Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Monday, 13 February 2017

Cheesy Chicken Wrap ~





Bahan - Bahan : 



✅ Mission Wrap (1 pack)
✅ Sedikit Butter
✅ Ramly Nugget. (Boleh juga nak tambah Tuna ke, Sardin, ikut selera masing masing 😂)
✅ Sayuran : Lobak merah, Salad, Timun 
✅ Mayonis
✅ CheeseDale 
✅ Sos cili (Jika suka pedas)


Cara - caranya mudah sahaja : 

1) Panaskan kuali masukkan butter, nugget tu saya potong kecil, masak bersama sayur sayuran. Ni sekadar nak buat inti ni sebati dan sayur lembut sikit. Last, jangan lupa perasakan dengan sedikit garam. 



Selingan
Saya suka bau butter bila ditumis dengan bahan bahan ni, bau je dah boleh agak rasanya, mesti sedap ni 😂

2) Kedua, siap je masak inti tu. Panaskan kuali, letakkan sedikit butter. Letak roti ready made ni.. Panaskan ia. Sekejap sahaja tau. Nanti kalau lama sangat jadi rapuh, tak boleh nak gulung.. Semasa dah masak sebelah, barulah saya letakkan cheese 😍


3) Hidangkan, dan sedia untuk dimakan. 
Roti ni cepat rasa kenyang tau, sesuai kalau rasa bosan makan nasi tu. Bolehla buat menu simple ni 😘







Saya cadangkan tambah dengan sos cili atau mayonis, serius akan rasa lebih berlemak, dan secukup rasa. Hahaa 



Itu sahaja perkongsian saya kali ni. Terima kasih baca! 

3 comments:

  1. Sedapnyaaaa. lapar pulak tengok gambar2 ni waktu malam macamni hihi

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaa tengok, kena cuba esok ni, kebetulan nak pi beli bedak,boleh cari wrap tu kat tesco,heheh.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

SNAP WIDGET

Booking.com