Sunday, 27 December 2015

Crunchy Egg Sandwich ッ

December 27, 2015 0 Comments
salam semua yang membaca, 

kejap aje pejam celik dah nak habis 2015
okay harini rasa nak share resepi la, terbelek galeri picture kat phone ada yang memang niat nak sharing kat sini. Dah lama terbiar gambar tu baru lah nak rajinkan diri tuk taip.. ;p

okay proceed to the subject 



Egg Sandwich ;

Bahan - bahan : roti , telur 2 biji(direbus selama 20 minit) salad, mayonnaise, majerin, cheese,sos cili.

Cara - cara ; 
1. Pastikan telur direbus dahulu. dah siap, penyetkan telur dalam mangkuk dan masukkan Mayo, black pepper sikit, perasa sedikit. Gaul rata. 

Bahan bahannyaa simple sahaja (;

2. Roti disapu majerin dan dibakar sekejap di atas pan. Tengok dah bertukar warna sikit dah boleh angkat. heee ;)

3. Roti dah siap bakar tadi, letak lah inti telur yg dah digaul rata tu..haa tips  tambahan sikit, kalau nak cheese tu mencair. cheese tu buh atas roti yang sedang dibakar sekali. Buh cheese masa dah siap bakar satu muka(muka pun boleh)! hehe

Boleh jugak nak tambah sos cili ke kalau suka pedas :D



SIAP! must try buat sandwich gaya macam ni k. kot lah dah bosan kan jenis sama je selama ni. haha okay ni sekadar sharing. Kalau nak buat sandwich sardin ke tuna pun boleh cuba bakar roti macam ni. mesti lagi maveless! ;)

jangan lupa potong roti tu cecomel k.

p/s ; kalau nak buat untuk reramai makan, gandakan je telur tu. hehe ni saya buat untuk dua orang sahaja. Haha okbaii

Entry sebelum ni ada pasal pizza homemade , nahh click SINI

Selamat Mencuba ;D

Thursday, 3 December 2015

Ketam Berlada♥

December 03, 2015 0 Comments
Salam, and Hai semua. 
Moga sihat, happy selalu!

Okay harini sis masak ketam berlada, 
Terus rasa nak share sini sebab takut lupa niat nak sharing resepi sama sama kalian ni, hehe 

Ketam Berlada ; 


Bahan bahan ; 

- ketam (5-6 ekor) √
- lada kering (rebus & blend) √
- bawang merah 3 biji, bawang putih 3, seinci belacan, seinci halia (tumbuk lagi sedapp) ;DD √
-bahan tambahan tadi : bunga kantan. sedap bau wangi masakan. Boleh juga nak ketuk serai. Pun sedapp! √

Cara - cara ; 
1.Bersih ketam, buka cengkerangnya basuh bersih. potong macam mana kalian suka. (Sis tak potong pun sebab ketam tak besar mana dah) hehe

2. Dah siap sedia bahan semua. Tumis bahan ditumbuk. Biar garing sikit, dan naik bau.

3. Masuk sos tiram dlm 1sudu gitu dan sedikit kicap. 
4. Tumis cili blend tu, kering sikit masuk air dan ketam. 

5. Kacau rata, perasakan dgn garam, gula. 
6. Tunggu kering sikit kuahnya, rasa sikit dah okay belumm, dan siapp! Hehe 


Abaikan kuali comel sangatt tuu :P

Tak lama pun tempoh masak ni,
dalam 20 minit je. 

Sedia tuk dimakan ~ 

Okay dahh tu je, selamat mmencubaaa!
Thanks for reading :)

Tuesday, 1 December 2015

Pizza Homemade ✿

December 01, 2015 0 Comments
Bismillahirahmanirahim ~

Kali ni sis nak share resepi pizza pulak,
Sebenarnya resepi ni asalnya sis nak buat Donut. Tetibaa dah siap semua baru perasan, takde sarang dia. Haha 

Okay, jangan kecam sis. Tapi still sis cuba jugak tuk tak membazir, dan teruskan dengan resepi ni buat dough pizza! :D
Cuma ni sis dah edit balik resepi
Listkan yg mana patut je tuk buat dough pizza

Bahan-bahan tuk dough;

-400g tepung gandum
-1 paket yis yang mauripan tu
-50g planta
-2sb gula pasir
-sedikit garam

Bahan-bahan tuk topping pizza;

- Sosej
- Daging burger potong kecil
- Bawang besar slice 
- Capsicum 
- Pes tomato 
- Cheddar cheese 
- sos cili 

(Lain lain boleh tambah kalau suka banyak bahan) 


Cara-cara ;

1. Masukkan yis, gula, air suam ke dalam mangkuk. Kacau rata. Dan biarkan ia dlm 10 minit.

2. Dalam bekas lain, masukkan tepung gandum, Masukkan garam. Kacau rata dgn senduk. Then, masukkan air yis yang dah berbuih. 

3. Kacau rata tepung. Bila dah sebati, uli dgn tangan. Dan rehatkan sekejap. Dalam 15 minit dah okay :)

4. After 15 minit, tumbuk dough yg dah kembang, ratakan pd dulang yang dah sedia tuk dibakar. Dulang tu sapukan lah dgn sikit planta. 

5. Ratakan dough dan topping pizza. Mulakan dgn pes tomato. Taburlah sosej, bawang, capsicum, daging tu, dan last baru cheese. Sos pun. 

6. Bakar pizza tu dalam 20 minit dgn suhu 160©. Kena tengok jugak selalu sebab atas peel tahap kepanasan oven masing2. Hee

Dahh siapp boleh lahh ngapp. Lagii sedapp weh makan panas panas! (;


SNAP WIDGET

Booking.com