Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Monday, 23 October 2017

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

October 23, 2017 4 Comments


Assalamualaikum,


Hai lama rasanya husniey tak join giveaway,


Jom pakat ramai ramai meriahkan giveaway dari Siqah Iqa, antara blogger yang husniey suka baca penulisan beliau..
Mudah difahami dan mesti ada nilai murni dan isi kandungannya yang punya manfaat

Rasa macam duk bersembang je bila baca post beliau,  haha ๐Ÿ˜‚


Klik pada banner di bawah,
untuk join giveaway by Siqah Iqa



Giveaway ini akan berlangsung selama sebulan dari 12/10/2017 hingga 12/11/2017 

Jom sama sama meriahkan! ๐Ÿ˜˜ 



Friday, 20 October 2017

Perkongsian di Hari Jumaat

October 20, 2017 14 Comments


Assalamualaikum



๐ŸŒธ Doa naik kenderaan ๐ŸŒธ


ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ، ุณُุจْุญَุงู†َ ุงู„َّุฐِูŠ ุณَุฎَّุฑَ ู„َู†ุงَ ู‡َุฐَุง ูˆَู…َุง ูƒُู†َّุง ู„َู‡ُ ู…ُู‚ْุฑِู†ِูŠู†َ، ูˆَุฅِู†َّุง ุฅِู„َู‰ ุฑَุจِّู†َุง ู„َู…ُู†ْู‚َู„ِุจُูˆู†َ، ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ، ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ، ุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ، ุงู„ู„َّู‡ُ ุฃูƒْุจَุฑُ، ุงู„ู„َّู‡ُ ุฃูƒْุจَุฑُ، ุงู„ู„َّู‡ُ ุฃูƒْุจَุฑُ، ุณُุจْุญَุงู†َูƒَ ุงู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِู†ِّูŠ ุธَู„َู…ْุชُ ู†َูْุณِูŠ ูَุงุบْูِุฑْ ู„ِูŠ، ูَุฅِู†َّู‡ُ ู„ุงَ ูŠَุบْูِุฑُ ุงู„ุฐُّู†ُูˆุจَ ุฅِู„َุงَّ ุฃَู†ْุชَ


Maksudnya :
Dengan Nama Allah. Segala Puji Bagi Allah. Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum ini tidak terdaya menguasaiya. Sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali. Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah, Segala puji bagi Allah. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha Suci Engkau, aku telah menzalimi diriku. Ampunilah daku. Sesungguhnya hanya Engkaulah Pengampun dosa-dosa.
Abu Dawud 3/34, At Tarmizi 5/501



๐ŸŒธ Membaca takbir di tempat yang tinggi dan bertasbih ketika turun ๐ŸŒธ



(1) ุงู„ู„َّู‡ُ ุงَูٔƒْุจَุฑُ (2) ุณُุจْุญَุงู†َุงู„ู„َّู‡ِ
Daripada Jabir katanya :
"Apabila kami menaiki bukit kami membaca: "Allah Maha Besar"(1) dan apabila turun kami membaca:
 "Maha Suci Allah"(2)


Al Bukhari,cf, Al Asqalani, Fathul Bari 6/135




Semoga secebis perkongsian ini bermanfaat untuk semua.. 
Salam Jumaat, Sayyidul Ayyam ๐Ÿ˜Š


Friday, 6 October 2017

Jam Tangan Wanita Cantik dan Elegan

October 06, 2017 16 Comments



Assalamualaikum,
Husniey nak berkongsi cerita tentang jam tangan perempuan ๐Ÿ˜˜



Sebagai perempuan, memang tak lari dari fitrah menyukai benda yang cantik cantik kan?

Selain handbag benda lain yang husniey suka beli ialah jam tangan!
Tahun 2017 ini saja,
dah tiga utas jam tangan husniey beli (mestilah untuk pakai, hehe) ๐Ÿ˜


Sekarang ini pelbagai jenama jam tangan yang ada di pasaran
Jenama jam tangan yang terkenal, Husniey suka sangat ialah, Casio!
Memang tahan lasak betul,
dipakai semasa mandi sungai pun tak perlu risau dah ia kalis air, tahan betul


Antara jenama jam tangan yang terkenal :

Jam tangan berjenama Fossil 


Ini jam Cluse, jenis jam Analog. 
Cantik kan 


Aldo.. Harga berpatutan, reka bentuk yang menarik ๐Ÿ˜


Ini jenama jam Adidas, untuk perempuan yang suka gaya rangi, sesuai sangat.. 



DKNY pun cantik, pasti nampak manis dan anggun digayakan



Inilah antara pilihan jam tangan yang cantik menarik tertarik hati terdapat di Zalora, nanti anda semua boleh tengok sendiri ya ๐Ÿ˜

Harga? Jangan risau harga pun berpatutan dan mampu dimiliki.  Sukanya! Best kan?
Bagi yang sibuk bekerja tak ada masa nak shopping tu sesuai sangat


Jimat masa dan tenaga,
Haa jom kaum hawa semua,
pakat serbu membeli jam tangan di Zalora!  >> Jam Tangan << 




Tuesday, 3 October 2017

Menginap di TH Hotel Kuala Terengganu

October 03, 2017 8 Comments

Assalamualaikum



Baru baru ni husniey menginap di TH hotel,  
teringin lama dah nak menginap disini sebab memang cantik,
selalu jugak tengok kat website Booking.com, Agoda dan lain lain.  

Hotel ni kalau tak silap bertaraf 4 star tau, 
Walaupun dekat je dengan umah mengada sungguh nak jugak check in sini.. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚

Suasana nya tenang, islamik, banyak sangat kemudahan. Memang bestlaa
Biliknya luas, kemas 



Kemudahan dalam bilik dilengkapi :
Toileteries, hair dryer,  tv, almari, iron and iron board




Sejadah, Quran pun ada tau
Bagi yang perempuan bawa telekung solat je 






Bilik air dan tandas : 





Kemudahan lain lain di Hotel
boleh kunjungi Gym, Wellness centre



Swimming pool untuk perempuan, kanak kanak, dan lelaki berasingan. 
Unik kan?
Total swimming pool ada tiga jenis








Buffet breakfast yang meriah sangat ada pelbagai jenis makanan.  
Nasi Dagang,  Nasi Kerabu, Bubur, Roti, telur, buah buahan, bijirin, air buah, air panas.  


Banyaklah lagi.. Memang puashati menginap disini.. Haha 

Selepas kami breakfast, pergi habiskan masa di gym hajatnya nak mandi tapi kolam perempuan jenis tertutup pastu takde orang,  macam tak best lah pulak kalau sorang je. . hahaha ๐Ÿ˜†












Harga bilik yang husniey dapat satu malam dengan sarapan dua orang = RM 252

Overall husniey bagi markah untuk TH Hotel, Kuala Terengganu : 8.5/10 ๐ŸŒธ


Kalau anda singgah ke Kuala Terengganu, okay je stay sini nak ke airport pun dekat je 
Dari hotel ke pusat bandar dalam 20 minit
Pantai menarik yang berdekatan Pantai Tok Jembal, Pantai Teluk Ketapang

Boleh singgah ke kawasan pantai ni untuk makan seafood celup tepung dan lain lain




Di bawah ini husniey sertakan peta TH Hotel Kuala Terengganu sekali ye :




SNAP WIDGET

Booking.com