Perubahan Wajah 2010-2017

by - 4:15 pm

Assalamualaikum, dua hari ni nampak duk menular di Facebook Instagram, dan beberapa rakan blogger juga duk berkongsi gambar perubahan diri sepanjang tahun 2010-2017



Saya pun turut terjebak juga, asalnya saja je edit collage ni sebab nak tengok perubahan, rasa takde lah berubah mana pun.. Cuma saiz je makin mengembang sejak kahwin
Hahaa

Muka saya memang nampak lain bila pakai shawl nampak lain, bila pakai tudung bawal lain, bila pakai spek lain, tak pakai spek pun akan nampak lain. Hahahaa memang gitu 



2010 : Tahun itu saya masih di sekolah. Tahun akhir di sekolah menengah. 
SPM. Hehe 



2014 : Tahun akhir pengajian Diploma di Politeknik Pasir Gudang Johor. Selepas tu kahwin -- kerja kejap. Kejap je, lepastu jadi surirumah sepenuh masa..  ^_^




Masa ni suami saya kurus je, haha now muncit! πŸ˜‚

Sebelum kahwin memang saya dah banyak bekerja dan mencari rezeki sendiri sejak umur 16 tahun -- Pengalaman kerja memang sangat banyak. Lepas SPM kerja juga. Semasa masih belajar pun suka buat kerja part time pada weekend. Jenis yang tak suka duk saja πŸ˜‚ 

Tapi sejak dah kahwin, memang saya banyak rehat.. Tak aktif sangat dengan kerja diluar.. (pernah keguguran masa awal kahwin). 

2017 : Alhamdulillahh masih bini orang, dan masih dengan orang yang sama saya kahwini 2014 dulu. Banyak onak duri yang kami lalui walaupun baru nak menginjak 3 tahun usia rumahtangga.. Orang kata 5 tahun pertama akan ada banyak cabaran.. Ya, memang benar..  πŸ˜­



Doakan Allah kurniakan rezeki zuriat yang terbaik buat saya! ❤😍


Eh rasanya tadi nak cerita perubahan wajah je. Tersasul cerita perubahan lain dah ni πŸ˜‚ πŸ˜‚


Sorry sorry 





Terima kasih baca ^_^




You May Also Like

17 comments

  1. InsyaAllah semoga di perkenankan doa2 Husniey tu =)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, ameen ameen utk doanya tu. Kalau 2010 tahun akhir kat sekolah amik spm, sama lah umur kita! Alahaiii dah kahwin dah erh. Alhamdulillah, jodoh awal. Doakan kite cepat bertemu jodoh dengan kerja dan semestinya suami juga! ☺❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay sama umur πŸ™ˆ
      Alhamdulillah.. Rezeki saya gini awak.. Aaaminn.. Mudahan Fairuz murah rezeki selalu.. Dan berjodohan dengan lelaki soleh dan baik akhlak 😍 😍

      Delete
  3. Aamiin, semoga termakbul impian dan doa2 Husniey.

    Sebayalah kita, hehehe, bestnya dapat kahwin muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. Thank you Mai.
      Aah Mai, sebaya lah kita.. Alah takde apa pun yang menarik kahwin awal ni, cuma best jugakla ibarat dapat 'best friend' baru.. Hihi ^_^

      Delete
  4. InsyaAllah..semoga Husniey dan suami tabah dan termakbul doa dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn.. Thank you kak fuzy atas doa yang indah ❤ ❤

      Moga akak pun sihat dan bahagia selalu

      Delete
  5. Ameen..insyaAllah ada rezeki..rumahtangga ni macam madrasah..tempat timba banyak ilmu...cuma kena sentiasa gandakan kesabaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. Tempat timba bermacam ilmu.. Merasa pahit manis kehidupan dan juga tempat awalnya saya mula mengerti tentang realiti hidup 😊

      Delete
  6. Aminnnn, semoga dipermudahkan. Lain betul gambar 2010 dengan 2017 tu kihkihkih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha memang nampak lain kalau tak pakai spek πŸ˜‚

      Delete
  7. Ehh, kita sama umurlaa. Tapi, saya bujang lagi. Uhuk uhuk.

    InshaAllah, moga dikurniakan zuriat yang soleh/ah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haii awak, Geng 93 πŸ™ˆ


      Salam kenal.
      Aaminnn. Thank you for dua

      Delete
  8. semua orang berubah kan, semoga cepat2 dikurniakan zuriat. :)

    ReplyDelete
  9. Sy pulak tahun 2010 tu masuk lower 6. Semoga Allah perkenankan impian Husniey πŸ˜‰

    ReplyDelete
  10. 2010 tu sy masuk lower 6. Semoga impian & harapan ditunaikan, ameeen πŸ˜„

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^