Pakej Pulau Kapas, Terengganu 2017 💕

by - 1:00 pm

Hai semua. 
2016 ni tahun yang agak sibuk, sibuk travel tiap bulan 
Haha banyaklah sibuk. Sibuk dengan minat mendatangkan hasil, takpe kot 😀

But one word : Alhamdulilah. 
Rezeki 2016. Nak baca trip ke Pulau Kapas, boleh klik SINI


Okay sekarang nak kongsi pakej yang ada ke PULAU KAPAS, 
ni sesuai tak kira untuk anda yang sekitar Kuala terengganu, atau kalian dari jauh sekali pun. Hehe yang cuti tak lama atau bajet bercuti tak banyak mana. 

Pakej Day Trip ;


Day trip dari pagi - petang, Fullboard All include siap makan tengahari di Resort, bot dari (Jeti Marang - Pulau Kapas - Jeti Marang), Snorkeling trip with equipment. 

Haa berbaloi tak? berbaloii.. 
Jangan risau tempat salin baju, rehat, semua ada. 
Lihat review dari customer saya kata apa : 

'cantik sangat pulau kapas'


Yang ni pakej paling laku 2016. 


Pakej Pulau Kapas 2D 1N : 





Ni harga berbeza kerana ikut jenis bilik, dan berapa orang anda nak stay 1 bilik

Standard customer saya pilih jenis bilik Superior. 
Bilik semua ada aircond tau. 😊
Keadaan pun selesa. 



Untuk pengetahuan kalian : Pulau Kapas ni kecil aje. 1 malam pun dah okay stay sini, dekat aje naik bot nak masuk ke Pulau ni.. Tapi kalau kalian yang memang bajet ada lebih, memang nak bercuti untuk rehat lama.. Cuti pun apply lama kan, bolehlah pilih 3D 2N. hehe 


Pakej 3D 2N :


Harga saya senaraikan ni semua dah termasuk : Tiket bot pergi balik, snorkeling tripmakan minum buffet style lagi, penginapan aircond siap ada tv, bilik air dalam bilik tak perlu risau. Yelah kadang ada yang bilik air kena share kat luar tuu. Tak. Ini resort baik punya. Dekat dengan pantai. Berapa langkah je. Dah la depan resort pulak tu. Lawa tau pantai pulau ni




Ini khas untuk yang nak honeymoon 😍

3D 2N Honeymoon 😍



 Meh kita belanja view taken by me sdn bhd okay 😝 😁










Ni pula picture view yang dikongsikan oleh customer : 






Okay, rasanya tak lengkaplah kalau tak letak sekali my cust's review, kan?

 ---- 2 0 1 6 --- 


Yang ni mereka pergi bereenam : 2 bilik, 
Selesa, seronok katanya tak nak balik. Hahaha


Akak ni dari johor..pergi bertujuh dengan keluarga : 2 bilik juga. 
Semua okay katanya. Puas hatii. Alhamdulilah 😊


Haa tu dia baca sendiri la noh, panjang review yang ni. Hehee 😂


Adik ni pergi berdua. 2D 1N siap pergi hiking lagi ke Batu Singa


Encik ni pergi berlima, tilam extra jugak diberi 😊


Puan comel ni dan suaminya pergi berdua. 
Hehe Nah baca sendiri tau reviewnya ❤


Untuk 2017 nanti Pulau Kapas mula operasi Bulan 2. 
Sekarang belum buka tau tutup tiap tahun bulan 11-1 (musim monsun) ramai jugak yang tertanya tanya.. hehe. 

Tapi musim terbaik bulan 3 -10 ,
Semua pulau di Terengganu memang tutup musim ni ombak besar 

Jadi untuk 2017 boleh dah nak booking, belek tarikh cuti korang tahun depan. Hehee. Apa? Nak honeymoon siap candle light dinner? Eh pun ada tauu..siap sekali ke Pulau Gemia jika ambil pakej honeymoon 3D 2N. Hehe.


Boleh follow instagram : PakejPulau_
Facebook Page : HHHoliday 

Email address : hholidays17@gmail.com





Terima kasih banyak buat customers saya tahun 2016 ni. 
Ramai juga yang deal sebab baca kat entry sebelum ni TripPulauKapas



PERINGATAN : DILARANG MENCURI GAMBAR - GAMBAR UNTUK TUJUAN MARKETING ANDA, HARAP MAKLUM

TERIMA KASIH =)

You May Also Like

0 comments

Komen yang baik - baik dan membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih