Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Thursday, 3 December 2015

Ketam Berlada♥

Salam, and Hai semua. 
Moga sihat, happy selalu!

Okay harini sis masak ketam berlada, 
Terus rasa nak share sini sebab takut lupa niat nak sharing resepi sama sama kalian ni, hehe 

Ketam Berlada ; 


Bahan bahan ; 

- ketam (5-6 ekor) √
- lada kering (rebus & blend) √
- bawang merah 3 biji, bawang putih 3, seinci belacan, seinci halia (tumbuk lagi sedapp) ;DD √
-bahan tambahan tadi : bunga kantan. sedap bau wangi masakan. Boleh juga nak ketuk serai. Pun sedapp! √

Cara - cara ; 
1.Bersih ketam, buka cengkerangnya basuh bersih. potong macam mana kalian suka. (Sis tak potong pun sebab ketam tak besar mana dah) hehe

2. Dah siap sedia bahan semua. Tumis bahan ditumbuk. Biar garing sikit, dan naik bau.

3. Masuk sos tiram dlm 1sudu gitu dan sedikit kicap. 
4. Tumis cili blend tu, kering sikit masuk air dan ketam. 

5. Kacau rata, perasakan dgn garam, gula. 
6. Tunggu kering sikit kuahnya, rasa sikit dah okay belumm, dan siapp! Hehe 


Abaikan kuali comel sangatt tuu :P

Tak lama pun tempoh masak ni,
dalam 20 minit je. 

Sedia tuk dimakan ~ 

Okay dahh tu je, selamat mmencubaaa!
Thanks for reading :)

No comments:

Post a Comment

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

SNAP WIDGET

Booking.com