Featured post

Indahnya permandangan di Kg Mangkuk, Setiu Terengganu

Assalamu'alaikum,  Semalam Sabtu 29 April 2017, Husniey ada urusan ke Merang Setiu. Lepas singgah solat zohor di masjid, selesaik...

Tuesday, 6 June 2017

Resepi Masakan : Kari Ikan @ Kari Daging



Assalamu'alaikum. Puasa ni dah dua kali Husniey buat menu kari.. πŸ˜‚

Dah lama betul tak masak kari, sekali bulan puasa ni repeat 2x dalam minggu ni, menu yang sama. Tapi lainlah bahan mentahnya. Hihi

Okay jom tengok resepi. Senang je ni. InsyaAllah

Bahan-bahan diperlukan (Boleh makan untuk 2 hingga 4 orang)
  • Bawang besar 1, bawang kecil 2, bawang putih 4 ulas, blend dengan cili padi sikit.. 
  • Kunyit dan halia 1 inci, blend bersama bawang. 
  • Cili Kering yang dah di blend  (1 sudu je)
  • Daun Kari 
  • Serbuk Kari 2 sudu besar (tak kisah apa jenama pun) Serbuk Kari Baba's pun okay..
  • Bendi beberapa ketul 
  • Asam Jawa sikit je (Ambil airnya) 


Cara - caranya :
1. Letakkan sedikit minyak dalam kuali, panaskan minyak, tumiskan bahan yang dah di blend, sehingga naik bau. Masukkan daun kari.
2. Masukkan cili kering (optional ni) tapi warna jadi cantik, husniey suka letak sikit


3. Tunggu pecah minyak, masukkan bahan basah (Ikan/Daging/Ayam)
4. Terus masukkan air asam jawa. Masukkan air dua atau tiga cawan (Nak buat kuah kan)


5. Perasakan dengan garam dan gula
6. Tunggu pekat dan kering sikit. Dah siap! 




Sebelum terlupa, santan! Haa kari ikan husniey buat ada santan, resepi kari daging di atas versi tanpa santan.. Boleh je cuba tanpa santan ni pun sedap.. πŸ‘❤


Kari Ikan dan Kari Daging Menu Berbuka Puasa : 

Kari Ikan ni husniey guna Ikan Selar je, pun sedap! Cepat je masak. Kalau ikan besar, kena masak lama sikit








Kuah kari di atas ni sesuai juga dimakan dengan roti atau lempeng..

Fuh sedap ni lebihan kuah buat cicah dengan lempeng di waktu sahur! 😍😍


Moga bermanfaat! ❤

8 comments:

  1. Betul. Makan dengan lempeng atau jemput2 memang sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana. Nice matching 😍 😍

      Delete
  2. sedap makan dengan roti ke kan

    ReplyDelete
  3. lahhh senang je rupanya. Lepas ni nak try buat lah.

    ReplyDelete
  4. ishh pepagi ni tengok kari pastu teringat lempeng...waaaa

    https://umifuzy.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Wahhhhh sedapnya tgk time2 siang hari di bulaan ramadhan ni. hee

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak, akan saya jejaki blog anda ^^

SNAP WIDGET

Booking.com