UPT Positif Tapi Scan Tak Nampak

Assalamualaikum.. Inilah sebab tak berapa nak aktif berblog..  Sedang menghadapi liku liku kehidupan The struggle is real 😭 Pada p...



Assalamualaikum.. Inilah sebab tak berapa nak aktif berblog.. 


Sedang menghadapi liku liku kehidupan
The struggle is real 😭

Pada pengalaman yang lepas, kalau positif pregnant..Selalu ada spotting dan bleeding akhirnya keguguran
Sekarang lain pula ceritanya

Masuk 3 tahun lebih perkahwinan ni,
ada 3 kali kes ni.. Ini tak termasuk false pregnancy lagi (Means kita rasa diri pregnant tapi tak pun)
Itu perubahan hormon je.. Masa tu buat test pun, negatif je memanjang


Baru baru ini pada 7 November 
Husniey cuba test upt dan nampak ada DOUBLE LINE! Tahukah anda betapa susahnya pregnancy test tu nak jadi double line.. Period last on early October

Ini je gambar yang ada.. Malas nak ambil gambar lain 😂

Memang tak berharap sangat..
Tapi 2 - 3 kali cuba test dan ada line samar samar.. 
Maksudnya memang ada nyawa yang sedang membesar di dalam rahim.. 


Cuba menanti beberapa minggu selepas positif tu, 18 November husniey cuba pergi scan di klinik swasta..

Doktor masa tu baik je orangnya..
Dia cuba menyakinkan dan beranggapan mungkin masih baru..
Ikutkan masa tu mungkin dalam 6 weeks.. Scan masih tak ada nampak apa apa..

Lepas tu husniey ada repeat upt, pun masih ada samar samar.. Tanda tanda pregnancy pun ada.. Bermacam simptom yang ada..
Cuma husniey tak muntah muntah je

Tanda tanda yang dirasai


Yang terkini semalam, 
12 December husniey ke klinik lagi..
Itu pun sebab demam..
Batuk batuk, selesema sakit tekak semua cukup lengkap.. Jadi nak makan ubat kenalah confirmkan samaada mengandung atau pun tak..

Malangnya semasa scan masih juga tak nampak tanda tanda baby itu ada 😭😭

Kalau ikutkan umur kandungan dah dekat
2 bulan lebih (9 weeks) gitu..

Allah.. Beratnya rasa ujian kali ni..

Doktor pula dapat yang agak negatif sikapnya dia main cakap lepas je, buat kerja pun nak cepat.. Takda lah nak bagi pendapat yang lebih khusus, rujuk kes ni ke hospital ke.. Hmm siap cakap mungkin baby tak menjadi.. 😭

Husniey tanya tak bahaya ke kalau saya makan ubat batuk ni, boleh pulak doktor tu macam sindir.. "Dah tak mengandung kan? Tak ada masalah la"

Tanda tanda nak gugur tak ada
Pendarahan pun tak ada

Semoga yang baik baik aje untuk diri ini..
Sesungguhnya husniey redha apa jua keadaan yang akan dilalui..
Tapi sungguh dugaan begini agak berat, perasaan agak keliru..
Betul, keliru je memanjang..
Tapi tidaklah stress mana

Bulan ni habis banyak dah duit..
Banyak habis pada pregnancy test.. 😥
Ke klinik lagi..

Bermacam jenis pregnancy test ada.. 



Terbaca forum forum yang meningkatkan keyakinan diri.. 

Suka baca pengalaman orang lain Pengalaman tiap orang itu berbeza beza.. Kadang kita rasa ujian kita dah berat, berat lagi ujian yang lain


Jemput baca Artikel Berkaitan:



Allahuakbar semoga ada jawapan di tiap persoalan. Update: Penulis blog ini masih lagi TTC, jemput baca artikel terbaru ya. Doakan husniey mengandung dan dikurniakan zuriat yang sihat comel pada tahun 2021. Link di atas. Terima kasih. Semoga bermanfaat. 

Doakan husniey!

Dialu alukan anda berkongsi pengalaman diruang komen




You Might Also Like

15 comments