Pantai Kuala Abang, Dungun, Terengganu

by - 3:34 am





Assalamualaikum, kali ni saya nak kongsikan keindahan Pantai Kuala Abang,

Ini juga merupakan pantai kegemaran saya selepas : Pantai Penunjuk Kijal
Ada saya ceritakan pada entri lepas, boleh baca SINI


Kedudukan Pantai Kuala Abang ni betul betul tepi jalanraya utama. 
Kalau perjalanan anda dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Lumpur / Kuantan / Kemaman 
boleh singgah sini, itu pun kalau anda melalui Jalan Pantai, akan jumpalah pantai ni.. 
Saya tak berapa suka naik lebuhraya jika perjalanan pulang ke kampung halaman di Kemaman, Saya suka nak lihat keindahan pantai di dalam perjalanan, dan juga banyak kemudahan jika lalui jalan ni, boleh berhenti di kedai makan / kedai keropok. Stesen minyak pun senang jumpa, hehe  
😁😁


Pantai ini juga bukannya pantai yang popular, hehe kiranya orang tempatan atau orang kampung tu aje lah ramai tahu kot. Saya pun tahun 2016 baru tahu, tu pun tertengok sebab masa tu nak cari pantai yang boleh singgah so cuba lah carian hastag kat instagram, membantu juga lah. hehe ^^ 

Dah dua kali saya singgah ke pantai ni, kagum betul keunikan dan kecantikannya ~




JOM LIHAT KEINDAHAN ALAM :

My fav tree ^_^


Ada bukit kat sini, boleh panjat. Tak tinggi mana pun bukit ni, tapi view memang superb!



Lawa kan batu niii, haishh unik sangat. Macam tak percaya kat Malaysia je ni :P





Dari bukit ni nampak jalanraya. Kawasan pantai ni bebetul di selekoh :)






Big Rock -- Dah macam kat Lombok kan ~

Baju lain pulak, haha kerlass kau salin salin baju ke? Tak lah ni masa 1st datang
Nyesal pakai baju kaler tu, sama dengan batu lah pulak! πŸ˜πŸ˜‚


Permandangan pantai dari atas batu besar yang saya panjat ~










INFO : 

Bawah ni saya selitkan peta, tapi ni peta Pantai Rantau Abang , bukan pantai saya pergi ni 
Tak ada dalam google map lagi pantai ni, saya malas nak add places. Hehee

Tapi untuk rujukan anda dari Hentian Rantau Abang tu ke pantai ni ada dalam 1-2 kilometer gitu
Landmark terdekat : Sekolah Kebangsaan Kuala Abang. Atas lagi. Bebetul di selekoh.. 

- Dari Bandar Dungun : 15 hingga 20 Minit je nak ke sini 









You May Also Like

5 comments

  1. Cantik pantai ni husniey. Ana sbb nk blk KL nk kejar masa so better ikut highway. Kalau ikut jln pantai byk traffic light. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik sangat.. Kalau dari KT ke sini dalam sejam jugak.. Faham Ana, kalau balik jauh memang nak taknak kena naik highway juga. Hehe πŸ˜‚

      Delete
  2. Ohhhhh saya ingat dah! saya pernah singgah dekat pantai ni dulu. tepi jalan kan? memang cantik pantai ni hehee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Syed.. tepi jalan je. Hehe memang akan nampak pantai ni kat tepi jalan, tapi tak se popular pantai lain 😁

      Delete
  3. Cantik dan indah suasananya. alhamdulillah bersyukur dgn ciptaan Ilahi :)

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^