Hidup Ini Tak Lama

by - 7:46 am

Assalamu'alaikum
Sihat ke pembaca semua?

Maaf bagitau awal awal.
Entri ni panjang. Cerita sedih.
Mohon sediakan tisu 😊

Kali ini Husniey rasa nak sentuh sikit perkongsian tentang kehidupan. Kehidupan dan pengalaman hidup Husniey. Masih muda lagi, tapi banyak juga yang dah dilalui.. Pahit manis & pelbagai situasi mencabar 😊



Kebetulan baru pulih dari sakit, sakit macam serangan angin dalam perut. Macam gastrik la kot.. Sakit teramat sangat. 2 hari Husniey menggelupur.. Menangis.. Makan ubat, minum air halia, sapu minyak panas, nak bagi angin terkumpul tu keluar..
Tak dapat nak keluar langsung.. Maaf dalam bahasa tak formalnya, memang tak dapat nak kentut langsung.. Memang perit kalau siapa pernah rasa mesti tahu. Siap demam sekali.

Nak makan pun takde selera, memang sakit sangat perut di bahagian kanan ni. Sekali paksakan diri juga nak makan, sebab fikir nak alas perut dan elak dari terus masuk angin.. Baru makan sikit. Terus muntahkan balik.. masa tu baru 'keluar'.. Air je yang dimuntahkan. Teh ais. Haha 
Malam sebelum tu, bancuh teh ais satu jug besar.. Sejuk pulak tu (tak letak ais pun)..
Kemain syiok dapat minum, start malam tu jugak perut macam tak sedap je.. (Menyesal, lepas ni kena beringat!)

Dua tiga hari sakit teruk jugak πŸ˜‚ πŸ˜‚
Di tekan kat kawasan perut yang sakit tu. Memang sakit sangat. Allahuakhbar​. Rasa seksa jugaklah.


- - - Ekoran perkara ni, harini 6 May 2017,Sabtu 

Husniey tetiba terfikir.. Macam manalah kalau aku tetiba mati mengejut.. Masa tu aku tak tahu dan tak sangka ajal aku dah dekat.. (Tiada orang tahu tentang tarikh kematiannya kan?
Ya, punca sakit boleh jadi sakit biasa je.
Macam mana kalau tetiba ajal datang mengejut.. Cukup dah ke amal aku? Allah terima ke amal baik selama ni? Bersedia ke aku..?
Apa jadi agaknya orang yang aku sayang... 
Apa jadi agaknya aku di sana.. 
Macam mana agaknya kalau semalam giliran aku dipanggil pulang ke perkampungan Abadi tu..
😭 😭


Allahuakhbar​...


Nak tahu kenapa menangis memikirkan hal kematian..? Kerana sejak belajar harungi hidup jadi orang dewasa ni sejak 3 tahun lepas, banyak dah melihat dan memahami realiti hidup sebenarnya.. Ya, hidup kita sungguh hanyalah sementara. Dunia ini hanya tempat singgah.. 
Bukan destinasi utama 😭 

2014 : Husniey hadapi dua berita kematian.. Berat dan pahit juga saat saat itu..

Arwah Bapa Mertua meninggal dunia mengejut..  Di tempat kerjanya.. Dia seorang yang sihat walafiat, ceria, baik agama, baik hati, ringan tulang, suka bantu orang, muda lagi umur 40an 2014 (ayah tiri suami).
Cuma sempat mengenalinya tak sampai 
dua bulan usia perkahwinan.. Dia meninggal dalam keadaan kami tak sangka langsung.. Tak rasa sesuatu akan jadi pun pada hari tersebut.
Bulan puasa, 2 hari sebelum sambut hari raya puasa. Allah. Haritu saya dan mertua duk siapkan persiapan hari raya di dapur..

Kawan tempat kerja ayah datang umah, beritahu ayah pengsan kat tempat kerja. Ayah kerja sebagai guard di hotel.. Masa tu shift dia pagi - petang. Kawannya pelik ingat ayah tidur tak bangun bangun.. Walhal ayah tak pernah mengular dalam kerjanya.. Pagi tu ayah segar je, masih lagi meronda macam biasa.. Masa waktu pekerja lain nak balik, peliklah kejut pun tak bangun bangun. Ingatkan pengsan.
Merekalah yang bawa ayah ke hospital.

Kami bergegas ke hospital. Husniey tengok ayah berada dalam zon kritikal. Merah. Tak lama lepas tu doktor sahkan ayah dah takde.. Terkejut tak terkata.. Kebetulan semua ahli keluarga ada. Cukup anak anak ayah. Suami Husniey pun ada.
Husniey terkesima bila doktor kata dah takde, masa tu perasaan memang tak dapat nak digambarkan.. Menangiss sebak semua ada.. Takde tanda pun nak dibawa pulang pinjaman ni.. Ayah baik sangattt.. Sampai ke harini kalau bercakap mengenai ayah, Husniey akan sebak.. Walaupun cuma sempat kenali peribadinya dua bulan Husniey tahu ayah seorang yang sangat baik budi dan sikapnya. Kenangan yang ada tak banyak dengan ayah, tapi semuanya indah..
Semua orang sayang dan puji sikap ayah.. 😭

Tak sempat nak beraya kali pertama dengan ayah. 2014 tahun pertama Husniey sambut raya dengan suami.. Suram, bersama airmata dan tidak bergembira langsung.. 

Tak lama kemudian, bulan December 2014 tepat beberapa hari selepas mertua Husniey tamat iddah.. Nenek pula meninggal. Nenek tinggal sekali bersama kami.. Nenek memang dah lama tak berapa sihat, dan selalu sakit sakit. Tapi masa diuji nenek sakit teruk dan tak sedarkan diri tu, Husniey suami dan saudara suami yang jaga..
Mak mertua dan adik ipar semua pergi bercuti, cuti sekolah masa tu.. Pagi hari akhir sebelum nenek sakit dan tak sedarkan diri tu, masih lagi segar duk bersembang.. Husniey suapkan makan, bagi minum air.. Mandikannya​.. Pakaikan baju.. Pasangkan ayat Quran.. Dua hari sebelum tu pun masih lagi okay.. Sedar.. Macam macam duk bersembang.. Nenek memang tak dapat nak berjalan lama dah, dia hanya baring di katil. Kalau nak bawa dia berjalan pun kena dukung atau papah badannya..

Tetiba hari kejadian tu nenek macam diam dan tak sedarkan diri.. Nafas macam tercungap cungap.. Cepat cepat Husniey kalut telefon suami suruh balik cepat.. 😭
Tangan nenek sejuk. Husniey pegang nenek erat masa nak ke hospital.. Nenek masuk wad. Nenek tak sedarkan diri sejak haritu. Lebih kurang seminggu nenek di hospital, nenek meninggal dunia.. Tinggalkan kami.. 

Kebetulan masa hari nenek meninggal, Husniey dan keluarga berada di Johor untuk konvokesyen Diploma.. 😭 😭
Pagi nenek meninggal, suami dapat tahu tapi langsung tak bagitau husniey dia tak nak potong mood Husniey yang sedang gembira kot..
7 jam perjalanan balik dari Johor ke Terengganu. Tiba di Kemaman, rumah mak Husniey barulah suami beritahu yang nenek dah meninggal pagi tadi.. Menangiss tak berhenti dalam perjalanan, kami sama sama menangis.. Malam tu juga kami teruskan memandu balik ke Kuala Terengganu.. 😭

Ada kisah tak best masa nenek meninggal ni, beberapa orang saudara sebelah suami menuduh husniey punca semuanya.. Allah. Sedangkan husniey dah biasa menjaga nenek.. Sebelum ni pun dah selalu temankan, jagakan dan uruskannya.
Mereka seolah melawan takdir.. Sedangkan mereka tahu nenek memang dah tak sihat. Tapi bila jadi macam ni, disalahkan kat kita.. Ada juga anak yang tak pulang pada haritu. Hancur hatiku​.. Sebab tahu selama ni nenek sangat mengharapkan kepulangan anak anaknya yang lain.. 😭

Masa kejadian nenek tak sedarkan diri tu, Husniey tak putus berdoa janganlah Allah ambil nyawanya...
Sebelum ni pun nenek selalu keluar masuk hospital tak sedarkan diri macam tu.. Hypo. Tapi survive.

Menolak dan tak terima macam mana pun, dah sampai waktunya untuk kembali ke sana..

Husniey trauma dengan sikap manusia sepanjang berkahwin ni. Banyak sangat kisah pahit yang dah dilalui.. Kalau dulu Husniey periang, suka melawak suka bersangka baik dengan orang, tak takut dan tak memilih nak berkawan / rapat dengan siapa pun. Husniey berubah jadi penakut. Takut nak baik sangat dengan orang. Takut nak rapat sangat..

Lepas diuji dua insan yang sangat rapat meninggal dunia. Banyak ujian datang. Hilang tempat bermanja. Nenek tu walaupun dia tak sihat sangat. Tapi dia baik sangat dengan Husniey.. Selalu dengar cerita, cuba pulihkan keadaan jika ada perselisihan faham.. Kebetulan memang dua belah nenek belah keluarga Husniey dah pun takde juga. Nenek atuk semua dah meninggal dunia masa zaman sekolah lagi.

Pelbagai cabaran kena hadapi, sejak tu husniey berubah drastik. Tak bergaul sangat dengan orang. Berkurung. Menangis. Tambah pula dengan ujian lambat zuriat. Stress tak terkata.. 😭

Jauh dah melalut cerita ni. Tadi nak cerita pasal lain

2016 tahun lepas, bulan puasa jugak. Awal Ramadhan tahun lepas. Pak Ngah sebelah ayah Husniey meninggal dunia. Arwah memang ada penyakit tapi tak sangka juga secepat itu, kiranya saat akhir tu bukan sebab penyakitnya.. Sebab lain. Tak ingat pula kronologi.. Dah namanya ajal maut di tangan Tuhan.
Kalau ikutkan dia mampu survive penyakitnya tu, sebab semangatnya kuat.. Dah 5 tahun atau lebih dapat bertahan.
Kanser usus stage 4.. Paling husniey tak lupa, masa husniey kahwin tahun 2014 dialah orang yang bersungguh siapkan kek kahwin, masa tu sihat lagi.. Boleh berjalan-jalan​, macam tak sakit pun.. Tiapkali ada kenduri makan makan dalam keluarga kami. Dia orang yang selalu incharge bahagian buat dessert. Arwah seorang Chef Pastri hebat di resort yang terkenal juga..

Ceria orangnya. Bila keluarga kami berkumpul ramai-ramai​,  dialah paling kecoh. Dia suka suasana meriah bersama keluarga. Kalau diajak bercuti beramai-ramai, dia nak sangat pergi.. Dia yang paling gembira kalau dapat berkelah di pantai atau air terjun.. Tapi ada juga hajatnya tak kesampaian nak bercuti ke pulau beramai ramai 😭 😭

Bulan puasa juga bapa saudara kesayangan ni pergi. Dia juga saksi masa husniey nikah. Masa husniey lama menyepi dari semua orang, dia ada tanya pada sepupu husniey, pada mak saudara lain.. "Lama tak nampak Husniey.. Lama tak jumpa.. Kenapa tak datang umah.."


Allahuakhbar. Bila banyak berita kematian secara mengejut ni, jadi takut..

Sangat takut.. Janganlah Allah ambil kedua nyawa orang tua husniey dalam keadaan belum bersedia menghadapinya.. Husniey ni anak sulung.. Banyak tanggungjawab. Tak mampu rasanya, dan masih banyak lagi  perkara yang Husniey nak berkongsi kebahagiaan, kasih sayang, rezeki bersama keluarga. Terutamanya mak ayah. Moga panjang umur mereka.. 😊


Semasa pernikahan 3 tahun lepas

Tiga orang baik yang disayangi, yang sudah tiada di dunia ni.. 


Bersama arwah nenek semasa bertunang ~




Sungguh, hidup ini tak lama. Moga kesempatan yang ada di dunia ni, kita dapat gunakan sebaiknya. Buat yang terbaik. Jadi orang baik-baik​ meski ada yang berbuat jahat. Biarkan. Allah ada. Allah pasti balas. Cepat atau lambat pembalasan Allah tu ada.

Ingatlah tentang kematian, bukan bermakna kita perlu bersedih je, tak..
Ingat mati ni sebenarnya bagus.
Dalam masa sama, kita bergerak ke arah yang lebih positif.. Doa, supaya kita dapat jadi orang yang beri inspirasi..
Dikurniakan rezeki yang luas, dan memberi pula kepada orang yang memerlukan.. 😊



Sekian. Terima kasih banyak kepada yang baca sampai habis kisah ni. Sengaja Husniey publish kisah ni.. Boleh buat kenangan diwaktu mencari kekuatan.. 

Ambil yang baik saja. 
Kalau yang buruk, jangan diikut. Cukup sekadar tauladan 🌸

Sekadar berkongsi kisah duka, bukan niat nak menyebar negatif / buka aib sesiapa. No tidak sama sekali. 

You May Also Like

8 comments

  1. Semoga terus tabah, hidup ini akan sentiasa diuji. Senang atau susah itu tetap akan diuji. yg penting kita bersabar & yakin dgn Allah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasihh banyakk ❤

      Benar, hidup ni medan ujian. Susah atau senang. Dua dua ujian yang kita kena hadapi..

      Delete
  2. Beribadah bersungguh2 seperti esok kita akan mati.
    Bekerja bersungguh2 seolah2 akan hidup beribu tahun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice quote Ana 😘

      Terima kasih banyakk nengingatkan πŸ‘πŸ‘

      Delete
  3. Sebak baca,walaupun sebaya, perjalanan hidup kita tak sama, masing-masing dengan ujian yang berlainan. Semoga terus diberi kekuatan :D

    Love you Husniey!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak Mai, betul tu.. Umur sebaya, tapi jalan kita tak sama. Heee

      Aamiinnn.. Mudahan Mai juga.. Semoga dipermudahkan segala urusan ❤

      Love youu too Mai! 😘

      Delete
  4. semoga kedua ibubapa Husniey diberikan kesihatan yg baik ya dan buat yang telah pergi didoakan mereka ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan buat Husniey semoga tabah. Akk pernah sekali kena macam tu masa sebelum kawin..sakit berguling2 sampai muntah bila makan dan hampir kena bedah sebab disyaki appendik mujur tidak dan pulih..rasanya angin kot. Akk pun catat perihal arwah MIL, FIL dan keluarga untuk simpanan dan ingatan untuk diri dan keluarga jugak
    Semoga Husniey sihat dan dipermudahkan segalanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn.. Uish sakitt tu sampai berguling guling.. Nasib tak dan kena bedah. Betul, angin. Hudniey bertungku baru dapat keluat segala angin tersumbat tu..

      Ya, simpan dan catat ni cuma sbg kenangan dan tauladan, tak lebih tak kurang..😊

      Aaminn.. Semoga akak Fuzy juga sihat dan gembira selalu bersama keluarga πŸ‘❤

      Delete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^