Review : Bajrangi Bhaijaan✿

by - 5:51 am

Salam and Hi semua. 

Tak mahu cakap panjang entry kali ni, nak review filem ni,
Sebenarnya saya ni bukan jenis cepat nak tengok filem baru yang direkemen orang.

 Ramai yang kata filem ni lagi best dari Dilwale. 
Serius ramai kata macam tuuu, saya pun masih belum tengok lagi dilwale, 
jadi tak tahu nak cakap apa, hahaa. 
:P
Tapi yang ni, terus rasa nak tengok
 Yes betul sekali, filem ni sangat menyentuh hati. 
Bukan cerita kisah cinta cintun. 
Tapi kisah kejujuran sesama manusia, 
kisah pengorbanan dan ada selit juga komedi! :D


Sedikit sinopsis tentang filem ni : 


 Bajrangi Bhaijaan menceritakan tentang seorang kanak-kanak perempuan Pakistan yang bisu. Dia ketinggalan kereta api saat berada di India bersama ibunya dan dia tidak dapat kembali kerumahnya di Pakistan. Lalu, dia terjumpa seorang lelaki India yang bernama Pawan dikenali sebagai Bajrangi, Pawan banyak membantunya dan dengan rela hati juga dia menghantarkan sendiri kanak-kanak itu pulang kembali ke Pakistan, tanpa mempunyai passport atau visa. Dari situlah pelbagai cabaran yang dilaluinya :)

Yang paling suka tengok scene bila Pawan tu cuba nak tahu budak ini beragama apa, pada mulanya tu Pawan ingat dia beragama hindu dan tinggal di India, 
Tapi tak lama lepas tu, Pawan dapat jawapan yang budak ni orang Islam bila budak ni masuk ke rumah jirannya yang Islam dan dia makan daging serta lihat budak ni masuk masjid, dan pakai selendang serta berdoa :)

haaa malas cerita panjang sini pasal filem ni, 
nanti tak suprise pulak kalau kalian yang belum tengok, 
tapi serius jalan cerita filem ni sangat unik! 
Kalau ada 10 bintang, 
saya bagi full 10 bintang tu, hehe. 
Best ada scene culture Hindu
 dan juga Islam. 

Tak pernah saya seminat ini pada sesuatu movie, haha
Tangis, gelak tawa semua ada dalam filem ni. 
Dengar kata rating filem ni lagi tinggi di India berbanding Dilwale, 
tak tahu la sejauh mana kebenarannya tu, mungkin kalian boleh google ;D 

Pawan yang baik hati dan orangnya sangatt jujur !!
 Nanti kalian tengoklah kejujurannya sampai tahap macam mana ;D
Budak ni diberi nama India masa dijumpai Pawan iaitu Munni.
Satu lagi nama Islam dia dalam filem ni, Shahida :)


Suka tengok keletah budak ni, comel sungguh!

Okay dah tak nak merepek lagi
Nah link tuk kalian tengok filem ni. 
jangan lupa sedia tisu banyak ye :P


You May Also Like

0 comments