Sunday, 12 November 2017

Roti Gulung Sosej Cheese



Assalamualaikum

Lama sudah husniey nak berkongsi cara buat roti ni harini baru berkesempatan publish entri ni

Jom tengok macam mana cara nak buat, senang je ni 😄


Bahan bahan yang diperlukan ( Untuk 5 orang ke atas) 


Roti - 10 keping
Sosej - 10 batang
Cheese - 3 hingga 4 keping ( Jika suka, letak la banyak sikit)
Telur - 2 biji
Serbuk Roti


Cara Cara Menyediakan :

Sebelum buat perkara yang lain, rebus dahulu sosej

1) Gelekkan roti
2) Letakkan sosej dan cheese



3) Gulungkan roti dengan berhati hati
4) Celup dan 'mandikan' roti di dalam telur


5) Sama seperti langkah keempat, tetapi di dalam serbuk roti



6) Gorengkan di dalam minyak separa penuh (semasa memula proses penyediaan, dah boleh panaskan kuali sebab kena gorengkan terus)



7) Toskan minyak pada roti yang digoreng
8) Potong roti bagi mendapatkan hasil yang lebih banyak, hihi 😊
9) Siappp boleh terus ngap!






Elok dimakan tak kira waktu, petang atau pagi, malam pun boleh.
Kalau ada anak anak kecil dirumah tu boleh lah ajak mereka buat roti ni didapur.. Part goreng tu tak payahlah mereka buat, bahaya.

Semoga bermanfaat perkongsian husniey kali ini
Terima kasih baca!




11 comments:

  1. pernh tgk resepi ni tp bila ntah nk try

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaa. Pos sikit kat ana.🤗

    ReplyDelete
  3. Macam sedap jea.. Nak try la nanti..

    ReplyDelete
  4. kat asrama dulu selalu beli yang ni. memang favourite !

    ReplyDelete
  5. Selalu buat time praktikal dulu. Buat bnyk2 pastu makan ramai2.

    ReplyDelete
  6. favourite sungguh la nie..selalu beli je..buatnya tak..haha..

    ReplyDelete
  7. omg my favorite. terliur gile ni. Hai Ray follow sini tau #206

    Jmput la singgah and follow my new blog. mmuahh

    ReplyDelete

Komen yang membina sangatlah dihargai :)

Terima kasih bagi yang meninggalkan komen dan jejak

SNAP WIDGET

Booking.com