Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Monday, 6 February 2017

Penginapan di Aonang dan Krabi Town

Assalamualaikum,
 Bersambung kita dalam entri ke Krabi yang belum kesudahan ni.

MAAF agak lambat update tentang percutian kali ni, sibuk sikit sejak dua menjak ini 🙈



HOTEL PERTAMA 

Penginapan semasa di Krabi saya dan suami menginap di kawasan Aonang, tapi taklah dekat sangat dengan pantai,
1km jugak nak ke pantai tu.

Saya pilih menginap di
Fahsai Hotel Aonang. Kenapa saya pilih nak tempah hotel di sini. Sebab masa nak tempah tu, saya pasti kedudukan hotel ni tak terletak di kawasan ramai orang..
Saya duk terbayangkan Aonang ni macam Cenang, Langkawi lah. Ya memang betul jangkaan saya tak jauh sangat beza Krabi dan Langkawi. Tapi Krabi best lagilah pada saya. Hahaa 😂

Ya, sibuk dan padatlah sikit. Saya tak suka menginap di kawasan yang padat, dan bising


Haha saya memang selalunya gitulah, tak suka menginap di area bebetul centre.
Ya memang banyak lagi hotel yang bebetul terletak dekat centre tu. Tapi Fahsai Hotel ni pun not bad jugak, bangunan pun baru lagi.
Harga berbaloi. Dekat lain saya tengok mahal lagi. Hahaha pula tu sana sedang peak season 😂


 Jom layan gambar sekitar hotel ni,
 gambar bilik dan lain lain 😍




Ada kolam renang


Ni lorong nak masuk ke hotel, nak ke sini senang je. Pastikan simpan alamat hotel semasa dah tiba di Krabi

Masa saya naik shuttle bus ke Aonang ni, pemandu bas berhenti di tepi jalan bebetul mengadap jalan nak masuk ke hotel dan bagitau nama hotel ni. 

Kaunter meja depan 

Bilik kami selama dua malam ❤




Di hotel ni juga saya sewa motorsikal,
Siap dengan helmet comel diberi.
Motorsikal disini pun baru lagi
Comel pulak tu




Harga kadar sewa pun murah dari kat tempat lain,

📌 200 baht = 24 jam 

Seharian boleh ronda dengan motorsikal


Makanan Halal Berdekatan 

Jalan kaki sikit je dari hotel nak ke jalan utama, ada banyak kedai makanan halal. Tak susah pun kat Aonang ni banyak pilihan makanan halal 🙈


🎈 Harga semasa menginap di
 Fahsai Hotel Aonang

RM 91 / semalaman.
Dua malam jumlah : RM 217.

Taxes and fees yang mahal 😂 

Rujuk gambar di bawah: 



Boleh tengok hotel ni, gambar sekitar, kemudahan yang ada di hotel dan lain lain. Memang gambar yang diberi sama dalam website bila saya menginap disana

Boleh klik SINI kalau nak tengok kadar semalaman berapa, atau nak tempah hotel ni terus pun boleh



HOTEL KEDUA : 

Malam terakhir di Krabi, menginap di Bandar Krabi. Bebetul di tengah bandar.

Green House Hotel



Satu malam disini, RM 98.40
Boleh dapat lagi murah, tapi saya sengaja bayar mahal sikit kepada Agoda ni 
sebab nak dapatkan 
Airasia Big point. Hehehe

Rujuk gambar bawah ni 






Gambar bilik hotel 


Tak tahu kenapa dapat katil jenis ni, kami laki bini sudah. hahaa redha jelah, malas nak bising kat orang kaunter tu 🙈




Malam tu berendamlah saya 😍


Seronok tadah air panas, tenangkan fikiran rehatkan badan.



Ada TV boleh tengok cerita, tapi tak faham sepatah pun bahasa thai 😂


Kawasan berdekatan hotel : 


Lampu isyarat yang kreatif di tengah bandar Krabi




Kenapa saya pilih menginap disini? 

📌 Sebab hotel ni menyediakan perkhidmatan penghantaran ke airport. Kalau ikutkan boleh je menginap di Aonang selama 3 malam dan tak payah menginap di bandar Krabi dah, tapi saya ni risau takut terlambat ke airport pada hari keempat, penerbangan balik ke Kuala Lumpur awal pagi pula tu :
boarding time 7.45 am 😂

Dari bandar Krabi ke airport tak lama, kejap aje.. 20 minit. Kalau dari Aonang ke airport agak risaulah awal pagi dahlah jauh nak ke airport hampir
1 jam jugak.
Kena fikir bermacam risiko.. Hahaha


Masalah semasa menginap di Krabi Town

Masalah pertama :
📌 Kawasan bandar ni orangnya kurang ramah tak pandai berbahasa Inggeris.
Susah nak bertanya.
Kurang makanan halal. Ada satu je kedai kami jumpa yang jual makanan halal.
Ini akan cerita dalam entri selanjutnya.


Masalah kedua :
📌Staf hotel kurang fasih berbahasa Inggeris. Susah sikit nak kena cakap perlahan lahan, sambil buat bahasa isyarat. Bahasa Melayu mereka tak faham terus. Hahaa

📌 Masa kami menginap disini, bersungguh inform staf meja depan yang saya dan suami nak ke airport esok awal pagi.

 Dia cuma cakap terus turun je ke lobi. Maknanya takde prosedur apa apa diperlukan untuk buat tempahan ke airport.
Tengahari tu giliran staf lain dah ganti.  Malam tu nasibla kami keluar ke kedai, lepas tu asalnya memang nak ingatkan tentang airport transfer

Staf B ni pula cakap perlu bayaran
400 baht. Terus tempah malam tu dan buat bayaran. Saya tak puas hati sebab gayanya macam tak faham dan macam tak boleh dipercayai. Hahahaa
Saya ambil pen dan kertas tulis nota.

"airport transfer, nombor bilik saya, dan saya tulis paid 400 baht "

Serius geram.. Staf A cakap lain,
staf B cakap lain. Masalah jugak kalau mereka ni komunikasi kurang faham😂
Kurang faham takpe lagi.
Ni macam tak ambil serius dan macam sambil lewa je buat kerja


Esok paginya sebelum 6.30 am kami dah turun ke lobi dan check out, kebetulan memang dah ada pengangkutan nak bawa ke airport, dan ada juga beberapa orang pelancong lain. Tapi pelancong tu kena bayar masa dah nak bertolak.
Hahaha serius tak faham betullah sistem hotel ni.. Apalah susah sangat staf meja depan ni nak beritahu pasal tempahan kami kepada pemandu 😂

Staf A yang cakap suruh kami turun je ke lobi tu betul dah. Staf B tu pening, suruh bayar kat dia terus. Dah la tak bagi resit untuk pemandu tu rujuk bayaran dan tempahan yang dah dibuat. Allah,
 sabar jelah hati

Nasiblah, masih ada bukti nota yang kami tampal kat kaunter malam tu.
Geram je kalau ingat balik.
Kalau tetiba buatnya tak dapat nak balik..atau kena bayar lagi sekali..  haha

Bukan susah pun kerja duk kat kaunter depan tu.. Lagi pun tak sibuk pun hotel tu bukan macam kat Aonang penuh je pelancong 😂

Jadi kepada yang menginap di Krabi town, boleh je nak menginap di hotel ni. Memang bebetul pengangkutan ke airport disediakan. Cas pun tak mahal mana.

400 baht jumlah dua orang





Sekian sahaja perkongsian saya kali ini pasal penginapan di Krabi.



Boleh baca juga entri berkait :

Tiket ke Krabi 
Bajet ke Krabi 

No comments:

Post a Comment

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

SNAP WIDGET

Booking.com