Perhentian Island : 2 Days 1Night ツ

by - 5:13 am


Assalamualaikum, and Hai. 

Berhabuk dah blog ni tak update ~T_T~

Baru ni kami suami isteri ke Pulau Perhentian, pergi sendiri aje. 

Just booked hotel using Booking.com 
Sebelum kami melalut kat bab hotel di sana, ni haa Pulau Perhentian ni ada dua bahagian. Pulau Perhentian Kecil dan Perhentian Besar.

Korang kena tahu, pro and cons dua pulau ini. Pada aku, stay di mana mana pun best. Ada kelebihan dan kekurangannya tersendiri 。^‿^。

Untuk yang sukakan ketenangan, untuk family, pada aku best stay di Pulau Perhentian Besar. Ada chalet chalet juga disitu. Dan resort mewah pun ada. Kebanyakan di Perhentian Besar bilik berhawa dingin. Hee 

Bagi yang sukakan suasana happening, katanya di Perhentian Kecil lebih 'meriah' 

Dan di sana lebih banyak chalet -chalet bajet. 


Ini adalah map of Perhentian Island. Besar dan Kecil. Kami pilih book hotel di Arwana Resort. Cantik resortnya, ada pool. Sesuai untuk family. Tapi kalau korang yang bujang pun tak de masalah. Heee 

Bilik kami tinggal yang mahal aje masa book tu. Jenis 2 katil queen. Kalau yang jenis travel reramai bersama keluarga, ataupun kawan-kawan sesuai sangatlah bilik ni. RM 270, 1  malam include breakfast for 2 pax.

 Mulanya kami nak book di Abdul Chalet, belah depan sana sikit. Tapi full katanya bulan 8. Ramai pelancong asing. Tak tahu la samaada memang tak ambik untuk booking atau pun hanya terima walk in. Tapi pada kajian aku, kat pulau ni banyak jugak chalet chalet terima untuk walk in guest. 
ヽ(^0^)ノ

Okay jom layan picture area Arwana Resort ni. Btw Resort ni terletak di belah Teluk Dalam, Pehentian Besar. Sini banyak jugak chalet lain yang ada. Boleh refer map kat atas aku share tuu. ↑↑

Jeti Arwana Resort :)




View pool Arwana, Cantik.


Ni bilik kami. Besarkan? Memang boleh muat ramai bilik ni. Heee ツ
Puashati lah cuma sedia maklum tv takde okay, bilik air okay, aircond okay, basic je bilik ni. Air panas ada disediakan di resort ni. Tapi kena ambil guna thermos (disediakan dalam bilik ni)

Kami tiba tengahari masa tu, pukul 2pm terus check in. Lupa nak story, kami bertolak dari Kuala Terengganu pagi. Pukul 9 lebih jugaklah. Sampai Kuala Besut, pukul 11am. 
Petang sikit dalam pukul 4 lebih, baru keluar jalan jalan. Kutip beach vibe. Hahahaa

Kononnya nak jungle trekking ke Teluk Pauh, part Perhentian besar jugaklah. Tapii kami lalui jalan untuk ke sana tu semak lalang tinggi sangat. Dekat lutut. Dah lah laluannya ada, tapi kecik aje. Dalam 5 minit berjalan laju laju. Ada gak kat separuh jalan dah dalam hutan, kami pun patah balik. Hahaha tak sanggup rasanya. Sebab berdua aje. Plus, takde safety langsung. Kasut tak pakai. Senjata tajam takde :D

Sebab ambik keputusan nak trekking tu dah pun di buat kajian pada awalnya, tu yang berani nak cuba. Yelah, sedia maklum aje lahh nak naik water taxi boat agak pricey.. Hihi. 

Sekalii jalan laguu tuu memang tak laa.. Seram.. Kalau ada orang lain jugak join nak pergi belah sana takpe. Huhu -_-#

Ni antara permulaan laluan nya. Kawasan ni je nampak terang sikit. Depan sana tuu lagi tinggi lalang. Kiri kanan semak tebal. Laluan sempit. Hahhaaa aku dah terbayang bukan2 je. Dah la cuaca macam takde cahaya sangat haritu. Padahal baru pukul 4pm lebih. Memang salute lah siapa yang berani habiskan jungle trekking ni even pergi berdua macam aku je. Haha 
Seram kot 

~T_T~




Lepas tu kami jalan jalan jelah kat pantai area kami stay tuu. Lenguh jugaklah jalan kaki kesana kemari. Haha tapi memang syiok, even penat pun. 

Apa lagi bosan lepas rehat jap, sambil tengok mat salleh duk baring tepi pantaii tenangkan diri kami pun duk bonding time sembang sembang, apa lagi kami pun mandi manda lah. Pantai area sini yang bestnya tak dalam pun. Namanya aje teluk dalam. Tapi air nya landai.



Malam tuu tibalah waktu makan kami, sebelum terlupa kos makan tengahari kami makan di area jeti Kuala Besut aje. Jimat dan murah. 2 orang makan nasi : total dalam RM 11.50 kedai depan pejabat pelancongan ape ntah situ. Belah belakang sikit. 
--------------------

Proceed ;

Malam tu pulak kami makan di restoran yang hak Samudera Chalet kat sebelah Arwana ni aje. Kat arwana ni takde ala carte. Kat sini tutup awal kedainya. Pukul 9 staff situ cakap kalau nak makan boleh, tapi dah nak tutup. Haha nasib kami diterima je makan. Sedap wehh. Harga pun berbaloii la.. Taklah mencekik darah sangat. Huhu

Tomyam sotong RM 9 besar gak portion nya pastu freshbh sotong tuu manis je rasa, nasi putih, pastu suami makan nasi goreng kampung. Sedappp dan berbaloi lah pada harganya. Air teh o , teh o ais. RM 26. 


Okay lah pada aku harga tu. Sebab esoknya kami makan lagi mahal nasi gorengnya tapi ciput je. Hahha rasanya untuk bajet makan. Per pax 1 makan dalam RM 15 macam tu. Atau kebawah. Atau nak lagi jimat bawa lah bekalan, hahaha rajin ke nak bawak bekal banyak banyakk. >_<
Kalau stay lama eloklah bawak bekal. Kami bawak jugak bekal, tapi yang ringan jelah. Biskut roti, air mineral. Heehe


Then sudah makan, berjalan lah kami balik ke Arwana. Ehh tak tido lagii. Misi mencari wifi di lobi. Haha satu je masalah stay kat sini. Takde coverage langsung bagi Maxis. Rugi den beli mobile data. Hahaa 
Wifi pun hanya di lobi. Bagus jugak lah style gini. Jadinya balik bilik hanya utk rehat, tidur, mandi. Kalau yang memang suka nak tenangkan fikiran. Sesuai sangat. Huhu ∩__∩

Keesokan paginya, kami bangun solat, mandi turun breakfast. Boleh tahan banyak jugak menu menu yang disediakan pihak hotel. Ada lodeh, ada mee goreng, nasi air, mee kari, english style breakfast roti pembakar roti tu wajiblah ada, pancake dia sedap!! Haha nampak tak semua benda aku rasa. Dessert pun banyak pilihan ada. Mix fruit, cakes. Sangat best okayy!

Ni baru sikit je terhidang. Hahha 

Ni buffet nya. Banyak stesen ada.

Setelah puas makan, jalan jalan pastu balik bilik sambung tidur sekejap, kemaskan barang, sebab sini check out pukul 11am tu yang awal duk mengemas dah. Hahaa sabor jelah. 

Then kami pun check out. Sesambil tu tanya bot untuk ke Teluk Pauh di reception. Katanya RM 20 / pax. Mahal jugaklahh. Pastu decide lah jalan ke depan sikit tanya kat chalet sebelah. Murahh je.. RM 15/pax, jadi dua pax RM 30 lah. Berbaloii lah harga tuu, mujur rasa nak servey kat lain.

 Huhu Rupanya agak jauh lah jugak nak ke arah sana. Kami pilih untuk berhenti di Mama's chalet. Jadi abang boat tu akan stop di jeti yang ada situ. 

Masa kami naik bot pagi tu, dah la bot nya tak besar mana. Kecik aje. Ya Allah sabar jelah ombak boleh tahan bergelora gak. Hingga terpecik air laut yang masin tu kat muka. Letak tangan kat tepi bot tu pun kemain ombak nya sesekali terkena jugak kat tangan. Haha basah jugaklah sikit. Ni bukan terpecik tau. Ni memang betul ombak memukul ditangan punya. Memang abang boat tu cakap dah seminggu laut agak bergelora -_-
Dah tiba nya di jeti ni. Haish kagum pulak belah sini. Cantik cantik warna air nya



Ni lah Teluk Pauh, Perhentian Besar.
Sini lah pantai yang cantik. Kat sini adalah point, Turtle point kalau tak silap aku. Orang yang ambik pakej snorkeling mesti datang di area sini. 
Harap maklum, sini resort mahal mahal gak lah. Aku dah servey 
⊙﹏⊙

Ni belah depan coral view island resort. Cantikk sangat view nya 





Setelah penat mencari port untuk mandi manda dan melepak. Haha dah lah dengan galas beg nya.  Jumpa jugak port terbaik disini, celah celah batu besar ni. Teduhh. Hehe 





Yang syioknyaa duk mandi dekat gigi air ni pun ada dah ikan ikan. Haishh comel sangat. Aku ni sometimes kalau moments indah mesti lupa nak rakam. Haha ralit sangat hayati keindahan alam 

(✿´‿`)


Dah penat main air, keringkan baju. Haha pastu pergi cari makan. Dah tengahari pukul 2 pm dah lapar lah. Memang dah decide nak makan kat Mama's Chalet, ada restorannya. 

Singgah situ makan nasi goreng aje, suami pun sama. Air dia best. Aku pesan Mango Shake. Suami pesan air Oreo apa ntah. Tapi memang best diblend halus je.. Minum air best ngadap pulak laut. Ya Allah, serius syioknya perasaan tu ^∇^






Tak ingat total berapa makan sini, tapi dalam RM 30+ jugak lah, maybe sebab air jenis yang mahal sikit. Tapi takpelah sebab dah nak balik kan, kemain la. Hahaa


Ni anak mat salleh dari England, kami duk tengok je dia pada mulanya. Suka sangat dia duk main dengan anak melayu ni. Orang main pasir, dia pun ikut sekali. Budak tu lari lari, dia kejar jugak nak berkawan dengannya. Mak ayah anak omputih ni tak marah pun anak dia berkawan. Biar aje 'menyelongkar' dunia kanak kanaknya tu.

Lagi tambah seronoknya duk sembang dgn dia, tanya sikit jawab kemain panjang. Haha. Bijaknya lah dia ni. Kecik kecik dah penuh informasi. Comel pulak tu. Cepat betul matang.

Dahh ni last picture kami disana. Nah ;



Ni masa nak balik, kami hubungi pihak Ain holidays, balik dari jeti ni. Takpe, takde cas tambahan pun. Yang penting nombor phone simpan untuk kita hubungi, dan resit ticket bot tu simpan. Nanti orang bot tu nak check. ;)


Ni lah jeti Perhentian Island Resort



 Total Perbelanjaan : 

*Penginapan : RM 270 include breakfast
* Makan dan Minum : Hampir RM 60 kot 2x makan kat kedai di sana. Untuk 2 pax. Okay lah tapi boleh jimat lagi sebenarnya ;)
* Water taxi : Total untuk 2 pax dari Teluk Dalam ke Teluk Pauh, RM 30. 

* Bot Dua Hala from Jetty - Perhentian Island - Jetty : RM 50 / pax (murahh kan)?
Biasa dengar tiket bot ni dalam RM 70, tapi kami dapat Alhamdulilah murah. Hee 

Kami beli tiket bot ni di Ain Holidays,

Di area jeti kuala besut juga, tapi belah belakang sikit. Sederet dengan tandas public belah belakang. Murah dan service berbaloi lah. 

Yang bawak bot tu pun takde lah laju sangat. Pandai main peranan sebagai kapten bot tuu. Takdelah terhentak sangat bot tu. Terbaik lah. Hee

\(^O^)/


Ni ha ada pun picture pejabatnya, nombor phone pun ada tu. Boleh lah klik pada gambar untuk zoom bagi jelas lagi. 

Heee okayy rasanya itu sahaja sharing kali ni. Ada tambahan yang tercicir nak selit, nanti akan sunting balik. Aku tahu tak bajet mana pun trip aku suami isteri ni, tapi kalau kalian nak pergi ramai ramai dengan kawan kawan pun boleh refer harga ni kan. Heee yelah faham, bukan senang nak cari info blog pasal bajet bercuti. Tu semua diukur atas kemampuan kita ditahap mana.. 

nah ni aku belanja sikit video semasa disana :


Ikutkan nak lagi bajet dari segi penginapan terutamanya, tapi payahla nak cari. Risau jugak kalau pergi walk in kehulu kehilir tak dapat tempat kang naya jugak..(sejenis yang suka booking dulu.. tak suka terjah) ada sebab kenapa aku suka booking dulu :P

Yelah sebab utamanya nak kumpul reward dari Shopback lah ! yeyeeaa. Huhu macam utk kali ni.. stay kat hotel ni, aku book via shopback dapatlah RM 15 cashback! nah pergi baca LINK ni kalau nak tahu lebih dalam pasal Shopback okay!
♥‿♥


Okay itu aje. Maaflah panjang pulak membebel. 
Ambik yang mana elok sahaja. 


Kbai thank you for reading this long post.

Sorry, assalamualaikum and bai

。^‿^。

You May Also Like

0 comments