Sunday, 1 January 2017

Medan, Indonesia (May 2016) part 2

DAY 3 : Menyelusuri Danau Toba - Pulau Samosir - Permatang Siantar - Masjid Raya,  Kota Medan - Toko Batik - Massage di Spa - Check in Hotel

**AWAS POST NI SANGAT PANJANG**

Lepas sarapan pagi di Atsari Hotel,
perjalanan terus menuju ke jeti feri untuk ke Pulau Samosir..

Sarapan pagi : Lontong atau Lodeh. Heehe 


PULAU SAMOSIR 

Dalam pukul 9 am lebih macam tu kami bergerak ke pulau, perjalanan mengambil masa 30 minit macam tu lah dari jeti. Tak terasa mabuk pun naik feri ni, aku dan suami duk di belah atas sambil menikmati keindahan Danau Toba dari feri. Haihh seriously dah la masa tu pagi kan, udara segar.. View indah disekeliling kami masa tuu. Cantik sangatt 😍😍😍 

Di jeti 


penumpang yang ada pada haritu 🌸



Ni masa belum gerak,
di sekeliling kawasan jeti tu dah lawa view🌸







Suka tengok bukit bakau menjadi hiasan Danau Toba.

Tiba di Pulau Samosir, dibawa melihat rumah raja kaum Batak dulu. Kaum batak ni kaum yang berada di kepulauan ni. Mereka dulu tak ada anuti agama apa pun. Sehingga Raja Sidabutar datang ajar agama kristian. Siap kat sana kami pun ada lihat kubur raja tu, tak pasti kubur betul ke atau sekadar monumen. Hehee tulahh masa diberi penerangan aku tak fokus mana πŸ˜‚πŸ˜‚ hahaa 


Ni simbolik bagi orang batak, cicak tu tanda orang mereka boleh hidup dimana-mana saja seperti cicak, yang satu lagi tu payudara. Tanda orang mereka subur kalau tak silap. Heehe πŸ˜…πŸ˜…


Masa masuk kawasan situ, kena pakai kain ni sebagai tanda hormat



    
Masa kami merayau kat sini, takde tourist lain pun datang. Aduhai pastu patutnya boleh lihat tarian sigale gale (ada dalam itinerary), tapi takde apa pun. Hmm

Dah ler laju je penerangan, sampai la part shopping. Dia bagitau macam ni "ni kedai kawan saya, kedai murah sikit ni kalau mau belanja, sini kawan kawan". Kalau nak belanja bisa disini.

Ada lah dalam 2,3 kedai dia bagitau macam tu. Tapi kami tak masuk pun.. last, terkena jugak kedai kawan dia jugaklaa yang last kami stop beli souvenirs tu. Memang beli tak banyak pun tapi kena ketuk kat 1juta rupiah = RM 320+ masa tu
currency kita..

Hmm habis bajet shopping. Kering wallet. Nasibla ada standby dalam bank, dan dah pun aktif pengeluaran bank dulu sebelum trip ni. Kami tak habis habis membebel, gila ke apa.. Tiga ratus tu boleh beli banyak benda lagi..sedar sedar je dah hulur duit bayar.. Aku syak kena pukau kot..hm πŸ˜‚

–––– Habis je hangus duit tu terus aku takde mood nak pusing area situ.
Penjual kat situ agak bahaya, ada blogger tu aku baca dia ceritaa siap paksa paksa tarik tangan suruh beli jugak bila kita tak jadi beli. Padahal masa tu baru tanya je. Gilaa arr. Aku pun nak nangis jugakla sebab tak keraskan hati. Next time kena banyakkan istighfar nii πŸ˜…πŸ˜….
Lagi bertambah yakin aku yang si supir tu claim komisyen dengan penjual kedai tu, lepas kami beli belah kat situ kemain lagii dia pergi beli spek baru, jam baru, siap pakai terus.. Aku perasan bila kenalan dia kat pulau tu tegur.. Wahhh semua baru beli ni.. Dalam hati aku sabar jelahhh..Memang aku diam je sepanjang jalan.. Haa dah sampai sini je lah part menyakitkan hati tu. Moralnya kalau nak shopping sini, pleasee kuatkan semangat. Tak payah masuk pun takpe kot kedai kat situ, sebab kat Kota Medan lagi murah barang barang nak shopping..

Tengah marah pun,
 sempat lagi bergambar 😁



-----------------------

Bila dah sampai di jeti balik, perjalanan kami diteruskan untuk balik semula ke Kota Medan. Lebih kurang 4 -5 jam juga perjalanan balik tu. Serius jauh.

 Tapi sepanjang jalan tu dihiasi dengan pelbagai permandangan alam semulajadi. Ada kebun getah, ada macam hutan pinus gituu. Cantikk sangat..
Mata pun turut dijamu lihat masyarakat situ.. Sepanjang jalan tu bersepah jumpa Bab* golek la, ba** panggang la. Ada yang jual daging tu fresh lagi tepi jalan.. Bergolek atas meja. Hahaha 
---
Haa pengalaman masa dalan perjalanan tu kami tersangkut dalam jam.
Tak ingat dah sebab apa. Kalau tak silap ada lori rosak tengah jalan. Memang sesak teruk jugaklah jalan tu. Jalan dua laluan selamba je orang sana boleh buat jadi 3 laluan.
Tak lama pun mereka macam boleh berpakat untuk sama keluar dari sesak tu, main hon hon dan kejap je dah keluar dari kesesakan lalu lintas tu. Huhu (^_^)

Sempat snap ni je 😁


Memang kagum jugakla tengok, mereka bersatu padu atas jalanraya. Nampak laju bahaya tapi cekap elak dari kemalangan.
Lepas tu yang best lagi bila lihat nak memotong kenderaan memang sikap pemandu mereka saling amalkan hon antara satu sama lain. Tu tanda dia nak melintas kenderaan kita. Cilok kiri ke kanan, tak bahaya pun bagi diaorang sebab pemandu lain memang akan sedar isyarat yang diberi


-----------------------------


KILANG KACANG PATEN

Dalam perjalanan ke Kota Medan tu, singgah di Kilang Kacang Paten, kedai kacang tumbuk tempatan. Nama produk kacang ni diberi nama : Tang-tang, Teng-teng, Tong-tong, Tung-tung. Haha unikkan nama kacang kacang ni. Sedap jugaklah siap merasa tester dulu baru beli. Hee

Kotak kuning sedap, rasa berlemak gitu. Hehe macam ada cheese.



Next ;


Makan tengahari di Permatang Siantar


Sedap je semua, 
ada sambal kicap tempe
tauhu puyuh goreng.

Burung puyuh πŸ˜…

Kualiti gambar agak kurang sikit masa ni, phone lama Lenovo a850 je, bila gambar gegar makin jadi tak cantikla. Hahaha




MASJID RAYA, MEDAN 

Tiba di pusat bandar Kota Medan, dalam pukul 4 petang macam tu. Kami singgah Masjid Raya Al Mahsun, untuk solat. Masjid ni dah lama dah dibina. Kalau tak silap tahun 1906 bina oleh Sultan Melayu Deli dulu. Haa Medan ada sultan tau, berdarah melayu deli. Siap ada kaitan dengan sultan perak dulu. Okay sambung pasal masjid ni.

Jika anda lihat seni binanya ada gaya Timur Tengah, India, Sepanyol. Cantikk. Besar jugak. Kalau kalian datang sini, spare duit siling atau duit amaun kecil ye, sebab nak masuk ke dalam masjid tu kan nak letak kasut.. kalau tak nak hilang dicuri , letak kat tempat berbayar.. Ada orang jaga 😁😁




TOKO BATIK 

Lepas solat kami dibawa shopping ke Toko Batik, macam macam ada kat sini. Harga pun okay. Beli baju tidur, kain batik untuk dua mak. Huhu
...

Petang tu pusing area bandar, terus decide nak pergi tenangkan diri hilangkan lenguh badan di spa. (sebab baca kat itinerary boleh nak pergi spa. haha tapi bayar sendiri laa)

Yeah dapat jugak merasa urutan di Medan. Sebelum trip ni mak aku dah pesan awal, "jangan lupa sampai sana pergi mengurut. Orang sana pandai ngurut." Memang betul la cakap mak aku tu, nasiblah supir tu layankan permintaan tu satunya.

Lepas dah siap tu baru suami cerita. Dia asyik mundar mandir sambil cakap lamanya, pastu tanya kat kaunter lama lagi ke. Padahal normal lah,  sejam je kat situ..

Tu tak buat banyak benda lagi baru massage, hahahaa.
Macam dia tak boleh nak menunggu lama, macam tak biasa.. Padahal pung pangg sembang lebat cakap dah biasa bawa orang ramai..berbuah bas lah apa lahh.. πŸ˜’

Hahaa sabar jelahh. 
😝

Spa yang cantikk. Tukang urut pulak memang berpengalaman.. Akak yang urut tu dah 8 tahun pengalaman kerja bidang ni.


 Best la lepas siap semua, terus rasa ringan badan, lega sangat. Hihi. Macam macam hal yang kami borakkan masa dia duk mengurut tu. Soft spoken orangnya, siap dia tambah masa lagi. Bila services tip top gitu, dengan senang hati aku dah siap mengurut  pergi kat suami ambik wallet aku, beri sedikit tip kat dia..😍😍

. . . . . . . . .  . . .

Aktiviti seterusnya kami dinner pulak,
 di Restoran Simpang Tiga. Bab makan dengan penginapan semua best je masa di sana. Okay la kena dengan selera aku, haha

Masa ni makan best jugak,
 sampai lupa nak snap gambar 😁😁

. . .

Check in hotel. Kalau ikutkan hotel kami di Madani hotel (yang disediakan dalam pakej tu) tapi aku request nak tolak hotel di kota Medan, nak book sendiri. Mujur dia okay je. Haha saja gatal tangan nak tambah cash back di Shopback dengan book hotel di booking.com 😍

Nah link bawah ni untuk dapatkan cash back tiap kali shopping atau book hotel ke apa sekali pun masuk via shopback dan dapat balik duit anda hahahaa ! πŸ“Œ



---- SHOPBACK  πŸ“Ž


Bilik di Grand Sakura Hotel

Besar luas (。♥‿♥。)





Malam tu duk belek menu ala carte yang ada kat hotel tuu , haih nampak semua macam sedapp terliur gila tapi duit kering dah, hahaha jadi kena tahanlah nafsu terliur tuu (δΈͺ_δΈͺ)

. . .

Aku memang suka tengok website hotel, suka pilih ikut selera. Aku tak pilih hotel mahal sangat, harga standard je biasanya. Tengok murah juga hotel sana, tu yang nak try stay.. Okay la bilik besar.. Include buffet breakfast 2 orang, meriah buffet hotel tu. Total kami menginap masa tu RM 110 sahaja.

SELINGAN πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Suka guna Booking.com ni, 
banyak pilihan hotel yang boleh 
'Free cancellation, Pay Later'. 

Ni penting kot kalau kita tetiba tak jadi nak pergi, boleh cancel booking. Kalau pilihan pay later pulak, senang. Kadang aku suka bayar di hotel. Ada jugak booking hotel, aku suka bayar terus. Bergantung pada keadaan duit. Heee nanti aku share pasal ni lagi.

 Nah tengok deal menarik di Cherating,
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Link klik pada gambar





Sambung balik kisah tadi, dah jauh merepek ni ha
Ζͺ(˘⌣˘)┐

Itinerary Day 3 untuk rujukan 






DAY 4 : Check out Hotel - Merdeka Walk - Istana Maimoon - Shopping Souvenirs @ Medan Mall-Lunch-Back to MY

Check out hotel lepas breakfast, breakfast meriah sangat buffet di hotel.
Tapi takde gambar (-_-)
maybe terdelete. Hurm
ni je ada




Pagi last ni, supir tu baru insaf. Tu pun sebab malam last tu aku dan suami mesej bos dia cakap pasal perangai supir ni.. Banyak tempat dia skip, ada dalam 4,5 tempat.. Terus pagi tu dia berubah, jadi serius dan lebih hormati kami. Kalau tak sebelum ni nak kita je dengar arahan dia πŸ˜‚

MERDEKA WALK 

Sepatutnya pergi malam day 3, tapi tak dibawa pun. Ni kira macam forward ke day 4 lah.

Layan gambar je k, sini malam je kot meriah.
Kami datang pagi takde apa pun. Kedai makan pun semua tutup. Huhu




ni bank indonesia kot 






Next destination :



ISTANA MAIMOON








Bagi aku ini yang antara paling best dan unik, sebelum sampai sini lagi aku dah tak sabar nak pergi istana ni, hehe

Sebabnya kat negara kita takde macam ni hahaa. Boleh cuba pakai pakaian diraja. 
Banyak warna ada. Tapi aku lebih suka warna kuning. Haha baru nampak macam permaisuri melayu kan 
♥(✿ฺ´∀`✿ฺ)οΎ‰

Selain itu, di Istana ni banyak tersimpan sejarah pasal kesultanan Melayu Medan. Sekarang ni pun Sultan mereka masih ada. Muda lagi tau umur 18 macam tu tak silap, masih belajar di Makassar


Potretnya :



Singgahsana -- 

Nampak tak warna merah baju pun 
ada jugak boleh pilih warna yang kalian suka


King and queen ~ 
Baju ni kena bayar tau, 
tapi tak mahal pun.
Tak sampai pun RM 10 kita (◍•α΄—•◍)❤

Dalam istana

Comelkan mereka ni
Boleh klik pada gambar
 untuk lebih jelas

-----------------------------


Last activity shopping :

Shopping @ Medan Mall.. Dalam tu rupanya ada macam pasar, siap ada jual telekung, kain pasang pakaian. Aku pilih shopping sini berbanding tempat famous selalu orang kita pergi di pajak ikan, tahu kenapa?

Sebab kat sini tak padat sangat..orang tak perasan kita sebagai orang luar.. Kalau kat pajak ikan tu, hmm aku tak turun lagi cuma lalu je dengan kenderaan kemain padat..dan ramai peniaga 'ulat' menanti di kaki lima, mereka ni suka ikut orang.. Ada kes aku baca kena paksa beli, dah kita beli yang lain pulak datang suruh beli jugak.

Memang taklah nak shopping keadaan gitu.. Aku dah boleh bayangkan sebab pernah shopping pergi Bandung dulu
πŸ™πŸ˜«




Done shopping di Medan Mall
kami pun bergerak menghala ke airport. 

Flight petang tapi pukul 1pm macam tu aku dah bergerak, risau jugak sebab Medan ni selalu je jalan sesak. Takut terlambat (δΈͺ_δΈͺ)


Kami singgah pula di kedai Oleh Oleh Sumatera, misi terakhir sebelum pulang, beli kopi, kek, bolu gulung, dan lain lain. Kedai ni sehala jalan nak ke lapangan terbang, yang bagusnya mereka siap packing barang tu kemas ke dalam kotak.


 Yang ni je sedap, tekak aku tak boleh nak terima bika ambon (╥_╥) 
Ini je boleh terima, menyesal beli sekotak je 


Selepas settle beli disini, pergi makan tengahari last di 
Ayam Penyet untuk kali terakhir.
 Hahahaa sedap gila aku sampai teringat-ingat, sebelum balik tu supir tanya nak makan makanan macam mana, kami cakap jelah nak makan nasik. Ayam penyet macam hari 1st je sebab sehala nak ke airport


Ayam yang ranggup, sambalnya perghh
memang sedap gila kombinasi ni, menangis kepedasan pun takpe puashati weh πŸ˜‚πŸ˜‚




Besar restoran ni 


Terus ke airport lepas makan
dan cerita ke Medan pun berakhir 
4H 3M di sana , nampak kecil je Medan ni dalam peta. Sekalii pergi mak aihh besar dan luasnya boleh tahan, kalau kat negara kita perjalanan 6 jam, 7 jam dah sampai kat negeri lain dah. Tapi ni masih dalam negeri yang sama. Haha boleh bayangkan tak?
Kagum jugakla.


----------------------------------------
Jauh jauh tempat menarik, 
sebelum pergi memang dah tahu pasal tu, kami tak kisah pun sebab memang dah biasa road trip jejauh. 
Dulu pun belajar biasa dah naik bas dari Pasir gudang - Kemaman. Haha krem duk dalam bas 6,7 jam jugak. Ada sekali aku lambat beli tiket bas, tiket habis terpaksa beli turun di JB, makin jauh la nak turun ke bandar pasir gudang tu.. terpaksa naik bas berhenti henti tu, macam bas rapid turun ke PG. 
Makin bertambah penat badan. Hahaha tu semua pengalaman πŸ˜‚πŸ˜‚


----------------------------------------

Alhamdulilah berjaya jugak habiskan entry ni,

pada aku kalau nak ke sini eloknya bawa orang pertengahan umur, mak ayah yang tua sangat tak larat jalan jauh kesian jugak. 

Kalau perempuan mengandung ke, kurang sesuai road trip jauh jauh gini. Kesian nanti tak selesa badan lenguh sana sini 😁😁😁

Tapi serius Medan ni banyak tempat cantik alam semulajadi. 

Okay ni je souvenirs aku beli nampak je sikit,
tapi rabak jugak poket habis 
kes kena paww teruk tulah. 

Sabor jelahh


Bolu Gulung tu best! 😍




Thanks for reading this entry, maaf sangat kalau banyak melalut dari memberi info. Malas nak up part 3. Hahaha
😝😝

Link ke Medan :

- Tips ke Medan -
- Medan Part 1 -

No comments:

Post a Comment

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak

SNAP WIDGET

Booking.com