Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Tuesday, 31 January 2017

Perjalanan Sebagai Seorang Blogger

Assalamualaikum. 
1st of all thank you to Ana Suhana pemilik blog bajetciputselerabesar, hehe kerana tag saya untuk join



Perjalanan Sebagai Seorang Blogger 

Kenapa nama blog ni : 

kebaikankeindahan.blogspot.com?

Itu maksud nama saya. Nama panjang saya Che Engku Husniyah, Husniyah maksudnya kebaikankeindahan. Heee baik ke? Taklah.. 

Saya percaya tiap manusia ada sisi baik dan kurangnya. 


Kenapa saya buat blog ni? Tujuan untuk apa?

Mula berblog tahun 2010. Masa tu memang famous dikalangan kawan kawan memang akan ada blog, ada friendster, tagged, MySpace. Hahaha so habis mende media social saya akan daftar. Blog ni asalnya untuk berkongsi pasal kehidupan. 
Tapi tak bermaksud segala privasi diceritakan disini. 

Taklah. Dulu zaman remaja banyak membebel, berpuitis jiwang teruk je. Banyak dah entry mengarut dulu dah di delete 😂


Walaupun mula berblog 2010, tapi sehingga 2015 saya tak dapat nak buka balik blog ni. 
Lupa segala password. 

Alhamdulilah 2015 datang balik semangat dan ilham nak usahakan, teruskan menulis di blog.. berkongsi rasa, kongsi apa yang baiklah untuk pembaca.. sebab adakalanya dalam diam kita tak sedar dah memberi manfaat pada pembaca yang mencari jawapan di Google 😄

Tapi nampak gayanya sejak 2015 mula balik berblog ni macam banyak cerita pasal travel. Hahaha okayy itu sajalah



Moga lebih banyak perkongsian yang bermanfaat akan saya kongsikan disini.. 😊

Dengan itu saya tag 3 blogger lain untuk join 




No comments:

Post a Comment

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

SNAP WIDGET

Booking.com