Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Sunday, 10 January 2016

Penang Part 2 ♥♥

Bismillah, and Hi bersambung ke part 2 pulak,
nak baca part 1 klik SINI

Part sebelum ni dah publish,
nanti kalau ada point tambahan yang terlupa akan di edit balik.

Biasalah, 
Kadang terlupa nak tambah point penting, kena baca semula dan edit balik
kalau ada nak tanya, boleh tanya tinggal komen kat post / tinggal je soalan kat chatbox nanti saya reply :D

5 Jan 2016

Hari kedua tak banyak sangat aktiviti kami buat sebenarnya, sebabnyaa kaki melecet. hahahaa
Tersalah pakai kasut tak sesuai ginilahh jadinyaa. Nasiblah tak teruk, jadi bolehla paksa jugak. Yelahh, rugi lah dah datang jauh jauh takkan tak jalan jalan kan ;D


Jadi kalian take note ye, sedia kasut yang sesuai sedap pakai untuk jalan jauh. Tak melecet kaki tak tersepit ke apa kalau pakai lama. Sunblock. Nanti lain lain saya tambah lagi

Hari kedua, kami checkout hotel wassup tu. Haa ye, sengaja pilih duk dua tempat berbeza. 
sebabnya kemudahan yang berbeza disediakan. Memang suka tinggal kat hotel yang sediakan banyak facilities selain faktor dekat dan senang untuk dapatkan public transport. Macam saya ni, mestilah nak yang ada provide iron lahh macam macam, Perempuan kannn :P

Kami keluar lewat sikit pagi tuu, sebab nya nak checkout sekali, pukul 10 am macam tu. Berjalan ke Komtar, dan terus decide lunch. Biarlahh awal sikit lunch. Senang, nanti dah jalan jalan tak payah dah fikir lunch. hahahaa tu yang brunch terus

murah kat area komtar ni, macam macam lauk ada :)

Misi hari kedua kami pergi ke 3D Trick Art Museum Dan Cari Makanan Culture

Sebenarnya agak rugi pergi 3D trick art ni di Lebuh Penang biasa sahaja, dan tak banyak sangat seni nya. kejap aje kami disitu. Tapi cantik jugak lah. Cuma kalau bagi yang nak rasa puas hati, plus lagi berbaloi dengan duit. Nak tengok sejarah boleh juga, saya cadangkan terus pergi Made In Penang Museum, yang ni akan saya ceritakan kat part 3 day 3 nanti :)

Sometimes bagus juga buat silap macam ni, 
supaya kita boleh bezakan yang mana okay, mana tak. Dan boleh cadangkan pada yang lain.
Untuk ke sini, boleh naik bas CAT je, berhenti di area Lebuh Light, kena cross jalan raya. Tempat ni dekat je lepas seberang jalan tu, dah boleh nampak bangunan kedai nya.

Okayy jom layan gambar dulu :


kereta apii

pun boleh pegang sesunggut diaa

konon gorilaa pegangg :P


suami kata : panda najib haahaaa


muka perempuan, aikk asal kaki lelaki :D hahaaa

pening weh rumoh nii, terus suruh suami jela posing

:D
dalam banyak banyak yang ni paling suka :D

Dah habis 3D trick Art Museum, kami terus jalan ke Padang Kota, ambik angin di sekitar situu

comel gantung gantung ni :D




Sesambil berteduh di area padang kota tuu, kami pun tercari cari kat mana ek Medan Selera yang famous tu, hahaa sekali depan kami je. Medan Selera tu nama Esplanade Park, haha

ni dari depan Medan Selera ni


Tengahari tu kami kenyang lagi, so makan mee sotong je dengan minum coconut shake. Serius, kat sini memang banyak minum air je. Makan tak teringin sangat. Tapi memang sedap mee sotong tu digabungkan dengan coconut shake, (masih teringat keenakan nya) uishhh sedappnyaa!  -_-"
coconut shake dia, dah dekat nak habis tu kami tambah air mineral pun masih sedap lagi. 
Aiskirm kot manis. Coconut shake harga RM 4 segelas. Mee Sotong RM 5 


macam macam jenis makanan ada sini, nasi berlauk pun ada. Makanan culture pun ada :)

Tengokk air da separuh jalan duluu, hehehe !
Dah siap makan, tengok jam dah pukul 1pm lebih,
 kami pun bergegas ke Komtar balik naik bas CAT tu, 
untuk check in homestay kami sewa di Penang Times Square, betul betul apartment atas tuu :)

Apartment atas Penang Times Square tuu :

The room

Toilet with bath tub

view komtar dan bangunan lain dari tingkap bilik kami :)

cantik kann?

Dapur :)

tv and wifi provided, Wifi terbaikkk~ 

love this quotes!

Actually, kami stay dengan Kaibnb homestay. Means tuan rumah pun ada dalam umah ni. Dah tahu awal awal hal tu, kami pun tak kisah sangat. Janji dia hormat kita even lain agama. Okaylahh, tuan rumah pun baik, very nice person. Tak berapa pandai sangat speaking melayu. hahaa katanya my bahasa so poor, "too long stay in New Zealand" :D haha 

Yang best nya nak stay sini, kami tengok banyak facilities. Ada pool. View cantik. Selesa la. Harga satu malam, RM 140. Saya book di booking.com tanpa bayaran apa apa untuk book, senang kan. 

Dah check in tu, kami terus keluarkan baju baju yang nak kami basuh :) hahaha itulah antara tujuannya. Serius saya memang tak suka bawak balik baju kotor, even asingkan dalam plastik. Sempatlahh kering baju baju kami sebelum balik, syiok boleh guna mesin basuh, pergi jalan jalan area mall tuu. 

Suka kawasan ni sangat terjaga, cantikk sangat. 
Petang tu, kami memang berehat rehat la enjoy the view, mandi pool :D

stunning ~

sangat menggoda ku untuk terjunn~

can't move on sebab cantikk sangatt  -_-'

Ni bahagian kanak kanak, tapi kanak kanak takde masa ni. Apa lagiiii

Ini lah dia orang yang gantikan kanak kanak :P
Malam tuu kami keluar makan di seberang jalan, ada kedai Mamak. Makan nasi kandar, tengok tourist(white people)haha. Mereka makan roti canai, capati kemain merah muka. Kata mereka too spicy, but nice. HAHA comel je reaksi mereka.

view malam dari tingkap bilik, sebenarnya nak stay di hotel yang ada lampu merah tuu.
Hotel Neo + pun
cantikk jugak, tapi dah habis bilik yang kami nak tuu -_-' 

Nasi kandar kuah campurr :)
 Sudah makan kami pun jalan jalan dalam Times Square dan M mall.
Betapa terkenalnya Penang ni dengan pelbagai seni, dalam mall pun ada bermacam jenis lukisan 2D and 3D, kreatif sangat!


Tak tau kenapa gambar ni sangat mengelikan hatii , hahaaa. 

Bos bagi RM 100 je, ingat nak bagi emas tuu

Ni dalam M Mall, belakang Penang Times Square je.

bot berlabuh

Cantikk laluan berkaca ni
Setelah puas jalan jalan, kami pun balik ke homestay apartment tuu, hehe. Tak naik terus, singgah beli aiskrim di kedai runcit kat apartment tuu, haahhaa. syiok layan aiskrim sebelum tidurr, hahaha :D


:)

Kalau ada salah tatabahasa, nanti saya edit balik. haha
kalau ada kebinggungan boleh tanya. boleh tinggal komen, takde masalah.
Part 3 day 3 on the way k, HAHA 
update another last part, PART 3
wsalam 

SNAP WIDGET

Booking.com