Tuesday, 3 January 2017

❤ Info Pulau Pulau Terengganu ❤





PULAU REDANG

      📌 Terletak di dalam daerah Setiu anda boleh ke Pulau Redang dengan menaiki feri di Jeti Shahbandar, Kuala Terengganu.. Perjalanan dari Jeti Shahbandar ke Pulau Redang ambil masa 1 jam 30 minit..


📌Juga boleh menaiki bot laju di Jeti Merang Setiu, 40 minit perjalanan ke Pulau Redang.

📌 Jeti ke Pulau Redang ni ada dua. Jika anda deal dengan agensi perlancongan, sila tanyakan di mana jeti yang anda harus tuju. Ini wajib tahu jika anda memang nak ke Pulau Redang, Terengganu. Nanti kan tak pasal tersalah tujuan

✅Pulau Redang ni jauh, pulau paling jauh di Terengganu (jauh dari darat dan bandar).
Tapi antara pulau yang sangat cantik di negeri ni.

📌Tempat letak kereta turut disediakan di Jeti Shahbandar

❤Aktiviti di pulau yang menarik :
 Snorkeling di marine park, mandi manda di Long Beach. Berjalan - jalan di sekitar pulau.


Baca honeymoon ke Pulau Redang 2014 : LINK 


PULAU PERHENTIAN 


✅ Pulau Perhentian ni terbahagi kepada dua pulau, Perhentian Kecil dan Perhentian Besar. Terletak di daerah Besut, Terengganu. Jika anda ke sini menaiki kapal terbang, dinasihatkan turun di Kota Bharu, lebih dekat.

📌 Jangan beli flight ticket turun di Kuala Terengganu kerana jarak lebih jauh. Jika memandu pula anda hanya perlu terus menuju ke Jeti Kuala Besut.

✅ Tempat letak kereta berbayar yang selamat turut disediakan di kawasan jeti. Tak silap saya RM 10 sehari.

✅ Perjalanan menaiki bot untuk ke Pulau Perhentian mengambil masa 40 minit lebih.

Ini yang saya risau. Haha sebab saya ni seram tengok gelora air laut yang luas dan gelap tu. 
Tapi semasa saya pergi tu alhamdulilah ketakutan saya itu dapat diatasi. Haha melompat lompat atas bot, awal tu saya berdebar tapi lama lama saya cuba bertenang dan hayati saja hentakan bot di atas laut tu. Hehe nasiblaa boatman tu tak merempit laju sangat 😂 😂 😂




📌Nama pun perhentian kecil, jadi bezanya sedikit kecil dari saiz perhentian besar😁

✅Perhentian Kecil sesuai untuk golongan remaja, golongan 'backpackers', di pulau kecil ni lebih banyak pilihan chalet murah, dan boleh didapati dengan walk in
(jika bukan musim ramai pelancong)

✅Perhentian Besar, lebih sesuai kepada pelancong yang datang bercuti bersama keluarga dan anak-anak, resort dan chalet yang ada disini kebanyakannya lebih eksklusif.
Ada pelbagai kelengkapan dan kemudahan yang cukup dan lebih selesa bagi yang mahukan percutian yang damai dan privasi. Contohnya, semasa saya ke Perhentian Besar menginap di Arwana Resort ada kolam renang, ada kemudahan spa, restoran dan pelbagai kemudahan.



KLIK PADA GAMBAR DI ATAS UNTUK LIHAT TAWARAN HARGA TERKINI DI ARWANA RESORT PERHENTIAN

✅Apa yang best di Perhentian Besar? Permandangannya sangat cantik. Pantai di pulaunya yang landai. Sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Ini koleksi gambar saya semasa ke sana Ogos 2016.





✅Menariknya pulau perhentian dari pulau yang lain, pelancong boleh menyeberang dari pulau tu untuk ke tempat yang anda ingin lihat dan terokai dengan menaiki bot yang disediakan. Ia dipanggil bot teksi. 

Harga ikut jarak. Makin jauh jarak nak pergi makin mahal. Pada saya, alang alang anda ke sana, ada bajet lebih bolehla melawat tempat menarik disana. Contoh masa saya ke sana, (tak ambil apa-apa pakej) tapi teringin nak pergi area depan resort Coral View Island resort yang terletak di pulau besar jugak, tapi jauh nak berjalan jadi nak ke situ, saya guna perkhidmatan bot teksi.

📌  Dari segi makan minum, di Pulau Perhentian lebih banyak pilihan restoran atau warung terbuka yang ada. Sebab itulah ia terkenal dikalangan pelancong asing. Mereka suka ke sana dengan sendiri, tanpa pakej. Jadi sebelum buat keputusan untuk pergi tu, ketahuilah dulu anda dalam kategori mana dan lebih berminat menginap di pulau mana.. Pada saya, pulau kecil ke besar dua dua ada pro and cons. Hehe tak kisah sangat.

Boleh baca post penuh saya mengenai percutian di Pulau Perhentian tu klik : SINI




PULAU KAPAS 


✅Pulau Kapas the nearest island to the mainland.

📌Ini pulau paling kecil di Terengganu dan terdekat dengan tanah besar. Pulau yang menjadi tumpuan kepada penduduk terdekat, atau penduduk yang jauh. Sebabnya pantai di Terengganu ni memang tak banyak pantai yang boleh mandi sesuka hati, hanya di pulau yang selamat permukaan pantai untuk mandi manda.

Walaupun Pulau Kapas ni tak jauh dari tanah besar, tapi serius saya beritahu permandangannya tetap cantik dan memukau. Clear crystal water!



✅Perjalanan dari Kuala Terengganu ke jeti Marang untuk ke Pulau Kapas, 20 minit sahaja. Dekat dengan bandar. Menaiki bot ke Pulau Kapas cuma mengambil masa 10 minit sahaja.
📌Kalau anda inginkan percutian pendek namun bermakna, boleh pergi day trip.
Saya ada buat pakej lengkap day trip sudah termasuk makan tengahari, snorkeling trip, serta termasuk bot dua hala ( jeti- pulau kapas- jeti)

Banyak aktiviti yang anda boleh buat disini.

Untuk info pelbagai pakej menarik yang ada ke Pulau Kapas boleh baca : SINI



PULAU GEMIA : 

Pulau kecil bersebelah dengan Pulau Kapas, kalau anda jenis sukakan cabaran dan berani bolehla dari Pulau Kapas ni menyeberang ke Pulau Gemia dengan berkayak. Hehe

Sini ada satu je private resort, saya berpeluang melihat pulau ni dari jauh semasa aktiviti snorkeling di Pulau Kapas.


KESIMPULAN : 

❤Pada saya pulau yang terdapat di Terengganu ni semua ada kelebihan, kecantikan  tersendiri. Tiada yang kurang pun. Cuma untuk yang baru nak berjinak untuk bercuti di Pulau, saranan saya ikut bajet anda dan pergilah. Bajet tak seberapa tapi memang teringin nak ke pulau, anda takut nak bawa anak anak naik bot ke pulau, pergi jelah yang dekat aje.

❤Kalau teringin percutian ke pulau yang cukup lengkap puas hati tapi jauh sikit, Redang atau Perhentian lah. Tapi kebanyakan pilihan pakej ke Redang agak mahal sikit. Perhentian boleh pilih untuk pergi secara 'backpack' atau nak mudah cari pilihan pakej lengkap. Bergantung pada chalet atau resort di sana juga. Tapi mahal atau murah ada pro dan cons juga. Mahal selalunya pasti resort cantik dan selesa. Banyak kemudahan.

You should know the market price. Buat kajian, dan bandingkan harga anda akan dapat jawapannya.

Lain lain pulau juga turut menarik, tapi tak sesibuk dan tak se popular tiga pulau di atas ni. Pulau Lang Tengah, Tenggol. Banyak lagi ada, tapi saya pun belum berpeluang nak ke sana.


INFO TAMBAHAN :

📌Pulau di Terengganu selalunya buka untuk operasi bermula bulan Februari - Oktober setiap tahun. November - Januari ditutup akibat musim hujan, ombak besar atau lebih dikenali musim monsun. Musim ni nelayan pun takut nak redah tau, haa gituu 😁



Okay itu saja perkongsian saya kali ini. Semoga bermanfaat ya. InsyaAllah next post will be share about Beaches in Terengganu☺☺

No comments:

Post a Comment

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak

SNAP WIDGET

Booking.com