Posts

Showing posts from March, 2017

Berkebun Bersama Keluarga

Image
Assalamu'alaikum.
Minggu lepas 24 Mac saya balik ke kampung halaman di Kemaman


Memang selalu je balik tiap bulan ke sana.. Jumpa orang tua yang masih ada.

Balik hari Khamis, malam Jumaat.
24 Mac pagi Jumaat ke Gambang ambil adik saya, Balqis yang belajar di Matrikulasi Gambang..


Lepas suami solat Jumaat di masjid Matrikulasi bergerak balik ke Kemaman - hadiri kenduri kawan sekolah saya di Binjai Kemaman. Seronok juga jumpa kekawan lama. Dah lama tak bertemu mata. Semua dah beranak pinak. Hehe saya je belum. But it's okay.. Walaupun masih belum dikurniakan, zuriat saya bersyukur, bahagia bersama suami 😊








Next Day -- Sabtu. 25 Mac.
Ke Kebun Sawit bersama keluarga. Bersihkan kebun dan bergotong royong..
Memang ini rutin keluarga tiap kali hari minggu. Kalau anak anak tak ada kat rumah, mak ayah saya lah berdua ke sana. Mereka sangat cintakan kehijauan dan aktiviti berkebun..

Sawit ni tak lama lagi bolehla jual hasil.. Moga murah rezeki mak ayah saya. Diberi kesihatan yang baik. S…

Pantai UNIK dan CANTIK di KEMAMAN, TERENGGANU

Image
Pantai Penunjuk Kijal, Kemaman

Gambar gambar yang saya akan tunjukkan ni dah lama. Tahun lepas punya cerita. Tak silap bulan 9 : 2 0 1 6. Tahun ni tak pergi lagi, belum berkesempatan punyai masa yang sesuai ~ 
Saya sendiri yang asal dan membesar di Kemaman pun  baru 1st time pergi berkelah ke pantai ni tahun lepas :D 
Kelakar kan, orang sana tapi sebelum ni tak pernah pergi melawat pun.  Selalu tengok kawan kawan se daerah post gambar di facebook aje,
 I'm in love with this beach!
Disebabkan permandangannya yang cantik dan unik  saya baru teringat nak kongsikan disini
Perjalanan ke pantai ni dari bandar Kemaman ke Kijal dalam 20 minit lebih Kawasan nak ke pantai ni masuk ke perkampungan,


Okay nah saya belanja gambar gambar indah :
Unik kan bentuk bentuk batuan ni







Jalan jalan ke depan sikit bergambar disini~











Air pun jernih kalau musim panas  ~ 

Kalau tak silap haritu ada ternampak kat instagram ada artis pernah shooting drama kat sini jugak
Cantik kan, pantai lain pun cantik cantik ju…

Perjalanan dan Aktiviti Di Pangkor ~

Image
DAY 1 Bertolak dari Kuala Terengganu 7.30 pagi, 6 MAC 2017  Perjalanan kalau dari Kuala Terengganu, atau Kelantan destinasi ke Perak perlu melalui Kuala Besut - Pasir Puteh - Tanah Merah - Jeli - Gerik - Kuala Kangsar - Lumut
Perjalanan yang sangat panjang. Antara  paling lama roadtrip pernah dilalui.  Sebelum ni ke utara - - Kuala Perlis nak ke Langkawi naik bas tak terasa pun waktu lama sebegini . . . 


Dalam perjalanan setelah penat menaiki kawasan bukit bakau yang tinggi, yang bersimpang siur --  Singgah rehat di Hentian Titiwangsa, dari sini dapat tengok permandangan indah.. Angin sejuk sangat walaupun dah nak masuk waktu tengahari --








Next stop di Kuala Kangsar dari Kangsar ke Lumut 1 Jam lebih hampir 2 jam jugaklah  Jauh sungguh perjalanan, sunyi jugalah mata dijamu hutan hutan je sekeliling.  Masuk kat Kuala Kangsar barulah nampak ada 'life' kesibukan kota sikit. Hahaha  Kiranya dari Gerik - Lumut hampir 3 Jam lebih jugak..  Kalau melalui sini diingatkan isi minyak kereta…