Sinopsis Drama Andainya Takdir

by - 3:47 pm


SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR

Mengisahkan ketabahan Fatihah (Nina Iskandar) dalam mempertahankan rumah tangganya bersama Airil (Shukri Yahya) yang penuh cabaran. Pasangan 
suami isteri ini mempunyai seorang puteri yang bernama Aleeya ( lakonan Puteri Balqis). Kehidupan tiga beranak ini sentiasa dalam keadaan genting kerana Airil merupakan seorang yang panas baran dan cemburu buta. Segala perbuatan Fatihah dipantau oleh Airil dan setiap perbuatan Fatihah yang dilakukan tanpa kenan Airil, Fatihah pasti akan dipukul sehingga lebam.
Fatihah yakin bahawa dia mampu bertahan dengan sikap suaminya yang sebegitu demi Aleeya. Namun, kesengsaraannya tidak tertumpu kepada suaminya sahaja, sikap ibu mertuanya pula tidak menyumbangkan sebarang kebaikan dalam perkahwinannya. Ibu mertua Fatihah, Normah (Sheila Mambo) sentiasa bersikap keras kepala, menghasut, dan berprasangka buruk sentiasa membuat Fatihah kegetiran. Normah sememangnya tidak disenangi orang kampungnya kerana sikapnya yang suka menuduh tanpa soal siasat. Fatihah juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa buli emosi Normah apabila segala permintaan Fatihah kepada suaminya ditentang olehnya. Airil pula sentiasa menyebelahi ibunya sehingga sering membuat Fatihah berasa terpinggir

Pahit getir Fatihah bertambah lagi dengan iparnya, adik kepada Airil, Norlin (Lakonan Annie Ariffin) yang obses kepada kanak-kanak sentiasa dengki terhadapnya kerana Norlin tidak mampu untuk mempunyai zuriat. Cemburu dengan Fatihah yang cantik, tambahan pula mempunyai Aleeya, seorang anak yang tidak kurang cantiknya dan bijak, Norlin
 sentiasa menghasut ibunya untuk memaksa abangnya pulang ke kampung kerana Norlin ingin bermain dengan Aleeya. Sekiranya tidak dituruti permintaannya, Norlin mengugut untuk tidak pulang ke kampung juga.

Sungguhpun Airil mempunyai masalah panas baran dan sentiasa memukul Fatihah, dia sebenarnya terlalu menyayangi Fatihah. Airil juga berusaha untuk mengubah sikapnya dengan mempelajari cara-cara untuk mengawal sikap cemburu dan kemarahannya yang melampau itu.

Dapatkah perkahwinan Fatihah bersama Airil bertahan? Mampukah Fatihah bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? Adakah Normah, Norlin, dan Airil berubah sikap demi mengecapi sebuah keluarga yang harmoni?


Drama ni sekarang baru je 3 episod ditayangkan di TV3, pukul 10 pm. Lepas balik terawih Husniey bosan duk layan drama ni la kejap. Haha

Best jugakla tak macam kebiasaan drama Melayu. Suka jalan ceritanya yang mencabar,
memang emosi jugak duk tengok watak watak dalam cerita tu, dengan watak suami Fatihah tu (Syukri Yahya) kejap baik romantik lepas tu bertukar baran, macam kena rasuk je bila marah dan pukul isterinya. Jenis cemburu buta bila nampak isteri dia bercakap dengan orang kaunter kat kedai makan pun dia nak marah marah. Siap balik rumah tak sabar nak pukul isterinya..
Fuhh ngeri.

Kalau tak silap cerita ni berdasarkan kisah benar.. Bukan dari adaptasi novel. Memang menarik sangat. Dekat sungguh dengan realiti.

Husniey pun baru mula layan drama ni masa episod ke 3. Episod awal pun dah sedih, huhu. Geramm je dengan watak keluarga Airil tu..  Nak nak mak dia, mak cik Normah. Orang kampung pun tak suka mulut kepoh dan suka mengata orang, porak perandakan orang lain.. Ayah Mertua Fatihah tu je yang baik.. Lembut.. Selalu tegur sikap buruk mak cik Normah tu tapi tak jadi apa, degil sangat. Suka kawal kehidupan anak menantunya.


Moga yang baik kita ambil, yang tak baik buat jadi teladan..


Nak tonton dari episod awal. Boleh tonton kat SINI

You May Also Like

13 comments

  1. akk tak sempat lagi nk tengok...huhu
    https://umifuzy.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe takpe marathon tengok online je. Link blog baru 😍👍

      Delete
  2. Macam best je cerita ni. Nak tggu habis semua episod baru nk marathon lah. Kang ada yg meroyan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa tengok awal awal ni pun dah meroyan tak sabar nak tengok ending 😂

      Delete
  3. Penuh air mata ni,emosi..,kak PC pun belum pernah tengok lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mencabar ceritanya kak pc, katanya adaptasi kisah benar

      Delete
  4. menarik jalan ceritanya, saya pun tak sempat nak tgk lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti sempat bolehla Nadhie tengok 😅

      Delete
  5. menarik sinopsis dia... blh la lps ni layan. =)
    betul tu yg baik kita ambil, yg tak baik jdi kan teladan. Insyaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu awak.. Yang tak baik, kita ignore je buat teladan.. peringatan..

      Delete
  6. Akhirnya drama Melayu yang bukan adaptasi novel. Susah dah sekarang nak jumpa drama Malay camni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Siqah payah dah nak jumpa. Dalam 5 mungkin ada satu je kot yang drama yang ada nilai ^_^

      Delete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^