Cadangan Tempat Makan : Oliva Cafe

by - 6:37 pm

Assalamu'alaikum, 



Kali ini saya nak kongsi lagi cadangan tempat makan di Kuala Terengganu. Cafe ni terletak di dalam kawasan bandar, dekat dengan bulatan Ladang, yang ada Batu Bersurat tu 
Sebelum tu nak bagitahu cafe ni cuma menyajikan makanan western sahaja. 
Tapi pada saya cafe ni memang terbaik. Dari servis, rasa tekstur makanan, layanan staf juga memang bebetul ikut prosedur penyediaan makanan barat πŸ˜Š 

Selalunya saya ke restoran western lain, jarang titik beratkan bab servis (cara hidang makanan barat yang betul). Tak payah cerita restoran mewah laa. Ini saya maksudkan restoran biasa je, hihi.
 Disebabkan saya dulu pelajar dalam bidang Hotel and Catering jadi saya memang puji servis cafe ni, 


Saya pesan lamb chop. Tak ingat nama betulnya sebab panjang ^^
Minum : Chocolate smoothies 
Suami saya pesan : Fish and Chip, minum pepsi float 
Pencuci Mulut :  Bread Butter Pudding

Yang saya suka semasa makanan dihantar waiter tu memang sopan siap beri ucapan lagi : 
"Enjoy your food" 



Memang kagum yelah jarang jumpa yang bebetul sopan siap menjemput kita makan. Tambahan pula bila tahu  pemilik dan pekerjanya ialah orang Melayu kita. Mana tak kagum kan. Hehe. 

Menunggu tak lama mana, dalam 10-15 minit gitu je. Pencuci mulut pula waiter tu beritahu semasa ambil pesanan, pencuci mulut akan dihidang selepas kami makan main course. 


Sedap gila bread butter pudding ni ~




Lepas dah makan lamb chop tu. Ya Allah rasa kenyang sangat dah. Haha nyesal pulak pesan pencuci mulut. Itulah saya sangkakan hidangan sikit. Sekali dapat hidangannya​ besar, 
Ada dua keping daging kambing, tebal pulak tuu.. 
Walaupun isi tebal, tapi tekstur tetap lembut πŸ˜
Sedap pulak tu!

Zoom in -- tebal kan daging ni? Gravy nya berada di bawah kepingan daging tersebut :D



Rasa yang lengkap, ramuan yang ada pada dagingnya 
Fish and chip suami saya makan tu pun sedap juga 

SELINGAN : 
Paling terkejut, suami saya pun terliur
Tak sangka juga sebab suami saya ni jenis tak makan daging kambing.. 
Kalau ke kenduri ada daging kambing, lauk tu dia takkan ambil πŸ˜‚

Suami saya cakap, nampak sedap. Dia cuba bau. Takde hamis pun.. 
Lepas tu saya tak dapat nak habiskan. Dia dengan rela hati makan. Terkejut besar saya malam tuπŸ˜‚
Bebetul dalam sejarahlaa suami saya tu, haha 

"Abang nampak sedap sungguh. Bila rasa memang betul sedap. Abang pun tak sangka boleh telan, siap tolong habiskan." Haha

Sebelum mengakhiri entri ni, jumlah harga kami makan malam tu okaylah berbaloi walau mahal sikit tapi puashati.. Keluar kedai pun dalam keadaan tersenyum
RM 63 = Untuk dua orang makan πŸ˜Š

Lepas ni nak datang lagi, cuma nak pesan main course tu satu jelah, share dua orang. 
Besar sangat portion, haha πŸ˜‚ 

Info : 
Waktu Urusniaga : 5 Petang - 12 Malam




Review dari facebook page Oliva Cafe






Saya sertakan peta lokasi cafe ni di bawah :















You May Also Like

8 comments

  1. Awat tak share awal2 Husniey. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa takpe lainkali Ana balik KT, boleh singgah

      Delete
  2. Nampak menyelerakan. CR pun xmakan kambing.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe husni pun dulu tak makan juga. Tahun ni baru addicted πŸ˜‚

      Delete
  3. Nampak menyelerakan. CR pun xmakan kambing.huhu

    ReplyDelete
  4. wow! ni tempat baru ni... thanks for sharing husni. Nantisy datang k.t, nak makan la kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde lah baru sangat.. Tapi rasa dalam tahun lepas kot baru operasi 😊

      Mai lah jalan jalan cari makan di KT 😍

      Delete
  5. Nanti mai Ganu, boleh try makan di Oliva Cafe ni ��

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^