Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Sunday, 17 September 2017

Akhlak Remaja Makin Tenat : susulan kes tahfiz terbakar

September 17, 2017 16 Comments
Assalamualaikum..

Seperti mana yang anda semua sudah tahu
Heboh diperkatakan kes Maahad Tahfiz terbakar dan lebih 20 orang maut

Pada awalnya husniey membaca berita ni memang rasa terkejut, ramainya yang terkorban.. Terbayang juga bagaimana ia mula berlaku (dari api kecil, hinggalah besar) 

Cepat betul api merebak..

Tak lama selepas itu, media mula mendedahkan bahawa kebakaran bukan punca dari litar pintas.. Ada unsur khianat..

Masa tu juga sekaligus terkeluar pasal isu misteri tong gas yang ada..

Dalam kepala ni duk beranggapan yang buat kerja ni orang dewasa yang gagah, sebabnya gigih kot angkat dua tong gas ke tingkat 3 (asrama pelajar)

Lepas tu semalam mula tersebar video rakaman cctv ada lelaki panjat pagar, menunjukkan fizikalnya macam masih budak belasan tahun

Terbaca juga komen dari netizen menyatakan "mungkin itu budak budak asrama yang fly nak keluar pergi makan.."
Husniey pun fikir macam tu pada mulanya..

Sekali sangkaan husniey itu meleset,
rupanya merekalah suspek.
Sungguh tak ku sangka tak ku duga,  
suspek berumur belasan tahun dan ramai juga rupanya yang terlibat

Allahu. Angkara dendam diejek, beberapa orang remaja ni bertindak untuk membakar asrama tahfiz tu.. Agaknya mereka merasa puas dan berbangga ke melakukan perkara itu..??

Melibatkan banyak nyawa terkorban.. 
Sungguh sayu hati ni bila dapat tahu realiti kes ini
Pahit benar

Semoga mereka semua diberi hukuman setimpal.. Semoga ibu bapa diluar sana mengambil iktibar.. Didiklah anak anak dengan agama, dan akhlak yang baik (positif).. Biarlah menangis kerana bersusah payah didik anak menjadi orang yang baik, daripada menangis kemudian hari.. 

Dah terlambat nak lentur bila dah jadi 'buluh' 

Ya memanglah tiap manusia itu boleh berubah.. Baik ke buruk, buruk ke arah lebih baik.. Tapi sikit sebanyak agak susah

Mungkin ada antara ibu bapa yang sudah sehabis daya cuba mendidik anak mereka, namun anak tetap nakal dan ikut pengaruh kawan kawan..

Husniey percaya tiada ibu bapa yang mahukan anaknya jadi jahat.. 

Ini lah kehidupan, kita diuji dengan apa yang kita miliki..

Ada yang diuji dengan kemiskinan harta, ada yang diuji dengan kekayaan sehingga lupa diri dan pasangan.. Lalu memilih untuk curang..  Ada yang diuji dengan cacian orang sekeliling kerana tidak punya zuriat sepanjang perkahwinan, ada yang diuji dengan hutang keliling pinggang

Dan tidak kurang yang diuji dengan hadapi masalah akhlak anak anak yang sedang meningkat dewasa..


Jangan lupa kita juga sedang diuji..
Mungkin saja belum tersedar dari lamunan mimpi..

Jaga kata kata
Jaga akhlak

Moga yang baik baik saja untuk kita
Doa yang baik baik



Innalilah wainnailaihi rajiun..
Dari Dia kita datang kepadaNya kita kembali

Al Fatihah buat pelajar tahfiz yang terkorban
Kalian pasti sedang berbahagia di syurga 😭


Hikmah dari kes ini 
Dari kes ini, ada hikmah besar dan telah membuka mata dan minda orang ramai.. 




Status husniey di facebook



Semoga remaja yang terlibat sempat bertaubat dan diberikan petunjuk oleh Allah..


Thursday, 14 September 2017

Blogger Pantai Timur

September 14, 2017 11 Comments

Assalamualaikum,

Semoga sihat anda semuanya

Akhirnya husniey ada join juga group aka team blogger..
Sebelum ni ada juga mencari group sebegini untuk mengenali lebih ramai rakan blogger tapi macam susah je nak jumpa..


Kebetulan , haritu terbaca status sis Hawa
kat facebook rasa berminat pulak nak join


Alhamdulilah riuh meriah jugaklah group..
Setakat harini ahli group baru sahaja 20 orang..

Jika berminat nak join boleh menghantar nombor anda di email husniey

husnieyg@gmail.com


Nanti husniey masukkan dalam group whatsapp ye


Btw, di kesempatan ini nak ucapkan terima kasih pada sis Hawa kerana telah wujudkan team ini..

Moga lebih ramai kenalan baru,
moga lebih banyak ilmu dan perkongsian yang bermanfaat..
Aaminn




Mana yang rasa nak tambah kenalan, boleh follow mereka ni :

http://www.sisgee.com/
http://www.sishawa.com/
https://robiahtul.blogspot.my/
http://norminieza.blogspot.my/
http://www.pokucu.com/
http://starlavenderluna.blogspot.my/
http://ajussix.blogspot.my/
http://akukaudansesuatu.blogspot.my/
http://www.shalimaryusof.com/
http://masturanasarudin.blogspot.com/
http://www.zukidin.com/
http://renex89.blogspot.my/



Monday, 11 September 2017

Rezeki Suami Berkait dengan Isteri?

September 11, 2017 5 Comments





Perkongsian dari facebook Ustaz Ebit Lew



"Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang.. Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..? 

Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih..

Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang. Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya. Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. 
Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin...
Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut.
Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan...ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita...

Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas.
Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang...maafkan saya...

Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..

Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer...ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini.
Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah..

Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah...

Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya...

Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga..

Sebagai suami yang baik. Bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.

Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga.

Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat. Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi..

Selamat Hari Raya Idul Adha. Ya Allah terimalah kami semua jadi daie dan jadi matahari hidayah-ebit lew"




Semoga bermanfaat buat semua..

Thursday, 7 September 2017

Aidiladha 2017

September 07, 2017 6 Comments

Assalamualaikum

Semoga sihat walafiat anda semua


Cerita Aidiladha kali ni biasa biasa je, cuma nak juga diabadikan disini
Pagi raya menu husniey Nasi Lemak sambal udang je

simple dish di pagi raya (pagi tu masih di Kuala Terengganu)



Petang Aidiladha pertama Husniey dan suami pulang ke kampung husniey di Kerteh (belah ayah), dah lama betul tak berkumpul bermalam di kampung bersama saudara mara, sepupu2

Memang jarang balik, sebab nenek dan atuk dah tak ada.. Tinggal rumah jelah,
pak saudara je ada duk dalam kampung tu juga.. Balik masa cuti sekolah jela tu pun kadang tak cukup korum jugak.  Yelah ada yang jauh, ada yang cuti tak sama



with sepupu cilik :)
yang husniey dukung tu Engku Zahran namanya, demam tu yang manja sangat~


Sepupu. Cheku Ayudia with Engku Zarif.. so sweet kan, kecik kecik dah pandai ~ :P


Kali ni semua balik, yang jauh yang dekat..
Adik beradik ayah ada 10 orang, tu pun tak termasuk lagi adik beradik dengan mak lain
Agak ramai jugakla

Hari raya kedua, mak saudara pakat buat kenduri tahlil ringkas untuk yang telah pergi.
Rumah ni pun dah bertahun tak buat kenduri.. πŸ˜…

Meriahla, riuh rendah je suasana
Lagi lagi bila masing masing duk menyakat bergurau senda
kenangkan zaman silam (zaman nakal Husniey dan sepupu2 dulu kala) Hahaha πŸ˜‚


Perkara yang best bila di kampung :

Malam pertama duk prepare untuk kenduri esoknya.
Kami gotong royong je, tak guna khidmat katering pun..
Orang kampung kan, kenduri kahwin pun gitulah semuanya pakat saudara mara je tolong πŸ‘


Malam tu
Husniey ditugaskan masak mee goreng basah, banyak jugakla dekat 8 bungkus, haha masin sikitt.
Ala maklum sajalah air tangan orang muda ni, haha ada je kekurangan πŸ˜‚



Tidur bersepah (takde lah sepah sangat, tidur bersama family masing masing tapi kat ruang tamu beramai ramai, kenangan terindah.
Bilik tidur dah banyak, ada 5 tapi tetap tak muat.. Ada 8 keluarga.. Huhu
Bilik cuma jadi tempat letak beg baju,
tempat persalinan je

Tidur di kampung,  yang syoknya tengah malam ke pagi suasana sejuk..
Macam pasang aircond.. Haaa ni yang best.. Kalau duk umah batu, mak aihh panas sangat kalau malam.. tapi bila tidur di kampung berbeza 😍


Pagi 2 September


Preparation untuk kenduri lepas zohor

Orang kuat, my auntie Cik Ngah 


Ni best kalau duduk di dapur masa preparation untuk kenduri,
dapat merasa ratah ayam haha :P


Jering : kait kat pokok di laman rumah je.. Dapat satu besen.. Rezeki orang ramai 


Menu kenduri : Gulai daging, Ayam goreng berempah, sayur kubis goreng, ulam petai dan jering, ikan masin, sambal belacan



Tengahari tu, pak saudara Husniey panjat pokok kelapa kat laman belakang rumah
Dapatlah merasa air kelapa muda, freshh!




Kenduri berlangsung lepas zohor, tahlil ringkas aje

makan makan dekat laman rumah :)


Lepas siap makan makan, duk bersembang sembang di laman rumah dekat wakaf
sedap betul layan angin sepoi sepoi bahasa 




Ular masuk kat dapur, pastu riuh orang perempuan kat dapur duk jerit huhu

Ular lidi je ni 



Siap kemas semua, kami pi mandi sungai!

Riuh rendah laa sepupu sepupuku
bukan selalu dapat peluang macam ni kan


Penuh satu van ~ Haha

Great time together ~ 



Haha gelak sakan yang belakang tu, adik bongsu husniey ~


Masa ni semangat duk ajak semua turun, sebenarnya air agak dalam dekat atas dada 
Arus sungai pun agak deras tapi sebab ramai ramai kan kemain jadi berani, hahaa 



Paras air belah sini okay, belah tepi memula nak turun tu agak dalam 


Lepas mandi sungai badan semua dah gatal gatal, haha 




Kelakar gambar ni, suami husniey tak perasan dia tidur pegang tedybear sape ntah 
Hahah pastu ada paparazi pulak ambil gambar 




Alhamdulilah semoga yang terbina ni antara kenangan yang terindah yang pernah ada.
Mula rindu dah ni, setahun berapa kali je dapat peluang berkumpul macam ni.
Lepas ni kena plan elok elok balik sesekali pergi berkelah kat air terjun pulak..

Dah lama tak gi berkelah bersama 😊



Thank you for reading this entry

Thursday, 31 August 2017

Ke Japan lah Kita Part 1

August 31, 2017 11 Comments

🌸 Hari Pertama : Perjalanan ke Osaka Japan




Assalamu'alaikum.. Konnichiwa!

Husniey cuba ringkaskan cerita ke Japan ni, walau hakikatnya banyak je nak kongsikan cerita :D



Tiket ke Osaka Japan dari KLIA2 

  • RM 862 (Tiket pergi 2 person KLIA2 - Osaka)
  • RM 1,216 (Tiket balik : 2 person include meal : Nasi Minyak, Nasi Lemak, mineral water)

Jumlah untuk tiket penerbangan Airasia pergi dan balik ke Japan (2 orang)  : 


RM 2078 = RM 1,035 macam tu per sorang

ikut currency rate tiket masa tu.
Sebab di Airasia diletakkan harga dalam rate Japanese Yen ¥

Tiket ni husniey beli agak last minute jugak 1 bulan lebih sebelum travel date ^^
so rasanya harga standard lah, kalau mahal pun seratus dua kot 




Hari Pertama 21 June 2017 : 

KLIA 2
Sebelum bertolak dari KLIA2 ke Osaka Japan,
husniey bergerak dari Kuala Terengganu menaiki flight ke KLIA2 jam 9.20 pm, 20 June




Malam tu sesambil tunggu flight pagi esok
duk makan, tidur jelah. Bangun sahur dan solat subuh di airport.



Sahur, nasi lemak kfc 

Departure Gate 



Bertolak dari KLIA 2, jam 8.15 am
Perjalanan ke Osaka memakan masa lebih kurang 6 jam 1/2.
Alhamdulillah, okay je naik AirasiaX.
Best juga. Ramai penumpang ke Osaka pada tarikh ini, mungkin mereka semua bercuti panjang sempena Hari Raya Aidilfitri.. Chinese ramai


full seat ~ 


Flight was okay. Alhamdulillah tak ada gegaran teruk berlaku.
Pilot yang memandu tu memang terbaiklah

Husniey sebenarnya takut pada ketinggian, tapi nak juga lawan perasaan takut dan gayat tu.. Alhamdulillah lama - lama dah okay, perasaan gementar tu hilang.. Kena banyakkan beristighfar, positif kan minda. Tidur je dalam perjalanan. (*tips hilangkan gementar* hihi)


Kansai, Osaka Japan 🌷


Ini kali pertama travel (jauh) dalam bulan Ramadhan pulak tu 😊
Tiba di Osaka (Kansai Airport) jam 3.30 pm waktu sana
Beza masa cuma 1 jam dari Malaysia.
Untuk pengetahuan kalian, di Japan pada bulan Jun ialah musim panas
Lebih kurang macam cuaca di Malaysia tapi ada angin sejuk jugaklah sikit


Waktu Jepun, cepat satu jam je dari Malaysia
Urusan di airport, dalam 30 hingga 45 minit.
Kalau tak nak lama urusan di airport, bawalah beg galas je.
Banyak kelebihannya travel bawa backpack je ni πŸ˜‚ (untuk tips ni Husniey dah buat eksperimen sendiri, berkesan..dan betul, memang cepat je urusan di airport)

Dalam pukul 5 pm, keluar dari airport terus nampak stesen keretapi..
Masa ni pening jugaklah, dekat setengah jam duk pusing situ cuba nak faham peta,
nak kena tahu perlu naik train apa.. Destinasi ke mana..

Nota : Di Japan ada banyak jenis train. Contoh anda nak ke Osaka (Umeda area), haa nak ke satu destinasi tu, ada banyak pilihan train, ada yang mahal ada yang murah..  πŸ˜‚

Fakta : Train mahal = makin laju
Untuk kemudahan, dan lebih murah cari train jenis JR..
Japan Rail. Fahamkan route JR line.
Kemana aje pun cover..
Harga sederhana, normal rate..

Train yang jenis Shinkansen (bullet train) tak payahlaa.. Memang mahal.. 
Tapi kalau nak merasa tak salah pun, terpulang
Ingat ye, kalau mahal sekalipun tapi berpatutanlah dia punya kelajuan tu sepantas kilat..
Macam Husniey pula, bajet tak banyak sangat tu yang berhati hati nak pilih jenis pengangkutan

Proceed . . .

Alhamdulilah, tanpa menunggu dan 'berharap bulan akan jatuh ke riba',
kami laki bini bertindak cepat dan cuba bertanyakan info di kaunter
Ramai yang ke office JR tu untuk beli pass pengangkutan train

kaunter tiket yang boleh kita beli sendiri tiket train ^^
Office JR untuk beli pass pengangkutan bersebelahan kaunter ini 


Haa ginilah rupenyaa mesin tiket tu, ada pilihan bahasa inggeris
Jangan risau :)


Study map tak berapa nak faham, haha
banyak sangat lane




Tak semua tempat yang ada dalam pass tu husniey nak pergi

Pass ni ada banyak : Untuk perjalanan sehari, dua hari, seminggu pun ada unlimited (untuk guna train/subway/bas di tempat tempat yang tertentu sahaja)

Nanti akan diberi kad, so tak perlu dah bayar atau beli tiket train
tiap kali nak naik train tu just swipe je..

Saja je kami nak merasai pengalaman membeli tiket train di Jepun.
Kalau jalan jalan di KL,
Husniey dan suami banyak naik pengangkutan awam. Senang jimat kos tol dan minyak. Haha memang suka jalan kaki, tak sedar dah pusing satu bandar πŸ˜‚


Dari Kansai Airport, naik train jam 5.30 pm menuju ke Tennoji station 
(guna train jenis JR Harga = 1,060¥). 
Beli tiket train direct di mesin..

Duit tak payah risau kalau anda tak ada note yang bernilai kecil.
Husniey guna je note besar
10K yen beli tiket yang berharga 1,060yen



ni contoh tiket yang akan dapat kalau beli guna mesin tu memang takkan faham sebab in Japanese langguage,  haha 
tapi ade lah jugak nama stesen, so buat buat faham jela

Balance duit tetap dapat balik
So tak pening dah, duit nilai besar tak perlu dah nak kena tukar dekat kaunter untuk beli tiket. Pengalaman naik pengangkutan awam di KL begitulah, kena tukar duit kecil dulu baru boleh beli tiket. Hahah ingatkan kat Jepun pun begitu. Padahal tak payah risau pun, guna je walaupun duit bernilai besar.. ❤πŸ‘


Memang best pengalaman pertama disini. Amazing!


*JR : Japan Rail
* Tiket JR ke Tennoji 1,060 yen / pax =
RM 40.83

Semasa nak masuk gate tu perhatikan semua tanda arah,  kadangkala gate menuju ke arah keretapi yang lain.  
Agak pening,  kalau tak faham tanya je orang awam dengan menyatakan destinasi anda ke stesen mana

Dalam perjalanan menaiki train semasa dah keluar dari Kansai airport, subhanaAllah permandangan disini sangat memukau! Perjalanan dari airport ke bandar Osaka, hampir satu jam.


Untuk pengetahuan anda.
Airport ini di atas laut, train lalu di atas jambatan, yang bawahnya laut..
Boleh bayangkan tak? Cantik dan unik sangat.. 😍

video di Youtube Husniey, masa 1st time merasa train Japan, keluar dari Kansai Airport. 


Tiba di stesen Tennoji, husniey dan suami beli tiket train yang baru untuk ke Temma station (area guesthouse).
Kena pilih Osaka Loop Line (warna pink line ni) tujuan ke Temma Station.
Kos 180 yen / seorang
Kos rate semasa * 180 yen = RM 6.83

Stesen yang berdekatan dengan 1st guesthouse, ada satu lagi JR Sakuranomiya station


Bangunan coklat 


Guesthouse pertama terletak di area Kita ku,
(dekat dengan Umeda, Museum and living.. Pasar tenjinbashi
Jalan kaki sekitar 10 minit dari stesen kereta api untuk ke rumah.
Boleh baca pasal Guesthouse disini

Orang di Jepun ni,
Alhamdulillah setakat ni jumpa orang baik baik.Tanya je soalan, pasti mereka cuba nak bantu tanpa berfikir lama. Mereka ni nampak muka memang tegas tapi bila disapa untuk bertanya arah, mereka selalu tunduk kepala (tanda hormat), senyum serta berikan penerangan dengan baik dan bersungguh. Kagum betul! 😍

Memang ramai tak arif untuk komunikasi dalam bahasa Inggeris, tapi mereka berusaha nak membantu

7 pm tiba di Guesthouse.. Check in guesthouse..
Self check in je, bukan macam duk hotel ada receptionist..
Cantik kawasan ni.. Tenang sungguh tak crowded. Masuk maghrib, berbuka puasa ala kadar




Malam pula, kami jalan jalan keluar beli makanan dan minuman


Sini banyak betul parking basikal.
Orang sini kebanyakannya naik basikal je, dah macam naik motor je bawa basikal tu. Laju. Cekap. Hihi πŸ˜‚




NOTA PENTING berkaitan entri ni :

Ketahui destinasi anda, dan buat kajian sedikit tentang stesen yang perlu dituju dari awal lagi.
Guna Google Map je. Penting juga buat Itinerary. Buat ringkas je, asal nampak jadual.
Google maps tu memang tepat, dan mudah nanti nak bajet kos

Contohnya : Menaiki stesen keretapi ke tempat menarik (from Osaka Centre to Dotonbori)

Anda boleh lihat terus kos yang perlu dibayar.. di bawah sekali di Google Maps..
Harga memang sama, semasa dibeli di mesin tiket.. Kalau lain harga tu, mungkin anda terbeli tiket train yang berbeza 😊


Jangan malu bertanya orang awam jika tak faham atau tak tahu arah yang hendak dituju

Jangan buat bising bersembang rancak di dalam train. Phone vibrate je. Orang Japan,  walaupun train padat mereka tak buat bising dalam train 😬

Internet penting sangat.  Senang nak cari info tentang train, directions.
Kami sewa pocket wifi dengan HIS Travel
RM 15/day. Total RM 90 sahaja
Tak perlu deposit pun.
Pocket wi-fi ni di poskan ke rumah, beberapa hari sebelum anda travel.

Husniey nasihatkan cuba masuk group yang berkaitan dengan destinasi anda nak pergi ni.
Contoh kalau nak ke Japan ni : masuk group Road to Japan di facebook. Pelbagai info menarik disitu. Boleh study route, rancang perjalanan, perkara yang tak boleh dibuat bila berada di Japan. Ketahui budaya mereka. Contoh pasal kebersihan, adab mereka yang saling menghormati antara satu sama lain. Husniey dah masuk group ni dah beberapa bulan dari awal tahun 2017 ni lagi, hehee

Kita masuk tempat orang, kenalah tahu sikit sebanyak budaya negara orang kan
Jangan main hentam je.. 😊

Nah husniey belanja video Day 1 di Osaka 
🌸


Sekian entri kali ini, tunggu sambungan entri tempat yang husniey lawati di Osaka.  Tak banyak pun tempat2 kami pergi tapi pengalaman tu membezakan..


Moga ada manfaat tuk kalian yang merancang nak ke Japan
Sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah ya 😊 

Sunday, 20 August 2017

Blog bertukar baju lagi ^_^

August 20, 2017 16 Comments

Assalamualaikum. .

Sempena 20 Ogos 2017 ni (birthday husniey) duk godeh tengok template kat blog

Sekali rasa nak tukar, memang jenis suka tengok wajah baru..

Pastu cubalah duk customize,  sebenarnya tak berapa pandai pun editing blog ni..
Basic bolehlaa sikit sikit, itu pun banyak cuba sendiri je..  Haha ^_^

Jom kita tengok :



Ini mobile view je,  husniey suka header ni..
Memang asal template gini dah



Untuk tengok sidebar kena tekan kat tepi belah atas tu 

Husniey cuba menyusun sendiri sidebar 
tak tahulah okay ke tak πŸ˜‚



Ini Label,  ade bahagian setting colour masa Edit Template. Husniey main agak je colour yang nak dipadankan tu πŸ˜„





Macam mana okay tak template ni? 

Husniey suka, sebab nampak kemas..  
Tak berselerak sangat 😁

Kalau rakan rakan blogger ada cadangan dan teguran dialukan..  
Suka nak tahu. hehe

SNAP WIDGET

Booking.com