Wednesday, 13 December 2017

UPT Positif Tapi Scan Tak Nampak

December 13, 2017 0 Comments


Assalamualaikum.. Inilah sebab tak berapa nak aktif berblog.. 


Sedang menghadapi liku liku kehidupan
The struggle is real 😭

Pada pengalaman yang lepas, kalau positif pregnant..
Selalu ada spotting dan bleeding akhirnya keguguran
Sekarang lain pula ceritanya

Masuk 3 tahun lebih perkahwinan ni,
ada 3 kali kes ni.. Ini tak termasuk false pregnancy lagi (Means kita rasa diri pregnant tapi tak pun)
Itu perubahan hormon je.. Masa tu buat test pun, negatif je memanjang


Baru baru ini pada 7 November 
Husniey cuba test upt dan nampak ada DOUBLE LINE! Tahukah anda betapa susahnya pregnancy test tu nak jadi double line.. Period last on early October

Ini je gambar yang ada.. Malas nak ambil gambar lain πŸ˜‚

Memang tak berharap sangat..
Tapi 2 - 3 kali cuba test dan ada line samar samar.. 
Maksudnya memang ada nyawa yang sedang membesar di dalam rahim.. 


Cuba menanti beberapa minggu selepas positif tu, 18 November husniey cuba pergi scan di klinik swasta..

Doktor masa tu baik je orangnya..
Dia cuba menyakinkan dan beranggapan mungkin masih baru..
Ikutkan masa tu mungkin dalam 6 weeks.. Scan masih tak ada nampak apa apa..

Lepas tu husniey ada repeat upt, pun masih ada samar samar.. Tanda tanda pregnancy pun ada.. Bermacam simptom yang ada..
Cuma husniey tak muntah muntah je

Tanda tanda yang dirasai


Yang terkini semalam, 
12 December husniey ke klinik lagi..
Itu pun sebab demam..
Batuk batuk, selesema sakit tekak semua cukup lengkap.. Jadi nak makan ubat kenalah confirmkan samaada mengandung atau pun tak..

Malangnya semasa scan masih juga tak nampak tanda tanda baby itu ada 😭😭

Kalau ikutkan umur kandungan dah dekat
2 bulan lebih (9 weeks) gitu..

Allah.. Beratnya rasa ujian kali ni..

Doktor pula dapat yang agak negatif sikapnya dia main cakap lepas je, buat kerja pun nak cepat.. Takda lah nak bagi pendapat yang lebih khusus, rujuk kes ni ke hospital ke.. Hmm siap cakap mungkin baby tak menjadi.. 😭

Husniey tanya tak bahaya ke kalau saya makan ubat batuk ni, boleh pulak doktor tu macam sindir.. "Dah tak mengandung kan? Tak ada masalah la"

Tanda tanda nak gugur tak ada
Pendarahan pun tak ada

Semoga yang baik baik aje untuk diri ini..
Sesungguhnya husniey redha apa jua keadaan yang akan dilalui..
Tapi sungguh dugaan begini agak berat, perasaan agak keliru..
Betul, keliru je memanjang..
Tapi tidaklah stress mana

Bulan ni habis banyak dah duit..
Banyak habis pada pregnancy test.. πŸ˜₯
Ke klinik lagi..

Bermacam jenis pregnancy test ada.. 



Terbaca forum forum yang meningkatkan keyakinan diri.. 

Suka baca pengalaman orang lain Pengalaman tiap orang itu berbeza beza.. Kadang kita rasa ujian kita dah berat, berat lagi ujian yang lain



Allahuakbar semoga ada jawapan ditiap persoalan

Doakan husniey!

Dialu alukan anda berkongsi pengalaman diruang komen




Sunday, 10 December 2017

Mudahnya Memasak Ketam Masak Lemak Cili Padi

December 10, 2017 0 Comments


Assalamualaikum!

Semoga kalian semua sihat sejahtera selalu

Dulunya husniey tak pandai pun masak masakan kuah yang ada santan ni..
Bukan tak pandai, cuma tak berapa nak yakin takut sangat kalau kuah tu jadi berketul ketul πŸ˜‚

Alhamdulillah setelah berkali mencuba biasakan diri dengan masakan bersantan, rupanya tak ada lah susah mana pun..



Jom tengok resepi Ketam Masak Lemak Cili Padi di bawah ni..




BAHAN BAHAN YANG DIPERLUKAN :


- Ketam 1/2 kilo

Bahan Blend / Ditumbuk Menggunakan Lesung
- Bawang merah 3 ulas, bawang putih 3 ulas, kunyit sebesar ibu jari, sedikit halia, cili padi 5. Jika suka pedas boleh letak lebih banyak cili

Serai 2 batang diketuk
Santan


MENYEDIAKAN KETAM MASAK LEMAK (CARA SAYA) 



1) Panaskan dalam periuk sedikit minyak
2) Tumiskan sekejap bahan blend tak perlu lama, nak naikkan bau je
3) Masukkan beberapa gelas air
4) Masukkan Santan
5) Kacau rata, masukkan ketam dan serai
6) Perasakan dengan garam dan sedikit gula
7) Jika suka boleh tambahkan sedikit lada hitam
8) Masak dalam 10 minit..

Ketam dah bertukar ke warna oren,
kuah dah sedikit kering. Siap!





Hidangkan dengan nasi panas.
Husniey suka makan kuah lemak ni bersama ikan kerisi goreng.. Sedap sangat menambah nasi dua kali tak sedar, hehe 😝

Moga resepi ini memberi manfaat kepada anda semua..

Terima kasih membaca entri ini!





Friday, 8 December 2017

Ada Ketika..

December 08, 2017 0 Comments



Ada Ketika.. 
Kita perlu berkorban demi kebahagiaan orang 
Ada Ketika.. 
Diam itu lebih baik
Ada Ketika.. 
Redha akan ada jawapan indah

Moga dengan kesabaran yang ada segala yang sedang tersembunyi akan terungkai..

Yang sedang lara akan tersenyum riang

Sabarlah dalam apa pun jua keadaan 

Allah Ada, Dia Maha Mengetahui 
Dia Mendengar 

Moga yang terbaik untukmu dan untukku


Salam Penghulu Segala Hari 😊


Monday, 4 December 2017

Rezeki Hujung Tahun πŸŽ€

December 04, 2017 2 Comments



Alhamdulillah.. 



AXIA FACELIFT 2017 SE 1.0


Selamat Membayar Hutang Baru to me,
haha πŸ˜‚

Tahun depan haruslah kena kerja kuat lagi buat pakej pulau.. dan berharap lebih banyak peluang rezeki yang lain.. 
Mudah mudahan.. Bersangka baik, usaha doa tawakkal.. InsyaAllah πŸ’Ÿ



3 tahun bersusah susah dengan suami 🌸

Sudah lama niat nak ada kenderaan yang baru supaya lebih selesa bergerak. 

Sebab memang kami selalu travel ulang alik perjalanan jauh.. Kalau ke KL pun selalunya naik bas 

Kuala Terengganu ke Kemaman (kampung Husniey) pun dah dekat 3 jam..πŸ˜₯


KENDERAAN SEBELUM INI NISSAN VANETTE 🌸


Van kesayangan suami 😘


Bila guna kenderaan yang agak lama, memang agak lambat nak tiba ke destinasi.. 
Kesian bila dia dah tua.. 
Dekat 20 tahun dah usianya.. 

Tapi bersyukur juga.. Suami selalu bertanggungjawab membaiki dan menjaganya dengan penuh kasih sayang..
Rosak sikit baiki terus, tak pernah rosak teruk.. (Disebabkan sikap kesedaran suami dalam menjaga kenderaan dengan baik) 

Awal kahwin banyak kali juga merasa jalan jauh dengan baby Nissan Vanette ni.. 

Kenangan berkonvokesyen di Johor 
ke Melaka, Kuala Lumpur rombongan kahwin keluarga, ke Kelantan.. 
Dan banyak lagi destinasi selamat pergi dan balik dengan van ni.. 
Tak pernah ada masalah berat dengannya.. 
So dah jual ke? Tak pun. Sayanggg nak jual.. Keluarga kami ramai bila nak jalan jalan susah juga nak kena ada kenderaan yang besar.. Suami pun sayang, sebab tu kenderaan pertama dia beli.. Cash 



MUNGIKIN INI DIKATAKAN SUDAH TIBA MASANYA (REZEKI KAMI) 





Akhirnya rezeki untuk merasa kenderaan yang baru tiba jua..  😊
Moga baik baik aje semuanya


Sungguh, Allah aje yang Maha Tahu betapa susah payah usaha untuk mendapatkannya.. 

Ada beberapa orang manusia ni, selalu duk kutuk van kami dan berkata macam macam, pada masa tu bukannya kita tak mahu tukar baru.. Dan banyak lah situasi orang suka menyakitkan hati kami, yang berkaitan kenderaan lama kami ni.. 

Pada husniey buruk atau baru, mahal atau murah bukan ukurannya.. Asalkan dapat bergerak itu sudah lebih cukup.. 



Sengaja husniey berkongsi disini, sekadar menyimpan kenangan indah ini

27 November 2017 tarikh keramat baby Axia Yellow ni.. 🌸



Terima kasih untuk yang ada disisi susah senang.. Terima kasih suamiku.. Mak ayah.. 

😭


Sunday, 3 December 2017

Pacific West Cook Show @ Tefal Carnival Sale | 26 NOV 2017

December 03, 2017 0 Comments

Assalamualaikum and Hi everyone 😘

Pada Ahad 26 November husniey berpeluang dan berkesempatan menghadiri cook show yang dianjurkan oleh syarikat terkemuka yang mengeluarkan produk makanan laut iaitu ;
Pacific West. 

Diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam, Selangor
Rangkaian produk Pacific West telah menjadi pilihan keluarga di kebanyakan negara


Produk ini boleh didapati di lebih daripada 20 buah negara di seluruh dunia,
paling terkini di Disneyland (Paris, Hong Kong dan Shanghai).

Baru baru ini Pacific West telah melancarkan produk terbaru iaitu Cheesy Fish Fillet, yang pasti ianya memang lazat dan senang disediakan serta pasti digemari oleh semua lapisan masyarakat

Program Cook Show bermula dengan 
Chef Leong dari Pacific West beliau berkongsi 3 resepi ringkas
iaitu Trio CanapΓ© Cheezy Fish Fillets, Cheezy Fish Wholemeal Sandwich, Cheezy Fish, Caesar Salad
and Cajun Crisp Onion Flower



Chef jemputan yang kedua Dr Ezani (juara Masterchef Malaysia)
Berkongsi 2 resepi ringkas; 
Salted Egg Yolk Black Pepper Tempura Fish Fillets dan 
Salt & Pepper Squids with Tiga Rasa Sauce



Chef jemputan yang terakhir iaitu Chef Bryan
Turut berkongsi 2 resepi : 
Crispy Calamari with Pickles & Tempura Fish Fillets and Mixed Vege Spring Rolls 



Untuk makluman anda semua,
Perkara yang istimewa tentang produk makanan ini bersedia untuk dimasak, tidak perlu menunggu lama setelah keluarkan dari peti sejuk (freezer) boleh terus ke fryer / oven.. Serta senang disediakan.. Husniey pun suka dengan produk inovasi seperti ni.. Memudahkan urusan seharian untuk memasakπŸ‘

Di kesempatan ini husniey juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pacific West yang telah menjemput dan memberikan cenderahati produk 
makanan
Sedap sangat, anda semua patut cuba!



Sempat merakam gambar rakan rakan bloggers



Seronok dapat bertemu mesra dengan mereka


Suasana meriah semasa Cook Show

Pengacara majlis dan Chef Leong 


Demonstrasi memasak Dr Ezani

Suasana di booth Pacific West 

Yes, memang sedap! 



Stok musim hujan penuh dalam peti Husniey 😝



Dah pun rasa, memang berpuas hati!
4.5 / 5 πŸ‘



Produk Pacific West boleh didapati di semua cawangan utama dan runcit di Malaysia seperti AEON, AEON Big, Tesco, Giant, Sunshine, dan banyak lagi..


Untuk melihat pelbagai resepi boleh layari DISINI 

🌸 Contact Pacific West careline at
1800 888 389 or browse their website 
Pacific West's Facebook page


Semoga bermanfaat!
Thank you for reading this entry 🌸




Thursday, 30 November 2017

SIS GEE FIRST GIVEAWAY

November 30, 2017 0 Comments


Assalamualaikum, salam penghujung November guys!



Klik pada banner ini berminat join giveaway by Sis Gee





Hadiah utama ialah sebuah planner 2018
Menarik kan? 
Planner pun cantikk rugi kalau tak join 

Selain itu 10 blogger bertuah akan dipilih sebagai bloglist sis gee




Disebabkan sis gee sekampung haruslah husniey support Giveaway beliau, hihi
Jom memeriahkan giveaway ini

Kenangan bulan lepas bertemu dengan Blogger Sis Gee dan Sang Aura






Tarikh berlangsung sehingga 12 Disember 2017




Booking.com

CARI PENGINAPAN

Booking.com

Follow by Email