Watson? Be a Member and Get More Rewards!

Assalamualaikum, Kali ini nak berkongsi tentang pengalaman membeli di drug store iaitu Watson Mesti antara anda semua dah selalu ...



Assalamualaikum,

Kali ini nak berkongsi tentang pengalaman membeli di drug store iaitu Watson
Mesti antara anda semua dah selalu membeli dan dah lama menjadi ahli kan?
Disebabkan hampir setiap bulan Husniey akan membeli belah di Watson,
akhirnya Husniey nekad nak menjadi ahli Watson 😊
Rupanya banyak kelebihan yang ada, al maklumlah baru terbuka minda ni kan
Rugi betul dari awal tak buat member card sebelum ni ada terfikir juga perancangan nak buat tapi asyik tertangguh je 😂

Barang barang keperluan yang dibeli 💙
Suka semuanya!
Itu yang kanan Disposable Underwear sesuai dibawa semasa travel 



9 Januari 2018 semalam,
Husniey keluar jalan jalan dan singgah ke Watson memang niat nak membeli barang keperluan diri dan apply member card.. RM 20 sahaja!
Mahal ke murah? Tunggu dulu kalau anda anggap ia mahal anda silap
BACA ENTRI INI SEHINGGA HABIS


Pada mulanya Husniey ingatkan cuma akan dapat kad sahaja semasa dimaklumkan
"Dalam ni ada kad dan reward vouchers ya"
Itu pun dah rasa teruja
Tak sabar rasanya nak belek vouchers di rumah

Kegembiraan tidak terhenti disitu,
Siap semua akhir sekali cik adik cashier memasukkan sesuatu dan memaklumkan kepada Husniey, "Ini free gift ya"
Dalam hati masa tu dah bermacam ayat duk bermonolog..
'Bestnya dapat hadiah, reward vouchers lagi, points, member card'
Oh senangnya dalam hati 😆
Nasib tunjuk riak muka biasa je, cover sikitlah muka excited kan
Free gift yang Husniey dapat ialah Passport Holder
Cantik sangat berwarna merah bolehla gunakan ia semasa travel (Rujuk pada gambar pertama di atas)

Kepada anda yang walaupun jarang membeli belah di Watson
Jangan lupa ya buat member card tak rugi pun
Banyak keistimewaannya!
Bukan setakat dapat diskaun 
Antaranya akan dapat points pada setiap pembelian dan akan diberi banyak
Reward Voucher seperti Travel, Lifestyle, Dining rewards, Health Club rewards dan pelbagai lagi ganjaran yang menanti 
Lihat video dibawah



Baru sehari jadi ahli dah dapat 620 points! Yeay😍


Ini pun Husniey duk terfikir nak redeem voucher reward yang telah dapat,
Agak berbaloi 40% off tiket masuk ke Sunway Lagoon minima 2 dewasa
Banyak lagilah voucher yang duk berkenan menanti masa untuk ditebus 😁
Dapat guna dua tiga jenis reward voucher pun seronok ni, ekstra penjimatan!


Sekian terima kasih kerana sudi membaca coretan kali ini
Kongsikan juga pengalaman anda di ruang komen


Sempena tahun baru Husniey tampil wajah baru
trying my new spec okay ke, hee 😂





You Might Also Like

16 comments

  1. Hana selalu ajak Mrs.Mom pergi watson <3

    ReplyDelete
  2. watson memang every month mesti pergi

    ReplyDelete
  3. Watson memang best! rabia suka shopping dekat watson..

    ReplyDelete
  4. Kak PC pun ada kad ahli di Watson juga Husniey..yang seronoknya boleh sekali jadi kad touch n go..kadang kak PC tak beli barang pun cuma topup touch n go je..

    ReplyDelete
  5. Aiiii Mai dah lama jadi ahli watson nape takde reward ape2 ni,, hahahahahaha.. Tension tetiba :P

    ReplyDelete
  6. akak dah lama jadi member watson belinya jarang hihihihi

    ReplyDelete
  7. Ana dah lama jadi member sebab suka shopping dkt Watson.

    Comey jerr husniey pakai spek.

    ReplyDelete
  8. aira dah lama juga jadi member watson. best sebab selalu dapat beli barang murah time dekat kaunter tu. hehe

    ReplyDelete
  9. nice la. i love ur spec. yg transition kan

    ReplyDelete
  10. abe kie pun dah lama join ahli watson's biarpun x kerap mana shopping di sana...

    ReplyDelete
  11. dah lama jadi ahli watson tapi kad dia ntah kemana tah. jadi ahli sblm kawen dulu sebab selalu ke sana. sekarang ni dah jarang sangat nak ke watson sebab tak da dekat area sini

    ReplyDelete
  12. cantik kad baru watson kita hat lama punya...

    ReplyDelete
  13. selalu terfikir nak jadi ahli ke tak. hahaha. padahal selalu je beli barang kat watson.

    ReplyDelete
  14. Sis JM pun member kad watson 😬

    ReplyDelete
  15. Memang selalunya pergi Watson je. Harga pun lagi murah untuk kebanyakan produk 😀😀😀

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.