Tuesday, 3 October 2017

# Reviews # Terengganu

Menginap di TH Hotel Kuala Terengganu


Assalamualaikum



Baru baru ni husniey menginap di TH hotel,  
teringin lama dah nak menginap disini sebab memang cantik,
selalu jugak tengok kat website Booking.com, Agoda dan lain lain.  

Hotel ni kalau tak silap bertaraf 4 star tau, 
Walaupun dekat je dengan umah mengada sungguh nak jugak check in sini.. ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜‚

Suasana nya tenang, islamik, banyak sangat kemudahan. Memang bestlaa
Biliknya luas, kemas 



Kemudahan dalam bilik dilengkapi :
Toileteries, hair dryer,  tv, almari, iron and iron board




Sejadah, Quran pun ada tau
Bagi yang perempuan bawa telekung solat je 






Bilik air dan tandas : 





Kemudahan lain lain di Hotel
boleh kunjungi Gym, Wellness centre



Swimming pool untuk perempuan, kanak kanak, dan lelaki berasingan. 
Unik kan?
Total swimming pool ada tiga jenis








Buffet breakfast yang meriah sangat ada pelbagai jenis makanan.  
Nasi Dagang,  Nasi Kerabu, Bubur, Roti, telur, buah buahan, bijirin, air buah, air panas.  


Banyaklah lagi.. Memang puashati menginap disini.. Haha 

Selepas kami breakfast, pergi habiskan masa di gym hajatnya nak mandi tapi kolam perempuan jenis tertutup pastu takde orang,  macam tak best lah pulak kalau sorang je. . hahaha ๐Ÿ˜†












Harga bilik yang husniey dapat satu malam dengan sarapan dua orang = RM 252

Overall husniey bagi markah untuk TH Hotel, Kuala Terengganu : 8.5/10 ๐ŸŒธ


Kalau anda singgah ke Kuala Terengganu, okay je stay sini nak ke airport pun dekat je 
Dari hotel ke pusat bandar dalam 20 minit
Pantai menarik yang berdekatan Pantai Tok Jembal, Pantai Teluk Ketapang

Boleh singgah ke kawasan pantai ni untuk makan seafood celup tepung dan lain lain




Di bawah ini husniey sertakan peta TH Hotel Kuala Terengganu sekali ye :




8 comments:

  1. wah!teringin gak bawak anak2 gi..

    ReplyDelete
  2. TH hotel kebanyak dekat dengan airport kan husniey.
    Bilik dia nampak kemas dan cantik. Harga pun mampu milik. Berbaloi dengan kemudahan yg disediakan.

    ReplyDelete
  3. bagus TH ni... mmg lokasi hotelnya dkt2 dgn airport semua...

    ReplyDelete
  4. not bad harga dia sekali dengan breakfast. plus TH bersihhh! :)

    ReplyDelete
  5. Best kalau duduk hotel yang makanan buffet breakfast dia meriah. ๐Ÿ˜„

    ReplyDelete
  6. Cantik hotel ni kan.. Selalu jadi pilihan officemate kalau kena kerja luar ke terengganu

    ReplyDelete
  7. Hihi kalu balik ke Kuala Terengganu memang susah nak tinggal kat hotel sebab nanti kena marah dengan ummie saya.. Tapi kat tempat lain ada ke tak hotel TH nie..?

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak

Booking.com

CARI PENGINAPAN

Booking.com

Follow by Email