Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Tuesday, 31 January 2017

Perjalanan Sebagai Seorang Blogger

January 31, 2017 0 Comments
Assalamualaikum. 
1st of all thank you to Ana Suhana pemilik blog bajetciputselerabesar, hehe kerana tag saya untuk join



Perjalanan Sebagai Seorang Blogger 

Kenapa nama blog ni : 

kebaikankeindahan.blogspot.com?

Itu maksud nama saya. Nama panjang saya Che Engku Husniyah, Husniyah maksudnya kebaikankeindahan. Heee baik ke? Taklah.. 

Saya percaya tiap manusia ada sisi baik dan kurangnya. 


Kenapa saya buat blog ni? Tujuan untuk apa?

Mula berblog tahun 2010. Masa tu memang famous dikalangan kawan kawan memang akan ada blog, ada friendster, tagged, MySpace. Hahaha so habis mende media social saya akan daftar. Blog ni asalnya untuk berkongsi pasal kehidupan. 
Tapi tak bermaksud segala privasi diceritakan disini. 

Taklah. Dulu zaman remaja banyak membebel, berpuitis jiwang teruk je. Banyak dah entry mengarut dulu dah di delete πŸ˜‚


Walaupun mula berblog 2010, tapi sehingga 2015 saya tak dapat nak buka balik blog ni. 
Lupa segala password. 

Alhamdulilah 2015 datang balik semangat dan ilham nak usahakan, teruskan menulis di blog.. berkongsi rasa, kongsi apa yang baiklah untuk pembaca.. sebab adakalanya dalam diam kita tak sedar dah memberi manfaat pada pembaca yang mencari jawapan di Google πŸ˜„

Tapi nampak gayanya sejak 2015 mula balik berblog ni macam banyak cerita pasal travel. Hahaha okayy itu sajalah



Moga lebih banyak perkongsian yang bermanfaat akan saya kongsikan disini.. 😊

Dengan itu saya tag 3 blogger lain untuk join 




Sunday, 29 January 2017

Belanja di Krabi

January 29, 2017 0 Comments


🌸 Day 1 🌸
✅ Shuttle Bus from Krabi airport to Aonang Beach : 150 Baht per person
✅ Sewa motor 24 jam  : 200 Baht 
✅ Sim kad + Data Internet : 299 Baht 
✅ Socket Plug : 70 Baht 
✅ Passport Cover (2) : 360 Baht 
✅ Selipar Jepun : 100 Baht 
✅ T-shirt Krabi 2 pcs: 360 Baht
✅ Island Hopping 4 island tour package : 800 Baht two person
✅ National Park Fees : 800 Baht two person

______________________________

🌸 Day 2 🌸

✅ Souvenirs area Masjid Aonang : 350 Baht
✅Tshirt adik adik 6 helai : 590 Baht 
✅ Hantar Basuh Baju kat Dobi : 80 Baht 1 kg
______________________________


🌸 Day 3 🌸 

✔ Fridge Magnet 3 pcs : 130 Baht
✔ Pelampung Donut : 200 Baht 
✔ Tuktuk to Aonang Beach two person :
60 Baht 
✔ Tuktuk from Aonang to Krabi Town :
 200 Baht two person
✔ Seluar corak 3 pcs : 450 Baht 
✔ Topi Kebun : 200 Baht 
✔ Souvenirs Makanan : 200 Baht + 180 Baht 
✔ Print Tix Flight : 10 Baht 
✔ Airport Transfer : 400 Baht one way





BELANJA MAKAN 


Makan Hari PertamaπŸƒ

✅Sate Ayam depan masjid Aonang : 20 Baht
✅ Tempura Chicken & Shrimp : 30 Baht
✅ Makan at Bangboo Restaurant : 336 Baht
✅ Banana Nutella Pancake : 60 Baht 


Makan Hari Kedua πŸƒ

πŸ“Œ Snack & Mentos di Family Mart : 25 Baht
πŸ“Œ Jagung Bakor & Cheese Pancake Poda Island : 100 Baht 
πŸ“Œ Ayam Goreng : 40 Baht 
πŸ“Œ Dinner at Sareefah : 525 Baht 



Makan Hari Ketiga πŸƒ

⏩ Sarapan & Lunch Nasi Kerabu Dua, Air teh Ais, Brownies : Total 140 Baht
⏩ Dinner Nasi Goreng Seafood 2, Tapau Nasi goreng 1, Martaba Chicken, Teh Ais Dua = Total 280 Baht 
⏩ Air mineral : 20 Baht 




Akan bersambung lagi nanti di lain entry, tentang percutian ke Krabi 23 Jan - 26 Jan 2017.πŸ˜‰ 

Wednesday, 18 January 2017

Jenis Bilik yang ada di Hotel / Resort

January 18, 2017 0 Comments




🎈Standard Room
Masa check in di Tune Hotel, Kota Bharu Nov 2016

Ni masa di Langkawi menginap di Dewani Villa, boleh klik pada gambar untuk baca entry langkawi 2015 😁

- Selalunya muat untuk dua orang 
- Diberi 1 katil double (jenis tilam, queen)
- Harga standard room ni bergantung pada jenis hotel.
 - Hotel yang 1, 2, 3 star : 
Bilik begini selalunya harga bermula
 dari RM 80 - RM 150 ke atas satu malam. 

––––––––––––––––––––––


🎈 Twin Room 
- 2 katil single, sesuai untuk orang bujang yang menginap bersama kawan. 
- Harga selalunya lebih kurang sama juga dengan standard room


––––––––––––––––––––––

🎈 Triple Room 

Sumber : Hotel KT Mutiara

- 3 orang dalam satu bilik. 
- Ada 3 katil single atau 
1 katil single bersama 1 tilam double.
- Harga akan jadi lebih mahal sikit dari rate standard room.
 Yelah, sebab banyak katil kan. 
Lingkungan RM 150 ke atas 😁


––––––––––––––––––––


🎈 Quads Sharing 
Sumber credit : Viewhotels.co.jp

- 4 orang menginap dalam satu bilik.
- Ada 2 katil double, atau 
1 katil single dan 1 katil double. 
- Sesuai untuk keluarga anak ramai 😊


––––––––––––––––––––

🎈 Backpackers Hostel

Sumber : Hostelworld 

- Dipanggil hostel, bilik ini selalunya ada katil double decker. Macam duduk asrama. 
Duduk bercampur. Tapi ada juga pihak hotel asing mengikut jantina. 
Kadar harga? Tentu saja lebih murah nilainya. RM 20 - 50 satu malam,
Sebab kurang selesa kan. 

Bilik ni sesuai untuk orang bujang yang travel dengan kawan kawan sama jantina. Dan selalunya bilik macam ni sedia maklum tandas kena berkongsi dengan pengguna yang menginap di hotel tu juga 😊

Tapi jangan terlalu underestimate, kalau pandai cari, yang jenis ni boleh jadi lebih cantik, murah, dan menarik dari hotel 3 bintang. Hihi  πŸ˜


–––––––––––––––––––

Jenis bilik jadi lebih mahal, jika ada permandangan cantik: 


Bilik Permandangan Pantai / Pulau
Contoh destinasi : kepulauan Maldives, Pulau - Pulau dalam Malaysia. 

Sumber : Ayada Maldives


Laguna Redang, di Pulau Redang pun cantik πŸ˜
 (Resort begini selalunya kadar harga satu malam RM 300+ ke atas, yang di Ayada Maldives tu tak silap 1760$ Dollar usd, 
Haha pergilah try convert ke Ringgit Malaysia😁


Bilik Permandangan Taman :

Sumber : Conradbali.com



Bilik Permandangan Kolam atau Permandangan Bandaraya :


Baca entry saya menginap di airbnb di Apartment Penang Times Square : 


- - - - - - - - -

 Jika menginap di Pulau yang jauh dari darat dan bandar, selalunya mahal sikit harganya. 
Sedia maklum sajalah kos pembinaan resort agak tinggi. 

Paling mahal yang saya pernah menginap 
RM 275 satu malam, di Arwana Perhentian. Include buffet breakfast dua orang. Cantiklah ada kolam, view lawa juga.. 
Kalau pergi dengan kawan seramai 4-5 orang, atau keluarga besar 1 bilik, boleh dibahagikan dan jimat juga perbelanjaan

Baca entry : Perhentian2016





- Hotel Policies - 
Hotel mana mana pun memang akan bagi percuma pada bayi berumur bawah 3 tahun. 11 tahun ke atas dikira dewasa. 
Jadi kalau kanak - kanak kena cas sebab nak extra tilam tu, jangan rasa pelik pulak tau. Memang policy macam tu mana mana hotel πŸ˜‚

Okay just sharing πŸ˜


Selalunya bajet untuk hotel semasa travel, bergantung keadaan poket yang ada masa tu, hahaa
Selalunya RM 100 macam tu je satu malam. Ada dua kali macam tu je terpaksa pilih menginap di hotel agak pricey sebab kurang pilihan lain. Gituu.

Apa pun, kalau korang mampu untuk bermalam di hotel yang mewah tak salah sesekali merasa bawa orang yang tersayang❤

Banyak lagi yang nak dikongsi, tapi macam panjang dah entry ni jadi sampai sini sajalah. 

Kalau ada pengalaman menarik semasa menginap di mana mana hotel, ceritalah kat ruangan komen! πŸ˜‰


Daaaa, thanks for reading!❤

Monday, 16 January 2017

Diari 13, 14 Jan 🌸

January 16, 2017 0 Comments
Hai Assalamualaikum,

Maaf la sibuk sikit minggu ni,
haha padahal tak lah sibuk mana
Ada jugak jenguk kejap je blog ni, nanti saya jalan jalan kat blog korang.
Jangan risau, pasti saya tinggal jejakπŸ˜‰



🌸 JUMAAT, 13 JAN 🌸


Balik ke kampung saya Kemaman, 
bertolak dari Kuala Terengganu pagi dalam pukul 11.30 pukul 1pm berhenti singgah di Masjid Pulau Serai, suami solat jumaat. 


Nota : Waktu Mustajab doa di Hari Jumaat 
πŸƒ Di Antara Dua Khutbah Jumaat 
πŸƒWaktu Dari Imam Mulai Duduk - Selesai Solat Jumaat


Selepas selesai suami solat jumaat kami pun teruskan perjalanan ke kampung, 
ada kenduri akikah dan cukur jambul anak kepada sepupu saya. Huhu 



Berseleralah makan nasi lauk pauk kenduri kat kampung sedap weh, dimasak gotong royong pulak tu kan, menu kenduri : Gulai kambing, ayam masak merah pedas manis gituu. Fuhh memang jadi lah lauk gitu. Hehehe
Tak sempat nak snap gambar lauk pauk pun, hahaa

Adik paling bongsu, dah besar dah. 
Tingkatan 4 tahun ini 😁

Dah selesai hadiri kenduri, bergerak ke rumah mak saudara pulak.. Pun melawat kelahiran baru.. Sepupu baru saya, Zahran namanya.
Baru 7 hari melihat dunia. 

Bijak ni, mata dah pandai nak intai keadaan sekeliling. Biasanya baby baru lahir banyak tidur je, hehe


Semua dah beranak pinak, beranak dua tiga. Yang seangkatan kahwin tahun sama dengan saya tahun 2014. Saya je belum ada rezeki melahirkan zuriat. Mohon doakan ada rezeki kami tahun ni, dah dua kali lekat tapi belum rezeki melahirkan😊

Malam tu, balik rumah mok. Mok uli dough nak buat roti. Roti benggali kata ayah, tak tahu laa betul ke tak namanya gitu. Lama dah mok tak buat roti ni. Saya tukang goreng je, haaha

Roti ni kena goreng minyak panas panas baru naik bubble tu


Sedap gila cicah dengan kuah gulai atau sambal masak merah 😍😍



🌸 SABTU, 14 JAN 🌸

Pagi tu ingat nak ke kebun tolong mak ayah di kebun, sekalii lepas subuh terlena balik. Haduii. 
Kemas umah mok, saya masak memasak makan tengahari.
Petang, lepas zohor dah pack barang, pukul 3.45pm macam tu kami bertolak balik. Suami cuti tak lama pun nanti minggu depan nak cuti lagi ni. Hehe 
πŸ˜‚ πŸ˜‚

Perjalanan diteruskan tiba di daerah Dungun, kami beli ayam golek sebelum kawasan Bukit Bauk. 


Ya Allah nyesal beli yang half je , sedap sangat!
RM 11 aje siap ada gravy untuk makan cicah dengan ayam tu. Biasanya ayam golek ni kita akan jumpa masa bulan puasa je kat bazaar, tapi di Dungun ni memang ada dua tiga tempat jual ayam golek. Dah macam makanan yang famous di sini. Hehe 



Lepas dah beli ayam golek, singgah solat asar di Shell Dungun. Lepas tu apa lagi kami pun cari pantai lah nak makan ayam golek dah beli tuu. Heee πŸ˜‚


Singgah pantai Teluk Bidara ❤


Dah kenyang makan, terus menuju untuk balik ke Kuala Terengganu. 


Maghrib tiba kami singgah di Masjid Terapung, Kuala Ibai 



Malam pula singgah kejap di rumah sepupu, sejak dia pindah sini tak berkesempatan nak jenguk lagi. Tak ada dalam rancangan pun, alang alang suami cuti haritu, hari lain susah dah. Nak balik umah terus, masih awal lagi. Hehehe


Boleh juga melepaskan rasa tak keruan dihati, hilang sikit rasa sunyi ni bila tengok gelagat anak anak comel ni 


Farah lengan macam roti bun, 
hehehe ~ 



Anak anak ❤






.
.
.


Anak orang la πŸ˜‚




kbaii, sekian. 

Koleksi video pada haritu, ada banyak mode timelapse je πŸ˜‚

I love editing videos ! 



Jemputlah subscribe my channel on youtube :
πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Link πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




INSTAGRAM : 


Wednesday, 11 January 2017

Kalah Dalam Menang

January 11, 2017 0 Comments
Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya
Kau fikir kau siapa?
Adakah kau lupa ataupun kau buta kau dan aku hamba
Kau fikir kau raja?
Kuasa, harta, wanita mengaburi minda, mengotori jiwa dan bicara
Bila bicara, bicaranya semua besar
Mendabik dada besar egonya
Lupa diri, lupa Pencipta Yang Maha Besar
Hatinya hitam, kelam, terbungkam
Jiwa tak tenang, kalah dalam menang 

Insan, berteduh di bumi Tuhan
fikirkan saat nyawa ditarik keluar badan
Tiada siapa yang tahu rahsia Tuhan
Siapa dulu pergi dulu, mungkin aku mungkin kamu 

Kau katakan tunggu dulu, kau belum lima puluh. Sedang kematian laju mengejarmu
Ah! kerasnya hati masih gagal mengerti
Bangunlah di malam sunyi bertanyakan pada Ilahi 

Kalah dalam menang, hatimu takkan senang
Aku bukan hipnotis bukan juga isis

Aku bukan hipnotis bukan juga isis
Jauh sekali ekstrimis, aku hanya optimis
Hidup sarat protwist, sama macam sarkisDengan Tuhanmu jangan pernah prejudis 
Dalam era penuh depresi
Sebenarnya apa yang kau cari
Kononnya nak inspirasi, huh inspirasi
Tak perlu kau tercari-cari
Beribu kali kau diingati
Bangun malam tanya Ilahi
Hidayah itu milik Ilahi


╥﹏╥

Lirik nih sangat deep nyanyian oleh 

🌸 Mawi ft Syamsul Yusof, Kalah Dalam Menang 🌸

Friday, 6 January 2017

- Hasil Beli Belah Guna Shopback -

January 06, 2017 0 Comments
Assalamualaikum and Hi.
Petang jumaat penuh barakah ni nak kongsi sesuatu yang indah! :)
Sebelum ni pernah up entry pasal kelebihan guna website Shopback ni tapi takpelah meh kita cerita lagi

Tahu tak apa dia Shopback ni? 
Okaylahh tak nak bagi anda berteka teki 
meh nak bagitahu : 

- Shopback ni adalah website yang  memberi pulangan tunai bila anda menggunakannya. 
Contoh anda mahu beli barangan di Lazada / Zalora / tempahan hotel, tiket kapal terbang, beli tiket wayang, beli barangan di Groupon dan lain lain lagi 
stores beli belah yang glamour ada dalam Shopback 


CARA - CARANYA MUDAH AJE : 

Pertama, SIGN UP. Percuma je sign up
Dah la percuma nanti anda dapat ganjaran lagi diberi RM 5!

 Tak caya tengok lah : 




Tiap kali nak buat pembelian, masuk melalui Shopback - Jangan tekan 'back' semasa sedang buat belian, kena sehala 

Anda masuk melalui Shopback.
Pilih stores yang anda nak > Beli Belah dan Buat pembayaran > Dapat Tunai dari Shopback. 

Serius ni bukan MLM tau. Haha saya sendiri suka guna, dari awal tahun 2016 lagi saya guna. Bukan untuk beli belah aje yang ada. Banyak weh stores yang ada, tengok gambar bawah ni : Yang pasti semua popular 😍 



Okay berbalik pada tajuk. 
Baru nak masuk isi. 
Tadi pengenalan baru, hahaha

πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ini kali ketiga dah saya cash out
Kalau anda rasa macam tak percaya, yelah dah dekat 1 tahun guna tak banyak pun amaun saya kumpulkan dari Shopback kan, anda silap. 

Saya ni bukan kuat mana nafsu shopping tapi beli belah juga, tapi benda penting je selalunya. Hahaha yeke boleh percaya ke? 

Bagi saya berbaloi dah hasil tu,
(rujuk gambar bawah)
 Shopback ni fungsinya berjimat cermat sambil beli belah 😊😊

Paling best,  saya suka tempah hotel guna Booking.com ke Agoda, AirasiaGo, cashback hotel selalunya tinggi.

 Contoh harga hotel RM 120, 
Shopback buat promosi cashback 8%, 
saya dapat lebih kurang
 RM 9.60 pulangan. 

Tu baru satu kali guna! 

Belum masuk pembelian barangan rumah di Lazada dan lain - lain

Ada pending, ada Redeemable. Ia lain stores lain tempoh hari untuk keluarkan selalunya 1 bulan, 2 bulan tempoh nak matang tu. Hahaa

------------

Malas nak cerita panjang. 
Layan gambar je. Nanti risau anda tak faham pulak kalau meleret panjang. πŸ˜‚


Email dari Shopback,
 selalu dapat email promosi. Cashback diberi ni tak sama tau, kadang tinggi kadang rendah ditawarkan


Ada haritu promosi :
 Via Shopback tempah hotel di Agoda - dapat cashback RM 30!

Seriuss geram kan πŸ˜‚


- My Account boleh tetapkan 
akaun bank anda dan lain lain maklumat disini -



–––––––––––––


Nah,
Bukti Shopback pernah masuk
 ke akaun bank 
saya.  
Ada lagi malas nak screenshot banyak



KESIMPULAN : 


Shopback is trusted website

Paling best bila tiap tindakan dibuat : 

Contoh amaun yang dah boleh untuk  request payout, memang Shopback akan inform kat email. Masa dah masuk ke dalam akaun bank pun Shopback turut inform pada kita😍

Bagus kan?


Jika anda seorang kaki shopping, boleh lah sangat dianjurkan guna Shopback memang anda akan terasa dan akan cakap macam ni :

"kenapalah aku tak mula guna dari dulu menda alah ni" Hehehe


Apa lagi tungguu tu . . . 
Sign Up lah Shopback, 
dan tiap kali nak beli belah jangan lupa masuk via Shopback k!
😊😊😊

Link Sign Up

Link penuh cerita pasal shopback :
SINI 



Terima kasih baca! 

Thursday, 5 January 2017

Segment: Follower meningkat dengan mudah

January 05, 2017 0 Comments
Assalamualaikum, Hai pagi! 
Terima kasih pada Nurul yang invite saya untuk join segmen ni, 
Jom kita sama sama memeriahkan segmen ni :

Follower meningkat dengan Mudah😘😘
Date : 3/1/2017 - 3/2/2017 

klik pada banner di bawah ya untuk join :



Blog Id : 1934145538486640945 


Wednesday, 4 January 2017

Menangi Percutian ke Suria Resort

January 04, 2017 0 Comments

Haii, Assalamualaikum!

Jom beramai-ramai kita cuba nasib
join contest by Nurul Syahirah ni


Serius menarik contest ni,
siapa saja tak suka bercuti kan? Mesti semua suka. Haha klik pada banner untuk join contest ni 😊😊

Kenapa saya nak bercuti di Suria Resort?

Sebenarnya pada tahun 2012-2013 saya pernah praktikal selama 6 bulan di Suria Resort Cherating.
 Pada saya pengalaman sebagai trainee sangatla best disana. Staff peramah, masakan di Suria Resort ni tak payah risau memang halal chef yang ada semua Melayu Islam tau. Saya pernah bekerja di bahagian dapur sebagai pembantu chef, dan juga di restoran, (sebagai pelayan). Jadi saya tahu kebersihan dijaga dari tiap sudut. Hehee dan terasa yakin untuk bercuti di mana - mana cawangan lain Suria Resort! ❤
. . 

Bercuti ni tak kiralah jarak jauh atau dekat, pada saya bukan setakat dapat melepaskan penat, dan lupakan masalah yang ada

Malah dengan bercuti boleh cari idea baru untuk membuat perubahan dalam kehidupan ❤❤

Btw saya Alumni pelajar Politeknik Johor, Pasir Gudang dalam bidang Diploma Pengurusan Hotel & Katering. ( Takde orang tanya pun) hahaa 😁


kbaii !

Tuesday, 3 January 2017

Giveaway India & Tahun Baru by DyllarezanπŸ“Œ

January 03, 2017 0 Comments
Assalamualaikum, 

Hai semua! Ini first giveaway 2017 yang saya nak join. Thanks to Dylla Rezan invite me (◍•α΄—•◍)❤

Jom ramai ramai join, . 
Boleh baca syarat syarat di entry nya,

Klik pada banner bawah ni ya :



10 pemenang bertuah akan dipilih berdasarkan siapa yang komen paling banyak, dan semestinya yang join giveaway ini sahaja!


Banyak tuu 10 pemenang bertuah akan dipilih. 
Wahhh menarik ni!  (。♥‿♥。)

❤ Info Pulau Pulau Terengganu ❤

January 03, 2017 0 Comments




PULAU REDANG

      πŸ“Œ Terletak di dalam daerah Setiu anda boleh ke Pulau Redang dengan menaiki feri di Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu.. Perjalanan dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang ambil masa 1 jam 30 minit..


πŸ“ŒJuga boleh menaiki bot laju di Jeti Merang Setiu, 40 minit perjalanan ke Pulau Redang.

πŸ“Œ Jeti ke Pulau Redang ni ada dua. Jika anda deal dengan agensi perlancongan, sila tanyakan di mana jeti yang anda harus tuju. Ini wajib tahu jika anda memang nak ke Pulau Redang, Terengganu. Nanti kan tak pasal tersalah tujuan

✅Pulau Redang ni jauh, pulau paling jauh di Terengganu (jauh dari darat dan bandar).
Tapi antara pulau yang sangat cantik di negeri ni.

πŸ“ŒTempat letak kereta turut disediakan di Jeti Shahbandar

❤Aktiviti di pulau yang menarik :
 Snorkeling di marine park, mandi manda di Long Beach. Berjalan - jalan di sekitar pulau.


Baca honeymoon ke Pulau Redang 2014 : LINK 


PULAU PERHENTIAN 


✅ Pulau Perhentian ni terbahagi kepada dua pulau, Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Terletak di daerah Besut, Terengganu. Jika anda ke sini menaiki kapal terbang, dinasihatkan turun di Kota Bharu, lebih dekat.

πŸ“Œ Jangan beli flight ticket turun di Kuala Terengganu kerana jarak lebih jauh. Jika memandu pula anda hanya perlu terus menuju ke Jeti Kuala Besut.

✅ Tempat letak kereta berbayar yang selamat turut disediakan di kawasan jeti. Tak silap saya RM 10 sehari.

✅ Perjalanan menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian mengambil masa 40 minit lebih.

Ini yang saya risau. Haha sebab saya ni seram tengok gelora air laut yang luas dan gelap tu. 
Tapi semasa saya pergi tu alhamdulilah ketakutan saya itu dapat diatasi. Haha melompat lompat atas bot, awal tu saya berdebar tapi lama lama saya cuba bertenang dan hayati saja hentakan bot di atas laut tu. Hehe nasiblaa boatman tu tak merempit laju sangat πŸ˜‚ πŸ˜‚ πŸ˜‚




πŸ“ŒNama pun perhentian kecil, jadi bezanya sedikit kecil dari saiz perhentian besar😁

✅Perhentian Kecil sesuai untuk golongan remaja, golongan 'backpackers', di pulau kecil ni lebih banyak pilihan chalet murah, dan boleh didapati dengan walk in
(jika bukan musim ramai pelancong)

✅Perhentian Besar, lebih sesuai kepada pelancong yang datang bercuti bersama keluarga dan anak-anak, resort dan chalet yang ada disini kebanyakannya lebih eksklusif.
Ada pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang cukup dan lebih selesa bagi yang mahukan percutian yang damai dan privasi. Contohnya, semasa saya ke Perhentian Besar menginap di Arwana Resort ada kolam renang, ada kemudahan spa, restoran dan pelbagai kemudahan.



KLIK PADA GAMBAR DI ATAS UNTUK LIHAT TAWARAN HARGA TERKINI DI ARWANA RESORT PERHENTIAN

✅Apa yang best di Perhentian Besar? Permandangannya sangat cantik. Pantai di pulaunya yang landai. Sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Ini koleksi gambar saya semasa ke sana Ogos 2016.





✅Menariknya pulau perhentian dari pulau yang lain, pelancong boleh menyeberang dari pulau tu untuk ke tempat yang anda ingin lihat dan terokai dengan menaiki bot yang disediakan. Ia dipanggil bot teksi. 

Harga ikut jarak. Makin jauh jarak nak pergi makin mahal. Pada saya, alang alang anda ke sana, ada bajet lebih bolehla melawat tempat menarik disana. Contoh masa saya ke sana, (tak ambil apa-apa pakej) tapi teringin nak pergi area depan resort Coral View Island resort yang terletak di pulau besar jugak, tapi jauh nak berjalan jadi nak ke situ, saya guna perkhidmatan bot teksi.

πŸ“Œ  Dari segi makan minum, di Pulau Perhentian lebih banyak pilihan restoran atau warung terbuka yang ada. Sebab itulah ia terkenal dikalangan pelancong asing. Mereka suka ke sana dengan sendiri, tanpa pakej. Jadi sebelum buat keputusan untuk pergi tu, ketahuilah dulu anda dalam kategori mana dan lebih berminat menginap di pulau mana.. Pada saya, pulau kecil ke besar dua dua ada pro and cons. Hehe tak kisah sangat.

Boleh baca post penuh saya mengenai percutian di Pulau Perhentian tu klik : SINI




PULAU KAPAS 


✅Pulau Kapas the nearest island to the mainland.

πŸ“ŒIni pulau paling kecil di Terengganu dan terdekat dengan tanah besar. Pulau yang menjadi tumpuan kepada penduduk terdekat, atau penduduk yang jauh. Sebabnya pantai di Terengganu ni memang tak banyak pantai yang boleh mandi sesuka hati, hanya di pulau yang selamat permukaan pantai untuk mandi manda.

Walaupun Pulau Kapas ni tak jauh dari tanah besar, tapi serius saya beritahu permandangannya tetap cantik dan memukau. Clear crystal water!



✅Perjalanan dari Kuala Terengganu ke jeti Marang untuk ke Pulau Kapas, 20 minit sahaja. Dekat dengan bandar. Menaiki bot ke Pulau Kapas cuma mengambil masa 10 minit sahaja.
πŸ“ŒKalau anda inginkan percutian pendek namun bermakna, boleh pergi day trip.
Saya ada buat pakej lengkap day trip sudah termasuk makan tengahari, snorkeling trip, serta termasuk bot dua hala ( jeti- pulau kapas- jeti)

Banyak aktiviti yang anda boleh buat disini.

Untuk info pelbagai pakej menarik yang ada ke Pulau Kapas boleh baca : SINI



PULAU GEMIA : 

Pulau kecil bersebelah dengan Pulau Kapas, kalau anda jenis sukakan cabaran dan berani bolehla dari Pulau Kapas ni menyeberang ke Pulau Gemia dengan berkayak. Hehe

Sini ada satu je private resort, saya berpeluang melihat pulau ni dari jauh semasa aktiviti snorkeling di Pulau Kapas.


KESIMPULAN : 

❤Pada saya pulau yang terdapat di Terengganu ni semua ada kelebihan, kecantikan  tersendiri. Tiada yang kurang pun. Cuma untuk yang baru nak berjinak untuk bercuti di Pulau, saranan saya ikut bajet anda dan pergilah. Bajet tak seberapa tapi memang teringin nak ke pulau, anda takut nak bawa anak anak naik bot ke pulau, pergi jelah yang dekat aje.

❤Kalau teringin percutian ke pulau yang cukup lengkap puas hati tapi jauh sikit, Redang atau Perhentian lah. Tapi kebanyakan pilihan pakej ke Redang agak mahal sikit. Perhentian boleh pilih untuk pergi secara 'backpack' atau nak mudah cari pilihan pakej lengkap. Bergantung pada chalet atau resort di sana juga. Tapi mahal atau murah ada pro dan cons juga. Mahal selalunya pasti resort cantik dan selesa. Banyak kemudahan.

You should know the market price. Buat kajian, dan bandingkan harga anda akan dapat jawapannya.

Lain lain pulau juga turut menarik, tapi tak sesibuk dan tak se popular tiga pulau di atas ni. Pulau Lang Tengah, Tenggol. Banyak lagi ada, tapi saya pun belum berpeluang nak ke sana.


INFO TAMBAHAN :

πŸ“ŒPulau di Terengganu selalunya buka untuk operasi bermula bulan Februari - Oktober setiap tahun. November - Januari ditutup akibat musim hujan, ombak besar atau lebih dikenali musim monsun. Musim ni nelayan pun takut nak redah tau, haa gituu 😁



Okay itu saja perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat ya. InsyaAllah next post will be share about Beaches in Terengganu☺☺

Sunday, 1 January 2017

Medan, Indonesia (May 2016) part 2

January 01, 2017 0 Comments
DAY 3 : Menyelusuri Danau Toba - Pulau Samosir - Permatang Siantar - Masjid Raya,  Kota Medan - Toko Batik - Massage di Spa - Check in Hotel

**AWAS POST NI SANGAT PANJANG**

Lepas sarapan pagi di Atsari Hotel,
perjalanan terus menuju ke jeti feri untuk ke Pulau Samosir..

Sarapan pagi : Lontong atau Lodeh. Heehe 


PULAU SAMOSIR 

Dalam pukul 9 am lebih macam tu kami bergerak ke pulau, perjalanan mengambil masa 30 minit macam tu lah dari jeti. Tak terasa mabuk pun naik feri ni, aku dan suami duk di belah atas sambil menikmati keindahan Danau Toba dari feri. Haihh seriously dah la masa tu pagi kan, udara segar.. View indah disekeliling kami masa tuu. Cantik sangatt 😍😍😍 

Di jeti 


penumpang yang ada pada haritu 🌸



Ni masa belum gerak,
di sekeliling kawasan jeti tu dah lawa view🌸







Suka tengok bukit bakau menjadi hiasan Danau Toba.

Tiba di Pulau Samosir, dibawa melihat rumah raja kaum Batak dulu. Kaum batak ni kaum yang berada di kepulauan ni. Mereka dulu tak ada anuti agama apa pun. Sehingga Raja Sidabutar datang ajar agama kristian. Siap kat sana kami pun ada lihat kubur raja tu, tak pasti kubur betul ke atau sekadar monumen. Hehee tulahh masa diberi penerangan aku tak fokus mana πŸ˜‚πŸ˜‚ hahaa 


Ni simbolik bagi orang batak, cicak tu tanda orang mereka boleh hidup dimana-mana saja seperti cicak, yang satu lagi tu payudara. Tanda orang mereka subur kalau tak silap. Heehe πŸ˜…πŸ˜…


Masa masuk kawasan situ, kena pakai kain ni sebagai tanda hormat



    
Masa kami merayau kat sini, takde tourist lain pun datang. Aduhai pastu patutnya boleh lihat tarian sigale gale (ada dalam itinerary), tapi takde apa pun. Hmm

Dah ler laju je penerangan, sampai la part shopping. Dia bagitau macam ni "ni kedai kawan saya, kedai murah sikit ni kalau mau belanja, sini kawan kawan". Kalau nak belanja bisa disini.

Ada lah dalam 2,3 kedai dia bagitau macam tu. Tapi kami tak masuk pun.. last, terkena jugak kedai kawan dia jugaklaa yang last kami stop beli souvenirs tu. Memang beli tak banyak pun tapi kena ketuk kat 1juta rupiah = RM 320+ masa tu
currency kita..

Hmm habis bajet shopping. Kering wallet. Nasibla ada standby dalam bank, dan dah pun aktif pengeluaran bank dulu sebelum trip ni. Kami tak habis habis membebel, gila ke apa.. Tiga ratus tu boleh beli banyak benda lagi..sedar sedar je dah hulur duit bayar.. Aku syak kena pukau kot..hm πŸ˜‚

–––– Habis je hangus duit tu terus aku takde mood nak pusing area situ.
Penjual kat situ agak bahaya, ada blogger tu aku baca dia ceritaa siap paksa paksa tarik tangan suruh beli jugak bila kita tak jadi beli. Padahal masa tu baru tanya je. Gilaa arr. Aku pun nak nangis jugakla sebab tak keraskan hati. Next time kena banyakkan istighfar nii πŸ˜…πŸ˜….
Lagi bertambah yakin aku yang si supir tu claim komisyen dengan penjual kedai tu, lepas kami beli belah kat situ kemain lagii dia pergi beli spek baru, jam baru, siap pakai terus.. Aku perasan bila kenalan dia kat pulau tu tegur.. Wahhh semua baru beli ni.. Dalam hati aku sabar jelahhh..Memang aku diam je sepanjang jalan.. Haa dah sampai sini je lah part menyakitkan hati tu. Moralnya kalau nak shopping sini, pleasee kuatkan semangat. Tak payah masuk pun takpe kot kedai kat situ, sebab kat Kota Medan lagi murah barang barang nak shopping..

Tengah marah pun,
 sempat lagi bergambar 😁



-----------------------

Bila dah sampai di jeti balik, perjalanan kami diteruskan untuk balik semula ke Kota Medan. Lebih kurang 4 -5 jam juga perjalanan balik tu. Serius jauh.

 Tapi sepanjang jalan tu dihiasi dengan pelbagai permandangan alam semulajadi. Ada kebun getah, ada macam hutan pinus gituu. Cantikk sangat..
Mata pun turut dijamu lihat masyarakat situ.. Sepanjang jalan tu bersepah jumpa Bab* golek la, ba** panggang la. Ada yang jual daging tu fresh lagi tepi jalan.. Bergolek atas meja. Hahaha 
---
Haa pengalaman masa dalan perjalanan tu kami tersangkut dalam jam.
Tak ingat dah sebab apa. Kalau tak silap ada lori rosak tengah jalan. Memang sesak teruk jugaklah jalan tu. Jalan dua laluan selamba je orang sana boleh buat jadi 3 laluan.
Tak lama pun mereka macam boleh berpakat untuk sama keluar dari sesak tu, main hon hon dan kejap je dah keluar dari kesesakan lalu lintas tu. Huhu (^_^)

Sempat snap ni je 😁


Memang kagum jugakla tengok, mereka bersatu padu atas jalanraya. Nampak laju bahaya tapi cekap elak dari kemalangan.
Lepas tu yang best lagi bila lihat nak memotong kenderaan memang sikap pemandu mereka saling amalkan hon antara satu sama lain. Tu tanda dia nak melintas kenderaan kita. Cilok kiri ke kanan, tak bahaya pun bagi diaorang sebab pemandu lain memang akan sedar isyarat yang diberi


-----------------------------


KILANG KACANG PATEN

Dalam perjalanan ke Kota Medan tu, singgah di Kilang Kacang Paten, kedai kacang tumbuk tempatan. Nama produk kacang ni diberi nama : Tang-tang, Teng-teng, Tong-tong, Tung-tung. Haha unikkan nama kacang kacang ni. Sedap jugaklah siap merasa tester dulu baru beli. Hee

Kotak kuning sedap, rasa berlemak gitu. Hehe macam ada cheese.



Next ;


Makan tengahari di Permatang Siantar


Sedap je semua, 
ada sambal kicap tempe
tauhu puyuh goreng.

Burung puyuh πŸ˜…

Kualiti gambar agak kurang sikit masa ni, phone lama Lenovo a850 je, bila gambar gegar makin jadi tak cantikla. Hahaha




MASJID RAYA, MEDAN 

Tiba di pusat bandar Kota Medan, dalam pukul 4 petang macam tu. Kami singgah Masjid Raya Al Mahsun, untuk solat. Masjid ni dah lama dah dibina. Kalau tak silap tahun 1906 bina oleh Sultan Melayu Deli dulu. Haa Medan ada sultan tau, berdarah melayu deli. Siap ada kaitan dengan sultan perak dulu. Okay sambung pasal masjid ni.

Jika anda lihat seni binanya ada gaya Timur Tengah, India, Sepanyol. Cantikk. Besar jugak. Kalau kalian datang sini, spare duit siling atau duit amaun kecil ye, sebab nak masuk ke dalam masjid tu kan nak letak kasut.. kalau tak nak hilang dicuri , letak kat tempat berbayar.. Ada orang jaga 😁😁




TOKO BATIK 

Lepas solat kami dibawa shopping ke Toko Batik, macam macam ada kat sini. Harga pun okay. Beli baju tidur, kain batik untuk dua mak. Huhu
...

Petang tu pusing area bandar, terus decide nak pergi tenangkan diri hilangkan lenguh badan di spa. (sebab baca kat itinerary boleh nak pergi spa. haha tapi bayar sendiri laa)

Yeah dapat jugak merasa urutan di Medan. Sebelum trip ni mak aku dah pesan awal, "jangan lupa sampai sana pergi mengurut. Orang sana pandai ngurut." Memang betul la cakap mak aku tu, nasiblah supir tu layankan permintaan tu satunya.

Lepas dah siap tu baru suami cerita. Dia asyik mundar mandir sambil cakap lamanya, pastu tanya kat kaunter lama lagi ke. Padahal normal lah,  sejam je kat situ..

Tu tak buat banyak benda lagi baru massage, hahahaa.
Macam dia tak boleh nak menunggu lama, macam tak biasa.. Padahal pung pangg sembang lebat cakap dah biasa bawa orang ramai..berbuah bas lah apa lahh.. πŸ˜’

Hahaa sabar jelahh. 
😝

Spa yang cantikk. Tukang urut pulak memang berpengalaman.. Akak yang urut tu dah 8 tahun pengalaman kerja bidang ni.


 Best la lepas siap semua, terus rasa ringan badan, lega sangat. Hihi. Macam macam hal yang kami borakkan masa dia duk mengurut tu. Soft spoken orangnya, siap dia tambah masa lagi. Bila services tip top gitu, dengan senang hati aku dah siap mengurut  pergi kat suami ambik wallet aku, beri sedikit tip kat dia..😍😍

. . . . . . . . .  . . .

Aktiviti seterusnya kami dinner pulak,
 di Restoran Simpang Tiga. Bab makan dengan penginapan semua best je masa di sana. Okay la kena dengan selera aku, haha

Masa ni makan best jugak,
 sampai lupa nak snap gambar 😁😁

. . .

Check in hotel. Kalau ikutkan hotel kami di Madani hotel (yang disediakan dalam pakej tu) tapi aku request nak tolak hotel di kota Medan, nak book sendiri. Mujur dia okay je. Haha saja gatal tangan nak tambah cash back di Shopback dengan book hotel di booking.com 😍

Nah link bawah ni untuk dapatkan cash back tiap kali shopping atau book hotel ke apa sekali pun masuk via shopback dan dapat balik duit anda hahahaa ! πŸ“Œ



---- SHOPBACK  πŸ“Ž


Bilik di Grand Sakura Hotel

Besar luas (。♥‿♥。)





Malam tu duk belek menu ala carte yang ada kat hotel tuu , haih nampak semua macam sedapp terliur gila tapi duit kering dah, hahaha jadi kena tahanlah nafsu terliur tuu (δΈͺ_δΈͺ)

. . .

Aku memang suka tengok website hotel, suka pilih ikut selera. Aku tak pilih hotel mahal sangat, harga standard je biasanya. Tengok murah juga hotel sana, tu yang nak try stay.. Okay la bilik besar.. Include buffet breakfast 2 orang, meriah buffet hotel tu. Total kami menginap masa tu RM 110 sahaja.

SELINGAN πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Suka guna Booking.com ni, 
banyak pilihan hotel yang boleh 
'Free cancellation, Pay Later'. 

Ni penting kot kalau kita tetiba tak jadi nak pergi, boleh cancel booking. Kalau pilihan pay later pulak, senang. Kadang aku suka bayar di hotel. Ada jugak booking hotel, aku suka bayar terus. Bergantung pada keadaan duit. Heee nanti aku share pasal ni lagi.

 Nah tengok deal menarik di Cherating,
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Link klik pada gambar





Sambung balik kisah tadi, dah jauh merepek ni ha
Ζͺ(˘⌣˘)┐

Itinerary Day 3 untuk rujukan 






DAY 4 : Check out Hotel - Merdeka Walk - Istana Maimoon - Shopping Souvenirs @ Medan Mall-Lunch-Back to MY

Check out hotel lepas breakfast, breakfast meriah sangat buffet di hotel.
Tapi takde gambar (-_-)
maybe terdelete. Hurm
ni je ada




Pagi last ni, supir tu baru insaf. Tu pun sebab malam last tu aku dan suami mesej bos dia cakap pasal perangai supir ni.. Banyak tempat dia skip, ada dalam 4,5 tempat.. Terus pagi tu dia berubah, jadi serius dan lebih hormati kami. Kalau tak sebelum ni nak kita je dengar arahan dia πŸ˜‚

MERDEKA WALK 

Sepatutnya pergi malam day 3, tapi tak dibawa pun. Ni kira macam forward ke day 4 lah.

Layan gambar je k, sini malam je kot meriah.
Kami datang pagi takde apa pun. Kedai makan pun semua tutup. Huhu




ni bank indonesia kot 






Next destination :



ISTANA MAIMOON








Bagi aku ini yang antara paling best dan unik, sebelum sampai sini lagi aku dah tak sabar nak pergi istana ni, hehe

Sebabnya kat negara kita takde macam ni hahaa. Boleh cuba pakai pakaian diraja. 
Banyak warna ada. Tapi aku lebih suka warna kuning. Haha baru nampak macam permaisuri melayu kan 
♥(✿ฺ´∀`✿ฺ)οΎ‰

Selain itu, di Istana ni banyak tersimpan sejarah pasal kesultanan Melayu Medan. Sekarang ni pun Sultan mereka masih ada. Muda lagi tau umur 18 macam tu tak silap, masih belajar di Makassar


Potretnya :



Singgahsana -- 

Nampak tak warna merah baju pun 
ada jugak boleh pilih warna yang kalian suka


King and queen ~ 
Baju ni kena bayar tau, 
tapi tak mahal pun.
Tak sampai pun RM 10 kita (◍•α΄—•◍)❤

Dalam istana

Comelkan mereka ni
Boleh klik pada gambar
 untuk lebih jelas

-----------------------------


Last activity shopping :

Shopping @ Medan Mall.. Dalam tu rupanya ada macam pasar, siap ada jual telekung, kain pasang pakaian. Aku pilih shopping sini berbanding tempat famous selalu orang kita pergi di pajak ikan, tahu kenapa?

Sebab kat sini tak padat sangat..orang tak perasan kita sebagai orang luar.. Kalau kat pajak ikan tu, hmm aku tak turun lagi cuma lalu je dengan kenderaan kemain padat..dan ramai peniaga 'ulat' menanti di kaki lima, mereka ni suka ikut orang.. Ada kes aku baca kena paksa beli, dah kita beli yang lain pulak datang suruh beli jugak.

Memang taklah nak shopping keadaan gitu.. Aku dah boleh bayangkan sebab pernah shopping pergi Bandung dulu
πŸ™πŸ˜«




Done shopping di Medan Mall
kami pun bergerak menghala ke airport. 

Flight petang tapi pukul 1pm macam tu aku dah bergerak, risau jugak sebab Medan ni selalu je jalan sesak. Takut terlambat (δΈͺ_δΈͺ)


Kami singgah pula di kedai Oleh Oleh Sumatera, misi terakhir sebelum pulang, beli kopi, kek, bolu gulung, dan lain lain. Kedai ni sehala jalan nak ke lapangan terbang, yang bagusnya mereka siap packing barang tu kemas ke dalam kotak.


 Yang ni je sedap, tekak aku tak boleh nak terima bika ambon (╥_╥) 
Ini je boleh terima, menyesal beli sekotak je 


Selepas settle beli disini, pergi makan tengahari last di 
Ayam Penyet untuk kali terakhir.
 Hahahaa sedap gila aku sampai teringat-ingat, sebelum balik tu supir tanya nak makan makanan macam mana, kami cakap jelah nak makan nasik. Ayam penyet macam hari 1st je sebab sehala nak ke airport


Ayam yang ranggup, sambalnya perghh
memang sedap gila kombinasi ni, menangis kepedasan pun takpe puashati weh πŸ˜‚πŸ˜‚




Besar restoran ni 


Terus ke airport lepas makan
dan cerita ke Medan pun berakhir 
4H 3M di sana , nampak kecil je Medan ni dalam peta. Sekalii pergi mak aihh besar dan luasnya boleh tahan, kalau kat negara kita perjalanan 6 jam, 7 jam dah sampai kat negeri lain dah. Tapi ni masih dalam negeri yang sama. Haha boleh bayangkan tak?
Kagum jugakla.


----------------------------------------
Jauh jauh tempat menarik, 
sebelum pergi memang dah tahu pasal tu, kami tak kisah pun sebab memang dah biasa road trip jejauh. 
Dulu pun belajar biasa dah naik bas dari Pasir gudang - Kemaman. Haha krem duk dalam bas 6,7 jam jugak. Ada sekali aku lambat beli tiket bas, tiket habis terpaksa beli turun di JB, makin jauh la nak turun ke bandar pasir gudang tu.. terpaksa naik bas berhenti henti tu, macam bas rapid turun ke PG. 
Makin bertambah penat badan. Hahaha tu semua pengalaman πŸ˜‚πŸ˜‚


----------------------------------------

Alhamdulilah berjaya jugak habiskan entry ni,

pada aku kalau nak ke sini eloknya bawa orang pertengahan umur, mak ayah yang tua sangat tak larat jalan jauh kesian jugak. 

Kalau perempuan mengandung ke, kurang sesuai road trip jauh jauh gini. Kesian nanti tak selesa badan lenguh sana sini 😁😁😁

Tapi serius Medan ni banyak tempat cantik alam semulajadi. 

Okay ni je souvenirs aku beli nampak je sikit,
tapi rabak jugak poket habis 
kes kena paww teruk tulah. 

Sabor jelahh


Bolu Gulung tu best! 😍




Thanks for reading this entry, maaf sangat kalau banyak melalut dari memberi info. Malas nak up part 3. Hahaha
😝😝

Link ke Medan :

- Tips ke Medan -
- Medan Part 1 -

SNAP WIDGET

Booking.com