Review : Printer HP yang dibeli di Lazada!

Assalamualaikum,  Semoga sihat hendaknya anda semua.  Seperti tajuk tertera, ya nak cerita pasal Printer yang saya beli di Lazad...

Assalamualaikum, 

Semoga sihat hendaknya anda semua. 

Seperti tajuk tertera, ya nak cerita pasal Printer yang saya beli di Lazada

Tiapkali saya  beli barang baik serta servis bagus haruslah saya kongsikan disini
seperti mana Review yang lepas, saya cerita pasal action camera dan telefon Huawei P9 lite 

Boleh baca SINI 

Kalini saya beli printer ni untuk urusan kerja kerja yang semakin banyak memerlukan bukti hitam putih jadi setiap hari perlu print out invois dan lain lain~

Padahal baru perniagaan kecil kecilan :D
Alhamdulilah untuk rezeki tahun ini





------

Berbalik kepada printer ni, tawaran harga yang saya dapat cuma RM 169,
kos pos pula cuma RM 6 ~
Jadi jumlah keseluruhan RM 175 SAHAJA

BERBALOI KAN?

Semasa saya submit order, pada hari sabtu
Pada hari Isnin baru saya dapat maklum barang dah shipped :D
Walaupun lambat sikit respon untuk shipped, 
tapi suka sangat cepat je penghantaran ke rumah

21 Feb dihantar, 22 Feb tengahari saya dah dapat printer ni! 
Seller ni menggunakan Skynet


Ini pejam celik dah seminggu duk gunakan, 


Printer ni ada 3 fungsi

PRINT, SCAN, COPY

Pada saya harga yang ditawarkan itu sangatlah berpatutan,
fungsi pun banyak 3 DALAM 1


INI YANG BERKACA NI, UNTUK MENGIMBAS ~


Cantikkan warna hijau muda ~

Untuk copy (Fotostat) tak perlu sambung USB ke laptop,
boleh terus letak kertas dan tekan disini :)


Suka sangat~




Yang saya suka lagi masa pun tak lama cuma beberapa saat,
 walaupun print colour


Dalam kotak tu apa lagi saya dapat selain printer? 

  - 3 Years On-site Warranty, 1 Black Ink HP 680 -  480 Pages,
1 Color Ink HP 680 -  150 Pages



Berbaloi sangat,

 Saya bagi 4.5 bintang untuk printer ini ~


Klik pada banner di atas untuk membeli 😊👍


Update :
Tip top printer 😍
Guna from Mac - May ink sangat tahan lama, print pun laju je.



SEKIAN, TERIMA KASIH BACA :)

You Might Also Like

10 comments

  1. Sama mcm ana punya jer. Hehe.

    Tp betul apa yg Husniey buat tu. Walau business kecik tp semua rekod kena ada. Senang untuk rujukan dan in case kalau kena inspect kan. Tp ramai org ambil remeh perkara ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ops tersama pulak dengan Ana punha 😘😂

      Betul tuu.. Husniey memang tak suka kerja yang tak sistematik. Kalau biz kecilan jual kuih pun husni akan catat keluar masuk duit. Modal untung semua kena catat. 😂😂😂
      Senang nak rujuk balik..

      Delete
  2. Berbaloi sangat. Dah la warna tu susah nak ada dkt kedai skrg. My fav colour, ala ala olive green gitu. Thanks utk review ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. My fav colour too. Hehe asal warna yang nampak comel,semua jadi fav.. 😂 😂
      Most Welcome 😉

      Delete
  3. Comelnya printer tu, okla tu ada pelbagai fungsi, jimat kan jika nak dibandingkan bayar kat tempat lain....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat jimat tuan. Jimat wang, masa dan tenaga. 😁

      Delete
  4. Okay lah harga murah ja tapi ada banyak fungsi kan. boleh la beli nanti untuk buat print kat rumah.

    ReplyDelete
  5. Murah juga harga tu untuk printer, comel pula tu. hihi

    ReplyDelete
  6. cAntik warna hijau... hehehe,, peminat warna hijau

    ReplyDelete
  7. Comel je printernya tapi banyak fungsinya..ni kecil-kecil power ni..alhamdulillah :)

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.