Sunday, 10 January 2016

Penang Part 1 ♥♥

Assalamualaikum dan hai semua ~

Tak terlambat lagi nak ucapkan tahun baru Masihi, 
yes, tak sambut pun cuma dah sistem gunakan kalendar Masihi, 
jadi kita pun tetap terasa tahun berubah kan? :)
Semoga baik baik sahaja. Semoga yang positif sahaja.

Berbalik kepada tajuk sebenar 
Hampir 2 minggu jugak merancang bersama suami, untuk ke Penang.
Dan kebetulan juga customer dia pun ajak meeting untuk project lori diecast tuu.
Haaa, serius tak faham sangat bab business dia actually. Tapi yakin apa dia buat, takde pun yang bertentangan dgn agama. Janji rezeki halal. Kan menteri suruh buat #2Kerja 
Katangnya suami aku buat #3kerja sehari. Dah lama dia start #3kerja dari sebelum kami kahwin :)
 Pagi-Tengahari kerja lain, Petang-Malam lain, dan termasuk business. 

--------proceed--------



3 Jan 2016

Malam tu pukul 9.30pm kami bertolak menaiki bas dari Kuala Terengganu-Butterworth, tiket berharga RM 46.20 sehala per pax, tiket balik pun dah beli siap siap. Suami check tiket dari Butterworth mahal sikit kata dia. Tu yang beli siap siap. Total pergi dan balik 2 orang RM184.80. Ingat nak naik flight je, tapi sayang tak ada ke Penang, malas la nak banyak songeh kena transit ke KL dulu. So bas je lah pilihan mudah walaupun lapan jam perjalanan, huhu

Sampai je di Butterworth, pukul 5 am lebih macam tuu.  
Ramai je orang sini, jadi tak takut

Bas Rapid, Keretapi KTM, dan Terminal Feri semua ada kat sini 


4 Jan 2016
Tunggu subuh pukul 6am. Terus solat subuh di surau disitu. Dalam pukul 6.45 macam tu kami bergerak menuju ke stesen feri untuk ke sebelah Pulau. Jauh juga la menapak lebih kurang 10 minit jalan kaki. Nampak je macam dekat, sekalii jauh. Hahaha
Yang jadi penatnya, naik turun tangga banyakk. Sabor ajelahh :D

Penat jalan pun, tetap nak snap picture :P
Yang kagumnya Penang ni kebanyakan tak perlu tunggu lama untuk naik public transport yang murah haa. Feri pun kejap je kami tunggu. Pukul 7 lebih macam tuu, duduk tunggu kejap je dah ada feri sampai. Tambang Feri hanya bayar RM 1.20 per pax.Tukar syiling semua duit tu. Harga tu tuk DUA HALA. MURAH KAN?
Serius murah, masa routes balik tak bayar dah tambang. 

the ferry
haa tengok tuu, motor dah siap sedia nak keluarr (feri kami ni baru nak pergi)
Jom layan view sunrise dari feri :)

1.

Cantik sangat masa ni, masih segar diingatan :)
Dalam hati penuh puji pujian kpd pencipta keindahan ni 

Tengok tuu, dari jauh tetap nampak cantik

Peace. Tenang, Aman perasaan tika ni :')
Mendarat je di terminal feri sebelah pulau ni, kami pun melilau kejap. Fikir nak pergi mana ni. Kami pun tengok ada bas CAT- stand for Central Area Transit and it's free. Bincang punya bincang, naik jela memandangkan kita pun tak kenal tempat lagi dan tak tahu nak mula dari mana ni. Hehehe. Naik jela bas tu, pusing kawasan Georgetown. Tengok bas ni bawa kami ke mana. Dan kami pakat turun di Komtar. Turunlah disitu. Kebetulan memang tengah lapar ada kedai makan kat stesen bas situ. Sarapan pagi situ banyak pilihan, kuih muih, nasi lemak, bihun dan lain lain. Orang pun ramai makan situ. Mungkin sebab atas Komtar tu ada pusat pentadbiran kot :D 

ni masa naik bas CAT pagi tu
Siap sarapan pagi, terus kami tunggu di tempat tunggu bas CAT (area komtar jugak) tempat kami turun mula mula tadi, hehe. Misi kami mencari street art di sekitar Georgetown tuu. Pada awalnya kami tak tahu nak mula dari mana, So kami pun tanya kat info centre situ. Dia bagitau kat Lebuh Pantai, haha sebenarnya lebuh pantai tu muzium 3d trick art. Tapi hari pertama tu, kami pergi cari street art je dulu. Kalau nak mudah, kalian alert kat mana bas tu turun, situlah kalian naik balik. Tak pun, senang cerita dekat mana mana bus stop akan ada bas datang. hehehe. Tapi kalau bas CAT tu, kena perhati routes dia. Nah ni laluan untuk bas percuma ni, tak semua tempat dia pergi tau! 

Laluan bas percuma CAT ni 

boleh klik gambar dan zoom :)

Take Note ya : Yang nama lebuh lebuh tu, biasanya ada street art atau pun landmark kat situ.
Contoh Lebuh Buckingham ada Masjid Kapitan Keling :)

Lebuh Buckingham
Masjid Kapitan Keling

the information about mosque :)

Antara seni jalanan yang kami jumpa,tak banyak mana pun sebenarnya, kaki dah tak larat kot. Bersamaan cuaca yang sangat terik disini, kering. Entah berapa kali kami minum air harituu. Banyak betul, Hahahaa, Nah.  


cantik seni pada bangunan ni

Ni lebuh armenian pun ada street art

Ni tak pasti seni apa :D

Gabungan 2D and real ~

Akak pun tak sampai dik nak tolong ambikkan :P

Tinggi meoww ni lompat

kreatif!
Very heritage !
Seni wayar, tiap seni ni ada cerita tersendiri 
you can stand under my umbrella, ella ella ehh ehh ehh ~
Dah nyanyi tu, maknanya dah penat la jalan jalan situ. Hahaha panas sangat. Diingatkan kalian pakai sunblock okay sebaik sampai di Penang. Dah penat penat jalan area situ, tak sedar dah tengahari. Kami pun naik bas CAT tu balik, dan ke Komtar semula.

Ni la, tempat diturunkan penumpang, dan naikkan/ Untuk bas CAT sahaja tepi ni
kalau nak naik bas rapid berbayar kat dalam stesen nii 

haa tunggu sini untuk bas rapid berbayar tuu ;)

Kami pun check in hotel area situ jugak. Beberapa meter jugakla. Senang, dekat nak gi mana mana naik bas disitu. Kami menginap satu malam di Wassup Youth Hostel, yang kami menginap ni bilik standard RM95, provide towel, tv, water heater, hair dryer, aircond, iron kami mintak.Sebabnya tengok dalam booking.com ada provide iron, huhu. Sekali dia cakap bilik kami patutnya takde. Nasib tak kena cas. Kalau yang bujang datang dengan kawan kawan, boleh la stay di hostel ni. Murah murah je, boleh check di Booking.com 


signboard hotel ni

Ni gambar masa dah nak check out sebenarnya, hahaha sebab tulah nampak sepah sikit. Sorry ya :D







Ruang dalam hotel



Omeyy kan :D

Smoking area
Dah siap check in pukul 2pm, kami pun rehat. Mandi (dari pagi tak mandi) hahahaa kantoii disini :P
Solat. Then, baru keluar ke Bukit Bendera pulakk. Lewat jugak keluar pukul 3pm lebih gitu kot.
 Sampai sana hampir pukul 4pm. Setengah jam je daripada George town ke Bukit Bendera. Bas untuk ke Bukit Bendera, takde bas free tu tau. Kena ambil bas rapid berbayar. Dekat komtar tu jugak ada bas tuu. Sediakan wang kecil okay. Tiket sehala RM 2.00 sahaja. Bas nombor 204 ke Bukit Bendera. Tak lama pun tunggu kejap je, fee entrance masuk Bukit Bendera RM10 per pax. Kalau senior citizen/childs lagi murah, students pun rasa lagi murah.

antara view di Bukit Bendera yang cantik nii ;

train ni haa, nasib tak gayat yang ni

C A N T I K  KAN? :')

Bangunan bangunan tuu macam mainan je kelihatan dari atas nii 




nak gi explore mana, nexttt ?

ku tak kunci cintaku disini, hanya kunci dihati ku sahaja :p

tak ready lagiii laa abang 
pipi dua urang ini mahu kemanaa ?! huhu
Wajib try ABC Ice Cream kat Bukit bendera nii RM5 banyak jugak portion

sebelum :  periuk kera
selepas : jadi periuk orang :p
Lewat petang tu, kami turun ke bawah naik train balik dan tengok bas rapid pun dah menunggu. Pukul 7 lebih jugak bergerak, sampai di Komtar berehat sebentar.

Teruskan perjalanan ke Batu Feringghi night Market pula, Takde apa sangat bagi saya, sebab tak banyak pun kami beli kat situ. Macam uptown la, beg banyak, hand bag, key-chain, fridge magnet, selipar, kasut, accessories perempuan dan lain-lain. Sebab kami pun dah lapar tengahari-petang tak makan nasi pun, ingat nak makan petang tuu,sekali malam baru jumpa makanan. Banyak minum air siang hari tu, asyik tertangguh nak makan, sebab kenyang dengan air. hahaaha


Cari punya cari kedai, last decide nak makan kfc jela. Macam tak ade yang sesuai atau mungkin kami yang tak jumpa, sebab dah tak larat kaki nii melecet :D
sebelum terlupa, bas rapid ke Batu Feringghi nombor 101, RM 2.70 sehala per pax

tengok air dah tauu kan,  memaang dahaga betul nii, hihi


Sekian untuk part 1 day 1, untuk next part klik ni  part 2

SNAP WIDGET

Booking.com