Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Monday, 16 January 2017

Diari 13, 14 Jan 🌸

Hai Assalamualaikum,

Maaf la sibuk sikit minggu ni,
haha padahal tak lah sibuk mana
Ada jugak jenguk kejap je blog ni, nanti saya jalan jalan kat blog korang.
Jangan risau, pasti saya tinggal jejakπŸ˜‰



🌸 JUMAAT, 13 JAN 🌸


Balik ke kampung saya Kemaman, 
bertolak dari Kuala Terengganu pagi dalam pukul 11.30 pukul 1pm berhenti singgah di Masjid Pulau Serai, suami solat jumaat. 


Nota : Waktu Mustajab doa di Hari Jumaat 
πŸƒ Di Antara Dua Khutbah Jumaat 
πŸƒWaktu Dari Imam Mulai Duduk - Selesai Solat Jumaat


Selepas selesai suami solat jumaat kami pun teruskan perjalanan ke kampung, 
ada kenduri akikah dan cukur jambul anak kepada sepupu saya. Huhu 



Berseleralah makan nasi lauk pauk kenduri kat kampung sedap weh, dimasak gotong royong pulak tu kan, menu kenduri : Gulai kambing, ayam masak merah pedas manis gituu. Fuhh memang jadi lah lauk gitu. Hehehe
Tak sempat nak snap gambar lauk pauk pun, hahaa

Adik paling bongsu, dah besar dah. 
Tingkatan 4 tahun ini 😁

Dah selesai hadiri kenduri, bergerak ke rumah mak saudara pulak.. Pun melawat kelahiran baru.. Sepupu baru saya, Zahran namanya.
Baru 7 hari melihat dunia. 

Bijak ni, mata dah pandai nak intai keadaan sekeliling. Biasanya baby baru lahir banyak tidur je, hehe


Semua dah beranak pinak, beranak dua tiga. Yang seangkatan kahwin tahun sama dengan saya tahun 2014. Saya je belum ada rezeki melahirkan zuriat. Mohon doakan ada rezeki kami tahun ni, dah dua kali lekat tapi belum rezeki melahirkan😊

Malam tu, balik rumah mok. Mok uli dough nak buat roti. Roti benggali kata ayah, tak tahu laa betul ke tak namanya gitu. Lama dah mok tak buat roti ni. Saya tukang goreng je, haaha

Roti ni kena goreng minyak panas panas baru naik bubble tu


Sedap gila cicah dengan kuah gulai atau sambal masak merah 😍😍



🌸 SABTU, 14 JAN 🌸

Pagi tu ingat nak ke kebun tolong mak ayah di kebun, sekalii lepas subuh terlena balik. Haduii. 
Kemas umah mok, saya masak memasak makan tengahari.
Petang, lepas zohor dah pack barang, pukul 3.45pm macam tu kami bertolak balik. Suami cuti tak lama pun nanti minggu depan nak cuti lagi ni. Hehe 
πŸ˜‚ πŸ˜‚

Perjalanan diteruskan tiba di daerah Dungun, kami beli ayam golek sebelum kawasan Bukit Bauk. 


Ya Allah nyesal beli yang half je , sedap sangat!
RM 11 aje siap ada gravy untuk makan cicah dengan ayam tu. Biasanya ayam golek ni kita akan jumpa masa bulan puasa je kat bazaar, tapi di Dungun ni memang ada dua tiga tempat jual ayam golek. Dah macam makanan yang famous di sini. Hehe 



Lepas dah beli ayam golek, singgah solat asar di Shell Dungun. Lepas tu apa lagi kami pun cari pantai lah nak makan ayam golek dah beli tuu. Heee πŸ˜‚


Singgah pantai Teluk Bidara ❤


Dah kenyang makan, terus menuju untuk balik ke Kuala Terengganu. 


Maghrib tiba kami singgah di Masjid Terapung, Kuala Ibai 



Malam pula singgah kejap di rumah sepupu, sejak dia pindah sini tak berkesempatan nak jenguk lagi. Tak ada dalam rancangan pun, alang alang suami cuti haritu, hari lain susah dah. Nak balik umah terus, masih awal lagi. Hehehe


Boleh juga melepaskan rasa tak keruan dihati, hilang sikit rasa sunyi ni bila tengok gelagat anak anak comel ni 


Farah lengan macam roti bun, 
hehehe ~ 



Anak anak ❤






.
.
.


Anak orang la πŸ˜‚




kbaii, sekian. 

Koleksi video pada haritu, ada banyak mode timelapse je πŸ˜‚

I love editing videos ! 



Jemputlah subscribe my channel on youtube :
πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Link πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡




INSTAGRAM : 


No comments:

Post a Comment

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

SNAP WIDGET

Booking.com