam Komtar tu. Ada shopping mall. Lawa jugak bila masuk dalam, dari luar nampak biasa biasa sahaja. Kalau anda kaki shopping, bolehla masuk sini cuci mata 

KOMTAR :)
ni bas yang ada kat jeti ni, turun je dari feri tu terus boleh nampak di sebelah kiri ada bas banyak banyak. free ada, berbayar ada :)

Ni kita boleh refer bas dah dekat mana, lagi berapa minit nak sampai ke jeti ni :)
Shopping sikit je dalam Komtar tu, tapi serius banyak jugak baju baju perempuan especially, yang murah dan cantik jugak design. Kami pun solat di surau dalam komtar tu jugak, surau di tingkat 1:)
Dah bosan round sekeliling mall tu ( alah, tak habis pun round tapi tengok waktu dah petang kan) 
decide nak ke Jalan Chowrasta, beli jeruk jeruk dan baju. Memang kami suka, bila dah nak balik baru shopping. Takde lah kita bawak beg berat atau pun beg plastik ke hulu kehilir kan :D 

Tiba di Chowrasta, kami jalan jalan sekitar situ. Sebelum tu sejukkan tekak lagii, plus nak merasa pasemboq. Ada gerai gerai situ. Macam macam ada, pasemboq, kuih muih, cendol. ais kacang, dan banyak lagii. Ramai jugak orang makan sini :)

tenggelam sikit signboard jalan ni , haha 

cendol, marveless. RM 2.00 
Pasemboq sodapp jugakk, RM 8.00 
Gerai yang ada disini 
jalan cuci mata, cari souvenir untuk diri sendiri, haaha ~

Apa lagii, cari jeruk yang sodap la
jeruk 3 paket, RM 10.60 
Dah beli jeruk untuk mertua, untuk kawan suami. Then beli baju sehelai dua je, jeruk tu kami beli 10 paket. Plus ada beli kuah rojak, dan acar buah. Total shopping disini RM 47.60 

Selesai membeli belah tu, kami tengok jam dah lewat petang dalam pukul 6pm macam tu. Tunggu bas CAT kejap je di Chowrasta, then sesaja habiskan masa sikit lagi sebelum balik ke Butterworth. 

Turun dan naik disini bila beli belah di Chowrasta :)

Sempat jugak kami jalan jalan ke Prangin Mall kejap petang tuu, dan solat maghrib di Komtar. Kali terakhir lah kami naik bas CAT, sesudah solat maghrib tu terus je ke Jeti Feri dan bergerak pulang naik feri untuk ke Penang Sentral, Butterworth. Customer suami di seberang Prai pun dah calling nak jumpa suami di sana, sebelum kami bertolak balik malam tu pukul 11pm. 

Alhamdulilah, everything was okay. Banyak juga tempat kalian boleh pergi yang kami tak sempat pergi, contohnya [ Rumah PRamlee, Persiaran Gurney, Tanjung Bungah, Teluk Bahang if kalian ingin cuba permainan adventure, Pantai Batu Feringghi) Kalau nak naik bas Rapid ke Batu Feringghi atau Teluk Bahang, bas yang sama. Bas 101. Teluk Bahang destinasi last. So, akan jumpa Batu Feringghi dulu :)

Banyak juga pengalaman duk di tempat orang. Kadang terasa macam bukan di Malaysia pun ada masa disana. Hahaha. Sebelah pulau penang ni tak ramai pun melayu. Boleh kata 10% je kot. Hoho  

So masa di sini banyak berinteraksi dengan kaum yang berbeza dgn kita. Penggunaan bahasa pun more to speaking English, ada juga kena berinteraksi dgn tourist. Mereka mencari cari bas untuk ke Kek Lok Si Temple, haa Kek Lok Si Temple ni jalan yang sama untuk ke Bukit Bendera, akan jumpa temple ni dulu. Bukit Bendera last destinasi. Bas bernombor 204. Bayaran RM 2.00 sahaja. Kagum dengan backpacker non muslim ni, mereka datang jauh jauh pun rilek je pakai map yang kertas tu atau refer pada buku yang mereka baca. Serius, suka tengok. Betapa mereka praktikkan sikap suka membaca dan mengkaji. Masa tourist tu tanya pasal temple tu, dia tunjukkan pada saya dengan buku dia baca! Tak sempat cam buku apa. Mesti lah buku tentang tempat yang dia lawati :))

 (moralnya disini saya ni kena praktikkan english, kasi fasih) hihi. Banyak pengajaran juga dapat dipelajari, Juga mendidik sabar bila dalam musafir, selain mengenali keindahan budaya yang ada disini. Okay, disini saya nyatakan bajet dan perbelanjaan kami ke sana. 

Total perbelanjaan kami, tapi diingatkan ni berdua  :)
haa, tengoklahh dah terbalik ayat tiket ferry pergi dan balik tuu! Sorry
Ada yang kalian boleh skip je aktiviti kami. Boleh dapatkan bajet lagi rendah sebenarnya, hehe, Maklum lah pergi suami isteri ni lain sikit la bajetnyaa. Kalau kalian pergi dengan kawan kawan, bolehla skip bahagian accomodation tu, cari hotel bajet banyak je area Georgetown tuu. Skip fee entrance dan lain lain. Fee entrance kami banyak jugakla habis. Bukit Bendera, dan 2 Museum 3D. hahaha takpelahh alang alang pergi tu yang nak jugak pergi 2 museum. At least, dapat tahu mana yang okay, mana yang tak. Hehee. Okay lah rasanya, itu sahaja, nanti kalau ada yang rasa tercicir tu akan diedit balik. Rasanyalah just spend sorang all in RM 300 pun lepas kot ke Penang ni, hehe. 

Sekian, harap maaf kalau ada kekhilafan. Semua ni hanya lah sekadar perkongsian untuk rakan rakan mahu pun yang mencari cari tentang trip ke Penang ni. Wssalam 


Thanks for reading! 

SNAP WIDGET

Booking.com