Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Saturday, 8 July 2017

Apps yang memudahkan ketika Travel

Assalamu'alaikum 🍁


Harini husniey nak share tentang antara applikasi yang Husniey guna semasa travel. 

Rasanya jarang orang nak berkongsi applikasi penting yang boleh membantu semasa travel. Lagi lagi kalau kita travel ke negara yang rakyatnya berkomunikasi mengutamakan dan gunakan bahasa kebangsaan mereka

Contoh negara China, Japan, India dan lain lain lagi. Mereka mostly guna bahasa kebangsaan. Rasanya rakyat Malaysia ni masih juga ramai yang boleh berbahasa Inggeris (Yes, walaupun tak sepekat bercakap bahasa Melayu).
Tapi di negara lain, mereka tak pandai langsung berbahasa Inggeris. Hehe. Yes, no pun tak pandai nak sebut. πŸ˜‚

Okay, proceed.

Google Translate Apps : 

Banyak sangat tools dalam applikasi ni yang dapat memudahkan urusan semasa travel.

Basic selalunya kita pernah tahu dan guna. Copy and paste, pastu translate ayat tu kan..?

Kalau anda install Applikasi Google Translate ni dapat guna banyak lagi tools yang ada

Lihat gambar dibawah ni yang saya kongsikan

Settings bahasa yang anda nak translate
Macam Husniey guna waktu travel ke Japan haritu. Japanese - Malay, Malay - Japanese. Duk pusing dua tu jelah. Heee

Boleh copy ayat.
Boleh juga letakkan gambar yang ada teks untuk diterjemahkan.


Contoh situasi. Semasa di kedai groceries atau convenient store (7E, Family Mart, Lawson) kebanyakan di Jepun, memang susah nak tengok bahan makanannya ada bahasa Inggeris.. Memang takde! πŸ˜‚






Ni boleh jugak kalau kita nak tulis tangan, atau keyboard writing 

So ni lah pentingnya applikasi ini.
Husniey ambil je gambar dan terus translate. Kejap je. Line pocket wifi pulak laju sangat.. Yelah, tak semua makanan yang ada dalam kedai tu tak boleh dimakan. Macam roti, biskut, minuman ada je yang boleh kita minum. Tapi nak kena tengok bahan bahannya lah..


Selain tu Google Translate ni juga kita boleh gunakan ia untuk translate orang bercakap. Terjemahan dari suara.
Contohnya kita nak tanya sesuatu pada orang awam. Directions ke, tentang train ke destinasi kita nak tuju. Haa macam di Japan, orang dia memang ramai yang tak pandai nak explain dalam bahasa Inggeris atau Melayu

Merah bercakap sekarang tu sila cakap ye dalam bahasa melayu. 

Masa dirakam tu terus keluar ayat yang kita tutukan. Bijok nguh kan 😍

Mesti perjalanan anda akan lebih mudah dan keadaan makin menarik. Kenapa pulak husniey cakap makin menarik ni, yelahh kita akan rasa lebih dekat dengan local. Orang awam pasti kagum kalau kita faham apa yang dia nak jelaskan! Ye betul. Contoh situasi, husniey nak beli telur. 

Husniey translate lah telur ayam dalam bahasa Jepun. Husniey pergi ke kaunter, then cakap bahasa dia, " tanyalah ni telur ayam ke"
woww muka cashier tu excited sangat bila kita bercakap guna bahasa mereka πŸ˜‚ 😍


Applikasi kedua : Muslim Pro

Muslim pro ni pun best juga. Muslim friendly sangat. Semua info yang berkaitan dengan Islam, puasa, zakat, waktu solat, bacaan Al Quran, 30 Juzuk Al Quran dan sekali terjemahannya semua ada. Ni bukan sesuai untuk traveller je. Sesuai untuk semua orang guna. Duk rumah sesaja pun sesuai. Cuma ni nak sharelah pun sesuai untuk muslim yang sedang travel.

Boleh belek Quran, dan baca. Tak perlu nak kena download satu persatu surah. Kalau nak dengarkan bacaan surah, barulah kena download. Contoh nak dengar surah Ar Rahman. Satu tu je nak dengar. Haa dia akan download yang itu sahaja. Gituuu. Senangg kan. Mudah sangat.


Info tempat makan halal sekeliling kita pun diberitahu ❤



Ada banyak jugak doa doa seharian. Kadang doa yang kita langsung tak pernah hafal. Boleh lah belajar dan amalkan. Doa sekali dengan terjemahan maksud pulak tu. Best sangattt 😍




Info masjid yang berdekatan dengan lokasi kita ❤




Boleh dengarkan surah surah popular dan surah pilihan.


Yang husniey suka jugak, boleh adjust besarkan atau kecilkan huruf..



Ada tasbih. Siap boleh pilih nak 33x kali atau 99x 😍
Cantik dan kreatif. Slide je phone tu. Macam main game. Tapi padahal duk tambah pahala kan.
SubhanaAllah!



Ada jugak kiblat.
Senang sangat ni, dan insyaAllah accurate.
Husniey gunakan jugak dekat rumah sendiri, dan ternyata betullah arah kiblat dengan masjid terdekat rumah.


Masa travel penting ni. Senang kita tak payah pening lagi dah.

Kalendar Islam ada. Perkongsian Hadis, dan pelbagai lagi kemudahan ada dalam applikasi ni.


Kalau bosan dalam perjalanan tu, boleh lah duk tambah pahala ❤πŸ‘



Semoga secebis perkongsian ini bermanfaat buat anda semua 😊
TQ for reading this entry


10 comments:

  1. Wahhh ! bagi kaki travel mmg kena ada apps ni

    ReplyDelete
  2. Google translate mmg byk membantu masa ana di korea. Bila local korean nk borak dgn kita, guna je GT ni. Senang cerita. Hehe

    ReplyDelete
  3. Google translate mmg awesome bila2 masa dimana jua..hehe

    ReplyDelete
  4. dua2 apps abe kie dah muatturun..

    ReplyDelete
  5. Google translate sangat mudah kan.. Kelakar baca part muka orang jepun seronok ingatkan kita pandai cakap bahasa dia ek. Macam kita excited kalau orang Jepun cakap bahasa melayu. hihi

    ReplyDelete
  6. Saya pun guna Google Translate extensively walaupun ada je perkataan yang dia translate kan tu macam nonsense sikit.

    ReplyDelete
  7. wah baru tahu ada apps2 yang bagus untuj travelers macam ni. penting plak tu untuk terjemah bahasa & tahu arah kiblat nak solat semua. terima kasih share

    ReplyDelete
  8. Good Sharing CE. senang para travelers untuk buat rujukan :D

    ReplyDelete
  9. memang seronok kalau travel ada apps2 ni semua. terbaru dengar ada gadget yang boleh translate teruzs bahasa kita ke bahasa jepun. kira untuk berbual lah. yang tu lagilah bestnyaa kalau dapat. hehe

    ReplyDelete
  10. nice shaaaring. yang kiblat tu perlu kadang2 apps entah apa2 ting tong habis kiblatnya..

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

SNAP WIDGET

Booking.com