Thursday, 30 March 2017

Berkebun Bersama Keluarga

March 30, 2017 9 Comments

Assalamu'alaikum.
Minggu lepas 24 Mac saya balik ke kampung halaman di Kemaman


Memang selalu je balik tiap bulan ke sana.. Jumpa orang tua yang masih ada.

Balik hari Khamis, malam Jumaat.
24 Mac pagi Jumaat ke Gambang ambil adik saya, Balqis yang belajar di Matrikulasi Gambang..


Lepas suami solat Jumaat di masjid Matrikulasi bergerak balik ke Kemaman - hadiri kenduri kawan sekolah saya di Binjai Kemaman. Seronok juga jumpa kekawan lama. Dah lama tak bertemu mata. Semua dah beranak pinak. Hehe saya je belum. But it's okay.. Walaupun masih belum dikurniakan, zuriat saya bersyukur, bahagia bersama suami 😊



Semua dah kahwin dan beranak pinak, hehehe 





Next Day -- Sabtu. 25 Mac.
Ke Kebun Sawit bersama keluarga. Bersihkan kebun dan bergotong royong..
Memang ini rutin keluarga tiap kali hari minggu. Kalau anak anak tak ada kat rumah, mak ayah saya lah berdua ke sana. Mereka sangat cintakan kehijauan dan aktiviti berkebun..

Sawit ni tak lama lagi bolehla jual hasil.. Moga murah rezeki mak ayah saya. Diberi kesihatan yang baik. Saya tumpang bahagia saja. Suka tengok kesungguhan mereka dalam usahakan sesuatu yang mereka impikan 😊


Jom layan gambar  :


Penuh barang - barang, hehee

Menebang pokok :D


Saya bawak apa tu beria guna kereta labi,, hihi
Bawa batu bata je DUA BIJI
:D Beria sangat kan





LAPAR dan dahaga? Bekal telah pun dibawa, heehe


Mengopi sungguh sedap sambil layan angin sepoi sepoi kat atas bukit 




Letih juga nak jalan jalan dan bersihkan kawasan kebun sawit ni sebab tanah berbukit..
Haritu dengan harapan : moga turunlah berat saya 2,3 kilo. KahkahπŸ˜›

Meredah dua buah bukit 









Kata ayah saya pokok sawit ni tak dapat hidup dengan baik kalau ada pokok pokok lain disekelilingnya. Sebab tu kena gotong royong.. Bersihkan.. Nanti akan jadi cantik dan kemas kalau dijaga dengan baik
Ini dibelakang adik saya sawit orang lain, kan kemas tu bila dah besar
tak semak samun :d

Tengahari tiba saya beri cadangan "jom pergi berkelah dan mandi air terjun".
Haritu memang cuaca panas sangat. Rasa nak berendam dalam air je. Haha
Mak saya pun setuju ajak kemas barang, dan bergerak ke Air terjun.


Dalam perjalanan, mak saya tukar rancangan untuk ke Kebun Sepupu saya di Cheneh.
Sepupu saya ni siap bina rumah disitu. Seronoklah kawasan kebun buah buahan.

Kebun sepupu saya ni luas dan menarik. Mak saya terfikir nak ajak ke sini sebab ada anak sungai kat belakang kebun nya tu.

Kami pun memang bawa bekal makanan dari awal.. Nasi dan lauk pauk semua dah ada. Selalunya makan nasi tengahari di kebun aje. Hehe haritu pergi kebun sepupu pula makan disana.

BUDU + LADA JARUM + MAKAN DENGAN ULAM. Lauk ayam masak merah



Lepas makan tengahari. Solat zohor. Terus berjalan ke anak sungai. Dekat sangat rupanya. Dalam 200 meter je dari kebun
Bestnyaaa kalau kebun ayah saya ada anak sungai juga. Hehehe






Mulanya ingatkan dalam air anak sungai ni, sekali turun sekerat lutut je. Hehe. Air pada haritu sedikit keruh sebab malam tu hujan.
Tapi okay je sejuk gila. Kalau air jernih mesti lagi lawa dalam gambar 😍😍😍

Pasir kat dalam anak sungai ni pun mulanya saya ingat lembik.
Eh sekali pijak,
Oooh pasir kasar rupanya.. Air pun jenis air yang mengalir.. Seronoklah berendam.. hehe


Dapat kelapa muda :D yeayy

Family potrait




Ayah kata lainkali kita ke Air Terjun pula lepas balik berkebun. Tak jauh mane dah air terjun dengan kebun. Dalam 20 minit perjalanan.
Kalau balik sekali lagi dapat ke kebun satu lagi syok juga dapat kait buah, petik lada lada, kutip serai dan lain-lain :D


THROWBACK TAHUN LEPAS :



Cempedak nii sedap tahu . Harap tahun ni ada hasil lagi ~





Sekian cerita pada hari minggu baru baru ini :D

Monday, 27 March 2017

Pantai UNIK dan CANTIK di KEMAMAN, TERENGGANU

March 27, 2017 11 Comments

Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman


Gambar gambar yang saya akan tunjukkan ni dah lama.
Tahun lepas punya cerita. Tak silap bulan 9 : 2 0 1 6.
Tahun ni tak pergi lagi, belum berkesempatan punyai masa yang sesuai ~ 

Saya sendiri yang asal dan membesar di Kemaman pun 
baru 1st time pergi berkelah ke pantai ni tahun lepas :D 

Kelakar kan, orang sana tapi sebelum ni tak pernah pergi melawat pun. 
Selalu tengok kawan kawan se daerah post gambar di facebook aje,

 I'm in love with this beach!

Disebabkan permandangannya yang cantik dan unik 
saya baru teringat nak kongsikan disini

Perjalanan ke pantai ni dari bandar Kemaman ke Kijal dalam 20 minit lebih 
Kawasan nak ke pantai ni masuk ke perkampungan,



Okay nah saya belanja gambar gambar indah :

Unik kan bentuk bentuk batuan ni



Berkelah, masa ni mak ayah saya demam tak dapatlah join sekali ~


Suka ada pokok rhu banyak, boleh berteduh dan berkelah ~ 



Jalan jalan ke depan sikit bergambar disini~









Tu dia, candid :P

Kanak kanak riang sangat bila jumpa air  =p


Air pun jernih kalau musim panas  ~ 


Kalau tak silap haritu ada ternampak kat instagram ada artis pernah shooting drama kat sini jugak

Cantik kan, pantai lain pun cantik cantik juga di Kemaman ni seperti Pantai Teluk Mak Nik, Pantai Teluk Kalong, dan Pantai Kemasik. Tapi yang ni unik pada mata saya. 
Dah jadi tempat pertama kot dihati, hehe 


PESANAN : JANGAN BUANG SAMPAH MERATA KALAU BERKELAH KE TEMPAT SEPERTI INI, HANYA MENCACATKAN PERMANDANGAN SAHAJA ~ 



kbaii 


Thursday, 23 March 2017

Perjalanan dan Aktiviti Di Pangkor ~

March 23, 2017 13 Comments


❤DAY 1 ❤
Bertolak dari Kuala Terengganu 7.30 pagi, 6 MAC 2017 
Perjalanan kalau dari Kuala Terengganu, atau Kelantan destinasi ke Perak perlu melalui Kuala Besut - Pasir Puteh - Tanah Merah - Jeli - Gerik - Kuala Kangsar - Lumut

Perjalanan yang sangat panjang. Antara  paling lama roadtrip pernah dilalui. 
Sebelum ni ke utara - - Kuala Perlis nak ke Langkawi naik bas tak terasa pun waktu lama sebegini . . . πŸ˜‚

Selfie jelah buat hilang mengantuk ~ hihi


Dalam perjalanan setelah penat menaiki kawasan bukit bakau yang tinggi, yang bersimpang siur -- 
Singgah rehat di Hentian Titiwangsa, dari sini dapat tengok permandangan indah..
Angin sejuk sangat walaupun dah nak masuk waktu tengahari --


SubhanaAllah macam lukisan ~







Next stop di Kuala Kangsar dari Kangsar ke Lumut 1 Jam lebih hampir 2 jam jugaklah πŸ˜‚
Jauh sungguh perjalanan, sunyi jugalah mata dijamu hutan hutan je sekeliling. 
Masuk kat Kuala Kangsar barulah nampak ada 'life' kesibukan kota sikit. Hahaha 
Kiranya dari Gerik - Lumut hampir 3 Jam lebih jugak.. 
Kalau melalui sini diingatkan isi minyak kereta full minyak agak cepat turun bila naik turun bukit ni ~

Kami berhenti solat zohor di Masjid Kuala Kangsar



Pukul 5.30 pm tiba di Jeti Lumut. 
Buat pengetahuan kalian, Lumut ni dalam daerah Manjung, Perak. 

Tiba aje di Jeti, terus beli tiket feri.  Pukul 5.45pm feri bergerak ke Pulau Pangkor 


Jeti Lumut ~







Nice welcoming ~



Perjalanan naik feri ke Pulau Pangkor sekejap je, dalam 30 minit. Tambang feri pun murah, RM 14 SAHAJA SEORANG PERGI DAN BALIK~

 I like Pangkor! Murah murah je. Makan jelah mahal sikit. hihi biasalah tu nama pun tempat perlancongan 

Sampai kat jeti di Pulau Pangkor, -- naik teksi van berwarna pink ke Pantai Teluk Nipah RM 8 seorang.  
Perjalanan 20 minit ke Teluk Nipah 
Di Nipah ni kawasannya lebih meriah banyak pilihan kedai makan, chalet dan resort berbanding di Pasir Bogak (Pekan)



Pulau Pangkor ni kecil aje 1 jam pusing dengan motorsikal dah habis 'tawaf' satu pulau -- 
Lagi kecil, berbanding Langkawi lagi besar berkali ganda πŸ˜‰

Check in di Joe Fisherman Inn, pukul 6.40pm. Nanti kalau rajin saya review pasal penginapan 
( tak nak campur aduk entri ni, hehehe) 

Mandi solat dan rehat. 
Makan malam di Zul Corner kedai no 7 kat tepi pantai Teluk Nipah. Sedap juga makan disitu.. 

Jumlah hangus makan malam di hari pertama : RM 35 (2 pax)


Takde jalan jalan ke mana lagi hari pertama, sebab sampai pun dah lewat petang nak maghrib,
Duk ambil angin tepi pantai je. Pastu balik bilik rehat, tidur πŸ˜‚

- TAMAT DAY 1 -


❤ DAY 2 ❤ (7 MAC 2017) 
Bangun pagi. Bersiap. Sarapan pagi di kedai makan berdekatan hotel. Makan nasi lemak sambal ikan bilis 
Masa makan pagi ni kan, ada burung Enggang! 




Comel dan jinak sangat! Dekat Pangkor ni memang banyak sangat burung Enggang disini. 
Serius rasa macam uniknya Pangkor ni 







Kalau nak bawa anak-anak bercuti di Pangkor ni sangatlah sesuai. 
Mesti mereka seronok melihat suasana di Pangkor

Lepas makan pagi bergambar kat tepi pantai, jalan jalan dengan suami ❤ 
Kami pergi Island Hopping.. 2 Pulau, 4 pantai.. Kadar Island Hopping disini RM 25-30/per seorang


Seronok kan pagi pagi tengok permandangan macam ni, tenang je ~


Pantai Teluk Nipah ~

Yang pulau kat depan pantai Teluk Nipah ni, Pulau Giam namanya



ISLAND HOPPING + SNORKELING TRIP 

Seronok dengar penerangan dari boatman tentang
Monkey Bay - Pulau Mentagor - (Akan nampak lihat pelbagai bentuk batu yang seakan haiwan seperti Buaya, Ikan Paus dan lain lain) 
Semulajadi punya kejadian batu batu ni 

Dari jauh je sempat ambil gambar, hehe ~


Satu benda saya suka laut kat Pangkor ni, tak terlalu bergelora macam di pulau pulau lain pernah saya pergi :D
(PANTAI DAN LAUT DI TERENGGANU FUHH BEROMBAK DAN AGAK BERGELORA, HAHA. SAYA TETAP RASA SERAM WALAUPUN DAH BANYAK KALI NAIK BOT) 

Tenang je naik bot pergi Island Hopping di Pangkor ni, tak melompat lompat atau terhentak ~






AKTIVITI DI PULAU GIAM 
 -SNORKELING, BAGI MAKAN IKAN, REHAT-





 Kami juga turut diberi sebungkus roti untuk beri makan kat ikan. Haha seronok sangat. Ikan banyak jenis ada


Tempat berteduh ~







Yang menariknya disini, encik boatman akan tinggalkan anda di Pulau ini dan anda boleh berendam atau berehat lama lama di Pulau Giam ni sampai kejung kecut jari mandi manda! Hihi serius best dan unik sangat.. 
Perkara kedua saya suka ialah, snorkeling di Pulau ni airnya tak sedalam di pulau pulau lain. Konsepnya semua golongan boleh pilih nak mandi kat kawasan air dalam atau cetek. Kalau ke pulau lain, takde eh macam ni diberhentikan je kita kat tengah laut pastu snorkeling lah kat situ. Hahaha agak kesian bagi yang tak mahir berenang macam saya nii πŸ˜πŸ˜ 

Semasa mandi manda disini, siap ada satu keluarga ni anak dia tak nak balik. Hehee seronok sangat bermain dengan ikan πŸ˜




Masa Snorkeling ni, bawalah makanan ringan sikit, dengan air mineral kot lapar dan dahaga kan 
tapi jangan buang sampah merata ye~








PERINGATAN : Di Pulau Giam ini banyak batu batu yang tajam. Bukan batu yang tajam, tapi macam kulit siput melekat pada batu batu disitu. Ada dua tiga orang pengunjung cuai tak berhati - hati. Terkena kulit siput tu dan berdarah. Pedih juga tu. Jangan cuai, berhati hati

Ini kulit siput yang saya maksudkan itu, memang melekat pada batu. 

Ini yang putih ni


Suami saya pun turut terluka kena kulit siput tersebut 
Lama juga kami mandi manda di pulau Giam tu, dari pukul 10 pagi - pukul 12 tengahari πŸ˜
Hahaha sampai tak sedar sunburn teruk muka, hihi air laut sejuk je cuaca yang panas terik  


Nak balik ke Teluk Nipah cuma call je ke boatman.. Tak pun bagitau je nak balik pukul berapa 


Semasa perjalanan balik, kami dibawa meninjau pulau pulau sekitar situ. 


Timun laut ~



SELEPAS itu kami pulang ke pantai Teluk Nipah dan sambung mandi di pantai ni pulak πŸ˜‚ 

Pergi bercuti hari biasa ni seronok pada saya, sebab tak terlalu padat dengan pelancong πŸ˜ 

TIPS : Nak amibl gambar view macam ni, waktu tengahari adalah sangat sesuai ~
Lighting terbaik waktu tengahari :D

mandi lagiii sebab kat Giam tak puas, banyak batu. haha ~



Balik hotel, mandi rehat dan solat.
Lalu tertidur.. Lupa nak keluar makan tengahari sebab dah letih, hihi. Makan apa yang ada je (Roti, biskut)

Bangun, keluar jalan jalan ke seluruh Pulau Pangkor menaiki motorsikal yang disewa. 
Kadar sewa motorsikal dari RM 35-40 sehari 
Kami melawat Kota Belanda terletak di Teluk Gedung. Tempat bersejarah ini berdekatan dengan jeti. 
10 minit kalau dari jeti. Awalnya terlajak jalan jalan menghala ke Sungai Pinang Kecil hehe situ area kampung ramai kaum cina belah situ. Dalam perjalanan tu boleh tengok kawasan pembuatan bot bot kecil 



Kawasan Teluk Gedung ni ramai penduduk masyarakat Melayu. Majmuk juga kehidupan di Pangkor ni, berbagai bangsa ada ~ Unik sangat 

Layan gambar di Kota Belanda 










Malam itu pergi mencuci baju di dobi layan diri kat Pasir Bogak 
Mujurlah jumpa premis dobi ini.. Premis ni bersebelahan KFC Pasir Bogak, 
berdekatan kawasan Coral Bay Resort πŸ˜ŠπŸ˜Š

Dekat kawasan lain saya tak jumpa dobi ni. mungkin hanya satunya di Pasir Bogak. 
Tak suka bawa balik baju basah / kotor /  = sebab berat :D



Laju je siap, tak sampai setengah jam pun tunggu. DAN bebetul kering baju kami! Yeayyy 


Berjalan malam naik motorsikal jalan Pulau Pangkor takde masalah. Lampu jalan banyak jugak, jadi tak perlu takut kalau pergi jalan jalan tak ramai partner πŸ˜‚ πŸ˜‚

Next . . .  Siap mendobi. Balik semula ke Pantai Teluk Nipah,  cari makan malam. 
Di Teluk Nipah ni memang banyak kedai makan. Tapi kena hati hati. Tanya harga penuh siap masak kalau nak makan makanan laut, sebab agak mahal. Orang di Pangkor sendiri beritahu kami hal ini. πŸ˜


RM 57 JUMLAH SEMUA NI , HIHI tak pasti la puas hati ke tidak sebab rasa macam ikan kecik aje ~

Kalau nak makan, lebih baik makan macam nasi goreng gitu je. Jangan makan macam saya ni ha
Memang satu set RM 55 untuk 2 orang makan, tapi portion kecik je ni sebenarnya. Tomyam tu sayur je ada T_T


- TAMAT DAY 2 - 





❤ Day 3 ❤(08 MAC 2017)





Bangun pagi - Kemaskan barang barang - Jalan jalan dengan motorsikal kali terakhir di Pulau Pangkor



Datanglah sini bergambar kalau ke Pangkor 





Makin jauh kaki melangkah moga ambil ibrah di setiap keadaan yang dihadapi ~ 


Landmark pangkor 






Masa ronda kali terakhir pagi tu, kami lalui jalan utama dalam pulau tu terjumpa anak- anak penyu mati macam kena penyek di tengah jalanraya. Suami saya lah yang perasan..
 Dia beritahu "Penyu,penyuu yang". 
Dalam hati ingat dia bergurau. Lepas tu suami berhentikan motorsikal tengok eh ye lah penyu. 

Saya ni gembira masa suami cakap penyu, tapi bila tengok keadaan dan cara jumpa tu. Aisshh sedihnya hati

Comel sangattt spesis penyu ni..tapi sayang tak panjang umurr mereka. Ada lebih kurang 4 ekor kami jumpa. Harap sangat pihak terbabit jaga elok elok penyu di kawasan situ. Kalau takde tindakan menjaga.. Silap silap generasi akan datang tak kenal hidupan ni lagii, haiwan sebegitu jangan dibiarkan pupus πŸ˜«πŸ˜«πŸ˜«






VIDEO kat facebook saya, ada post video jumpa penyu ni pada hari kejadian : 


Lepas tu untuk pengetahuan kawasan dijumpai penyu naik tu, memang tempat tu nama Teluk Penyu pun 
(saya tengok kat peta)


Kawasan ni lah tempat kami jumpa penyu, mulanya saya ambil gambar ni sebab teruja,
 nama teluk ni sama dengan pantai yang ada kat Kuala Terengganu
Nama pantai Teluk Ketapang ada juga di Terengganu
 (Jalan utama ni)




Tapi saya lihat kawasan tu macam takde tempat pemuliharaan penyu disitu.. 
Kalau di Terengganu / Cherating kalau tu kawasan penyu memang akan di jaga.. 
Letak macam kawasan berpagar dengan guni atau pukat dan lain lain caralah untuk proses memulihara tu. 

Tak reti jugak nak cerita lebih lanjut πŸ˜‚πŸ˜‚ 
Atau mungkin pihak berkuasa tak tahu kot penyu naik sini (cuba positif)*



Hantar motor sewa - Check out hotel pukul 10.15 am
Naik teksi van pink ke jeti (Kebetulan ada van lalu masa baru je keluar hotel, rezeki betul tak payah usaha cari, hihi)

10.45 am feri bergerak ke jeti Lumut. 
Saya shopping di Jeti Lumut aje ada banyak kedai-kedai yang menjual barangan cenderahati. 
Produk makanan laut, baju dan lain lain. Banyak pilihan terdapat di jeti πŸ˜Š



Sekian saja perkongsian percutian kali ini 
Panjang sangat dah ni, berjam jam mengadap entri ni aje. Hihi 
Belanja video : 





Terima kasih baca entri ni! =)




Bagi yang berminat untuk ke Pulau Pangkor boleh cuba tengok instagram @pakejpulau_

Ni pakej yang ditawarkan :
Harga mampu pergi =)






SNAP WIDGET

Booking.com