Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Tuesday, 2 May 2017

Cadangan Tempat Makan : Hazlan Bistro

Assalamu'alaikum,
kali ini Husniey nak berkongsi tempat makan yang bagi Husniey best juga di Kuala Terengganu ni





Selalunya kedai makan yang popular di kalangan orang tempatan atau di kalangan pelancong yang datang, terletak sedikit jauh dari bandar. Kalau anda ke Kuala Terengganu dengan memandu kereta sendiri, untunglah kerana bolehla menjelajah sendiri ke tempat menarik / food hunting di restoran yang best.. 😍


Hazlan Bistro ni husniey suka sebab ada pelbagai pilihan menu yang menarik, Masakan Panas, Masakan Ala Thai, Western Food,  dan lain lain juga. Yang bestnya permandangan sekitar restoran ni sangat unik. Berkonsepkan macam restoran dalam taman, rimba gitu. Tenang dan suasana macam romantik je!

Makanan pun boleh tahan, sedap juga. Banyak kali dah husniey ke sini sebab suka restoran yang banyak pilihan macam ni, senang kalau tetiba nak bertukar selera, semua dah ada kat sini πŸ˜‚

Okay jom layan gambar- gambar menu yang Husniey pernah cuba di Hazlan Bistro ni :


Permandangan yang cantik dan tenang ~

Menu masakan panas :D Sedap semuanya


Western pun ado . . . Ni tak silap Grilled Cheese Chicken. Sedap jugak, suka kuah blackpepper nya tu secukup rasa!



Boleh juga makan kat luar ni, bersantai siap ada skrin besar, boleh menonton sambil makan makan :D


Spagetthi bolognese ni pun sedapp ~ See Husniey makan western,
encik suami makan nasik goreng. Best gitu, selera berbeza tapi boleh dapat dalam satu restoran je :D

Waktu operasi : Jam 5 petang - 1 pagi


Akhir sekali, husniey selitkan sekali peta ke Hazlan Bistro Kuala Terengganu :)

Peta lokasi :




8 comments:

  1. Perghhhh melimpah kuah spagetti tu. Bestfriend mai orang ganu ler, nanti g wedding dia ke boleh la jalan2 cari makan kat sana juga :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Melimpahh sangat😍, sedap pulak tu. Meatball tu rasanya buat sendiri kot sebab sedap lain macam. Kalau yang beli boleh tahu guane rase. Hehe

      Jemput jalan jalan singgah ganu πŸ€—πŸ€—

      Delete
  2. oo kat tganu. kalau sampai ke sana boleh singgah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya di Terengganu. Kalau datang, bolehla masukkan dalam list. Kedai makan tak susah sini nak cari.. πŸ€—

      Delete
  3. Jauhnya nak ke sana πŸ˜… tapi nampak menyelerakan gambar makanan tau πŸ˜‹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha takpe, mana tahu nanti ada rezeki lebih datang Terengganu boleh JJCM 😍

      Delete
  4. bulan depan nak pergi kuala terengganu. boleh la masuk list ni. thank you

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

SNAP WIDGET

Booking.com