Suami Demam Chicken Pox : Petanda dan Petua Nak sembuh




Assalamu'alaikum, lepas sibuk musim raya ni suami Husniey diuji terkena demam chicken pox. Start demam biasa dari 14 Syawal macam tu

Pada mulanya ingatkan demam biasa je, Demamnya melarat dekat seminggu. Asal malam je panas bahang sangat. Siang hari dia okay.


Okay, jom kita tengok petanda yang suami Husniey hadapi sebelum naik chicken pox :

- Demam panas (39+ suhu)
Kesian tengok dia, duk lap badan dia je dengan kain basah. Ingat demam biasa.
- Demam berlarutan sehingga beberapa hari (lebih 3 hari). Sembuh kejap, pastu demam balik.
- Lenguh badan. Lenguh teramat sangat. Macam demam urat gitu, kata orang tua lah
- Mula naik bintik merah. Kecil, lepas tu makin besar macam jerawat. Sebenarnya dah beberapa hari naik. Ingatkan jerawat! Sebab merah dan bertukar kekuningan.
Agak besar jugaklah dekat kawasan lengan dekat dengan bahu suami Husniey.. πŸ˜₯

Masa ni baru nak mula naik. Muka merah, demam suhu tinggi

Lepas naik bintik besar tu, demam terus melarat bila malam. Then naik lah bintik air, banyak jugak dekat kawasan mukanya.. Memang mengerutu mukanya. Kesian sangat husniey tengok





Memula tu naik kat muka, leher. Pastu paling banyak dekat kawasan belakang badannya. 

Bintik air bertukar jadi merah, then kehitaman, masa dia nak kering tu lah gatal.. πŸ˜₯


Kebetulan masa tu kami di Kemaman, balik kampung pergi luangkan masa di kebun kebun. Ingatkan suami demam sebab penat sangat ke ape. Ni dah hampir dekat 2 minggu suami kena chicken pox. Demam + tak larat tu berhari jugak.

Pergi klinik kerajaan, jumpa doktor
dapat MC seminggu.
Dari 12 Julai hingga 18 Julai..

Alhamdulilah.. Makin pulih dan kering bintik chicken pox tu. Tapi walaupun dah kering, ujian lain pulak yang nak kena hadap. KEGATALAN. Gatal teramat. Tak boleh nak garu beria, takut tinggal kesan pada kulit


Yang kami usahakan : 


  • Minum air kelapa. Tak silap dah dua kali beli air kelapa. Pure air kelapa. Tak ada gula. Dalam dua biji dah suami minum. Cepat recover. Terus keluar semua, dan cepat kering (tak keluar sikit sikit dan lambat)
  • Mintak air penawar dari Ustaz di kampung suami. Bawa 2-3 botol air mineral. Okay jugak makin surut bintik bintik yang ada. Buat minum atau mandi
  • Sapu bedak sejuk yang jenis cotek tu, pun cepat kering bintik air. Batu kawi pun boleh. 
  • Makan ubat tahan gatal yang doktor bagi (pun okay)
  • Masa demam suhu badan panas, macam biasa boleh je makan ubat demam
  • Elakkan kena hujan, nanti berparut


Pantang Makan Makanan : 

Ini yang paling mencabar nak kena hadapi.

Bila dah kena chickenpox ni, suami kena pantang makan habis habisan. Strictly tak boleh sembarangan jamah makanan. Silap makan memang gatal merenyam badannya 😭

🍁 Tak makan kicap - Nak elak parut jadi gelap dan hitam
🍁 Tak boleh makan ayam, makanan laut, ada beberapa jenis ikan mungkin tak boleh. Macam ikan tongkol ke haa gatal tu. Belacan pun tak boleh. Telur pun. Fuhh itu silap makan, dia asyik cakap gatal je pastu terseksa kena tahan nak garu


Yang boleh dimakan (Cadangan) : 
πŸ’ Nasi kosong. Nasi goreng boleh, tapi kena olah sendirilah jangan campurkan bahan masakan dan bahan basah yang boleh sebabkan gatal gatal tu
πŸ’ Masakan Rebus dan masakan berasaskan sup.
πŸ’ Ikan panggang ( Ikan selayang, kembung)
πŸ’ Sayur sayuran masak air
πŸ’ Banyakkan minum air kelapa
πŸ’ Buah buahan yang tinggi vitamin


Sayur air jelah. Panggang ikan. Budu tu, untuk Husniey πŸ˜‚

Kobis masak lemak. Ikan panggang. Tu bilis di goreng, tumbuk + lada 

Kobis masak lemak 


Sepanjang sakit ni, mak ayah pun ada datang rumah kami, sanggup ayah yang tua drive jejauh datang melawat menantunya ni di Kuala Terengganu..
Padahal dah balik kampung 2x berturut (Beraya + Ada kematian saudara).. Mak pun tahu dan tengok sendiri bintik bintik merah masa mula nak naik tu.

Haishh sayu betul hati. Sayangnyaa mak ayah pada menantunya ni 😭❤

TQ layan menantu mok ayoh ni macam anak sendiri je yang sakit 😭
Along terharu sangat + jealous sikit. Hahaa πŸ€£πŸ˜‹


Seriously dah macam orang pantang bersalin dah ni.. 
Cuma bezanya tak bertungku je. Hihi.
Kesian suamiku. Moga cepat sembuh.

Sayang rindu nak masakkan menu seafood kita πŸ˜₯
Dah lama tak makan seafood since raya asyik jumpa ayam, daging je. Huhu kebetulan pulak kena macam ni memang makin lamalah berpantang nampaknya. Ada yang nasihatkan dekat sebulan lebih jugak kena pantang makan. Sampai bebetul kering kesan chicken pox tu.

Kalau ada nasihat dan petua nak dikongsikan bersama, silalah kongsi diruang komen

Semoga perkongsian ini bermanfaat! 😊
Btw anda semua pernah kena tak chicken pox? Husniey dah pernah kena masa zaman sekolah menengah dulu.

Bebetul banyak ujian dan kesibukan sejak raya ni.. Entri ke Japan pun bertangguh.  Ampun maaf dipintaπŸ˜₯


InsyaAllah akan diusahakan untuk fokus aktif berblog

Comments

  1. syafakallah buat suami husniey

    ReplyDelete
  2. Siqah tak ingat pernah ke tak kena chic pox. Kalau demam campak, pernahlah. Bab jeles sikit tu kelakar. Hehe. Tapi dalam masa yang sama rasa bahagia je kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. Husniey selalu tertukar campak dengan chicken pox. Hehe. Tumpang bahagia rasa bila tengok mak ayah kita layani suami dgn baik ❤😍

      Delete
  3. Eh bukan bahagia tengok suami husniey sakit. Bahagia sebab mak ayah ada sekali melayan suami Husniey...

    ReplyDelete
  4. Alahaiiii....moga cepat sembuh yer

    ReplyDelete
  5. Mai kena campak masa umur 6 tahun dulu. Mak la penat menjaganya, tapi kalau kena masa besar ni macam lagi susah nak jaga kan.

    Semoga cepat sembuh :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah dah kena masa besar ni susah nak menjaganya. Pastu kerja kena cuti lama. Banyak benda tertangguh. πŸ˜‚

      Aaminn. Thank Mai ❤😊

      Delete
  6. huurm dulu macam tak caya orang dewasa boleh kena chicken pox. tapi penah tengok sendiri and oookay dah caya. selalunya sebab time kicik2 tak penah kene kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

Popular posts from this blog

✿Trip ke Pulau Kapas✿

Pakej Pulau Kapas, Terengganu 2017 πŸ’•

Lirik Lagu Maher Zain yang Buat Kita Kagumi Kuasa Allah