Sunday, 23 April 2017

Shopback : Step by Step Request PayOut



Assalamu'alaikum,

Nak kongsi pasal langkah langkah nak keluarkan duit dari hasil dikumpul menggunakan Shopback 

Tak tahu lagi pasal Shopback ni boleh baca SINI dan juga di SINI


Entri ini dirasakan perlu berikutan sebelum ini saya pernah dapat pertanyaan melalui seseorang yang tak dikenali melalui email, "Macam mana nak keluarkan duit dari Shopback ni"

Semalam sedang duk godeh website Shopback duk terfikir nak request payout hasil la, terus saya terfikir eloklah screenshot step by step ni 😊


Pertama : Sebelum tu kena tahu, Shopback ni ada letakkan tempoh masa before turn to redeemable​ hasil kita dah kumpul tu. Contohnya anda membeli barang di Zalora, Lazada dan juga ada buat tempahan hotel di Booking.com/ AirasiaGo/ Agoda -- melalui Shopback.

Setiap store ni berbeza term and condition nya, ada yang redeemable 45 days after purchase. Ada yang 60 hari dan lebih. Nak tahu lanjut baca kat atas ada saya bagi link suruh baca 



Okay dah, sambung balik jauh dah melalut ni 


Step by Step Request Payout (Shopback) : 

Pergi kat cashback information ni akan nampak macam ni. Click pada Redeemable (yang hijau tu)

Akan keluar begini, ni contoh yang saya punya. 
Shopback akan inform berapa dari setiap cash yang telah dikumpulkan. Saya selalunya dapat banyak hasil melalui booking hotel je. 
Banyak juga tu dapat 😍 😍 

Klik pada Request Payout
Selepas tu akan keluar details account bank kita. Nak senang, cuma Setting dari awal kat User Payment Setting 

Yayy! My money On its way 

Akan dapat email dari Shopback
Ya, selalunya dekat seminggu juga nak tunggu duit masuk ke akaun bank. 
Dah masuk nanti Shopback akan beritahu juga. Bagus Shopback ni. I like!

Dah masuk duit akan dapat email juga dari Shopback
Lepas dapat email, check je memang ada! 😍 


Ya, memang agak lama juga tempoh tunggu nak redeemable tu, tapi pada saya tetap berbaloi guna Shopback. 

Dapat la jugak kumpul balik sikit demi sikit duit yang dibelanjakan ~ dan juga menggunakan Shopback ni saya rasa seperti dapat diskaun 😍 
Ceritanya :

Contoh beli Powerbank di Lazada, harga RM 62. Bila beli via Shopback saya dapat beberapa % cashback.
Tak ke tu ertinya kita dapat diskaun??

Faham ke tak ni.. Aduhai.
Haha tak reti sebenarnya nak buat orang faham πŸ˜‚ πŸ˜‚
Susah. Kalau bercakap depan depan, senang sikit. Haha okay gurau je



Masih belum daftar Shopback? Nah daftar SINI Free jer Register.

Nanti Shopback akan bagi ganjaran 😍 





Sekian, terima kasih kerana membaca entri ini

9 comments:

  1. Memang best sebenarnya shopback ni untuk orang yang aktif berbelanja online.
    Kiranya macam diskaun la juga kan sebab kita dapat duit balik melalui pembelian haha.
    Banyak juga tu 100! boleh makan kepsi la ni nampaknya hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husni memang selalu banyak beli barang secara online je, sebab murah dan berbaloi.. Takde masa sangat nak keluar rumah.. πŸ˜‚πŸ˜‚

      Lebih dari kepsi dah dapat belanja, hehe

      Delete
  2. Alhamdulillah...rezekikan...sikit atau banyak buat hati berbunga2 yey....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC.. Alhamdulillahh syukur dulu nikmat yang kecil, nanti Allah tambahkan nikmat yang lagi besar kan 😍😍

      Delete
  3. Selamat ana bukan kaki shopping.kalau tak mesti byk cash back tu. Hehehd

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha selamat sangat tu Ana, πŸ˜‚ husni pun bukan shopping merepek sangat. Semua benda penting selalunya..

      Delete
  4. Banyakkk tu cash yg Husni redeem, sah kaki shopping online, hahaha. Kalau Mai tak bergerak la akaun tu, boleh kira dengan jari beli online/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Husni selalu beli online barang biasa je Mai.. Barang keperluan diri yang nak kena ukur lilit, tak pernah beli lagi.. Yang tak mahal sangat dan tak murah sangat. Tapi biasanya lagi murah dari harga kat luar, hehe. Kena bijak berbelanja.. Gitcheeww πŸ˜‚ πŸ™ˆ

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

SNAP WIDGET

Booking.com