Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Wednesday, 28 June 2017

Beraya di Jepun

June 28, 2017 12 Comments


Assalamu'alaikum. Husniey mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua para pembaca dan blogger yang ada disini.
Maaf zahir dan batin ya :)

Bagi yang mengikuti Husniey di Instagram / Facebook pasti tahu yang tahun ni Husniey beraya di Jepun 😊


Bestt​ ke beraya di negara orang? Biasa je. Bagi Husniey tetap terasa best, tapi tak lah semeriah di Malaysia. Alhamdulillah dapat merasa pengalaman menarik sebegini..




25 June 2017 | Ahad 

Bangun pagi jam 4.  Di Jepun subuh awal. Jam 3 pagi.
Mandi, solat subuh serta seterika baju raya. Bersiap.  Breakfast sikit, minum air milo dan makan biskut je. Berada di negara orang ni, dalam kepala fikir makan untuk alas perut je. Hehe

Jalan kaki ke stesen keretapi berdekatan dengan rumah.



Ambil train yang dekat dengan rumah kami menginap iaitu,
JR Shin Imamiya Station to Sanommiya Station (Kobe)
Tiket 710¥ / pax. Dari Shin Imamiya transfer di Osaka Station.

Tiket ke Sanommiya (Kobe)


Transfer di Osaka Station

Train JR (Japan Rail)

Osaka Station to Sanommiya station. Train kat sini, memang on time selalu je ada. Tak payah tunggu lama pun 😊

Husniey tengok Google Map je.
Google map senang sikit. Memang boleh dipercayai. Siap diberitahu harga tiket terus.. 😍

Berjalan kaki dari Sanommiya station to Masjid Kobe. Jauh jugak. 
Dekat 1km jalan kaki.. lebih kurang 20 minit berjalan kaki
Tiba di Masjid Kobe.. Orang ramai baru siap solat sunat Aidilfitri. Ingatkan pukul 9.30 pagi start. Aduhh dah terlambat.  Terlambat sikit je.



Tengok orang ramai duk bergambar di luar masjid. Beli makanan halal di area masjid tu ada gerai jualan.
Kebab turki ada, ice cream, nasi briyani.
Fuhh memang sedapplah, hari kelima di Jepun, baru dapat jumpa makanan halal yang boleh diterima tekak πŸ˜‚







Duduk bersembang dengan orang Islam Indonesia yang berada di masjid tu. Beliau baru menetap di Jepun 2 tahun, muda lagi orangnya. Bagus tak sombong.

Komuniti Melayu kita ada jugak disini, tapi tak bertegur sapa pun. Senyum pun tak berbalas. Sedihh kan.. Nampak diaorang pun duduk dalam kelompok berpuak puak.. Tak bertegur mana.

Allah, sedih tengok. kenapalah begitu sekali



Bergambar di Masjid Kobe.




Hari raya pertama di sini hujan renyai renyai.
Dah la payung kami tak bawak, padahal ada je disediakan kat Guesthouse. Haha malas nak bawak, berat nanti. Terpaksa lah beli payung kat Family Mart.




Suka bangunan dan rumah di Kobe ni, cantik sangat. Ada gunung ganang. Bukit bakau. Pastu binaan disini macam kat UK.
Cantik sangat. Kemas je.

Jalan kaki, back to Sanommiya station.
Beli tiket ke Osaka Station. Turun di Osaka station. Pergi shopping souvenirs untuk family dan barang niaga encik suami.. Shopping mall sini memang besar..
19 tingkat πŸ˜‚


Highlight Day 5 in Japan (Raya Pertama)

Kobe - Kobe Mosque - Osaka Station (Daimaru Shopping Mall) - Namba - Dotonbori, Shinsaibashi - Balik rehat🌷


Nanti Husniey sambung lagi cerita kat sini

Sorry jetlag saja dah dua hari πŸ˜‚
Nanti kita cerita up entri satu persatu ~


Terima kasih baca! I love you ols 

Tuesday, 20 June 2017

Resepi : Nasi Ayam Simple dan Sedap!

June 20, 2017 4 Comments
Assalamu'alaikum, kali ni husniey nak kongsikan resepi Nasi Ayam yang mudah dibuat dan gerenti sedapp. InsyaAllah.
Baru je semalam, 19 June bersamaan
24 Ramadhan 1438H
Husniey berbuka puasa menu nasi ayam ni.. hee



Alhamdulillah, sedap dan senang disediakan.
Malas nak cerita panjang.. Ni memang resepi Husniey sendiri pernah buat, dan ada juga tokok tambah sikit dari cara mak mertua buat


Seeloknya perap lama sikit ayam 5 jam ke atas okay dah.. Baru sebati rasa dalam ayam. Nyum nyum ❤

1st rebus dulu ayam dan ambil air rebusan ayam tu..



Perap dalam ni je. Dalam bekas bertutup pun boleh


Bahan perapan ayam ( 1/2 ekor / 1 ekor) : 
- 3 sudu besar : Kicap manis
- 2 sudu besar : Sos tiram
- Madu (Ikut tahap kemanisan yang anda sukakan) hehe
- Sedikit garam digaul rata pada ayam

Caranya : 
Rebus ayam, perap dengan bahan bahan yang diatas, dan goreng.

Bahan yang diperlukan untuk sup : 
- Sup bunjut (1)
- Bawang merah 2 ulas, bawang besar 1, 3 ulas bawang putih dan seinci halia.

Cara caranya : 
Buat sup macam biasa je 😁
1) Tumis bahan bahan, masukkan air rebusan dan tambahan air. Daun sup jangan lupa ya.
2) Air rebusan ayam boleh digunakan untuk letak sedikit di dalam nasi, dan tambah ke dalam sup..

Bahan-bahan untuk air lada : 
- Lada besar 3, 1 ulas bawang putih, sedikit sos cili, sebiji tomato (nak bagi rasa masam dan air lada tu pekat), garam serta gula secukup rasa.

Cara - caranya : Blend dan masakkan atas pan sebentar

Bahan - bahan untuk kicap : 
3 sudu besar kicap manis, sedikit sos tiram serta sedikit air rebusan ayam. Ni tabur je atas ayam. Sedap je

Penyediaan Nasi Ayam : 
- Sedikit mentega
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Serai diketuk (2)
- Daun pandan (1 helai)
- 4 cawan beras
- Sedikit air rebusan ayam

Cara - caranya : 
1) Masukkan sedikit mentega. Tumiskan dalam periuk nasi : bawang merah, bawang putih, halia serta serai sehingga naik bau
2) Masukkan beras, gaul rata
3) Masukkan air rebusan ayam, dan air masak untuk dimasak nasi tu macam biasa. Daun pandan disimpul.

Dah siapp. Senang je kan..?
Tempoh memasak tak sampai satu jam ni. Ayam tu jelah kena perap awal 😍 😍




Jangan lupa hiaskan dengan timun, tomato, salad segar ye. Sedapnya tak puas pulak makan nasi ayam berbuka semalam πŸ˜‚

Ni boleh makan sehingga 5-7 orang Dewasa

Cadangan tambahan : Kot lah nanti ada nasi lebih, tapi ayam dah habis. Nasi lebihan tu sedap sangat dibuat nasi goreng. Pernah dah try..
Buat nasi goreng biasa je, tapi memang sedapla. Seriuss

Wajib cuba tau, Husniey jamin mesti terus jatuh cinta mertua you ols kalau tawan hatinya dengan masak menu nasi ayam ni.. Hihi 

Giveaway Mengejar Lailatul Qadar

June 20, 2017 4 Comments
Assalamu'alaikum jom sama sama meriahkan giveaway ni


Klik pada banner untuk join


Wajib menghayati poster di bawah ini.
Alhamdulillah blogger ni mengajak mengingatkan tentang ibadat pada 10 malam terakhir dan maksud LailatulQadar yang sebenarnya..



Mudahan kita semua mendapat​ keredhaan Allah.. 😊😊

Monday, 19 June 2017

Insan disayangi selepas mak ❤

June 19, 2017 9 Comments
Assalamualaikum..
Selamat Hari Bapa buat semua yang bergelar bapa di dunia. Wah gitu, di dunia terus.. πŸ˜‚


Bercakap tentang bapa, Alhamdulillah Husniey masih diberi peluang merasai kasih sayang seorang bapa. Tahun ni ayah Husniey berumur 54 tahun.
Tua dah ayah, tapi kuat lagi semangatnya dalam dunia kerjaya, dalam ibadat, dalam tiap hari yang dilaluinya. Beliau sangat produktif, positif dalam tiap sudut..
Ada saja yang ingin beliau lakukan untuk menjadikan kehidupan sehariannya bermanfaat untuk diri, untuk mak dan anak anaknya

Semangat dan kekuatan yang ada dalam diri ni pun hasil didikan ayah kepada Husniey.. Walaupun ayah bukanlah seorang guru atau ustaz, atau pun professor..
Ayah banyak jadi tempat rujukan husniey bila waktu keliru dan perlukan nasihat.. ❤

Sejak dari kecil ayah memang seorang yang tegas dengan anak anak.. Bagi memastikan anak membesar menjadi orang yang berbudi pekerti..
Dah dewasa semua anak anak ayah,
ni lah baru ayah jarang dah marah marah. Katanya nak jaga jantung 😊

Husniey pula dah 24 tahun (tak cukup umur lagi, bulan 8 nanti, huhu)
Tak lain dan tak bukan,
doa ikhlas dari hati ni moga ayah sihat selalu..



Moga ayah panjang umur 😭😭
Masa yang ada ini, moga antara kenangan paling terbaik dan terindah untuk kita dan keluarga kita..

Ya husniey tahu dan sedar hidup ni tak lama, memandangkan masa kini turut cepat terasa berlalu..

Moga Husniey sempat membahagiakan mereka dengan cara yang mereka inginkan, dan dengan cara yang husniey mampu dan inginkan juga..

Setakat ni lelaki yang baik husniey kenal..
Ayah, arwah ayah mertua.. Suamiku..
Lelaki ni seperti mana kita tahu,
tak complicated. Cool je sikapnya..


Cabaran hidup yang ditanggungnya, jarang sekali dapat dengar rungutan..
Yang ayah tahu dia tetap tak berputus asa untuk pastikan kebahagiaan dan keselesaan anak anaknya..

Moga Allah jaga tiap langkah ayah, walaupun Husniey jauh dimata.. Tapi ayah selalu dekat dihati dan doa..

Kalau cakap pasal mak atau ayah, memang cepat tersentuh hati ni.. Aduhhh, kan dah menangis sambil menaip 😭😭

Terima kasih ayah banyak memberi contoh yang baik untuk along.. Moga tak lama lagi, Allah makbulkan doa kita..

Along nak sangat tengok ayah jadi Tokki (Datuk) πŸ˜₯

Hanya Allah yang tahu bila waktunya untuk kita..

Maafkan along andai menyusahkan​ ayah selama hidup membujang dulu..
Sejak kahwin ni, along tahu ayah sokmo rindu along, mungkin ayah betul betul tersedar yang anak sulungnya ni dah bebetul bawah tanggungjawab lelaki lain. Dan makin jauh jarak dengan ayah..

Terima kasih banyak ayah,
Along banyak pinjam semangat ayah, selalu dengarkan dan ingat nasihat nasihat ayah sepanjang melalui kehidupan ni..
Moga ayah merasa beruntung punya anak seperti along ❤❤

Tak mampu nak bagi harta berjuta, tak mampu nak belikan hadiah mahal mahal. Tapi along tak lupa ayah dalam tiap doa, dan memberi hanya ikut kemampuan Along.. Mudahan Allah redhai 

Wednesday, 14 June 2017

Pesanan Dr Hamid Arshat Kepada Wanita

June 14, 2017 10 Comments
PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT2 SAYA

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang boleh menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik. 
2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.
4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis - pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar.
Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.
6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin.
Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar - bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut. 
Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali  setiap suap makanan.
8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan.
Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. 
Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.
10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah - sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.
12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu.
Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan.
Banyak sayur2,  bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian.
Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.
14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah - solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ' qada' dan kadar Allah '
16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh - berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga.
Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin ahmar. 

17. Lakukan 'deep breathing exercise' dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer.
Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 - 7 minit.
Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.
19. Buat ujian 'pap smear' khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.
21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan.
http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (seperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C  terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.
Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisu dan organ penting dalam tubuh badan.
Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid

23. Supplements. Makanan2 tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran.
Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.
24. Jangan tanya saya 'Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin"
Tanya saya 'Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?'
Pertanyan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.


Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin.

Sumber Facebook page : Dr Hamid Arshat  

Sunday, 11 June 2017

Nikmat yang seringkali dilupakan

June 11, 2017 10 Comments

Assalamu'alaikum,
Salam Ramadhan yang ke 16.
Moga kalian dikurniakan kesihatan yang baik..

Tiap kali Ramadhan sayu hati ini, ramai yang pergi meninggalkan dunia. Allahu

Kadangkala​ walau berita kematian yang diterima, insan yang pergi tu tak kenal atau bukan dari kaum keluarga, tapi hati ni turut merasa sayu.. Husniey pun berkesempatan merasai ramadhan yang sayu pada tahun 2014, dan 2016..

2014 dua hari sebelum hari raya ayah mertua meninggal mengejut.

2016 bapa saudara yang baik hati meninggal dunia akibat kanser usus..


Tahun ni pun ramai juga dapat berita yang meninggal disebabkan kanser.. Allahu,
moga moga semua yang telah pergi, tenang disana dan ditempatkan bersama orang beriman 😭

Jom sama sama baca checklist ni


Moga moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dengan nikmat yang dikurniakanNya


Tuesday, 6 June 2017

Resepi Masakan : Kari Ikan @ Kari Daging

June 06, 2017 8 Comments


Assalamu'alaikum. Puasa ni dah dua kali Husniey buat menu kari.. πŸ˜‚

Dah lama betul tak masak kari, sekali bulan puasa ni repeat 2x dalam minggu ni, menu yang sama. Tapi lainlah bahan mentahnya. Hihi

Okay jom tengok resepi. Senang je ni. InsyaAllah

Bahan-bahan diperlukan (Boleh makan untuk 2 hingga 4 orang)
  • Bawang besar 1, bawang kecil 2, bawang putih 4 ulas, blend dengan cili padi sikit.. 
  • Kunyit dan halia 1 inci, blend bersama bawang. 
  • Cili Kering yang dah di blend  (1 sudu je)
  • Daun Kari 
  • Serbuk Kari 2 sudu besar (tak kisah apa jenama pun) Serbuk Kari Baba's pun okay..
  • Bendi beberapa ketul 
  • Asam Jawa sikit je (Ambil airnya) 


Cara - caranya :
1. Letakkan sedikit minyak dalam kuali, panaskan minyak, tumiskan bahan yang dah di blend, sehingga naik bau. Masukkan daun kari.
2. Masukkan cili kering (optional ni) tapi warna jadi cantik, husniey suka letak sikit


3. Tunggu pecah minyak, masukkan bahan basah (Ikan/Daging/Ayam)
4. Terus masukkan air asam jawa. Masukkan air dua atau tiga cawan (Nak buat kuah kan)


5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Tunggu pekat dan kering sikit. Dah siap! 




Sebelum terlupa, santan! Haa kari ikan husniey buat ada santan, resepi kari daging di atas versi tanpa santan.. Boleh je cuba tanpa santan ni pun sedap.. πŸ‘❤


Kari Ikan dan Kari Daging Menu Berbuka Puasa : 

Kari Ikan ni husniey guna Ikan Selar je, pun sedap! Cepat je masak. Kalau ikan besar, kena masak lama sikit








Kuah kari di atas ni sesuai juga dimakan dengan roti atau lempeng..

Fuh sedap ni lebihan kuah buat cicah dengan lempeng di waktu sahur! 😍😍


Moga bermanfaat! ❤

Sunday, 4 June 2017

Hakak Shell buat kejutan ^^

June 04, 2017 13 Comments

Assalamu'alaikum. Pejam celik dah 9 Ramadhan ^_^

Semoga sihat selalu anda semua.

Bulan puasa ni Husniey sibuk duk fokus kat keluarga dan suami. Urusan masak memasak, kemas rumah, cantikkan rumah.
Setakat ni memang sahur dan berbuka puasa di rumah lagi.. Teringin jugak nak berbuka diluar, tapi tak tahu nak pergi restoran mana. Biasalah bulan puasa ni selalunya kena buat tempahan awal πŸ˜‚


Haa pagi day 8 lepas tidur, lepas tu bersahur bersama, subuh di rumah mertua, (tak jauh mana dengan rumah husniey). Suami singgahla ke Shell nak isi minyak
Pagi hari biasalah blur lagi
Terkejut husniey tengok signboard belah kanan..



Akak ni suka tau buat orang terperanjat. Nasibla kita tak melatah! πŸ˜‚ πŸ˜‚

Tak lah, sebiji macam orang tau.
Sebelum ni pernah dah tengok akak ni tapi dia pegang botol air dari jauh dah nampak. Ni dia duk kat celah gini. Pagi pagi pulak tu main cak cak. hahaa

Pernah tak korang ngadap situasi terkejut teruk? Rasa nak tercabut jantung? Dapat Birthday suprise ke apa kan..


Meh share kat komen ^_^  ^_^

Thursday, 1 June 2017

Sinopsis Drama Andainya Takdir

June 01, 2017 13 Comments

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan 
suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya ( lakonan Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Lakonan Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin
 sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?


Drama ni sekarang baru je 3 episod ditayangkan di TV3, pukul 10 pm. Lepas balik terawih Husniey bosan duk layan drama ni la kejap. Haha

Best jugakla tak macam kebiasaan drama Melayu. Suka jalan ceritanya yang mencabar,
memang emosi jugak duk tengok watak watak dalam cerita tu, dengan watak suami Fatihah tu (Syukri Yahya) kejap baik romantik lepas tu bertukar baran, macam kena rasuk je bila marah dan pukul isterinya. Jenis cemburu buta bila nampak isteri dia bercakap dengan orang kaunter kat kedai makan pun dia nak marah marah. Siap balik rumah tak sabar nak pukul isterinya..
Fuhh ngeri.

Kalau tak silap cerita ni berdasarkan kisah benar.. Bukan dari adaptasi novel. Memang menarik sangat. Dekat sungguh dengan realiti.

Husniey pun baru mula layan drama ni masa episod ke 3. Episod awal pun dah sedih, huhu. Geramm je dengan watak keluarga Airil tu..  Nak nak mak dia, mak cik Normah. Orang kampung pun tak suka mulut kepoh dan suka mengata orang, porak perandakan orang lain.. Ayah Mertua Fatihah tu je yang baik.. Lembut.. Selalu tegur sikap buruk mak cik Normah tu tapi tak jadi apa, degil sangat. Suka kawal kehidupan anak menantunya.


Moga yang baik kita ambil, yang tak baik buat jadi teladan..


Nak tonton dari episod awal. Boleh tonton kat SINI

SNAP WIDGET

Booking.com