Penginapan di Osaka, Japan 6H 5M

Assalamu'alaikum Semasa bercuti ke Japan baru baru ini Husniey memilih untuk menginap di rumah tumpangan, juga lebih dikenali se...


Assalamu'alaikum


Semasa bercuti ke Japan baru baru ini Husniey memilih untuk menginap di rumah tumpangan, juga lebih dikenali sebagai Guesthouse atau Homestay

Di Japan rumah kebanyakannya kecil je. Bagi rumah yang kos sederhana lah kot.
Tapi rasa tak jugak, ada yang dikenali apartment tapi memang kecil je, besar lagi rumah PPRT di Malaysia ni 😂
Hihi okay melawak je ni. Di Japan, penduduknya padat jadi mungkin sebab itu rumah pun dibuat kecil je.. tapi comel tau!

Kenapa Husniey memilih untuk menginap di guesthouse bukannya hotel? Sebab di Japan ni harga hotel sangatlahh mahal.

Untuk makluman, satu malam untuk bilik yang basic hotel 2-3 bintang ⭐️ ,
lebih kurang RM 300-500 semalam di Japan.
Kalau yang takde bintang macam hostel atau capsule hotel, itu pun satu malam dah dekat RM 130- 150, huhu 😂
Ye tak tipu ni, memang mahal sikit.
Kalau travel bersama kawan-kawan​, takpelah senang je nak survive duduk je hostel atau kalau nak selesa, menginap di guesthouse lepas tu tong tong. Banyak je pilihan kat website

Tapi untuk yang travel macam Husniey ni (berdua dengan pasangan) mesti nak kan suasana sedikit privasi.. 😊

Husniey bukanlah nak selesa sangat pun tapi fikir jugaklah nak masak ala kadar, mestilah nak kena ada kelengkapan barang rumah.. 🌸

Tak suka hostel, selalunya bercampur dengan orang kita tak kenal. Kebanyakannya hostel atau hotel murah di Japan, bilik air diluar bilik kena share. Bagi yang sukakan keadaan mencabar, then travel pulak bersama kawan2 sejantina bolehlah menginap di hostel..👍😊


🍁Guesthouse Pertama 🍁

Dekat dengan area Sanommiya Station / Temma Station. Ni stesen keretapi bernama JR. Japan Rail. Sengaja pilih dekat dengan pengangkutan awam, senang nak bergerak.



Kelengkapan dalam guesthouse : 


Selesa katil besor ❤

Ruang dari dalam rumah ke pintu masuk

Mini kitchen 

So sweettt​ host rumah ni tulis nota ❤

Bilik air comel angat.

Toilet ❤ 
Sekali dengan sinki

Rak buku, dan kemudahan yang ada

Plastik sampah. Kena asingkan sampah yang plastik, kertas, botol 


Hampir semua ada :

Peti sejuk, mesin basuh, mini kitchen (dapur gas, sinki, pinggan, mangkuk, gelas, cawan, sudu, garfu, periuk) water heater

Rak nak jemur kain, hanger, detergent untuk basuh baju. Fuhh jenuh nak disenaraikan. Memang banyakk. Semua dah ada. So tak payah nak bawak barang dari Malaysia dah. Jimat ruang dalam beg! 😊😉



Kawasan ni best, husniey suka tengok gaya hidup orang sini. Tak padat sangat dengan pelancong.. Guesthouse ni kiranya tengah tengah la. Nak ke bandar dalam 30 minit naik JR train.
Terletak di Kitaku, Osaka. 
Host pun okay, dia dah bagi directions awal dari awal lagi.
Husniey booking di Airbnb. Sebut je Airbnb ni, sedia maklum banyak yang kita kena self check in..

Husniey kagum betul cara nak masuk ke residen ni. Macam secure lah. Kena tekan pin code. Ada lift. Tempat simpan kunci umah siap ada lock + pin
Pening betul nak pulas pulas then keluarlah kunci rumah! Hahahaa dah lah masa nak check in tu dah dekat maghrib. Nak berbuka puasa 😂😂



Convenient store. 7E, family mart ada berdekatan kawasan rumah ni

Yang tak berapa best :

Pengalaman menakutkan.
🌸 Malam kedua disini, kami kena ekori dengan seorang lelaki ni, husniey agak dia ni berniat jahat. Sebabnya masa kami balik tu dah lewat. Dekat pukul 12. Jalan bebetul sunyi, orang Jepun ni dia takkan sembarangan tegur orang yang dia tak kenal. Jarang nak tengok kita pelik ke, takde nya. Mereka jenis open minded dan sukakan privasi. Jarang nak jumpa orangnya masih duk melepak kat luar rumah tengah malam. (Dekat tempat jauh sikit dari hiruk pikuk bandar) 
Lelaki ni husniey dah nampak dia dari jauh, duk bercakap telefon, bebetul berdepan dengan residen yang kami menginap ni.

Bila kami dah nak sampai ke bangunan rumah tu, dia pun melintasi jalan dan dia macam kalut (berjalan laju) nak masuk jugak.
NASIB BAIKLAH, malam tu husband dah ingat password pintu residen tu so takdelah terhegeh kami baru nak belek phone ke ape 😂
Pintu tu unlock, kami kena tarik dulu baru boleh masuk. 
Suami masa tu tak perasan lagii.
Husniey sorang je duk berdebar lebih, dan kalut nak masuk cepat2. Kami masuk je, terus berdiri depan lif dan lelaki tu Alhamdulillah tak sempat nak masuk ke dalam.. Pintu dah terlock sendiri. Melainkan kalau kami buka dari dalam, baru boleh dia masuk

Refer gambar di bawah ni
Gambar pintu masuk residen, masa malam memula duduk sempat lagi ambik gambar.. 😂

Pintu first ni boleh tolak gitu je. Pintu kedua tu ada pin

Ni lah. Letak je pin 


Lega sangat. Masa tu dia marah marah, dan cara dia bercakap macam bagitau lah yang dia orang situ jugak.. Kononnya​ lah. Tapi bila fikir balik, eh tak logik betul. Kalau betul dia orang situ kenapa tak tahu password pintu..

Seram jugakla. Naik lif, terus je cepat kami masuk rumah. Kunci pintu rumah, pastu intai ikut balkoni. Nasiblah takde apa-apa yang buruk jadi malam tu. Tengok pada pakaian lelaki tu pun macam gangster. Kepala botak, pakai jaket hitam 😥


🍁 Guesthouse Kedua 🍁
Terletak dekat di Shin Imamiya station.
Bebetul dekat. 5 minit jalan kaki je dah sampai rumah. Dari rumah tu dapat dengar bunyi keretapi. Menginap di sini dari day 3 - day 6

Lama kat sini, 3 malam.
Hari nak check in guesthouse kedua, sesat jugak lah nak cari bangunan rumah ni

Ia macam hotel. Tapi bangunan macam rendah je. Tak nampak. Kami duk lalu di belah belakang bangunan tu. Duk pusing je kat situ.. Kalau tak silap namanya Swiss. Kat japan ni, macam takde signboard nama rumah. Alamat macam kurang lengkap. Huhu kena perhatikan landmark terdekat kawasan rumah tu.


Jalan punya jalan, jumpalah ia.
Host dah sediakan maps serta video lengkap jalan nak ke rumah, tapi tetap kami macam sesat sikit je (mungkin video tu video lama kot) haha.

Padahal dekat je dari station terus lintas jalan, ke rumah, tapi kami silap masuk ke lorong lorong je 😂

Kelengkapan rumah kedua ni :
Pun lebih kurang sama macam rumah pertama.
Semua lengkap..

JR station : Shin Imamiya 5 minit je jalan kaki nak ke guesthouse kedua ni. Ini yang suka. Tak jauh 👍

Bilik selesa ❤

Mini kitchen 

Meja sisi. Ada coffee maker. Nampak takk siap ada map dekat dinding. Bagus betul host ni.. 👍

Bilik air bersih je

Tandas wangii. Sukaa! ❤
Siap ada alas kaki (carpet)

Bagitau cara nak gunakan washlet ni

Mini kitchen. Lengkapp ❤


Pintu masuk. Ada payung disediakan. Hair dryer. Macam macam lagi tu. ❤😂

Nak ke Namba cuma beza satu station je. Naik train hijau ke Namba

Yang bestnya dekat dengan rumah kami ni ada 7E, pasaraya 24 jam yang ada jual barang basah dan barang kering. 
Buah - buahan, sayuran pun ada jual.
Murah jugaklah kat sini.
Dapat borong biskut coklat Kapal paling murah di pasaraya ni lah. 78¥ je kat lain husniey beli 100¥ belake..

Okay gambar pasaraya takde, lupa nak ambik. Terlalu menghayati saat indah, pastu lupa nak ambik gambar.. haha 😂


Yang bestnya : Host rumah Alhamdulilah keduanya baik, very nice. Host rumah kedua ni, husniey tanya ada iron tak kat umahnya, nak minta pinjam iron. 
Last minute request.. takde cas apa pun. Alhamdulillahh diberi.. Pagi tu husniey minta, sebelum husniey check in, dia dah pergi letakkan iron terus.. Bagus sangat..


Ini iklan nya di Airbnb
Link rumahnya DISINI 


Komen host di profile Airbnb husniey ❤

Bagi yang belum ada akaun Airbnb ni elokla buat, hehe husniey dah mula suka godeh bilik di Airbnb.. Bukannya untuk travel oversea je, dalam negara pun boleh guna. Rumah pulak selalunya, murah, cantik, dan nampak elegan. ❤👍

Kos bagi penginapan di Osaka Japan 6H 5M

1st guesthouse, 2 nights : RM 494 include cleaning fee, service fee. 
Link 1st guesthouse *

2nd guesthouse, 3 nights :
RM 576 include service fee, cleaning fee.


GRAND TOTAL penginapan di Osaka selama 5 malam :
RM 1,070 = RM 535 / per pax






Bagi kami berbaloi, nak masak senang, nak mandi pun senang
Kalau duk hostel tak dapat bayangkan nak guna kemudahan semua kena share 😂
Nak bercakap kuat, malu
Ruang solat kan kat mana pulak. Haa memacam nak kena fikir..

 Sekian cerita penginapan di Osaka selama 5 malam..

Semoga bermanfaat untuk anda. Next entri nak cerita pasal pembelanjaan 😊

You Might Also Like

13 comments

  1. Alahai seronoknya tengok Husniey stay dekat sana. Setuju lah tak suka sangat sharing bilik ni. lagi suka yg ada privacy. Even dekat Malaysia haritu pun dorm dia boleh kongsi tak kira jantina. Bukan bilik air je tau, tp dorm. sobs2.

    Paling menakutkan part yang korang diekori tu. memang cuak lah . mujur Allah lindung kan? Apapun ayat kursi memang kena sentiasa diamalkan setiap kali di tempat orang. Syukur semua okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah betul tu.. sikit sebanyaj kita travel tuk happy kan diri.. Bukan nak menyeksakan diri. Kenalah cari penginapan yang kena dengan mood 😂

      Mujur sangat Allah lindungi.. Seram jugakla. Kalau terlambat sikit je, mungkin dah kena samun

      Delete
  2. Kos sara hidup di jepun sgt tinggi. Sebab tu ramai org kita pilih stay dekat GH rather than hotel. Sama macam di korea.
    Selamat husniey slmt mlm tu. Mmg kena sentiasA alert dgn sekeliling bila blk lewat mlm kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ana, Jepun hotel lah mahal sikit. Makanan pun mahal jugak. Nak2 yang halal lah 😂

      Dekat 1K yen = RM 40 satu hidangan..

      Alhamdulillah.. Allah lindungi kami masa tu..

      Delete
  3. teringinnyaa

    sebenarnya mana2 pun kos sara hidup makin tinggi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulaah, betul tu. Mana mana sama je kan..
      InsyaAllah nanti pasti ada rezeki husna ke sana :)

      Delete
  4. Siqah suka bilik penginapan comel dan bersih. Tak kisahlah saiz, asalkan selesa dan muat untuk solat, sudah cukup kan.

    Kos di Jepun sangat tinggi. Huhu. untuk 5 hari penginapan, harga RM500++ sorang, bagi Siqah berpatutan tu. Boleh jadikan entri Husniey ni kalau nak ke Jepun (tak tahulah bila) Hihi.

    Waiting for your next entry <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang Japan pembersih Siqah, kemas je rumah. Tak jumpa debu pun, hihi
      Betul tu.. Mestilah nak yang selesa sikit..

      InsyaAllah next entry pulak. TQ for your support SH (^_^)

      Delete
  5. Jepun memang mahal sikit.
    Dekat rumah first tu, nasib baik Alhamdulillah tak jadi apa-apa.
    Dua2 tempat nampak selesa. Memang kalau dah hidup berdua kita nak privacy,kalau ada anak lagi lah. Nak bagi anak selesa juga. Tapi Jepun antara negara yang best untuk pergi 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETUL TU, SETUJU..
      Memang penginapan susah sikit nak cari yang memurah kat sana..

      haa part best tu tak dapat disangkal. Best sangatt..
      InsyaAllah next time repeat lagi ke belah lain pulak.. :D

      Delete
  6. Ehhh..Pintu masuk tu mcm view rumah bella dlm cite Kimchi Utk Awak..huhu

    ReplyDelete
  7. waaah bestnyaa dah sampai Jepun.. bila CT plak ni nak pegi sana.. belom lagi jumpa tiket yang berkenan dihati.. btw memang mahal sangatla kan cost penginapan. ada kawan blaja sana nak sewa masa tengah blaja pun hari hari rasa tercekik..

    ReplyDelete
  8. Banyak info yang Saya dapat. Terima kasih. Insyaallah dalam plan nak ke Okinawa & osaka.

    ReplyDelete

Komen yang membina sangat dihargai. Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan membaca penulisan blog ini.