Berkebun Bersama Keluarga

by - 10:10 pm


Assalamu'alaikum.
Minggu lepas 24 Mac saya balik ke kampung halaman di Kemaman


Memang selalu je balik tiap bulan ke sana.. Jumpa orang tua yang masih ada.

Balik hari Khamis, malam Jumaat.
24 Mac pagi Jumaat ke Gambang ambil adik saya, Balqis yang belajar di Matrikulasi Gambang..


Lepas suami solat Jumaat di masjid Matrikulasi bergerak balik ke Kemaman - hadiri kenduri kawan sekolah saya di Binjai Kemaman. Seronok juga jumpa kekawan lama. Dah lama tak bertemu mata. Semua dah beranak pinak. Hehe saya je belum. But it's okay.. Walaupun masih belum dikurniakan, zuriat saya bersyukur, bahagia bersama suami 😊



Semua dah kahwin dan beranak pinak, hehehe 





Next Day -- Sabtu. 25 Mac.
Ke Kebun Sawit bersama keluarga. Bersihkan kebun dan bergotong royong..
Memang ini rutin keluarga tiap kali hari minggu. Kalau anak anak tak ada kat rumah, mak ayah saya lah berdua ke sana. Mereka sangat cintakan kehijauan dan aktiviti berkebun..

Sawit ni tak lama lagi bolehla jual hasil.. Moga murah rezeki mak ayah saya. Diberi kesihatan yang baik. Saya tumpang bahagia saja. Suka tengok kesungguhan mereka dalam usahakan sesuatu yang mereka impikan 😊


Jom layan gambar  :


Penuh barang - barang, hehee

Menebang pokok :D


Saya bawak apa tu beria guna kereta labi,, hihi
Bawa batu bata je DUA BIJI
:D Beria sangat kan





LAPAR dan dahaga? Bekal telah pun dibawa, heehe


Mengopi sungguh sedap sambil layan angin sepoi sepoi kat atas bukit 




Letih juga nak jalan jalan dan bersihkan kawasan kebun sawit ni sebab tanah berbukit..
Haritu dengan harapan : moga turunlah berat saya 2,3 kilo. KahkahπŸ˜›

Meredah dua buah bukit 









Kata ayah saya pokok sawit ni tak dapat hidup dengan baik kalau ada pokok pokok lain disekelilingnya. Sebab tu kena gotong royong.. Bersihkan.. Nanti akan jadi cantik dan kemas kalau dijaga dengan baik
Ini dibelakang adik saya sawit orang lain, kan kemas tu bila dah besar
tak semak samun :d

Tengahari tiba saya beri cadangan "jom pergi berkelah dan mandi air terjun".
Haritu memang cuaca panas sangat. Rasa nak berendam dalam air je. Haha
Mak saya pun setuju ajak kemas barang, dan bergerak ke Air terjun.


Dalam perjalanan, mak saya tukar rancangan untuk ke Kebun Sepupu saya di Cheneh.
Sepupu saya ni siap bina rumah disitu. Seronoklah kawasan kebun buah buahan.

Kebun sepupu saya ni luas dan menarik. Mak saya terfikir nak ajak ke sini sebab ada anak sungai kat belakang kebun nya tu.

Kami pun memang bawa bekal makanan dari awal.. Nasi dan lauk pauk semua dah ada. Selalunya makan nasi tengahari di kebun aje. Hehe haritu pergi kebun sepupu pula makan disana.

BUDU + LADA JARUM + MAKAN DENGAN ULAM. Lauk ayam masak merah



Lepas makan tengahari. Solat zohor. Terus berjalan ke anak sungai. Dekat sangat rupanya. Dalam 200 meter je dari kebun
Bestnyaaa kalau kebun ayah saya ada anak sungai juga. Hehehe






Mulanya ingatkan dalam air anak sungai ni, sekali turun sekerat lutut je. Hehe. Air pada haritu sedikit keruh sebab malam tu hujan.
Tapi okay je sejuk gila. Kalau air jernih mesti lagi lawa dalam gambar 😍😍😍

Pasir kat dalam anak sungai ni pun mulanya saya ingat lembik.
Eh sekali pijak,
Oooh pasir kasar rupanya.. Air pun jenis air yang mengalir.. Seronoklah berendam.. hehe


Dapat kelapa muda :D yeayy

Family potrait




Ayah kata lainkali kita ke Air Terjun pula lepas balik berkebun. Tak jauh mane dah air terjun dengan kebun. Dalam 20 minit perjalanan.
Kalau balik sekali lagi dapat ke kebun satu lagi syok juga dapat kait buah, petik lada lada, kutip serai dan lain-lain :D


THROWBACK TAHUN LEPAS :



Cempedak nii sedap tahu . Harap tahun ni ada hasil lagi ~





Sekian cerita pada hari minggu baru baru ini :D

You May Also Like

9 comments

  1. Best lah ada kebun sendiri boleh masuk hehe.
    Saya tak pernah masuk kebun mesti penat kan?
    Tapi yang best tu bila lepas masuk kebun boleh makan ala2 picnic and mandi sungai huaaa macam seronok pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tulah part paling seronok : Lepas penat bergotong royong, -- makan makan ala picnic :D

      Delete
  2. Semoga murah rezeki buat ayah dan ibu Husniey.

    Seronok pula tgk mandi sungai tu. Last ana mandi sungai rasanya tahun 2012 dulu. Lama sungguh.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaaminnn.. Thank you Ana doakan.. Mandi berkubang je tu Ana, hehe

      Husniey kalau sungai seram sikit nak mandi.. Anak sungai gini okaylah :D

      Delete
  3. arwah ayah dulu ada kebun gak.. mcm2 pokok buah di tanam. penat tapi best sebab time tengahari masak dan makan ramai2... Tapi sayangnya skrg kbun tu dh takde... tpksa di jual sbb tanah tu di ambil untuk buat empangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahh sayangnya sis terpaksa jual.. Mesti tersimpan 1001 kenangan indah kat situ 😫

      Delete
  4. wahhh, luasnya ladang sawit. bagi sy yg suka makan buah, kalau ada kebun buah sendiri rasa best sangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu.. Kalau kebun buah lagi laa memang best dik nour..

      Satu lagi dah tak payah pening kan nak beli buah kat luar..hehee 😁😁

      Delete
    2. betul, jimat duit kan πŸ˜„

      Delete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^