Resepi : Nasi Ayam Simple dan Sedap!

by - 1:15 pm

Assalamu'alaikum, kali ni husniey nak kongsikan resepi Nasi Ayam yang mudah dibuat dan gerenti sedapp. InsyaAllah.
Baru je semalam, 19 June bersamaan
24 Ramadhan 1438H
Husniey berbuka puasa menu nasi ayam ni.. hee



Alhamdulillah, sedap dan senang disediakan.
Malas nak cerita panjang.. Ni memang resepi Husniey sendiri pernah buat, dan ada juga tokok tambah sikit dari cara mak mertua buat


Seeloknya perap lama sikit ayam 5 jam ke atas okay dah.. Baru sebati rasa dalam ayam. Nyum nyum ❤

1st rebus dulu ayam dan ambil air rebusan ayam tu..



Perap dalam ni je. Dalam bekas bertutup pun boleh


Bahan perapan ayam ( 1/2 ekor / 1 ekor) : 
- 3 sudu besar : Kicap manis
- 2 sudu besar : Sos tiram
- Madu (Ikut tahap kemanisan yang anda sukakan) hehe
- Sedikit garam digaul rata pada ayam

Caranya : 
Rebus ayam, perap dengan bahan bahan yang diatas, dan goreng.

Bahan yang diperlukan untuk sup : 
- Sup bunjut (1)
- Bawang merah 2 ulas, bawang besar 1, 3 ulas bawang putih dan seinci halia.

Cara caranya : 
Buat sup macam biasa je 😁
1) Tumis bahan bahan, masukkan air rebusan dan tambahan air. Daun sup jangan lupa ya.
2) Air rebusan ayam boleh digunakan untuk letak sedikit di dalam nasi, dan tambah ke dalam sup..

Bahan-bahan untuk air lada : 
- Lada besar 3, 1 ulas bawang putih, sedikit sos cili, sebiji tomato (nak bagi rasa masam dan air lada tu pekat), garam serta gula secukup rasa.

Cara - caranya : Blend dan masakkan atas pan sebentar

Bahan - bahan untuk kicap : 
3 sudu besar kicap manis, sedikit sos tiram serta sedikit air rebusan ayam. Ni tabur je atas ayam. Sedap je

Penyediaan Nasi Ayam : 
- Sedikit mentega
- 3 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- Serai diketuk (2)
- Daun pandan (1 helai)
- 4 cawan beras
- Sedikit air rebusan ayam

Cara - caranya : 
1) Masukkan sedikit mentega. Tumiskan dalam periuk nasi : bawang merah, bawang putih, halia serta serai sehingga naik bau
2) Masukkan beras, gaul rata
3) Masukkan air rebusan ayam, dan air masak untuk dimasak nasi tu macam biasa. Daun pandan disimpul.

Dah siapp. Senang je kan..?
Tempoh memasak tak sampai satu jam ni. Ayam tu jelah kena perap awal 😍 😍




Jangan lupa hiaskan dengan timun, tomato, salad segar ye. Sedapnya tak puas pulak makan nasi ayam berbuka semalam 😂

Ni boleh makan sehingga 5-7 orang Dewasa

Cadangan tambahan : Kot lah nanti ada nasi lebih, tapi ayam dah habis. Nasi lebihan tu sedap sangat dibuat nasi goreng. Pernah dah try..
Buat nasi goreng biasa je, tapi memang sedapla. Seriuss

Wajib cuba tau, Husniey jamin mesti terus jatuh cinta mertua you ols kalau tawan hatinya dengan masak menu nasi ayam ni.. Hihi 

You May Also Like

2 comments

  1. Sedapnye ayam tu.. Boleh try nanti..

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nasi ayam. Salah satu fav ana ni husniey :)

    Terima kasih husniey atas nasihat tu. I feel appreciated :)

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^