Shopping and Earn Cashback! =)

by - 7:22 am




Assalam and Hai! 

Post kali ni, aku yakin ramai lagi yang masih tak tahu macam mana nak shopping sambil berjimat, selain tunggu ada promosi ;)

Mesti tak sedar atau tak tahu langsung tentang kehadiran website yang kebabom ni.. 

Mungkin sebab baru lagi kot, tahun lepas kalau tak silap. Sebabnya kalau buat searching pasal website ni pun x ramai orang kita try. Kalau jumpa pun, dalam blog warga indonesia. Malaysia ada sorang sis ni ada baca review dia, princess yanti. 

Nah link blog sis tu, dia review psl shopping guna website kat shopback ni. Yelah, kot la kalian kata aku menipu kan, nah LINK :D




Haha rugi weh. Dengar kata, negara lain dah banyak guna cara shopping ni. Pada asalnya aku terjumpa shopback ni kat partners Airasia BigShot tu, then saja je tekan and baca description pasal company ni, konon masa tu nak kaji camner nak earn point untuk airasia selain beli ticket. Sekalii, haaa tudia.

 Jumpa kebaikan kelebihan yg ada pada website ni. 
Terus lah masa tu cepat cepat sign up, and belek belek website ni

Macam mana website ni memberi kita peluang untuk dapat saving balik duit? 

----
Nah, biar gambar berbicara ;)



Store yang ada dalam website shopback ni bayar pd shopback jika shopback berjaya, then shopback bagi jugak kepada kita sikit komisyen sebab dah guna website dia~ 
Haaa gitula kot. Tak reti nak terangkan lebih-lebih :D 



Nah ni video shopback. Tapi yang singapore punya. Hahahhaa sorry. Tak jumpa malaysia punya, main terjah je search. Yang ni je ada sesuai untuk fahamkan :)






Macam mana nak earn cashback tu? Senang je.

Dengan hanya tiga cara spt gambar diatas bagitau, untuk kita earn cashback. Tiap kali rasa nak shopping online tu, cecepat refer buka website ni dulu. Then baru klik untuk shopping dimana stores pilihan anda. Pelbagai stores famous ada dalam ni tau! (;



Categories yg ada. Lihatlah sendiri.
Nak beli apa, semua ada.
Ticket flight, outfit, barangan elektronik, pakej travel, nak book hotel pun boleh! 


Ticket flight biasanya dapat cashback sama je. 
1% aje diberi.
 Hahaaha tak kira flight mana




Komisyen yang diberi ni pun ada promo dia jugak, dia tak sama sentiasa. Tengok kat gambar atas ni

 Bahagian di bulat merah tuu. Haa kalau kalian berniat nak tidur hotel mahal mahal, macam JW Marriot, Shangrila, lagi apa lagi hotel mewah.. Haa tengoklaa dia bagi cashback RM 56! Tinggi kot.


 Padanlah dia bayar mahal, sebab tengok lah satu malam dah berapa kan. Tapi still berbaloi, sebab dapat simpan balik. Hahaha kalau aku nak merasa sangat, satu malam je rasanya. Tu pun cari yang harga paling bajet kot :(


--------

Haritu masa baru sign up kan, kebetulan shopback tengah promo Booking.com boleh dapat cashback sehingga RM 60. Masa tu mmg suka guna booking.com je kalau book hotel nak pergi mana-mana. Senang kira sikit.hehe. 
Pay later, free cancellation kata dia
(tak semua hotel jugak)


Sekarang, dalam 6% je. Tapi 6% je pun, kalau dikumpul, dua tiga kali beli online dah boleh cashout. Hahahaha okay excited sangat. Kalau expedia tinggi jugak komisyen, dapatla 8% berbanding booking.com, hotels.com. 

---- Agoda pun boleh tahan, RM 30 cashback tapi dengan syarat hotel RM 220 ke atas.. Kalau yang biasa2 je dalam 5% je rasa cashback diberi.. Haha
Kalau lazada pulak, adakala 12%,10%
Kalau guna apps dia up sikit biasanya
Zalora pun lebih kurang tu. 
Tapi bawah lagi kot
Groupon pun 10% macam tu

Tolongla, harap aku tak taip panjang sangat entry ni, risau takut membebel panjang tapi orang tak paham :( 

Bayangkan, jimat dan berbaloi kot. Rasa macam wow.. Yelah bilik hotel tu, kami book yang 1 malam RM90 macam tu je. Tapi dapat komisyen dari shopback banyak. 
Yelah yelahh, nah buktinya


Tiap transactions, news, kalau ada promotions akan dihantar ke email kita yang kita guna utk sign up tu. 
So pastikan email kalian guna tu memang active k. 

Ni dalam history, kita dah beli apa. 
Berapa komisyen yg dapat. Boleh klik kat gambar untuk lihat lebih jelas ;)


Selama ni keluar duit semata-mata, dan nak kumpul balik punyalah susah kan. Haha
Untuk pengetahuan, ada lebih 500+ stores kat dalam shopback ni. 

Go shop pun ada !


Email promotion dari shopback

Account den. Haa, jangan lupa kalian punya details. Isi lengkap!



Dengan cara ni bolehla start menabung dan belanja dgn bijak! ;) 

Okay sebenarnya ada nak story sikit bagi clear lagi,

Pembelian diatas ni, hanyalah dapat time kalian bebetul dah buat pembayaran. Alah, contohnya beli barang kat lazada atau zalora via shopback, then guna method cash on delivery. 

After bayar tu, barulah cashback tu masuk ke account kita. Barulah dikira. Kalian kena pandai tengokla kat situ dan buat kajian sikit. Lain stores, lain syarat dia tau. Ada yang kejap je 1 days je dah masuk. Ada yang seminggu baru masuk.

Contoh macam ni la ; haa senang tengok gambar jelah. Hahahaha 
----

Booking.com, within 2 days cashback baru masuk. Berapa dapat? 
Contohnya dapat RM 6. Haa lepas dua hari baru consider masuk, lepas check out dari hotel tu. Haa gitula


Bagi lazada pulak, ada dua kalau perasan nanti masa bukak website shopback ni. 
Ada satu yang kalau kita guna apps kat phone(komisyen berbeza biasanya lagi tinggi cashback) 
Ada lagi satu via biasa je tanpa apps kat phone. Dua ni menjanjikan komisyen berlainan tau.. Ni semua hasil kajian telah dibuat :D



-- macam semalam baru beli wardrobe king size nak letak baju. Murah je kat lazada. RM 49. Dia bagi cashback RM 5.27. 
Komisyen ni tak selalu rm 5 je, ada time kena molek dia bagi RM 10 lah. Tengok atas berapa total pembelian kita tulahh. 
Kalau sikit, dapatla sikit. 

Macam aku ni, memang sikit je belinya. Saje je gempak sikit cerita bagi excited kat kalian. 


Aku tahu, kalian mesti lagi kuat shopping ni, sebab tu lah rasa nak sangat share benda bermanfaat ni, kena sangatlah dengan era globalisasi serba mahal semua benda


 Huhu -_-" 


Yelah, rugi kot kalau tak guna benda dah terhidang depan mata. Tak payah bayar pun nak sign up. Hanya tinggal nak shopping and guna via shopback, you get cashback.

Apa lagi entah nak cerita sini. Haritu pernah jugak, terbeli ticket flight pastu tepuk dahi sebab lupa nak masuk kat shopback dulu. Hahaaha :D
Geram je rasa.. Even hanya 1% cashback je kalau flight ticket, tapi rasa arghh rugi.. Bukan aku shopping banyak pun, shopping benda penting je..dan yang pasti bukan benda mahal pun 


Baru sebulan lebih guna, tapi baru berapa je beli. Rasa lepas ni, tiapkali nak beli barang online memang nak alert and bookmarks, refer sini dulu. Barulah senang hati. 
Tak lah rasa macam haih membazir ke apa kan





Ni about cashout, minimum RM 10 terkumpul dah boleh keluarkan, tapi yang aku punya tak keluarkan lagi.  Saja nak biar banyak sikit, baru cashout :D



Dah cukup panjang rasanya penerangan,
Kalau tak faham tolonglah tanya. Tolonglah email bagi yang strangers. Boleh je tanya, jangan takut.. Tak makan orang pun. 
Boleh tinggal jejak di chatbox jugak





Nah pi sign up cepat dan dapatkan bonus RM 10! 
RM 5 bonus sign up, RM 5 another when you make purchase (:

Link :

Kalau tak percaya lagi, boleh pergi buat research sendiri pulak. Kat google, youtube

------


 Penat dah menaip ni haa, sorry sangat kalau jalan cerita berterabur. Sebenarnya bukan mudah nak menulis kalau tak feel bebetul, haha. Tapi bila dah feel, selalunya banyak merepek pulak. 


Maaf ya. Kbaii, jumpa lagi. Harap ada manfaat entry kali ni. 

Seriously, must try guna shopback ni.. Takde kesalahan undang undang pun 

Salam, and thank you so much for reading this entry!  :D 


UPDATE : ENTRI BARU SAYA DAPAT HASIL DARI SHOPBACK.

KLIK BACA SINI 

You May Also Like

0 comments