Sunday, 30 April 2017

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

April 30, 2017 17 Comments
Assalamu'alaikum, 

Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaikan urusan penting, dan makan tengahari semua barulah rasa nak ajak suami jalan jalan di satu kampung yang cantik kat Setiu. Masa tu dah alang alang berada area situ



Teringat ada seorang dua kawan, kenalan di media sosial suka belanja gambar cantik kat kawasan kampung ni.. Setiu ni selalunya terkenal pelancong suka berhenti di Pantai Rhu 10 untuk menikmati permandangan pantai dan singgah untuk minum petang di tepi pantai.. Ada beberapa kedai makan di sini yang boleh anda singgah untuk makan ikan celup tepung, sotong celup tepung, ABC dan lain-lain 

Kawasan cantik yang saya pergi ni atas lagi dari Pantai Rhu Sepuluh, hujung Setiu letaknya 
Kampung Mangkuk ni.. Husniey tak pasti ejaannya Mangkuk atau M. a. n. g. k. o. k 

Tapi permandangan kat sini sangat unik.. Cantikk! Berdepan dengan Laut China Selatan, pasirnya yang putih, suasana yang damai bersama angin petang yang menenangkan. 
Cuaca pulak cantik je kan
Nampak macam sunyi, tapi pada Husniey bukan sunyi tenang je.. 










Semasa mula masuk ke kawasan kampung ni, reaksi Husniey pada mulanya memang kagum betul, 
"Lawa nya sini. Dah macam kat pulau je" 

Pastu macam nak menjerit keriangan laa. 
"aaaa lawanyaaaa. Haa lebih kurang gitulah suara hatiku. 
Tapi kalau nak jerit bebetul pun takpe, takde orang ramai pun kawasan ni, hahaa


Pohon kelapa yang ada disitu, seolah melambai- lambai menyambut kehadiran Husniey dan suami πŸ˜ 








Close up pokok nyior sikit - pokok nyior means pokok kelapa ^^


Apa lagi kalau dah sampai ke tempat cantik ni, 
Switch on camera, cari angle menarik nak ambil gambar! πŸ˜‚ 







Rasa nak berkelah je, hehee

Ala - ala model tengah photoshoot
Tapi ni model jarang dapat job, jadi keras sikitla pose tuu :P
Haha






Ini Terrapuri Heritage. Villa ni cantik sangat! Melalui hasil pembacaan katanya villa ni diilhamkan daripada Istana Terengganu abad ke 17. Pembinaan villa ni unik takde guna paku. 
Fuh memang heritage habis.

Rupanya kat sini letaknya Terrapuri, Sebelum ni pernah dengar namanya aje, ini baru tahu kat sini, hehe
Sesuai kalau hendakkan percutian yang privasi di sini. 


View sekeliling cantik sangat. 


Tu Terrapuri ~ Klik pada gambar untuk lihat dengan jelas



Feeling happy ~ 

Tak boleh duduk bersantai kat sini, untuk guest Terrapuri sahaja ~ 


Tak dapat duduk tu, kita ambik gambar jela :P

Cantik kan  .  . 



Husniey ada tengok juga harga satu malam kat sini, boleh tahanlah​. 
Nak kena pergi dua tiga keluarga baru best kot. Tak pun untuk bulan madu memang cun, tapi kena menabung sampai penuh tabung dululah  πŸ˜‚ πŸ˜‚


Haha husniey  bukan nak cerita pasal Terrapuri ni, tapi cantik pulak tengok keadaan villa tu ❤
Selebihnya nak tengok gambar villa ni dengan harga sekali, boleh tengok kat SINI 


LOKASI PANTAI KG MANGKUK : 


Husniey kongsikan link map ke Terrapuri ni jelah, sebab yang ini je lokasi dapat dikesan dan berdekatan dengan pantai ni ~ 


PESANAN : JANGAN CACATKAN PERMANDANGAN INDAH INI DENGAN SAMPAH 




Next .. 

Kami singgah minum cendol di Kampung Bari Setiu, ini dulu namanya Professor Cendol 

Ni master cendol pulak, haha tapi rasanya sama je cuma tukar nama bagi francais sini kot




Terletak di jalan utama dari Kuala Terengganu ke Setiu (Sehala) kalau dari Setiu atau Kelantan pula, kedai ni belah kanan (bukan sehala, tapi boleh je kalau nak singgah pun, hehe

Memang tujuan utama singgah sini nak merasa cendol, tak nak makan goreng gorengan, 
dah bosan hehee tapi ada jugaklah ambik keropok RM 2 :P

Keropok lekor memang tak dapat lari dari orang terengganu macam Husniey ni, tak makan lama sikit dah rindu. HAHA hastag #sekkepok 



Tuu dia meriah



Cendol tapai rasanya, aduh cik abang Husniey suka tekak dia je order Cendol Tapai,  rasa okay je tapi ada tapai ni macam masamlah sikit T_T

RM 3 semangkuk 

Kalau cendol biasa : RM 2 (nak tambah, free) *



Rojak pasembor, sedap jugakk! ^^

Memang bestlah sejukkan tekak, semangkuk cendol pun dah kenyang.  Nasib tak ambil mee goreng ke, ikan celup tepung sotong celup tepung pun ada kat sini.

Lepas dah kenyang tu, bertolak balik ke Kuala Terengganu 
Dalam perjalanan, dekat pukul 6 petang berhenti solat asar di Masjid Tok Jembal



The power of different pose. Satu nampak GEMUK satu nampak KURUS SIKIT~  HIHI






Alhamdulilah sekian cerita Sabtu 29 April 2017
Terima kasih baca cerita saya ~

Friday, 28 April 2017

Santai di Kota Bharu, Kelantan ~

April 28, 2017 16 Comments
Assalamu'alaikum.

Pssstt. Mesti ada antara korang yang baca ni nak ke Kota Bharu kan? Sini nak cerita sikit antara
aktiviti yang boleh dibuat di Kota Bharu, Kelantan 
Kelantan ni syurga tempat untuk membeli belah, dan banyak juga makanan menarik yang boleh dicuba. Harga makanan pun selalunya murah jer. Serius, tak tipu



πŸ“Œ Dua kali ke Kelantan tahun lepas, tempat wajib bagi husniey singgah untuk food hunting, ialah Aeon Mall walaupun baru lagi dibuka tahun lepas, tapi banyak juga pilihan makanan dan premis kedai yang tak ada di tempat husniey. Penat kaki ni berjalan, sebab besar gedabak mall ni.. The biggest mall in Kelantan
(tapi rasanya, ini satunya Aeon paling besar di Pantai Timur)



Shopping ~ lalalaalala senangnya dalam hati 



Makanan memang membahagiakan hatiku ~


πŸ“Œ Makan Tengahari di Nasi Ulam Cikgu. Ini wajib cuba makan tengahari kat sini. Banyak pilihan lauk-pauk. Harga pun tak sampai RM 20 makan 2 orang. Banyak juga kami ambil lauk pauk. Wajib cuba budu kat Nasi Ulam ni sedap weh, sampai husni beli dua botol bawa balik umah πŸ™Š
Yang istimewa kat sini, mestilah pelbagai jenis ulam- ulamannya.



Next . . .

πŸ“ŒPasar Siti Khatijah, Bazaar Tok Guru. 
Tempat membeli belah bagi kaum wanita. Murah jugak tudung, blaus, telekung solat wanita dekat sini. Kain pun elok..

Cantik pasar ni, berwarna warni ~


Ini tempat beli belah / memborong terdekat dalam bandar tau..

Dah penat jalan jalan di Kota Bharu tu apa lagi kan, mesti lah nak menginap di hotel, sesambil berehat dan menghayati saat indah bercuti kan. 
So, husniey nak ceritakan hotel gah di Kota Bharu ni. Bebetul tengah bandar.. 

Mesti korang suka, jom kita tengok :-



Hotel mana tu?
Hotel Perdana, Kota Bharu
Cantik sangat. Nama biasa biasa je tapi 5 star tau!

Sesuai untuk anda yang nak bercuti bersama keluarga, atau kawan-kawan, juga untuk yang ingin mengadakan seminar bersama pekerja atau rakan perniagaan.

❤ Terdapat 272 bilik dan suite di hotel ini, dan mempunyai 3 jenis bilik iaitu Perdana Executive,
Perdana Suite, dan Presidential Suite. Haa boleh bayangkan tak bilik suite ni macam mana, dah macam rumah Dato' Datin tau. Cantik dan elegan!

Bilik-bilik ini dilengkapi dengan bilik mandi, katil dengan bantal
yang empuk, tempat membuat kopi, tempat gosok baju, TV, dan segala benda asas semuanya lengkap. Memang selesa, luas dan sesuai untuk menginap berdua mahu pun beramai - ramai

πŸ“ŒHotel Perdana ini juga sesuai dijadikan
tempat penginapan untuk korang yang datang untuk bercuti, backpacking ke Kota Bharu atau hari keluarga, dan juga organisasi yang ingin membuat kursus untuk staff mereka.
Sesuai untuk semua jenis aktiviti :)



Tengok bilik ni, cantik kan ~

Ini dah macam dalam istana ^^ best betul bilik begini 




Haa tengok luas saiz biliknya siap boleh berlari ni sambil nyanyi lagu :
 "berlari berkejaran lupakan segala duka" hahaha 


Hotel Perdana ini juga turut mempunyai kemudahan dewan yang boleh memuatkan 500 orang untuk kenduri kahwin, conventions dan juga event yang besar 

πŸ“ŒTerdapat juga bilik bilik yang sesuai untuk seminar
kecil kecilan, meeting, conference, yang boleh memuatkan antara 30 orang sehingga 100 orang.
So anda yang nak buat birthday party pun tiada masalah, kerana hotel ini mempunyai kemudahan yang mencukupi! Best kan? Tapi jangan party 18 sx sudah la ye.. 
Jaga adab di tempat orang :)


πŸ“Œ Kalau korang rasa malas atau penat untuk keluar dari hotel setelah seharian berjalan di bandar Kota Bharu, tak usah risau nak mencari makan, kerana di dalam hotel ni terdapat banyak restoran dan juga cafe. Rasa tak larat nak melangkah bolehla buat pesanan dari bilik je. 
Yes, room service pun ada 24 jam lagi! 😍

Syioknya. Bilik besar, kemudahan yang banyak, nak makan pun orang hantarkan sampai ke bilik. Hehe





Others facilities for guest : Pool. Fitness. Gymnasium dibuka 24 jam, bagi yang nak 
'sado' kan diri tu bolehlah meluangkan masa di Gym  ~ :P









Seperti biasa bukan hotel 5 bintang jika tiada swimming pool,
Korang boleh la nak bawa anak-anak yang suka berendam tu mandi manda di sini,
 boleh juga bawa berlatih berenang untuk sukan olimpik sekali. hihi opss ^^,


Yang paling husniey suka, kemudahan yang hotel ni sediakan begitu lengkap dari pelbagai sudut. Rasa macam, wahhh teruja sangat! Semua nak cuba..
Terasa seperti tinggal di istana gitu. Heee

Reception pun turut dibuka 24 jam tau ~
Husniey pernah bermalam dekat satu hotel ni, meja depannya buka sampai lewat petang je.
Susah juga kalau nak minta tolong hal yang penting, tiada pekerja yang sedang bertugas.
Itu dah satu hal, buatnya guest request check in lambat. Susah juga tuu.. πŸ˜‚



Lainkali kalau husniey nak repeat bercuti ke Kota Bahru nak menginap di Hotel Perdana jugalah.
Tak percaya boleh baca komen di Traveloka, husniey yakin mereka yang komen ni memang betul,




Apa lagi tunggu tu.. Jangan fikir lama sangat,
nak booking kat mana Hotel Perdana ni?

Kat mana lagi, wajib booking Hotel Perdana at Kota Bharu on Traveloka πŸ˜

Thursday, 27 April 2017

GIVEAWAY by BCSB : ROAD TO 100K VIEW

April 27, 2017 20 Comments
Assalamualaikum, 

Jom kepada rakan bloggers sekalian kita memeriahkan lagi giveaway by BCSB, 
oleh Ana Suhana, sukacita husni menjemput anda semua, jom masuk giveaway ni 



klik banner ini untuk lihat syarat penyertaan 



Ana Suhana akan beri hadiah yang menarik seperti :

1) POWERBANK 10,000 MAH yang bernilai RM 70. BEST tak? 
Mestilah best kalau dapat hadiah ni, tak rungsing dah kalau tengah travel tak payah nak pening cari plug station, powerbank ado :D 





2) BLUETOOTH HEADSET yang bernilai RM 50
Wah ini pun best ni, senang urusan harian kalau ada benda ni :P 




Tak rugi tau masuk contest ni, blog anda pasti akan dikunjungi Ana selalu, dia seorang blogger tegar yang tak lokek meninggalkan komen di setiap entri yang anda post :) 





UNTUK MENGETAHUI SYARAT- SYARAT PENYERTAAN, KLIK PADA BANNER DI ATAS 

TARIKH PENYERTAAN : BERMULA 26 APRIL 2017 - 26 MAY 2017




Monday, 24 April 2017

Bercuti Ke Pulau Kapas bersama Keluarga ~

April 24, 2017 23 Comments

Assalamu'alaikum 


Percutian ini dirancang sejak awal tahun ini lagi, 
dari bulan Januari lagi tak silap saya. Hehe.
Siap mak saudara saya buat group WhatsApp lagi khas untuk trip ini πŸ˜‚


Tempahan semua telah dibuat dari bulan Februari.
Kami tempah empat bilik. Paling maksimum boleh muat satu bilik sehingga 5 dewasa.
Alhamdulillah dapat juga saya dan keluarga, berlima satu bilik, nak jimat sebenarnya. . .
Kalau makin banyak bilik makin mahal pula nanti.. hihi πŸ˜‚ 

❤ Kami sekeluarga semua ambil pakej lengkap untuk 2 hari 1 malam di Pulau Kapas



Makan 3x, Bot Dua hala (Jeti - Pulau - Jeti), Penginapan Air cond, Berdekatan pantai,
Bilik pun selesa sangat.. Ada TV, ada balkoni, sejadah, katil dan tilam tambahan diberi,
Termasuk snorkeling trip dan peralatan. 

🎈 Harga Pakej πŸŽˆ
BILIK 1 : Dua Dewasa  : RM 195 x 2
BILIK 2 : Dua Dewasa, 2 kanak kanak : RM 195 x 2 
BLIK 3 : 4 Dewasa, 2 kanak kanak : RM 165 x 4 
BILIK 4 : 5 Dewasa : RM 160 x 5 
✔️Kanak - kanak : RM 115/pax 

Umur bawah dua tahun adalah percuma, 
3 hingga 11 tahun kanak - kanak 



Bersambung kisah ke Pulau Kapas : 

❤ 14 April 2017, Hari Pertama : 
Pagi sebelum jam 11, berkumpul di Jeti Marang.. Ada mak saudara saya yang datang dari Klang, ada yang dari Johor dan dua buah keluarga lagi dari Kemaman. Semuanya 13 Dewasa, 4 kanak kanak. 
Ini pun masih ramai yang tak dapat pergi, ada yang kerja tak dapat nak cuti dan ada juga urusan lain













11.30 am : Bertolak ke Pulau Kapas menaiki bot. Perjalanan menaiki bot ke pulau ni tak lama pun,  cuma 10 minit. Ini yang saya suka tentang Pulau Kapas, dekat je. Tak sempat nak pening dan mabuk laut pun  ^_^



My sweetheart ~ Bonda dan kekanda pujaan hati :P





12 tengahari : Check in bilik. Duk rehat bergolek golek sebentar di bilik, sebelum keluar untuk makan tengahari






Cantikkan bilik, I love this colour




1 pm : Makan tengahari dan selepas makan kami ke bilik semula untuk solat zohor --


Lupa nak ambil gambar masa makan tengahari T_T 


3 pm : Snorkeling Time. Happy sangat dapat snorkeling kat tepi pantai, mungkin boatman tu tengok kami ni bersama keluarga, ada kanak kanak dan boleh agak kot kami ramai yang tak mahir berenang tu yang dibawa snorkeling dari tepi pantai.. Cantik sangat permandangan kat sini air pun jernih, cuaca comel je haritu πŸ˜ πŸ˜ 

Cantik kan view ni ~




Mak sedara saya dan sepupu sepupu saya ~ 

Saya dan suami, abaikan saya yang nampak gelap tu.. T_T
Kami belakangkan cahaya kot tu nampak gelap

Jernih kan air ~ Fuhh rindu laa pulak ^^

My hero ^^
Puas hati ayahnda mandi manda ~ 
Life guard ada bagi kami tengok Gamat.. Dekat je gamat tu tinggal kat air gelap kat celah coral dalam air  ~


Besar kan, geli jugak saya tengok ~


Memang nampak unik ciptaan seekor gamat ni ~ 


Tak sedar jari jemari dah kecut, duk berendam lama sangat. Bawa bekal roti habis tinggal plastik je, bagi makan kat ikan ikan, boleh tahan rakus juga ikan ni, haha. 

5 pm : Habis snorkeling trip, sambung mandi manda di kawasan pantai berdekatan resort juga, tapi kena jalan kaki sikitlah, Hehe 



Belah sini sejuk gila air, hehee 

Mak saya yang pakai topi tu, adik dan sepupu saya.
Belakang nun ayah saya duk berendam ~ 


Family saya, ni pun ada lagi adik adik yang tak ikut. Ada yang kerja dan study ~


Petang itu 


Balik mandi manda tu,, beli air bandung cincau kat sini, punyalah dahaga dan penat,
sedap juga airnya, tapi biasalah dah nama pun pulau kan, bekas kecil je dah RM 3
Nasiblah sedap air tu, siap tak cukup tambah beli lagi satu, hehee
Malam tu layan pancake dia, sedap juga RM 5 

Gambar ni diambil waktu pagi lagi, haha tu yang tak buka lagi jangan salah buat andaian ^^,



CADANGAN : 
Saya cadangkan kalau bercuti bersama keluarga ke tempat seperti ni, bawalah pelampung, seronok juga duk berebut pelampung dengan adik dan sepupu sepupu saya, haha.
Sesambil tu pak cik saya duk ajar berenang la.. Pelbagai saat manis yang kami bina pada hari tu, bina? 
Sesuai ke perkataan bina kenangan tu.. HAHAA 

Kalau dapat main 'bola beracun' pun best ni. 
Untuk yang bawa anak anak kecil tu, bawakan mereka cangkul kecil tu, ajak mereka buat istana pasir. 
Mesti mereka suka!  πŸ˜ 


6 pm : Balik ke bilik -- bersihkan diri, solat asar
7.40 pm : Selepas solat maghrib, ke cafe untuk makan malam. Lauk pauk pun memang meriah sangat. 
Penuh pinggan duk cedok lauk, dah lapar sangat banyak telan air masin je petang tu.. hihi πŸ˜‚ πŸ˜‚ 



8.30 pm : Ada persembahan nyanyian "live band"
Meriah juga malam minggu disini tak seperti saya datang setahun yang lepas, sunyi je masa tu. 
Banyak dah berubah resort ni. Makin cantik dan meriah suasana

Pulau Kapas ni biasa biasa je.. Tak semeriah Perhentian (selalu ramai orang kita yang sukakan Perhentian)
Ya bagi saya yelah cantik Perhentian lagi, 


Tapi bagi yang sukakan ketenangan, mesti akan jatuh cinta dengan Pulau Kapas. Banyak keistimewaannya, setiap pulau ada lebih dan kurangnya tersendiri dan dari sisi yang berbeza-beza 😍

9.00 pm : Ada pertunjukan Api.
Kejap aje tak sampai 30 minit rasanya.. 






10.00 pm : Balik bilik, rehat, tidur 



❤15 April 2017, Hari Kedua : 
7.30 am : Bersedia untuk sarapan pagi.
Sesambil layan permandangan pantai di pagi hari, ambil gambar keluarga dulu πŸ˜












7.45 am : Sarapan Pagi. Menu : Kueytiaw, Nasi Goreng, Sosej, Keropok, Roti bakar, Kopi o, tea o. 

8.30 am : Selepas makan pagi jalan jalan sekitar pulau, masa ni nak mandi tapi air pasang tak surut lagi.. Berjalan jalan dengan suami ambil gambar, cantik juga sebelah sini :











Mandi manda lagi depan resort sebelum bersiap untuk check out ^_^ 







Pukul 11 am : Check out. Hantar kunci kat reception. Duk layan view pantai depan resort, berteduh di bawah pohon yang rendang sambil tunggu bot datang pickup jam 11.30am. Tak jemu mata memandang pantai yang indah depan ni ~




11.30 am : Bot tiba -- back to mainland 




Meninggalkan Pulau Kapas dengan 1001 kenangan yang indah
Masa nak balik ni makin sayang nak tinggalkan pulau ni, haih cantik gila permandangan 😭

Pantai tu berkaca je, tahu tak berkaca tu rupanya macam mana? Jernih sangat air dan nampak 'bersih'.

CLEAR WATER ❤






Pagi tu sebelum balik, air pasang jadi nampak sedikit keruh, dan kasar sikit ombak..  
Dah nak masuk tengahari panas tegak je cuaca, memang cantik gila warna air blue turqoise gitu 😍

Cuaca panas tegak ni sesuai sangat kalau nak ambil gambar cecantik.. 
Pencahayaan yang sangat baik, (*Cadangan*)


Tapi bersedialah mental fizikal yang awak akan hitam. Eh takdelah hitam, cuma akan makin gelap sikit (kalau mandi laut masa tengahari memang tak sedar muka hangus), hihi 
Yang peliknya, air laut tu sejuk je sebab tu akan ralit bila duk mandi laut. Haha 



Alhamdulillah semua yang dirancang bersama keluarga besar sebelah ayah saya ni, berjalan dengan lancar. Semua nampak bahagia enjoy their holiday πŸ˜



Bagi yang berminat nak bercuti ke Pulau Kapas, Pulau Redang atau Pangkor boleh hubungi saya di

INSTAGRAM : pakejpulau_


Jangan lupa kenalkan diri anda jika anda seorang pembaca tegar blog ini + blogger yang ikuti blog saya ni..
InsyaAllah, harga pakej dan servis yang berbaloi (kalau anda bertuah dapatlah diskaun), haha




SAYA TINGGALKAN ANDA DENGAN VIDEO PERCUTIAN KAMI KE PULAU KAPAS :











COMING SOON : 

SAYA INGAT NAK BUAT SEGMEN, "BILA TU HUSNI?" 

TUNGGU YE, SAYA MASIH LAGI SEDANG FIKIR NAK BAGI HADIAH APA, 
DAN SYARAT SYARAT PENYERTAAN 
(JUGA SEDANG TUNGGU MASA YANG SESUAI, ADA REZEKI LEBIH NANTI AKAN SAYA LANCARKAN SEGMEN, HEHE) 


YANG PASTI, HADIAH MESTILAH BEST BAGI MENGHARGAI BLOGGER YANG MENGIKUTI BLOG SAYA INI πŸ˜Š


Kalau ada cadangan atau idea untuk saya buat segmen, boleh usulkan ye πŸ˜‰








Sekian, terima kasih kerana membaca kisah percutian saya pada kali ini 

SNAP WIDGET

Booking.com